CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1604|Reply: 13

[Tempatan] Mustafa Ali aku PAS diambang perpecahan

[Copy link]
Post time 20-9-2014 06:31 PM | Show all posts |Read mode
SABTU, 20 SEPTEMBER 2014 @ 4:10 PMMustafa Ali akui PAS di ambang perpecahan
Oleh Nora Mahpar








[size=0.8em]PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbincang dengan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sesi ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 Batu Pahat 1435/2014 di Parit Raja, Batu Pahat di sini hari ini. - Foto BERNAMA


BATU PAHAT: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengakui parti itu di ambang perpecahan berikutan terdapat dakwaan parti itu berpecah kepada dua kumpulan iaitu golongan ulama dan profesional.
"Suasana pada hari ini berbeza dengan perjuangan PAS pada waktu dulu. Kini, wujudnya kumpulan ulama dan profesional dan kerana adanya kumpulan ini, sukar bagi PAS untuk disatukan.
"Psikologi itu sudah ditanam tetapi saya yakin ia boleh disatukan," katanya pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, sebentar tadi.
Beliau berkata, perpecahan yang berlaku kini tidak pernah berlaku di dalam parti itu sebelum ini.
"Berpuluh tahun tidak timbul pun seperti mana yang timbul sekarang. Haji Hadi (Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang) berbisik pada saya, pemimpin dr era 70-an kini hanya tinggal empat orang saja antaranya beliau, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Dr Haron Din.
"Kumpulan yang dinamakan ulama dan profesional bukan perkara baru dalam PAS. Kenapa perkara itu wujud ketika ini?
"Jangan sampai isu kumpulan ulama dan profesional ini dibangkitkan hendak memimpin PAS. Kita memang sedang memimpin PAS bersama-sama.
"Siapa kata profesional tidak diperlukan dalam PAS, dia sebenarnya tidak memahami dinamik perjuangan PAS. Kalau kata ulama pun sama tidak faham... dua-dua kumpulan ini sebenarnya saling melengkapi satu sama lain," katanya.
Beliau turut mengingatkan kepada ahli parti yang sentiasa bercanggah pendapat dengan pemimpin tertinggi supaya tidak menjatuhkan mana-mana pemimpin pada sesi pemilihan tahun depan.
"Jangan kita lihat pada sesi pemilihan muktamar tahun depan, ada yang mahu melihat orang-orang ini dijatuhkan.
"Pimpinan siapa yang tidak lakukan kesilapan? Jangan tidak puas hati dengan orang ini... datang sembelih... datang lagi orang lain tak puas hati, sembelih. Jika perkara ini berterusan, habislah," katanya.


p/s:- Tahniah lah dari saya...kalau tak cukup...syabas lah PAS..





Last edited by Anak_Nogori on 20-9-2014 06:40 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2014 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kawan lgk ngn nuarlol
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita sedang memimpin pas bersama sama...
Teringat reaksi bila mana dua jemaah islam ni wujud

Ada siap berkata, kalau ada 2 khalifah...khalufah yg kedua tu patut....



Pas ...common...you all nak ada 2 'khalifah' ke...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingtkn diambang Merdeheka @ diambang sore
minat sungguh ankel dgn PAS ya mcm amengok xder dah isu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2014 06:49 PM | Show all posts
12:11PM - 20 Sep 2014
Mahfuz: Isu MB Selangor calar imej PAS


87  0  0

Ketua Penerangan PAS Datuk Datuk Mahfuz Omar mengakui beliau berdepan dengan tugas berat untuk memulihkan imej PAS yang tercalar sejak sejak sambutan Aidilfitri sehingga kini.

Dalam ucapan di Muktamar PAS Ke-60 hari ini, Mahfuz berkata beliau akan memperbanyakkan program penerangan bagi menggilap semula imej parti Islam itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas itu, beliau yang juga MP Pokok Sena menyatakan isunya ialah berkaitan "pengurusan isu MB Selangor".

"Kita mesti mengakui imej PAS tercalar sejak sebelum hari raya sehingga sekarang. Siapa yang kata imej kita tidak tercalar, kalau kita menafikan ia satu pembohongan.

"Saya mengakui kerja lajnah penerangan berat, untuk memulihkan imej yang tercalar (ekoran) daripada perjalanan pengurusan parti yang tak terurus," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 06:52 PM | Show all posts
kenapa dia anggap ramai org x pernah tengok bideo spendar tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2014 07:33 PM | Show all posts
macai umno meratib
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 07:34 PM | Show all posts
tobby posted on 20-9-2014 06:52 PM
kenapa dia anggap ramai org x pernah tengok bideo spendar tu?

tulah pasal kan? wallahuallam, mungkin fitnah mungkin betul.kalau fitnah saya dan yang percaya video berkenaan turut tanggung dosa. wallahuallam. mana nak tahu ada teknologi hollywood cmtu?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2014 08:59 PM | Show all posts
tobby posted on 20-9-2014 06:52 PM
kenapa dia anggap ramai org x pernah tengok bideo spendar tu?

aku baru semalam tengok video tu

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 09:01 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 20-9-2014 07:34 PM
tulah pasal kan? wallahuallam, mungkin fitnah mungkin betul.kalau fitnah saya dan yang percaya vid ...

video tu nampak macam betul

betul ke tak betul entah lah

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
La........
Kan sepatutny...PAS x perlu.wujud...yg perlu...pendesak n pengkritik dlm UMNO
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 09:36 PM | Show all posts
dubuk posted on 20-9-2014 09:01 PM
video tu nampak macam betul

betul ke tak betul entah lah

tak bermaksud tuan badan tak ngaku maksudnya dia buat? wallahuallam. tuhan je tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby posted on 20-9-2014 06:52 PM
kenapa dia anggap ramai org x pernah tengok bideo spendar tu?

Dia tahu ramai orang pernah tengok....cuma dia percaya ramai yang bangang dan in self denial masih percaya yang tebar grandpa undies itu bukan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 20-9-2014 06:45 PM
Kita sedang memimpin pas bersama sama...
Teringat reaksi bila mana dua jemaah islam ni wujud


Faktor penyatuan mereka hanyalah - kebencian terhadap umno.... sooo sad bila orang yang mengaku islam lebih dari orang lain hanya boleh berpegang kepada kebencian untuk menyatukan mereka...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.332958 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list