CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2912|Reply: 29

[Tempatan] Orang Asli Terkujat Sementelah Ternampak Mayat Bayi

[Copy link]
Post time 19-9-2014 07:32 AM | Show all posts |Read mode
Mayat bayi perempuan yang masih sempurna dan bertali pusat ditemui di sebuah sungai di Penempatan Orang Asli Pos Kemar, kelmarin.




        GERIK – Seorang lelaki terkejut apabila menemui mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat di sungai di Kampung Sungai Sah, Penempatan Orang Asli Pos Kemar, Tasik Banding, dekat Gerik di sini, kelmarin.

        Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Manab Baharom berkata, mayat itu ditemui kira-kira jam 2.25 petang oleh penduduk Orang Asli yang melalui kawasan jeram terbabit.
        Menurutnya, bayi tersebut yang berusia kurang dari seminggu itu ditemui tersangkut pada batu di tebing sungai terbabit.
“Mayat bayi berkenaan dipercayai dibuang di tempat lain sebelum dijumpai di tempat kejadian berdasarkan aliran sungai yang berupa sebuah jeram,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

        Abd Manab berkata, bayi malang itu dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan dipercayai mangsa mati 10 jam sebelum ditemui.

“Berdasarkan bentuk fizikal, mayat bayi tersebut adalah Orang Asli berdasarkan wajahnya. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan hingga kini belum ada sebarang tangkapan dilakukan,” katanya.


Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/mayat-bayi-dalam-sungai-1.318099


Gerik: Seorang lelaki Orang Asli tergamam apabila menemui mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat di dasar sungai di Kampung Sungai Sah, Penempatan Orang Asli Pos Kemar, Tasik Banding, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.25 petang itu, Orang Asli berusia 40-an kemudian memaklumkan kepada polis berhubung kejadian.

Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Abd Manab Baharom berkata, siasatan awal mendapati bayi berkenaan yang berusia kurang seminggu ditemui tersangkut pada batu di tebing sungai berkenaan.

“Mayat bayi itu dipercayai dibuang di tempat lain sebelum tersangkut di celah batu di kawasan sungai itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Abd Manab berkata, mayat dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan dipercayai mati 10 jam sebelum ditemui.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian hotline di 05-7912222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya

Read here:http://www.hmetro.com.my/article ... tu/Article?mutakhir



Last edited by GhostWalking on 19-9-2014 04:25 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 07:42 AM | Show all posts
Melayu urban??
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 07:58 AM | Show all posts
menjadi2 lak kes buang bayi sekarang ni ek
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ni kan bulan 9..ni semua ank hasil sambutan new year la.. Mlm taun bru punya projek, lps 9 bln mendapat ler...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 08:56 AM | Show all posts
kalau bagi kat orang asli pun deme sanggup pelihara.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 09:01 AM | Show all posts
baby new year eve lagi kah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2014 09:03 AM | Show all posts
finesse posted on 19-9-2014 07:42 AM
Melayu urban??

Bodohnya cenonot engko.

Mana ada melayu kat kawasan orang asli di Grik.


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 09:04 AM | Show all posts
Mesti Orang asli ulu sungai yang buang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 09:10 AM | Show all posts
musim bayi lagi la ni.....9 bulan lepas punyer kejadian ni....apela.singkat sangat akal tak hantar je kat baby hatch tu....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 10:05 AM | Show all posts
semoga mereka yg buang bayi ni mandul selama-lamanya
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 10:13 AM | Show all posts
bab buang bayi merata2 lepas mengongkek tau sangat dah bangsa mana.. bangsa perasan syumul senantiasa tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Badut.Sarkas posted on 19-9-2014 10:13 AM
bab buang bayi merata2 lepas mengongkek tau sangat dah bangsa mana.. bangsa perasan syumul senantias ...

Sebab nak nampak syumul lah depa buabg pastu berlakon cm xde pape
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 11:00 AM | Show all posts
jarang sgt la org asli nk buang bby... dorg xde la hipokrit mcm mulayu... penah jmp org asli bela 4 org ank...tnp ayah..katanye terlanjur dgn indon...indon yg berbeza stiap ank2 dia tu.. gigih sgt jga ank..wlupun indon2 keparat tu xnk tanggungjawab.. mulayu je ade istilah ank haram ni...asli yg bkn islam xde masalah pun...so terlanjur pun...depa rilek je jga ank tu...

kes2 buang bby ni sume sbb xnk ade ank haram....tp hubungan haram nak pulak....pelik!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 11:43 AM | Show all posts
tak faham aku, dok campak sana sini,
terseksa mayat baby2 tu..
kalu da memang nak buang sangat, tak boleh tanam ke..
ni dok campak2, kena hurung semut la, ada yang kena gigit binatang la..

tapi apasal la kena buang?
letak elok2 kat depan umah orang ke, depan masjid ke,
kan da kurang satu dosa membunuh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 12:56 PM | Show all posts
Dewi_Hati posted on 19-9-2014 11:00 AM
jarang sgt la org asli nk buang bby... dorg xde la hipokrit mcm mulayu... penah jmp org asli bela 4  ...

Ya. Betul

Aku rasa memang budak Melayu buat ni. Diorang bleh masuk kawasan pedalaman dengan bawa bayi tu, yang dah dilahirkan ditempat lain dan buang ditempat yang tak akan ada orang tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 01:14 PM | Show all posts
erkk...

1st time tgok tali pusat baby...

kesian nye..

jiran aku baru dapt anak angkat sorang, kes baby cam ni la kene buang..

comel gile..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 01:53 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 19-9-2014 10:05 AM
semoga mereka yg buang bayi ni mandul selama-lamanya

aminn......
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 01:54 PM | Show all posts
my heart cries... again...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 02:20 PM | Show all posts
tggu mlm new year 2015 lak..tgk brape rmai yg buang bayi bln 9 taun dpn..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 02:21 PM | Show all posts
Perangai pembunuh bayi ni lebih teruk dari bab*
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.064838 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list