CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: changa=famri7

Soseh Soseh: Dulu mewah kini melarat

[Copy link]
Post time 19-9-2014 11:26 AM | Show all posts
takkan maya karin kan??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 11:35 AM | Show all posts
Pesanan kepada artis muda dan popular




Oleh Siti Jarum
Facebook: siti.jarum9
siti_jarum2009@yahoo.com
Dalam dunia hiburan tempatan, ada dua perkara yang sering menjadi bahan bualan. Pertama kisah kehidupan mewah sesetengah golongan artis dan keduanya, kisah duka lara kehidupan artis-artis veteran terutama yang telah ditinggalkan oleh populariti yang diraih semasa zaman kemuncaknya. Dalam kita menatap kehidupan ultra mewah sesetengah artis walaupun baru setahun jagung dalam dunia hiburan, kisah-kisah yang menyayat hati sesetengah artis veteran sangat meruntun perasaan.

Sebelum Siti meneruskan tulisan ini, Siti ingin memohon maaf sekiranya tulisan ini sedikit menyinggung. Tapi tiada secebis pun di hati Siti untuk berbuat demikian kerana hasrat ikhlas adalah menyuntikkan sedikit kesedaran kepada yang muda supaya mengambil iktibar daripada golongan yang sudah veteran dan meneruskan hidup dalam serba kekurangan.

Sebenarnya daripada gambaran kemewahan yang dilalui oleh sesetengah artis muda ketika ini adalah kontradik dengan kisah duka artis veteran. Secara logiknya dengan gembar-gembur kisah kehidupan mewah artis muda, sudah tidak ada artis veteran yang terpaksa menjalani hidup yang lara. Mereka ditinggalkan peminat, populariti dan hilang mata pencarian.

Artis-artis muda yang berada di puncak populariti perlu mengambil iktibar daripada kisah hidup sesetengah artis veteran yang usia tuanya tidak begitu menggembirakan. Siti tidak bermaksud memperkecilkan artis veteran yang sesetengahnya pernah menjalani hidup mewah tapi menjadi sebaliknya pada usia tua. Artis muda jangan mempersenda kerana kata orang tua-tua, pelepah muda jangan ketawa bila pelepah tua gugur kerana dia juga akan menjadi tua.

Maksudnya pada usia muda ini tidak perlulah memperagakan kemewahan yang melampau walaupun sebenarnya mewah. Lebih-lebih lagilah yang tidak mewah tapi bergaya mewah kerana pada tanggapan mereka peminat akan lari kalau menjadi diri mereka yang sebenar iaitu bersederhana menjalani hidup. Nanti bila tiba usia tua, tidak adalah peminat yang membandingkan zaman dulu dan zaman sekarang.

Mewah

Apabila agak banyak media yang memaparkan kehidupan artis veteran yang tidak seperti yang dibayangkan peminat, mereka pun berkata, artis bernasib baik kerana pernah menikmati kemewahan tapi bagaimana dengan mereka yang kerja buruh, pengawal keselamatan dan sebagainya yang tidak pernah menikmati kehidupan mewah? Tapi seolah-olah yang perlu dicurahkan simpati hanya kepada artis sedangkan dulu mereka pernah mewah.

Memang ada benarnya, apalah sangat kesusahan hidup sesetengah artis veteran kalau dibandingkan dengan orang biasa yang terpaksa ikat perut kerana tidak cukup makanan, tidak ada kediaman yang sempurna? Adilkah kalau simpati dan bantuan lebih banyak dihulurkan kepada golongan artis yang dulunya pernah merasai kehidupan mewah cuma sekarang kurang mewah berbanding orang biasa yang terus menerus hidup serba kekurangan?

Seperti yang Siti katakan tadi, Siti tidak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak terutama pakcik atau makcik artis veteran kita. Siti menulis ini untuk mengingatkan artis-artis yang muda, popular dan hidup kaya raya supaya beringat-ingat pada masa tua. Tak rugi apa-apa kalau hidup sederhana dan beringat-ingat supaya hari tua dapat dilalui dengan sempurna.

Siti bukan tidak kasihan membaca kisah hidup sesetengah artis veteran kita. Tapi Siti tak boleh menafikan orang biasa yang hidupnya menderita pun perlu diberi bantuan dan perhatian. Kepada artis veteran yang pernah popular dan di puncak gemilang tapi kini hidup derita, kita tidak boleh undurkan masa.

Kepada artis muda, ambillah kisah hidup artis veteran sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi laluan yang sama. Malah banyak artis veteran yang berpesan supaya beringat-ingat masa mewah. Hidup tidak selalunya disinari kemilau, sampai suatu masa kemilau itu akan pudar dan bermulalah hakikat sebenar sebuah kehidupan.

SITI JARUM: Hidup sederhana saja.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... pular#ixzz3DjGFgmtR
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 11:38 AM | Show all posts
offwhite posted on 19-9-2014 11:24 AM
jaman lydawati dah berlalu...dulu dia kawen dgn datuk apa tu...sominya suliza salam...skrg dah bekas ...

Dia sezaman dengan Melissa Saila, Ogy Ahamd Daud,
Kaka Zeila Jalil - orang belaan Jule Dahlan
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Takkan uji rashid kot?

Ye ye jer jutaan peminat, ntah2 retis veteran yg sendu
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Xmungkin miss fake...dulu dia yg sengaja xnk keje kan...skrng ni byk filem...endorsements pun lebat lah jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 11:56 AM | Show all posts
Rasanya bukan kaka fake
Tp gosip yg bagus utk peringatan kaka fake
Kena jugak setepek kat hidung pelesunya tu

kaka fake ni bole tahan jugak lupa diri & dok hina2 org
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2014 11:57 AM | Show all posts
NHolmes posted on 19-9-2014 11:38 AM
Takkan uji rashid kot?

Ye ye jer jutaan peminat, ntah2 retis veteran yg sendu

Uji Rashid bukan jenis bermewah-mewahan.
Baju pun tak bergosok, jaman mudanya dulu.
Dia juga takda b erpacaran dengan orang kenamaan,
except dengan bapak si Cico Harahap. Tapi bapak si Cico
pun bukan sesiapa, cuma anak Ketua polis.
And hidup Uji memang sejak azali susah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 11:57 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 12:01 PM | Show all posts
NAT_11 posted on 19-9-2014 11:57 AM
Uji Rashid bukan jenis bermewah-mewahan.
Baju pun tak bergosok, jaman mudanya dulu.
Dia juga tak ...

Nasib baik bukan uji rashid.. I minat dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni pastinye retis yg dh quite kertu..byk aset tp x pandai manage melara hati jua akhirnya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
NAT_11 posted on 19-9-2014 11:18 AM
U are talking about new generation.
Dia ni belongs to generation lama yang buta komputer.
Kalau  ...

Ko ckp pasal lydia ke noks.
Lydia mmg sakit. Aritu katanya sakit saraf kan pastu ckp sakit misteri terkena buatan org lak.dia la yg ckp aku baca jeee
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
solstice posted on 19-9-2014 11:57 AM
Adakah ini wajah sebenar kaka changa?
Curlassttt

Bior betul nok? Sungguh bercanggah dengan apa yang ku fikirkan.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 12:25 PM | Show all posts
speku lagi

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 12:25 PM | Show all posts
xkira siapa pun retis tu kita tumpang simpati
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 12:27 PM | Show all posts
solstice posted on 19-9-2014 11:57 AM
Adakah ini wajah sebenar kaka changa?
Curlassttt

Amboi..sempat lagi selit..  betul ka kaka changa? camane boleh korek sampai jumpa gambar nie? skeri plak rase..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 12:31 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 12:33 PM | Show all posts
toxicated posted on 19-9-2014 12:06 PM
Ni pastinye retis yg dh quite kertu..byk aset tp x pandai manage melara hati jua akhirnya..

hamboi..kerlasst avy! dah bertudung paritdah le pulok...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 12:34 PM | Show all posts
DayangKirana posted on 19-9-2014 12:27 PM
Amboi..sempat lagi selit..  betul ka kaka changa? camane boleh korek sampai jumpa gambar nie? sker ...

Dia org lama kat cari,ada org kenal dia walaupun tak ramai .baru-baru ini dia buat hal - puji yahudi israel hina palestin dan islam di CI....menimbulkan kemarahan org ramai....cari nahas la jawabnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 12:35 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 12:37 PM | Show all posts
DayangKirana posted on 19-9-2014 12:35 PM
waaa...bile gugel nama faizal m zain nie, melimpah ruah info..mcm2 picca keluar.. twitter pesbuk s ...

Nak try gugel jugaklah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.081803 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list