Seorang perwakilan di Muktamar PAS mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa yang mengutuk pemimpin parti – termasuk timbalan presiden Mohamad Sabu dan dua ADUN parti itu di Selangor.
Dua ADUN yang disasarkan oleh wakil PAS Wilayah Persekutuan, Azhari Ariffin itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).
Dua ADUN tersebut sebelum ini menyokong presiden PKR sebagai calon menteri besar Selangor yang baru dalam pengakuan berkanun mereka.
Dalam doanya sepanjang 25 minit itu, Azhari memanjatkan doa agar Mohamad Sabu tidak akan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau juga berkata Saari dan Hasnul ibarat ejen perosak dalam parti itu, dengan memetik perumpamaan “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.
“Sekarang kita ada dua nila – satu Cap Hulu Kelang dan satu Cap Morib, mereka nila yang sangat beracun,” katanya dalam doa itu sambil menadah tangan.
Kebanyakan perwakilan yang bersidang di bawah khemah besar di Parit Salleh Ros, Batu Pahat itu dilihat turut menadah tangan.
Malah, ada juga sebilangan para wartawan yang turut menadah tangan.
Doanya yang meleret-leret sehingga lebih 25 minit itu memaksa pengerusi tetap muktamar, Abu Kassim Abdullah mengulangi peringatan agar beliau menamatkan ucapan.
Ia turut menimbulkan kemarahan seorang perwakilan yang meluru ke pentas dan menuntut agar tindakan dikenakan ke atas Azhari.
Beliau meminta pengerusi tetap mengeluarkan ketetapan sama ada tindakan membaca doa yang mengutuk orang lain dalam parti itu boleh dibenarkan dalam persidangan.
“Adakah ini sifat seorang Muslim?,” soalnya sebelum diiring keluar oleh seorang anggota Unit Amal yang turut mematikan mikrofon tersebut. – Malaysiakini.com
Bukan dah menjadi adat org PAS ke doakan kemusnahan org lain dlm doa? Ke doa kutuk umngok boleh, doa kutuk PR takleh? walhalalku, walharamu? .... prrfffttt....
Selalu bila berdoa............kita mintak yang baik2. Tapi semenjak TGNA berdoa pecah perut............makin2 menjadi-jadi doa songsang dilakukan ahli PAS. Ingat Tuhan tu ikut telunjuk kamu ke?
Post time 19-9-2014 11:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kesian betul pas ni...doa tu senjata org muslim..dulu korang juga yg salah guna senjata tu...doa yg tidak tidak ..yg bukan bukan...dari tok guru sampaila kpd balaci berperangai mcm tu....semua hammpehhhh politaik.....skrg senjata mkn tuan.....rasain lorrrrrr....tp seriously ...simpati...
tapi mad sabu kata mereka keluar nak pergi solat...
Mat Sabu: Mereka keluar nak pergi solat
KOTA TINGGI - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan segelintir perwakilan Pemuda yang bertindak keluar ketika beliau berucap merasmikan Muktamar Pemuda Pas sebagai perkara biasa.
Mengulas perkara itu selepas selesai perasmian Muktamar Pemuda, Mohamad menolak tindakan itu sebagai satu protes, malah katanya, keluar masuk perwakilan ketika berucap itu perkara biasa.
"Mungkin mereka keluar pergi sembahyang dan sebagainya. Lagipun sudah masuk waktu Asar, yang mahu solat akan keluar sembahyang," katanya
Ridzuan Abu Bakar ni seorg Ustaz yg banyak memberi kuliah agama termasuk di Selangor. Wpun dia PAS apa yg aku tahu dia jarang sentuh politik dlm ceramah2nya. Apa yg dia cakap mmg betul. Bila hujah/debat dibuat doa mcm mempermainkan Allah. Bygkan kalau Najib bentang bajet guna stail doa supaya semua org tadah tangan dan mengaminkan apa yg dia cakap. Tak ke pelik tak pernah buat dek org.