watachiwa posted on 9-10-2014 09:17 AM
are u sure?
penyu pon x rela singgah situ..penuh org berspenda berbikini bagai
sure
Pulau Redang catat pendaratan tertinggi penyu
Pantai Pulau Redang mempunyai potensi tersendiri untuk habitat penyu bertelur apabila mencatat pendaratan penyu paling tinggi berbanding pantai lain di Terengganu tahun lepas.
Jurucakap Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang berkata, pantai berkenaan telah mencatat 1,164 pendaratan penyu daripada spesis Penyu Hijau atau juga dikenali Penyu Agar (Chelonia mydas) sejak Januari hingga November tahun lepas. "Pendaratan itu menghasilkan 89,609 biji telur,” katanya. Beliau berkata, Pantai Geliga, Kemaman pula merupakan pantai kedua pendaratan tertinggi penyu dengan mencatat 812 pendaratan dengan jumlah telur 76,789 biji. Pantai lain ialah Pantai Ma Daerah (216 sarang), Pantai Pulau Cagar Hutang (163), Pulau Perhentian (157), Kijal (98), Mengabang Sekeping (77), Pulau Kapas (26), Tanjung Sura (13) dan Kuala Baru (enam). Beliau berkata, jumlah telur yang diperoleh daripada pandaratan itu melebihi 237,680 biji dan kesemuanya dieramkan.— BERNAMA
|