CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7559|Reply: 21

Karl Shafek, Ajak (Shiro) Kemalangan

[Copy link]
Post time 19-9-2014 10:55 PM | Show all posts |Read mode


[size=0.75em]Karl Shafek

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Karl Shafek terbabit dalam kemalangan jalan raya yang turut membabitkan pelakon Ajak (Shiro) dalam kejadian di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) Kota Damansara di sini pada petang Khamis.

Karl Shafek atau nama sebenar Khairul Shafek Ibrahim, 34, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.30 petang ketika dia dalam perjalanan ke sebuah majlis di Putrajaya.

"Semasa kejadian itu saya dalam perjalanan ke Putrajaya dan tiba-tiba kereta depan berhenti mengejut sehingga saya tidak dapat mengelak.

"Ada tiga kereta termasuk kereta saya yang terlibat dalam kemalangan itu. Mengejutkan kereta pelawak Ajak (Shiro) turut sama terlibat. Dia pula ketika itu dalam perjalanan untuk pergi latihan Anugerah Lawak Warna di Shah Alam.

"Kemalangan tersebut juga menyebabkan lebuhraya tersebut mengalami jem teruk beberapa jam," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

[size=0.75em]Kereta yang dipandu Karl Shafek.



[size=0.98em]Bagaimanapun, Karl berkata, dia tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu dan begitu juga Ajak serta pemandu-pemandu lain.

Tambahnya, kereta jenis Myvi yang dinaiki itu mengalami rosak teruk dan mengambil masa sebulan untuk diperbaiki.

Karl berkata, perkara tersebut menjadi masalah apabila sukar untuk dia bergerak ke lokasi penggambaran.

"Saya tidak mengalami apa-apa kecederaan cuma kereta saya saja yang teruk pada bahagian depan dan enjin.

[size=0.75em]Ajak (Shiro)


"Saya difahamkan ambil masa sebulan untuk dibaiki dan sekarang menjadi masalah kepada saya untuk bergerak ke mana-mana, jadual saya bulan ini pula padat dengan penggambaran," ujarnya.

[size=0.98em]Sementara itu Ajak yang dihubungi berkata, kereta jenis Honda Accord yang dipandunya hanya mengalami kerosakkan kecil apabila bampar bahagian belakang keretanya itu calar.




Katanya, dalam kejadian berkenaan dia tidak menyangka pelakon Karl Shafek turut terlibat dalam kemalangan berkenaan.

[size=0.98em]"Dalam keadaan jalan sesak, tiba-tiba sebuah kereta jenis Toyota telah melanggar belakang kenderaan saya. Selepas semuanya turun, saya dapati kereta Toyota itu dilanggar oleh kereta dipandu Karl Shafek. Bagaimanapun kami tak ada apa-apa, " katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga tabah melayari hari2 esok tanpe krete.. :lol
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 11:14 PM | Show all posts
ala...jadi celeb ni kayya kot. Payment tinggi. Tuka baru je la...tak nak tukar? Tumpang adik beradik ke kawan2 ke...senang
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 11:15 PM | Show all posts
ala...jadi celeb ni kaya kot. Payment tinggi. Tuka baru je la...tak nak tukar? Tumpang adik beradik ke kawan2 ke...senang
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 11:15 PM | Show all posts
nasib baik bawak myvi nk repair pon murah sikit. ingat audi ke ferari ke kemalangan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Maknenya kete ajak yg depan sekali???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2014 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Punca drpd ajak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 04:27 AM | Show all posts
karla ni naik myvi ke.. igt artis naik kete grand2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2014 07:03 AM | Show all posts
Nape aku selalu rasa myvi ni kete pompuan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 10:36 AM | Show all posts
aderaderker posted on 20-9-2014 07:03 AM
Nape aku selalu rasa myvi ni kete pompuan...

fishy kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Karla myvi perempuan langgar toyota.toyota langgar accord. So karla laa paling tak sempat brek..
tp karla salahkan kete depan yg brek mengejut.
pinjam la kete kawan2 english man ko karla oi.takkan style je lebih kete takde kan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 11:42 AM | Show all posts
Bkn ke karl ni ade keta vw?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 12:49 AM | Show all posts
lom rejeki dia nak pakai axia nih kot ..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2014 07:23 AM | Show all posts
Lambat gak siap keta Kalau claim insurans
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 12:44 PM | Show all posts
pinjam kat david teo la... dia banyak kereta maaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 03:56 AM | Show all posts
masa naik kereta ada baca bismillah tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2014 03:20 PM | Show all posts
ajak shiro tu aku kenal. karl Syafiq ni siapa pulak ye
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 11:39 AM | Show all posts
Eleh xcdent ckit je pon nak kecoh...ingatkan tadi serius sampai masuk spital ker apa. Karla mgelamun nak jumpa englishmen dia mlm nnt kot smpi x sempat nak brek.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 02:10 PM | Show all posts
NadineNajmie posted on 20-9-2014 12:41 AM
Punca drpd ajak ke?
"Dalam keadaan jalan sesak, tiba-tiba sebuah kereta jenis Toyota telah melanggar belakang kenderaan saya. Selepas semuanya turun, saya dapati kereta Toyota itu dilanggar oleh kereta dipandu Karl Shafek. Bagaimanapun kami tak ada apa-apa, " katanya.
kannn


ajak depan
tengah toyota
belakang skali karla

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 02:13 PM | Show all posts
klau claim guna insurance mmg selalunya ambik masa yg lama.....klau ada dua kereta tak jd masalah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.069575 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list