CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54386|Reply: 217

ALKISAH SERAM VOL I : CIK KAK CINA? #205

  [Copy link]
Post time 19-9-2014 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by cikX87 at 4-7-2019 05:31 PM

salam uolls.

selama ni cikX sekadar silent reader aja. lately baru terbuka hati nak kongsi pengalaman sendiri kat sini. pertama sekali, harap tak ada yang bash maki maki kalau cikX lambat update sebab masa tu kadang ada kadang terhad. ada masa, cikX singgah tepek cerita k?

list cerita cikX mengikut PAGE PC version :


happy reading!




CIK PONTI KAT PANTRY (da macam nama iolls)

kisah ni waktu cikX belajar dulu. ada la dalam 4 tahun lepas. kot. tak ingat.

hari tu, cikX dengan groupmates decide tumpang bilik member yang duk hostel ni ha sebab nak setel group assignment. (untuk pengetahun cikX tak duk hostel. duk rumah sendiri.)

so malam tu lepak la kitorang berempat dalam bilik sorang member ni. kita namakan dia C. dalam group cikX ni, si C ni sorang ja non muslim. yang lagi dua E dan T budak melayu. lepak bilik dia pun sebab dia sorang ja yang duduk hostel. kiranya kitorang nak senang pi kelas la esok paginya. konon.

tengah layan buat part assignment masing masing, dengan sekali dentum guruh ja, habis blackout satu hostel. yang tinggal hanya emergency light kat hallway antara bilik bilik tu. so, member cikX sorang ni, si E bagi idea dia nak panggil member member lain buat teman sampai karen on balik. which is member lain yang di maksudkan dekat floor lain. maka keluar lah si E ni sorang sorang nak pi jemput member lain buat teman.

selang berapa minit E balik ke bilik dengan 2 orang member lain. dalam samar samar cahaya emergency light kat hallway tu (emergency light tu baik takda dari ada) , boleh si E ni dok tercegat depan pintu. sementara yang dua lagi tu da masuk dalam. cikX pun panggil lah dia.

cikX : oi E! kau nak duk luar tu sampai bila lah?

terus E masuk. tapi dia masuk dengan muka pucat sambil kata , "aku nampak pompuan cangkung kat area pantry." yes. bilik si C ni selang berapa langkah ja dari pantry.

cikX : kau biar betul E. merepek apa lah gila?
E : sumpah aku nampak pompuan cangkung dekat tengah jalan nak masuk pantry tu lah weh! tak kan lah aku nak saja buat cerita time time macam ni!

marah nau nau E time tu. so kitorang semua decide jenguk keluar untuk usha "pompuan" tu. dan ternyata semua da tak nampak pompuan tu mencangkung kat situ termasuklah si E. dan yang bestnya, kali ni aku aja yang nampak. aku ajak semua masuk. tutup pintu sambung buat keja. tapi aku sikit pun tak bukak mulut bagitau budak budak tu apa yang aku nampak. sampai hari ni.

nasib korang lah kalau korang salah satu watak C , E , T mahupun teman yang lagi dua tu. haha.

maaf kalau cerita bosan. baru nak warm up. lama tak menulis. salam kenal dari cikX. Last edited by cikX87 on 2-11-2014 12:42 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 09:40 PM | Show all posts
Salam kenal cikX....huhu.

Ekk...nape cikX sorg je yg blh nmpk?

Malam tu blh tdo lena x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2014 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
nayl.isabell posted on 19-9-2014 09:40 PM
Salam kenal cikX....huhu.

Ekk...nape cikX sorg je yg blh nmpk?


salam nayl.

si E tu dia tak sengaja terrrnampak. cikX memang sensitif sikit yang gitu gitu tu. huhu. nak kata cikX ada sense terlebih tu, ye kot. malam tu tido macam biasa. sebab cikX selalu tido bawak yassin letak bawah bantal.

nanti cikX share cite lain ye. terima kasih sebab jenguk thread cikX. Last edited by cikX87 on 19-9-2014 11:26 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 08:55 AM | Show all posts
die ngah wat nasi kangkang tuuuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2014 09:35 AM | Show all posts
selamat pagi uolls. hari ni awal cikX jaga padahal semalam lambat nau nau tidonye. so sementara nunggu waktu perut bersedia untuk di isi, cikX tepek lagi satu cerita naa.


ADIK KECIK NAMPAK "KAKAK"


kejadian ni da lama sangat. mungkin dalam nam tahun lepas. ada satu malam tu, cikX satu family nak pi hantar GF adik laki cikX balik rumah. rasanya time tu lepas kenduri kot. masa tu bapak cikX drive frontier dia. mak dan adik kecik cikX umur 2 tahun waktu tu tak silap, duduk depan. cikX, adik laki cikX, GF dia, adik pompuan cikX duduk belakang. kiranya kitorang pat orang duduk belakang lah. tak sempit sebab semua slim. wakakaka.

nak di jadikan cerita, rumah GF adik cikX ni jauh ke dalam. kiranya macam nak pi rumah dia tu kena meredah  jalanan nan berliku lah. naik turun bukit, lalu tepi hutan. rumah tanah sendiri. rumah jiran pun berjarak. seram lah jugak kalau waktu malam. huhuhu.

waktu ni first time cikX ikut pegi rumah dia. so jakun lah sikit. haha. cikX ni hobi pelik sikit. cikX suka travel malam. suka travel jauh jauh tempat tempat gitu dengan family or kawan. aku pun tak tau lah hobi spisis apa ekk. haha. so dalam perjalanan menuju rumah GF adik cikX si A ni, kitorang kena naik turun bukit. dengan jalan tak berturap lagi.

haa ni part seram da nak start. masa kitorang da lepas satu bukit tu, tiba tiba aja pintu sebelah adik cikX ni bergegar macam kena goncang dek orang dari luar. padahal kereta tengah gerak ni. seram siot. kitorang duduk belakang seat driver. adik cikX da serupa orang histeria da menjerit jerit macam orang gila sambil pegang pintu kereta takut terbukak. cikX ikut pegang sekali. memang kaw kaw rasa kena rentap rentap dari luar.

tengok kitorang panik, bapak cikX jerit, "KAU BUKAK PINTU TU, TUTUP BALIK!! SEKARANG!!"

cikX dengan gabranya bukak pintu tu then rentap sekuat hati. dalam masa cikX tutup pintu tu, mata cikX tertengok kat bukit sebelah. ada satu rumah putih. besar. terang gila. rupanya bukan cikX sorang ja yang nampak. adik pompuan cikX tu nampak sama. kitorang berpandang pandangan. tapi takde lah pikir apa. kes pintu habis macam tu ja. TAPI, bermulalah kisah seram kedua.

adik kecik cikX yang umur 2 tahun tu tetiba nak duk belakang. so kitorang pun ambik la dia bagi duk ngan kitorang. tapi budak ni bukan nak duk diam. berdiri hadap belakang. tau kan perangai bebudak? pastu kan, boleh pulak adik kecik cikX ni tunjuk tunjuk belakang (frontier kan belakang tu lopong tempat simpan barang) sambil sebut, "kakak.. kakak.. tu kakak.." tetiba anjing melolong lolong. HOI MEREMANG BULUS KITORANG. tapi mana maunye pandang belakang. hahahaha.

adik laki cikX ambik adik kecik kitorang then bagi duduk kat riba dia. sampai rumah si A ni, dia turun. bapak cikX pun turun sama. ambik barang pass kat si A ni. bila da gerak balik tu, kitorang tanya bapak, apa benda yang bapak bagi kat A tadi. nak tau gapo dio? DAGING MENTAH. extra dari kenduri tadi. lerrr patut lah "kakak" tu kacau. bapak ni pun.

sepanjang jalan balik smooth ja. esoknya, cikX dengan adik pompuan cikX tanya si A ni pasal rumah putih atas bukit tempat pintu kereta kena goncang malam tu. bermati matian lah si A ni kata, "sana mana ada rumah kak. atas bukit tu kubur."

haa elok lah tu. cikX dengan adik pompuan cikX jeling menjeling je lah mampu. huhu. okay lah. nanti cikX up cerita baru k? nak keluar ni. bai korang! Last edited by cikX87 on 21-9-2014 01:59 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2014 09:37 AM | Show all posts
Dark_Vampire posted on 20-9-2014 08:55 AM
die ngah wat nasi kangkang tuuuuu

hi dark.

hahaha. agaknya lah ek? da layan cite nasi tangas belum? geli siot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2014 11:27 AM | Show all posts
Fuh...benda2 tu suka kat daging mentah ke?sorry tanya.sebab nayl alhamdulillah setakat ni
mmg x pernah lg kena gangguan atau terlihat makhluk2 ghaib ni.sebab tak pernah tinggal kat asrama atau sebagainya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2014 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
nayl.isabell posted on 20-9-2014 11:27 AM
Fuh...benda2 tu suka kat daging mentah ke?sorry tanya.sebab nayl alhamdulillah setakat ni
mmg x per ...

nayl,

cikX pun tak pasti tapi rasanya ye la kot. memang benda berdarah sensitip je beliau punya sensor. macam daging, pad pompuan yang da guna. huhu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2014 12:15 PM | Show all posts
Beliau?kikikikiki....
adeh! mungkin la kan....beliau nmpk berselera dgn daging mentah tu.hihi.
selamat ke daging tu dimakan setelah di aim oleh beliau 2?ahaks!
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 12:51 PM | Show all posts
sampai hati x bagi kakak daging mentah....kempunan die
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Hohohoiii..mencabar sgh pjlnan korg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2014 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
nayl.isabell posted on 20-9-2014 12:15 PM
Beliau?kikikikiki....
adeh! mungkin la kan....beliau nmpk berselera dgn daging mentah tu.hihi.
sel ...

nayl,

tak silap ada cara cuci dan masak daging yang di bawak jalan jauh cenggitu tu. salah satu cara lagi untuk elak kena kacau, bawak daun limau. eh ye ke? haha.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2014 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dark_Vampire posted on 20-9-2014 12:51 PM
sampai hati x bagi kakak daging mentah....kempunan die

da kakak tak mintak leklok. bahaha!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2014 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kekkeladi posted on 20-9-2014 12:58 PM
Hohohoiii..mencabar sgh pjlnan korg

agak lah. ada lagi satu cerita pasal bapak cikX kat area yang sama. nanti cikX cita naa.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah...mmg ada caranya ke...bagus la klu mmg ada cara2 tu.takut jgk terus cuci masak n mkn mcm biasa.huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
seram woo..bedebar membacanye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2014 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
nayl.isabell posted on 20-9-2014 01:48 PM
Wah...mmg ada caranya ke...bagus la klu mmg ada cara2 tu.takut jgk terus cuci masak n mkn mcm biasa. ...

kalau tak silap memang ada caranya, awak. mungkin masa tu bapak cikX tak tepikir kot mende alah tu nak jadi. huhu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2014 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
blackorange8 posted on 20-9-2014 03:15 PM
seram woo..bedebar membacanye

thank you for reading blackorange. da lama tak menulis. takut jugak orang tak paham apa yang cikX nak sampaikan. hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
cikX87 posted on 20-9-2014 04:21 PM
kalau tak silap memang ada caranya, awak. mungkin masa tu bapak cikX tak tepikir kot mende alah tu ...

CikX tau ke cara2nya mcm mne? Huhu. I tgk anak buah i menanges2 sbb nmpk bnda tu pun i dah rasa nak menanges sama...sedih je tgk dia nanges sbb nmpk bnda2 tu...dipujuk pun x jln...herm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2014 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
nayl.isabell posted on 20-9-2014 05:02 PM
CikX tau ke cara2nya mcm mne? Huhu. I tgk anak buah i menanges2 sbb nmpk bnda tu pun i dah rasa na ...

anak buah nayl nampak cik kak jugak ke? salah satu cara yang cikX selalu buat, cikX pasang surah manzil kat rumah. pastu nanti rumah mesti sejukkk ja rasa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.085202 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list