CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Fans Shila Amzah Fitnah Dato’ Siti? (Pengurus Minta SitiZoners Jaga Nama Baik)

[Copy link]
Post time 22-9-2014 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
achik2009 posted on 21-9-2014 07:42 PM
Ahad, 21 September 2014 @ 4:48 PM

Saya tegur kerana kenyataan timbul fitnah - Siti Nurhaliza

boikot shila hamzahhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
MissLibra posted on 21-9-2014 08:08 PM
tak larat laa nak elaborate kang orang minta bukti pulak haha ... ingat ingat baliklah cerita ceri ...

misha omar mana ek? suara dia sedap.tp cm hilang je orgnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 08:45 AM | Show all posts
beta_carotene posted on 21-9-2014 01:58 PM
dulu ada bomoh pernah buat tilikan... pengganti SIti Nurhaliza bakal bermula dengan huruf 'S'

ram ...

kahkahakah .... haaa ingat lagi ye ko ramalan bomoh tu ..... hihihihi
masa tu Siti Sarah n Samihah tengah meletup2 .... and Siti Sarah menang anugerah apa ntah then keyakinan org ramai pun bertambah la ... Sarah la bakal pengganti tok ti .... tp sayang .... Sarah sinking after that .....

tp lo tgk negara kita ni S mmang agak bawak ong sikit kah3:

Sudirman
Siti Nurhaliza
Spoon
Spin
Spring
Siti Sarah(sempat la gak ..)
Syura
Siti Nordiana

macam2 la ...

but at the end ... itu semua terpulang pada rezeki and hasil usaha
bnyak yng pemez jatuh sebab diri sendiri punya hal ...

pffttt
Last edited by damian_lee on 22-9-2014 08:58 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 08:47 AM | Show all posts
juliez posted on 21-9-2014 02:25 PM
Kalau bagi hadiah lain i tak tahu. But kalau bagi hamper biskut raya dct mmg bagi dkt reporters. Seb ...

mutual relationship la gamaknya .....
tp shila n family mang pernah serang media before this ... maybe sebab wartwan tu caprut sgt ... so xde yg bekap ... hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 08:50 AM | Show all posts
juliez posted on 21-9-2014 02:31 PM
Tapi i rasa yg fans shilalat ni maksudkan hadiah mahal2.. kalau setakat hamper biskut hari raya..  ...

tp bukanke forumer kat Cari ni dah lama menilai yang siti ada "hubungan kuat" dengan media disebabkn kakak dia si Rozi tu ....
sebabkan semua kisah2 tok ti tertutup rapi dr paparan2 muka depan ....

tp for me it's all mutual respect and relationship
being nice to others ....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 08:52 AM | Show all posts
famri7 posted on 21-9-2014 02:33 PM
Ummah pprt dunia ke3 gigeh bergaduh benda seremeh2 alam.alhamdulillah kalo ummah sedar bnyk lg benda ...

kan ..... yg mulakan org lain yang supposely boleh diremove shj komen2 itu ....
and benda ni jadi besar sebab dilayan dan melayan
and as I can see from article feedback dr tok ti .,.... menampakkan tok ti mula menyentap ngan shila amzah ....
and I believe klo makin dilayan Shila akan lari dr rumah sekali lagi hihihihihihih

and org yang duk sibuk nak menghagungkan retis  gadoh kat media sosial ni pun caprut sgt
mcm dah xde benda nak buat ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2014 08:55 AM | Show all posts
damian_lee posted on 22-9-2014 08:45 AM
kahkahakah .... haaa ingat lagi ye ko ramalan bomoh tu ..... hihihihi
masa tu Siti Sarah n Samiha ...

nape tibe2 sarah mengalami kemuruduman chuols??
kan masa tu kemain byk lagik award sheols sapu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 09:00 AM | Show all posts
schababe posted on 22-9-2014 08:55 AM
nape tibe2 sarah mengalami kemuruduman chuols??
kan masa tu kemain byk lagik award sheols sapu..
...

xsure la plak sebab sarah ni jarang ada kontroversi .... kontroversi yang paling aku ingat adalah:

1) hal tunang ngan koskesen motor krossz
2) hal bapak dia kahwin lain kalo xsilap la

and for me dia mmang ada talent ... maybe she's not "beautiful" enough ..... tp maybe xde rezeki dia kot .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 09:09 AM | Show all posts
Beza ct n shila..shila boleh speaking..tu yg dia boleh jadi international singer..ct liga kampung saja..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 09:21 AM | Show all posts
newyork posted on 22-9-2014 09:09 AM
Beza ct n shila..shila boleh speaking..tu yg dia boleh jadi international singer..ct liga kampung sa ...

Aduh pahit nak hadam tapi kenyataan...ct Sudah diperingkat lagendalah Dlm industry senisuara Malaysia..in her own league  Kaedahnya..ct kalu fasih berbahasa inggeris mmg boleh pergi jauh, Satu Asia dia boleh conquer dgn Senangnya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 09:22 AM | Show all posts
damian_lee posted on 22-9-2014 09:00 AM
xsure la plak sebab sarah ni jarang ada kontroversi .... kontroversi yang paling aku ingat adalah: ...

dia skrg dah kawen ada family..
bahagia brsama somi & anak2, so nk popular blk dah mls kot. mana ler tau kan..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 09:37 AM | Show all posts
MissLibra posted on 21-9-2014 07:07 PM
alah ct, peminat engko pun dah banyak menabur fitnah kat selebriti lain demi mempertahankan engko ta ...

i second you. Karats CT kalo membekap pun agak tak hingat dunia.... mmg sesuai laa ngan karats shilalat.
so skang ratu selfie bertemu ratu selfie... padan~
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 10:04 AM | Show all posts
nour2001 posted on 22-9-2014 09:21 AM
Aduh pahit nak hadam tapi kenyataan...ct Sudah diperingkat lagendalah Dlm industry senisuara Malay ...

Kalu x silap aku semasa zaman kegemilangan siti dah rantau satu Asia..
dia sgt fenomena di asean esp Indonesia.. Album2 dia terjual beratus ribu dan tiket konsert dia sentiasa sold out .
di sebabkan gah nya nama siti.. Artis melayu pertama di undang di anugerah golden melody award di Taiwan dan siti berduet ngan lee horm
kat YouTube ada performance duet dorang.. Setiap kali bertanding di liar negara siti x pernah kalah.. Di China, Kazakhstan dan Australia
Cuma kalo lah siti leh speaking aku percaya siti leh pergi lagiiiii jauh dr apa yg dia dah cipta.. Teringat zaman dia sgt femes berlambak video siti di bandingkan oleh karat2 artis pinoy..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput posted on 22-9-2014 01:09 AM
nmpk sgt wartawan melayu feed kita org melayu dgn gossip jah...sbb tu bila tny sal shila, teringat ...


So tu la pointnyaa..
Shila ni mmg agak bimbo tapi wartawan pun samaa jaa..hehee
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 11:00 AM | Show all posts
Chekpa posted on 22-9-2014 10:04 AM
Kalu x silap aku semasa zaman kegemilangan siti dah rantau satu Asia..
dia sgt fenomena di asean  ...

kan sayang sgt....kenapalah dia tk berusaha belajar bahasa inggris!! belajarlah....smp fasih....nie tk, duk berselfie 24jam...no use!! rugi dia....dia ada bakat yg luar biasa....tp disbbkan faktor 'language' iyernyer menjadi barrier untuk dia pergi jauh!!....setakat jaguh kampung tk kemana kak et....tp saya salute ngan shila amzah....dia bukan saja fasih berbahasa inggris...malah mandarin pn dh semakin fasih....sbb dia ada passion utk belajar!! sya tk tau kenapa ct tknak amik opportunity tu semua....sayang bakat yang dia ada...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 11:13 AM | Show all posts
beta_carotene posted on 21-9-2014 01:58 PM
dulu ada bomoh pernah buat tilikan... pengganti SIti Nurhaliza bakal bermula dengan huruf 'S'

ram ...

selalu ingat pasal ni
dalam Majalah Tiga kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak sokong tindakan bodoh penyanyi kesayangan sekalipon xyah lah kait dgn nama org lain...

Tok ti tu xde kacau pon penyanyi kesayangan korg tu..tetiba nm dia naik... Me yg bukn peminat tok ti pon naik nyampah... Last edited by mommymonster82 on 22-9-2014 11:26 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 11:35 AM | Show all posts
Shila Amzah ni sebenarnya dah lama wujud...dari zaman Siti popular dulu lagi.
Masa dia kecik2, Pak Amzah selalu promot anak dia bila ada majlis2 yg dia jd pengacara
Semua org baru nak naik masa tu guna nama Siti termasuklah anak Pak Amzah ni
Siti Nurshahila ...gitu ler nama penuh dier kalau tak salah
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 11:37 AM | Show all posts
hem.. artis 2 2 ni ada peminat fanatik tersendiri.... biasalah kalu dah terlampau taksub memang cakap lepas jer... jatuh kan org lain.. compare di buatnya... hem biasalah.... yg kita ni pun tak artis takkan tak perna mengumpat org... sama jer.... hem... zaman ct muda dah berlalu..so skrg zaman shila... kena terima hakikat.... realiti.... tgk lah lepas shila tua ... ada yg muda akan naik..... perkara biasa kan... hem... dah jadi artis jgn tersentap sgt bila peminat lain mengutuk... nama pun artis... ( banyak hal ct yg di cover wartawan yg kita peminat tak tahu )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2014 11:46 AM | Show all posts
Karpet merah: Nasihat ikhlas buat Shila Amzah

Kelmarin saya menerima panggilan peribadi daripada Datuk Hattan, Pengetua Akademi Fantasia 2014 (AF2014). Bukan meminta saya menulis apa-apa cerita mengenai dirinya, sebaliknya menjemput saya menjadi tetamu untuk program Diari AF2014 bagi ming­gu ini, lebih tepat lagi pada 24 September.

Sayang 1,000 kali sayang saya katakan kepada Hattan saya tidak dapat memenuhi undangan bertemu anak-anak didiknya dalam akademi itu kerana pada hari sama, lebih dulu diundang Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) untuk menjadi ahli panel bagi sesi apresiasi The Journey di Pawagam Mini P Ramlee.

Saya sangat terharu kerana Hattan menghubungi saya sendiri walhal tugas itu boleh dibuat oleh pegawai perhubungan awam (PRO) Astro mahupun kru penerbitan AF2014. Ini menunjukkan betapa artis besar seperti Hattan tahu apa itu erti ‘courtesy’, menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia dan berbaik sangka.

Sebenarnya, bukan saja Hattan, malah ramai lagi artis senior serta beberapa kerat artis angkatan baru yang bersikap seperti Hattan. Saya masih ingat ketika mula-mula melangkah ke dunia kewartawanan hiburan pada awal 1990-an, artis besar pertama sekali yang menghubungi saya untuk mengucapkan terima kasih apabila saya menulis reviu mengenai albumnya adalah Allahyarham Datuk Sharifah Aini. Ketika itu saya belum mengenali beliau dan alangkah terkejutnya saya apabila diva yang sangat kita hormati itu menelefon saya untuk mengucapkan terima kasih atas penulisan yang sekelumit itu. Semua ini ada saya ceritakan dalam rakaman Majalah 3 yang dibuat khas baru-baru ini namun sayangnya ia tidak disiarkan akibat kekangan durasi tayangan.

Sejak itu saya makin menghormati Kak Pah kerana tersentuh dengan sikapnya yang ikhlas dan berbudi bahasa. Bukan saja Hattan dan Kak Pah, antara artis lain yang bersikap demikian dengan saya adalah Datuk Yusof Haslam, Datuk DJ Dave, Uji Rashid, Puan Sri Tiara Jacquelina, Anita Sarawak, Mamat Khalid, Raja Azmi Raja Sulaiman, Wendy Wong, Jesse Lim, Ajai, Fauziah Latiff, Erra Fazira, Nurul Depp, Norman KRU, Eja dan Datin Zaiton Muhd Jiwa manakala artis baru pula termasuklah Fazli Zainal, Fizo Omar, Datin Alyah Abu Hasan, Tasha Shilla, Fathia, Amran Ismail dan Encik Mimpi.


Wartawan tak kemaruk pujian

Bukan menyuruh artis kita itu menghantarkan cincin zamrud atau jambangan bunga termahal, namun ucapan terima kasih sama ada melalui perbualan, kad hari raya, SMS atau pada zaman ini, WhatsApp dan segala macam laman sosial sudah cukup membuatkan hati seseorang penulis itu berbunga. Kami bukan kemaruk pujian melambung, pujian plastik atau masuk bakul namun kalau tidak berupaya berkata apa-apa pun, usahlah dengan membabi buta men­coretkan kata-kata berbaur penghinaan dan tuduhan jengkel yang tidak berasas kepada pihak media.

Ini yang saya lihat berlaku kepada artis yang baru melihat dunia luar bernama Shila Amzah.

Seingat saya Shila ini sejak zaman tekno lagi diusung ayahnya, ND Lala ke pejabat akhbar termasuk Harian Metro untuk mendapatkan pendedahan. Ketika itu saya lihat dia sangat comel, ‘masih berhingus lagi’ dan belum terkena tempias kontroversi yang dibuatnya sendiri seperti zaman sekarang. Promosi demi promosi positif kami dan rakan-rakan media lain berikan bukan saja kepada Shila, malah juga ayahnya sekali yang ketika itu cukup ghairah menyertai Muzik-Muzik dan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Awalnya dia dikenali sebagai Shila Tekno, kemudian Sha-Hila dan sejak zaman One In A Million, barulah muncul Shila Amzah. Saya akui suara Shila sangat hebat dan siapa yang tidak bangga dia berjaya menawan peminat di China dengan lagu Mandarinnya. Secara peribadi saya pun suka sebab saya sendiri belajar Mandarin di kolej sampaikan pernah menyanyi lagu Ming Tian Hui Geng Hao dan Qing Gen Wo Lai di pentas Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau, Perlis sebelum Shila wujud. Bukan sebab nak jadi penyanyi tetapi sebab teruja sangat belajar bahasa Mandarin.

Kekaguman terhadap kejayaan beliau di Shanghai menyebabkan akhbar saya, Harian Metro sudi memberikan ruang kepada Shila untuk menulis apa saja mengenai perkembangan dirinya dalam ruangan Tinta Shila Amzah selama setahun pada 2013. Selain Shila, kami juga memilih Yuna kerana seorang mengejar impian di Timur dan seorang lagi di Barat.

“Apakah itu belum cukup?” Tanya saya kepada ibu Shila sendiri, Fauziah Sarman yang menggunakan nama @zie_lala dalam laman Instragram yang sampai hari ini pun masih tidak berjawab, seolah-olah saya ini dinding. Sebaliknya yang lebih panjang menjawab termasuk secara mesej peribadi adalah Helen Yap, pemuzik yang terlalu kenal siapa Shila Amzah sebenar­nya termasuk zaman dia ‘menjauhkan’ ayah dan ibunya buat seketika demi mengejar cinta seorang
lelaki.

Coretan Karpet Merah ini bukan cercaan saya buat Shila Amzah namun secara jujur ia adalah kata-kata jujur dan nasihat daripada seseorang yang cukup menghormati dan mengagumi beliau. Usah menuduh kami tidak me­nyokong anda tetapi semak dulu dengan pihak anda adakah undangan untuk ke konsert itu benar-benar sampai kepada Harian Metro dan beberapa akhbar utama lain? Kalau tidak jemput kami tidak mengapa tetapi jangan tiba-tiba menuduh kami sengaja tidak mahu bantu anda dan secara amnya, menuduh semua wartawan Melayu hanya lebih tertarik de­ngan gosip. Itu sangat salah Shila... salah.

Melihat apa yang berlaku minggu lalu, ia cukup menyedihkan kerana baru saya sedar Shila sebenarnya cuma punya bakat. Dia rupanya masih belum dapat berfikir sejauh horizon sebelum memuat naik status yang boleh memerangkap dan memakan dirinya sendiri. Jangan lekas melatah.Bukanya saya tidak pernah diundang untuk membuat liputan konsert-konsert besar malahan saya pernah menonton konsert Superstar seperti Michael Jackson, Celine Dion, Mariah Carey, Diana Ross, Toni Braxton, Sting, Kitaro, Alan Tam, Anita Mui, BB King, dan Christina Aguilera. Semua jemputan dibuat secara profesional tanpa sebarang isu pun.

Terbaru saya diundang ke satu sidang media oleh pihak Shila pada 24 September ini namun seperti yang saya katakan kepada Hattan, saya ada undangan lebih awal daripada FINAS. Tidak ke Diari AF dan tidak juga Shila Amzah. Tiga majlis bertembung dan saya terpaksa pilih hanya satu. Itu pun sebab saya diajak memperkatakan mengenai sebuah karya Cina paling hebat tahun ini saya sendiri suka - The Journey. Ingatlah kita hidup di Malaysia kena sentiasa berbaik sangka Melayu, Cina dan India. Usah beza membezakan dan selalulah kena ingat asal-usul. Bahasa itu mencerminkan bangsa. Itu bukan kata saya tetapi kata-kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam filem Panggilan Pulau dan juga Seniman Bujang Lapok. Jumpa lagi -


roslenmetro@gmail.com.


Credits: hmetro.com.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.432888 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list