|
Kuala Lumpur: “Kenapa hendak risau, anak kamu bahagia di sini,” itulah yang dinyatakan lelaki misteri kepada ibu tunggal yang kehilangan dua anak perempuannya dalam kejadian di Taman Maluri , Cheras, baru-baru ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, remaja berkenaan, Fong Poh Yit, 19, dan Fong Poh Chu, 17, ditinggalkan di dalam kereta sementara menunggu ibunya ke kedai.
Ibu mangsa, Yap Thay Ying, 57, berkata, sekembalinya dari kedai, dia mendapati kedua-dua anak perempuannya tiada dalam kereta.
“Saya cuba menghubungi mereka, tetapi tidak dapat dan saya percaya mereka dilarikan seorang lelaki yang menyukai anak saya dan apabila saya menghubungi lelaki itu, dia tidak mengendahkan rayuan saya,” katanya pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA, semalam.
YAP (kanan) dan Chong menunjukkan gambar dua gadis yang hilang.
Menurut Yap, anaknya pernah mengadu lelaki itu sering menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta kepadanya.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2014091901545620140919015456/Article/index_html
|
|