CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1862|Reply: 4

Angkat Sumpah MB Selangor Baharu: Pilihan Mungkin Azmin Atau Iskandar

[Copy link]
Post time 19-9-2014 09:55 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu? Azmin atau Iskandar?

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Krisis jawatan Menteri Besar Selangor akan berakhir tidak lama lagi apabila Istana Selangor dijangka mengumumkan nama menteri besar yang baharu awal minggu depan.

Berdasarkan kad jemputan yang telah diedarkan, yang disahkan kebenarannya oleh para pegawai Istana, memaklumkan tentang majlis mengangkat sumpah jawatan itu pada pukul 10 pagi Selasa.

Istana enggan mengulas mengenai siapa yang akan menjadi menteri besar tetapi pilihan yang disenarai pendek adalah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Exco negeri dari PAS, Iskandar Samad.

Azmin merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa manakala Iskandar adalah Adun Chempaka.




Kedua-dua mereka merupakan pengerusi parti masing-masing di peringkat negeri.

Difahamkan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dipilih sebagai Adun Kajang pada Mac lalu mungkin tidak akan mendapat jawatan itu.

Perletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar akan berkuat kuasa sebaik sahaja angkat sumpah menteri besar yang baharu.

Dengan majlis angkat sumpah pada Selasa depan, ini bermakna Sultan tidak akan lagi menunggu nama-nama yang akan diserahkan oleh PKR dan DAP yang mengambil masa panjang oleh para pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor.

Kedua-dua parti hanya mencalonkan Dr Wan Azizah walaupun terdapat arahan yang jelas daripada Istana supaya mencadangkan lebih dua nama.

Istana turut memaklumkan bahawa Sultan mungkin akan memilih menteri besar yang baharu berdasarkan senarai tiga nama yang diserahkan oleh PAS atau satu nama tiada dalam senarai.

Timbul kontroversi menerusi dua kenyataan tegas daripada Istana. Pertama, Sultan menitahkan bahawa DAP dan PKR adalah tidak setia atau derhaka kerana keengganan mereka untuk mengemukakan nama-nama lain, dan baginda menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang biadap.

Kenyataan kedua pula dikeluarkan pada Khamis apabila Istana menegur Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyebabkan kekeliruan dengan maklumat yang salah mengenai amalan yang dilakukan Istana dalam mengesahkan jawatan menteri besar.

Anwar mendakwa bahawa amalan mencalonkan hanya satu nama untuk jawatan menteri besar telah dilakukan sejak kemerdekaan negara.

Difahamkan juga terdapat banyak pengumuman palsu mengenai majlis angkat sumpah apabila pegawai Istana menerima banyak panggilan telefon yang bertanyakan mengenai jemputan yang diterima mereka adalah benar.

Sementara itu, di Muktamar PAS di Batu Pahat, Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali berkata, jawatan menteri besar itu adalah milik PKR. Tetapi beliau menambah sekiranya Sultan menawarkannya kepada PAS, semua parti harus menerima keputusan tersebut.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, parti itu akan menolak jawatan itu kerana ia menjadi satu perlantikan tersebut tidak akan bertahan lama tanpa persetujuan DAP dan PKR.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 01:10 PM | Show all posts
Elok kasi kat iskandar
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 12:29 PM | Show all posts
kul 4 ptg ni ya TSKI wat pc...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 08:33 PM | Show all posts
Anwar mahu AZMIN, bukan AZIZAH sebagai MB Selangor..!!


Kami mendapat info mengatakan ANWAR sebenarnya inginkan AZMIN menjadi MB SELANGOR... namun mesyuarat MAJLIS PIMPINAN PKR telah bersetuju untuk mengangkat WAN AZIZAH disebab beliau merupakan PRESIDEN parti.. di samping ada beberapa orang dalam AJK tersebut tidak sebulu dengan AZMIN....

Namun ANWAR nie licik orangnya.. manusia yang kaya dengan strategi...Belaiu sebenar tidak mahu dilihat sebagai menggunakan kuasa diktator sebagai Ketua Umum PKR walaupun nama AZIZAH naik akan memberikan impak kepadanya dari musuh dan rakan politik yang akan mengatakan beliau NEPOTISMA sebab melantik ISTERInya sebagai MB Selangor...beliau tetap menerima cadangan MAJLIS PIMPINAN PKR. Sebab itu bila Nasrudin MP Temerlon cuit beliau bab nepotisma beliau enggan ulas...beliau sekadar senyum simpul sahaja...itulah ANWAR....

So far beliau memang berharap kepada PAS untuk angkat AZMIN.... dan keputusan dari mesyuarat JKPP seperti 17hb Ogos telah mencadangkan 2 nama AZIZAH & AZMIN... namun apabila pergi ke MESYUARAT PIMPINAN PR pada sebelah petang PKR & DAP masih mencadangkan nama AZIZAH dan PAS pun setuju AZIZAH....

Disinilah baru mula konfliknya dimana AZMIN buat-buat menolak jawatan tersebut dan memberi tanda sokongan kepada PRESIDEN PKR.... dalam pada itu ANWAR berharap PAS akan tetap dengan pendirian tersebut dimana tetap dengan nama AZIZAH & AZMIN kerana ANWAR tahu keputusan hendak menentukan siapa jadi MB adalah terletak pada kata putus TUANKU SULTAN SELANGOR...

Apabila PAS buat kenyataan yang PAS akan menyerah kepada kebijaksanaan TUANKU untuk menentukan siapa MB.. ANWAR sudah berkeyakinan bahawa AZMIN akan naik kerana berdasarkan kebijaksanaan TUANKU memilih calon yang diberikan....

Masalah timbul apabila TUANKU mintak 3 nama setiap PARTI dari PAS, PKR & DAP.... PKR & DAP tetap kekal AZIZAH namun sudah jadi sebaliknya APABILA nama yang diberikan oleh PAS bukan AZIZAH & AZMIN tetapi lain iaitu 2 PKR & 1 PAS....yang mana masih di RAHSIAKAN sampai sekarang oleh PRESIDEN PAS kerana nama tersebut di hantar direct oleh Pej. Presiden PAS kepada TUANKU....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 05:43 PM | Show all posts
boyagombak posted on 22-9-2014 08:33 PM
Anwar mahu AZMIN, bukan AZIZAH sebagai MB Selangor..!!
So far beliau memang berharap kepada PAS untuk angkat AZMIN.... dan keputusan dari mesyuarat JKPP seperti 17hb Ogos telah mencadangkan 2 nama AZIZAH & AZMIN... namun apabila pergi ke MESYUARAT PIMPINAN PR pada sebelah petang PKR & DAP masih mencadangkan nama AZIZAH dan PAS pun setuju AZIZAH....

Bermakna Azmin sebenarnya tak dapat sokong majoriti dari PKR dan DAP ?

Macam tak logik jalan cerita ni.... semua buat u-turn... sebelum ni PAS yang dikutuk buat u-turn!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.067711 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list