CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Anak_Nogori

[Tempatan] Perwakilan PAS WP - Doa kutuk Mad Sabu dan 2 DUN PAS yg belot.

[Copy link]
 Author| Post time 20-9-2014 09:00 AM | Show all posts
a_gen2 posted on 20-9-2014 01:01 AM
Ridzuan Abu Bakar ni seorg Ustaz yg banyak memberi kuliah agama termasuk di Selangor.  Wpun dia PA ...

Mcm2 berlaku dlm pas sekarang..saya tengok poyo je muka mad sapu bila dia sendiri saksikan kejadian aneh dlm muktamar ni...muka Hadi serius..tahan malu kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2014 09:30 AM | Show all posts

tgk pas buat hukum..bla doakan kO BN takde satu pun ulamak pas bantah,..tapi bile doakan tu tekene sendiri,marah ooooooo,,,ni hukum islam mana pakai ni,aku buat bleh org buat x leh?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian mat sabu...
Hidung tak mancung (literally and figuratively speaking sebab hidung dia dempak)... pipi (berbau burit mahhhh) tersorong2..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 12:12 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 20-9-2014 12:07 AM
tapi mad sabu kata mereka keluar nak pergi solat...

Mat Sabu: Mereka keluar nak pergi solat ...

pembohong. kwn aku unit amal yg bertugas kat dewan muktamar tu. dia sendiri ckp mmg semua perwakilan tu keluar sebagai tanda protes.

mad sabu mmg pembohong.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 12:37 PM | Show all posts
raxief posted on 20-9-2014 12:12 PM
pembohong. kwn aku unit amal yg bertugas kat dewan muktamar tu. dia sendiri ckp mmg semua perwakil ...

tak kan timbalan presiden membohong kot .......parti islam tu bukan barisan nasional
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2014 04:51 PM | Show all posts
Hentikan sikap prejudis terhadap ulama


Mokhtar Senik
BATU PAHAT 19 Sept. - Ahli Pas hari ini diminta menghentikan perasaan prejudis terhadap kepe-mimpinan ulama sebaliknya mengangkat golongan itu pada tahap sepatutnya dalam parti berkenaan.

Gesaan itu dibuat oleh wakil Dewan Ulama Pas, Mokhtar Senik yang cukup popular sebagai tokoh ulama bersuara lantang mempertahankan kedudukan golongan tersebut ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Ke-60 di sini hari ini.

Sepanjang perbahasan kira-kira 20 minit itu, Mokhtar yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Pahang mendapat sokongan padu para perwakilan yang beberapa kali melaungkan 'Allahuakbar' termasuk sebelum dan selepas beliau menyampaikan ucapan.

Beliau berkata, sejak akhir-akhir ini dilihat banyak tuduhan dilemparkan kepada golongan ulama termasuk semasa perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Khamis lalu.

Mokhtar mempersoalkan mengapakah tidak dibangkitkan kesedaran dan merangsang semangat Pemuda parti tersebut sebaliknya golongan ulama yang menjadi sasaran serangan.

"Saya tidak kata ulama maksum, ulama tiada salah tetapi menegur bukan menghina. Semalam kita dengar bagaimana ucapan perwakilan, kita seronok mereka angkat ulama tetapi kemudian pukul ulama. Angkat ulama, pukul ulama. Ini sikap apa sebenarnya kita?

"Kalau kita dalam Pas yang perjuangannya berteraskan al-Quran dan sunah tidak mendokong kepimpinan ulama, siapa yang nak sokong? Ini kita dalam gerakan Islam,'' katanya.

Mokhtar berkata, ulama Pas diasak dengan pelbagai tuduhan dan apabila mereka diam dikatakan jumud manakala menjawab tuduhan didakwa pula tidak sabar serta melenting.

Katanya, persepsi itu mesti dibetulkan dan semua pihak perlu menyedari bahawa peranan golongan ulama dalam Pas amat luas.

"Ulama dikatakan tidak turun padang, memang ada tidak turun padang tetapi saya hendak memberitahu bahawa ulama bukan sahaja turun padang namun turun ke dalam kubur hantar jenazah.

"Ulama juga hadir dalam demonstrasi dan di mahkamah untuk memberi sokongan kepada ahli kita tetapi masih diberi tanggapan yang salah,'' katanya.

Tambah beliau, golongan ulama Pas juga dikatakan tidak boleh diberi keyakinan untuk menjadi pemerintah atau calon pilihan raya.

Justeru, beliau mempersoalkan mengapakah ahli Pas tidak merujuk kepada kepimpinan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai seorang ulama yang berjaya mentadbir kerajaan negeri Kelantan lebih 20 tahun.

"Mengapakah tidak rujuk kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjadi wakil rakyat beberapa tahun dan sehingga kini berjaya mengekalkan prestasi kepimpinan bukan sahaja di peringkat negara ini bahkan dilantik sebagai Naib Ketua Persatuan Ulama Sedunia.

"Ramai lagi ulama yang menjadi wakil rakyat, mengapa prejudis kepada ulama. Ini perlu diperbetulkan minda dan tanggapan yang salah terhadap ulama. Ulama bukan tidak boleh ditegur tetapi jangan hina hingga meletakkan kehinaan kepada golongan ini,'' katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ulama#ixzz3DqONLjw8
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-9-2014 06:38 PM | Show all posts
'Berdoa waktu bahas, lepas ini kita baca talkin'


717  0  0

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyindir perwakilan Wilayah Persekutuan Azhari Ariffin yang membacakan doa dalam ucapan untuk mengecam beliau dan dua ADUN Selangor semalam.

Beliau menyifatkan tindakan berdoa itu sebagai satu "taktik baru" yang tidak pernah digunakan sebelum ini.

"Walaupun ada perkara baru yang dipersembahkan. Baru kali pertama saya tengok ucapan dalam bentuk doa.

"Dulu kita guna doa, bila nak ceramah tak boleh, FRU suruh bersurai, akhirnya kita berdoa," katanya.

Perwakilan itu pula menggunakan taktik tersebut untuk menghadapi larangan pengerusi tetap, kata Mohamad dalam ucapan penggulungannnya di Muktamar PAS Ke-60, petang ini.

"Tambah lagi sewaktu Ustaz Abu Bakar Cik berdoa, panjang. Macam tu juga dengan Ustaz Fadzil Nor.

"Macam semalam, kalau berdoa panjang, Pengerusi tetap nak suruh berhenti, doa.

"Ooo... rupanya ini taktik baru. Lepas ini kita baca talkin pula. Lepas ini kita baca talkin dalam bahasa Melayu (sewaktu berbahas)," katanya sinis sambil diiringi gelak ketawa perwakilan.

P/s:- Pemilihan PAS akan datang mungkin Mad Sapu ditalkinkan kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2014 06:39 PM | Show all posts
12:00PM - 20 Sep 2014
Hanipa Maidin pula diejek pemerhati PAS


315  1  0

Seorang lagi pemimpin utama PAS diejek dalam persidangan Muktamar PAS ke-60, kali ini kerana mempersoalkan kewajaran mengemukakan nama calon dari parti berkenaan untuk jawatan menteri besar Selangor.

Pengerusi lajnah undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin diberi layanan seperti itu oleh sekumpulan pemerhati ketika beliau menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat, pagi ini.

Dalam ucapannya, Mohamed Hanipa berkata parti itu perlu membuat pertimbangan “rasional dan munasabah” sekiranya ADUN parti tersebut ditawar menjadi menteri besar Selangor.

Katanya, PAS perlu mempertimbangkan sejauh mana kerajaan negeri itu dapat menjamin kestabilan jika jawatan tersebut diisi oleh wakil parti berkenaan.

"Adakah kita terfikir bahawa jika kita terima jawatan MB, kita tidak akan boleh lari daripada tohmahan bahawa PAS telah memungkiri janji. Sebab kita kata sudah berjanji. Kalau boleh jamin (tak ditohmah), tiada masalah, silakan ambil,

"Kedua, sekiranya kita ambil, adakah kita terfikir kerajaan itu kuat atau lemah. Kalau kita terima, rakan-rakan Pakatan tidak akan menyokong kita.

Teriaklah sekuat-kuatnya

"Kerusi ini untuk PKR, kita tidak akan disokong oleh PR dan DAP. Bagaimana kita nak jadi MB yang kuat," katanya.

Kumpulan pemerhati parti Islam itu yang tidak bersetuju dengan ucapan berkenaan seterusnya mengebu Mohamed Hanipa, namun ia tidak menjejaskan pendirian peguam tersebut.

"Kamu boleh 'boo' dan teriak sekuat-kuatnya," kata Hanipa kepada sebahagian pemerhati yang memaksa timbalan pengerusi tetap Hussein Ismail menenangkan keadaan.

"Ketiga, kerajaan ini (bawah PAS) akan tercabar apabila nkepimpinan PAS akan menghadapi masalah dan memecah belahkan Pakatan Rakyat. Ini pandangan saya.

"Sekarang kamu jerit sekuat-kuatnya," katanya yang mengakhiri ucapannya.

Tindakan pemerhati dalam persidangan tersebut menunjukkan penentangan yang jelas dari kumpulan dalam PAS ke atas kelompok pro-Pakatan Rakyat yang tidak bersetuju dengan usaha melantik ADUN dari parti tersebut ke jawatan MB Selangor.

Majlis angkat sumpah MB Selangor bakal diadakan Selasa ini.

PAS sebelum ini mengemukakan tiga nama calon kepada sultan Selangor untuk pertimbangan baginda – dua calon PKR dan seorang dari PAS.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2014 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
raxief posted on 20-9-2014 12:12 PM
pembohong. kwn aku unit amal yg bertugas kat dewan muktamar tu. dia sendiri ckp mmg semua perwakil ...

aish..x kn ulamak nk menipu.ulamak tu!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 02:59 AM | Show all posts
TuntungReturn posted on 20-9-2014 06:57 PM
aish..x kn ulamak nk menipu.ulamak tu!!

hahaha...dah ada x lobai yg kata umno sudah bayar itu ulamak? haha!
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 03:57 AM | Show all posts
Dalam ucapannya, Mohamed Hanipa berkata parti itu perlu membuat pertimbangan “rasional dan munasabah” sekiranya ADUN parti tersebut ditawar menjadi menteri besar Selangor.

Katanya, PAS perlu mempertimbangkan sejauh mana kerajaan negeri itu dapat menjamin kestabilan jika jawatan tersebut diisi oleh wakil parti berkenaan.

"Adakah kita terfikir bahawa jika kita terima jawatan MB, kita tidak akan boleh lari daripada tohmahan bahawa PAS telah memungkiri janji. Sebab kita kata sudah berjanji. Kalau boleh jamin (tak ditohmah), tiada masalah, silakan ambil,

"Kedua, sekiranya kita ambil, adakah kita terfikir kerajaan itu kuat atau lemah. Kalau kita terima, rakan-rakan Pakatan tidak akan menyokong kita.


ada betulnya kata kata dia ni. Lagi pun PAS menang 15 kerusi sahaja, dan dalam 15 kerusi tu bukan semuanya penyokong PAS. Ada juga penyokong PKR dan DAP yang mengundi PAS. Lain la kalau PAS menang 18 kerusi tanpa bantuan dari PKR dan DAP. Kalau tiada sokongan dari PR, Selangor is dead. Di harap penasihat sultan nampak perkara ini, demi kebaikan negeri selangor.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 06:15 AM | Show all posts
Sultan atau pemimpin negeri semua sama kalau dorang keturunan melayu. yg kaya hanya tau bersocial. harta bapak aku!  yg miskin hanya tau berdoa. Tuhan akan tolong aku.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 09:10 AM | Show all posts
kalo dah tahap sama2 saling sakit meyakiti ...apa lagi?keluar PR  jela PAS ooiii.ko nak tertungang tertongek tak sapa lagi nak sentap,nak marah..sukatilah
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
padan muka dengan pas. ape yang dibuat pada umno sudah berbalik pada diri sendiri. dulu kat umno kapir, la ni pas yang terlebih kapir. dulu kata umno khianat, la ni dikhianat oleh rakan tahaluf siyasi. dulu doakan umno k.o dan lain2. la ni pas sendiri kena doakan ahli sendiri dan bergaduh sesama sendiri...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.104019 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list