CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2438|Reply: 33

[Tempatan] Dewan Ulamak PAS - dah bermusuh dgn UMNO nak bermusuh dgn istana plak ke?.

[Copy link]
Post time 20-9-2014 04:57 PM | Show all posts |Read mode
MB: Kalau istana beri pada Pas, PKR kena terima
RAZIATUL HANUM A.RAJAK
20 September 2014

Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services




[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


BATU PAHAT - Dewan Ulama Pas menasihatkan agar Pas menerima kerusi Menteri Besar Selangor sekiranya istana memilih Adun parti itu untuk menyandang jawatan nombor satu di negeri itu.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, Pas tidak sepatutnya bermusuh dengan istana apabila menolak keputusan istana itu.

"Dewan Ulama mencadangkan supaya kita terima apa jua keputusan yang akan dibuat oleh Sultan Selangor.

"Kalau diberi kepada PKR, Pas kena terima dan kalau tuanku beri kepada Pas, maka kita juga kena terima.

"Buat apa kita nak cari musuh lagi? Umno dah bermusuh, nak bermusuh dengan istana pulak. Itu pandangan saya yang cetek ini," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Pas ke-60, di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berpendapat Presiden tidak perlu mengikut keputusan mesyuarat ekoran Presiden itu memiliki kuasa pemutus bagi keadaan tertentu.

"Persoalan yang timbul dalam keputusan mesyuarat, sama ada ketua perlu ikut keputusan mesyuarat atau tidak, ada dua pandangan oleh ulama-ulama Islam iaitu perlu ikut dan tak perlu ikut.

"Setelah saya mengkaji kedua-dua pandangan, mengikut ijtihad saya yang cetek dan mengikut masa kini. Saya berpendapat bahawa ketua tak perlu ikut keputusan mesyuarat," katanya.

Beliau turut berpendapat, tiada peruntukan dalam perlembagaan parti yang menyebut bahawa Presiden perlu menuruti keputusan mesyuarat.

"Saya kaji dan baca, tidak ada pun peruntukan yang mewajibkan seorang Presiden, mesti ikut keputusan mesyuarat. Tapi dalam keadaan tertentu ketua mempunyai kuasa pemutus.

"Tapi saya juga tidak menafikan mesyuarat itu penting bagi mendengar pandangan-pandangan ahli-ahlinya," katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2014 05:02 PM | Show all posts
sayang tol .. PAS berpecah belah kerana kes ni
satu kata terima
satu kata tolak


Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 05:30 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 20-9-2014 05:02 PM
sayang tol .. PAS berpecah belah kerana kes ni
satu kata terima
satu kata tolak

Mungkin kerana nak kuasaa......

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 05:32 PM | Show all posts
ini mmg heran. org nak bagi jawatan kat parti dia bole dia xnak plak.. nsb baik masih ada lg yg waras dlm PAS ni, so, ada la yg bangun bersuara menentang yg bengong2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 05:42 PM | Show all posts
macai umno meroyan tak dapat selangor. dpt tgk pas dengan pkr gaduh ok je.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 05:55 PM | Show all posts
xpayah heran la dgn PAS lalang ni...xde pendirian..mcm ni nk jadi pemimpin...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-9-2014 06:19 PM | Show all posts
Pas hilang sokongan jika terima jawatan MB
NOOR AZURA SAHRIL
20 September 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
8
Muktamar
< 1 / 1 >
BATU PAHAT - Pas hanya  mengeruhkan lagi keadaan  politik di Selangor  sekiranya mahu menerima  jawatan menteri besar negeri itu, kata Pengerusi Lajnah Undang-Undang  dan Hak Asasi Manusia (Luham), Mohamed Hanipa Maidin.

Peringatan itu diberikan Hanipa dengan tegas kerana bimbang parti itu akan hilang sokongan rakan komponen dalam PR kerana mengingkari janji.

"Kita sudah berjanji kerusi itu milik PKR. Jika  diteruskan  tanpa sokongan DAP dan PKR, bagaimana Pas mahu  menjadi menteri besar yang kuat, " soalnya.

Hanipa berkata, Pas juga tidak boleh lari daripada tuduhan memungkiri  janji kerana kenyataan secara terbuka  sebelum ini, Pas tidak akan menerima jawatan itu.

"Jika kita boleh menangani hal itu, tiada  masalah, silalah terima," katanya.

Bagaimanapun, jelas Hanipa tindakan itu akan membuka ruang kepada pilihan raya negeri.

"Bagaimana kita mahu menjadi menteri besar  tanpa sokongan majoriti dan membentuk  kerajaan.

"Ketika itu  kerajaan mungkin  dicabar dan tidak mustahil akan mengalami masalah berakhir dengan perkara yang kita tidak suka iaitu akan berlakunya  pilihan  raya," katanya.

Dari sudut perundangan, Hanipa juga mempersoalkan  kerajaan yang bakal dibentuk itu akan kuat atau sebaliknya.

"Saya nak katakan kita  buat keputusan bukan berdasarkan takbir dan teriakan

"Kita  buat keputusan berdasarkan  prinsip yang rasional dengan mengambil  kira permasalahan  dan memahami isu," ujarnya lagi.

Ekoran pandangannya  itu, segelintir pemerhati yang hadir kecoh seketika, namun berjaya ditenangkan oleh Pengerusi Tetap Muktamar Pas, Hussein Ismail.

Pas sebelum ini , telah membuat ketetapan tidak akan menuntut kerusi Menteri Besar Selangor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2014 06:21 PM | Show all posts
Hadi bidas pihak 'curi' dua Adun Pas
SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
20 September 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
0
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang
< 1 / 2 >
BATU PAHAT - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyelar tindakan pihak yang didakwa cuba mencuri dua Adun Pas bagi menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

"Curi wakil rakyat kita, adakah ini etika bertahaluf? Ada dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, jadi broker, jadi barua pun ada.

"Bukankah setiap wakil rakyat kita sudah berbaiah sebelum dilantik? Mana lebih besar antara baiah dengan aku janji?," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Muktamar Pas ke -60, di sini, hari ini.   

Beliau merujuk kepada tindakan dua Adun Pas Selangor iaitu Saari Sungib dan Hasnul Baharudin yang menyertai Adun PKR dan DAP menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor walaupun belum mendapat persetujuan parti.

Katanya lagi, Pas tidak pernah senang dengan Langkah Kajang yang dilancarkan oleh PKR untuk menukar Menteri Besar Selangor sambil menegaskan Pas tidak 'pelahap' dengan jawatan tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2014 06:31 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 20-9-2014 05:02 PM
sayang tol .. PAS berpecah belah kerana kes ni
satu kata terima
satu kata tolak

sebab PKR  buat tahik..pas kena akibat...
shelaka ke tak tu...
tapi, isu ni boleh tengok muke2 sebenar dalam PAS
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 06:38 PM | Show all posts
bang nuar ni cerdik jugak.....dia dah setup game ni cun punya...dia pasang org2 dia dlm PAS....dlm DAP....even dlm UMNO/BN pun ada org2 annuar......org yg buta atau buat2 buta je akan kata annuar ni bersih suci murni.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 06:39 PM | Show all posts
PAS kalau terima akan hilang ampir 90% undi bukan islam....   tulah pasal macai umno suka jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2014 06:43 PM | Show all posts
5:16PM - 20 Sep 2014
Hadi: Kami tak pelahap jawatan MB


371  0  0

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak ingin merebut jawatan menteri besar Selangor tetapi tidak senang dengan layanan PKR kepada parti tersebut.

Katanya, PKR tidak patut "mencuri" dua wakil rakyatnya untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

Usaha PKR untuk menukar Tan Sri Khalid Ibrahim melalui operasi 'Langkah Kajang' itu juga tidak disenangi PAS, katanya.

"Takut majoriti tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika bertahaluf? Kita tidak memandang ringan, dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua, semua ada.

"Tidakkah setiap wakil rakyat kita berbaiah, macam jadi calon (sebut) wallahi, wabillahi, watallahi, berbai'ah, mana besar dengan baiah dengan aku janji?," katanya Abdul Hadi katanya ketika menyampaikan ucapan pengulungan.  

"Langkah Kajang yang tidak menyenang kita. Saya menegaskan PAS tidak berebut jawatan menteri besar. PAS tidak pelahap jawatan menteri besar.

"Walaupun tidak ada persefahaman untuk menentukan menteri besar, tak ada perjanjian bertulis," katanya.

Dua ADUN PAS Selangor yang menandatangani pengakuan berkanun bagi menyokong Wan Azizah itu ialah Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Hormati sultan

Hadi turut mengemukakan hujah bahawa PAS perlu "campur tangan" berhubung pelantikan calon menteri besar demi menghormati peranan raja yang menjaga Islam dan umat Melayu di negeri itu.

Beliau melandaskan hujah tersebut dengan sepotong hadis Nabi Muhammad yang menganjurkan agar seseorang pemimpin dilantik berdasarkan amanah dan kelayakan dan bukannya kecenderungan tertentu.

Katanya, para pemimpinnya bakal berdepan dengan kemurkaan Allah iaitu diseret ke neraka jahanam.

"Tetapi ingat ada hukum hakam sahaja, ada ikut hukum akal sahaja. Kita tidak boleh biarkan, raja yang menjaga agama Islam dan Melayu yang ada peranan di negeri itu.

"Oleh itu ita kena campur tangan dalam hal ini. Jangan pandang mudah dan remeh nak beri begitu sahaja. Ada amanahnya.

"Strategi politik mesti ada amanah dan reda-Nya. Saya tak pasti mahu bawa ahli PAS ke neraka?" kata Abdul Hadi.

Boleh dimaafkan

Dalam ucapannya itu, Abdul Hadi turut menegur anggota parti yang tidak menunjukkan ketaatan kepada pemimpin dan menghilangkan jati diri sebagai ahli PAS.

Beliau turut mensasarkan teguran pada pemimpin parti yang membocorkan rahsia parti dan juga golongan yang membawa agenda pihak laiin ke dalam PAS.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu dapat dimaafkan.

Katanya, beliau mengambil teladan dari kisah Hatim bin Balta'ah, seorang sahabat Nabi yang membocor rahsia perang.

Katanya, Balta'ah dimaafkan kerana kedudukan sebagai panglima dalam perang Badar.

"Itu tidak boleh... Tetapi sikap memaafkan lebih baik," katanya sambil meminta anggota parti bersatu dalam semua perkara dan tidak berpecah walaupun berbeza pendapat

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 07:44 PM | Show all posts
PAS kn buat istikharah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 08:03 PM | Show all posts
kesiannnnnnnnnn lebai

gara2 mat jobo habis lebai bertarik tarik sarban sesama depa

kalo lebai jadi MB selengor aku rasa ramaii di selengor tuh naik unta gi keje kut
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 09:24 PM | Show all posts
mattzzx posted on 20-9-2014 05:30 PM
Mungkin kerana nak kuasaa......

kan ..
kerna kuasa .. ramai lelaki tewas
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 09:26 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 20-9-2014 06:43 PM
5:16PM - 20 Sep 2014
Hadi: Kami tak pelahap jawatan MB
Katanya, PKR tidak patut "mencuri" dua wakil rakyatnya untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.
bang ..
adik tertinggal la kes ni..
apa hukuman dari Pas kat 2 orang ni?
lucut keahlian?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2014 09:28 PM | Show all posts
wana89 posted on 20-9-2014 06:31 PM
sebab PKR  buat tahik..pas kena akibat...
shelaka ke tak tu...
tapi, isu ni boleh tengok m ...

tu la kan wana kan ..
selama ni kita pikir ahli2 PAS jenis taat kat ketua
suka nengok dier rang bersatu sblom ni



Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Umno.selangor....lu diam....asik.tikam.je.....skrng.tgk.pulak.dlm PAS...amek pengajaran...kalau nak.menang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2014 11:24 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 20-9-2014 09:26 PM
bang ..
adik tertinggal la kes ni..
apa hukuman dari Pas kat 2 orang ni?

Tulah..hadi bising dlm muktamar PAS...tapi sampai sekarang 2 dun PAS yg belot tu belum diambil tindakan..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 11:39 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 20-9-2014 11:24 PM
Tulah..hadi bising dlm muktamar PAS...tapi sampai sekarang 2 dun PAS yg belot tu belum diambil tin ...

Kalau ikut hukum Islam apa hukuman yang patut dikenakan kepada dua orang lobai yang belot ni AN? Di sula kah atau di jentik kenrandutnya dengan rubber band kah? Zaman Rasulullah dulu tak ada ke pejuang Islam yang belot? Prrrrrrrrrrrpfffffffftght
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.118623 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list