CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10110|Reply: 65

Produksi Ambil Kesempatan Bayar Hamid Gurkha Harga Ciput

[Copy link]
Post time 22-9-2014 12:43 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Hamid Gurkha bersyukur dirinya masih lagi diperlukan dalam industri seni tempatan.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Pelakon veteran Hamid Gurkha tidak pernah berkecil hati terhadap mana-mana syarikat produksi yang memberikannya bayaran tidak setimpal dengan hasil kerja lakonan yang dilakukan.

Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman, 82, berkata, perasaan kecil hati itu tidak boleh dibawa kemana-mana kerana dia tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian apatah lagi kebanyakan pelakon veteran sepertinya semakin kurang diperlukan.

"Dalam industri seni tempatan kita ini, memang betul, pelakon-pelakon veteran macam saya dipinggirkan. Tetapi nak kata disingkirkan pun tidak. Mungkin watak orang tua sudah kurang dalam sesebuah skrip.

"Saya pun tak adalah nak letak harga sangat. Cuma apabila kita tak menetapkan harga, pihak produksi ambil kesempatan memberi bayaran yang ciput saja.

"Tetapi saya tidak pernah berkecil hati dan anggap mungkin itu saja rezeki yang ada. Nak buat macam mana, mereka (produksi) lebih berkuasa," katanya kepada mStar Online.



[size=0.75em]Hamid Gurkha (kiri) bersama Datuk Jamali Shadat ketika menerima Anugerah Khas Juri pada Anugerah Lawak Warna yang berlangsung Sabtu lalu.



Sementara itu, ditanya pula tentang Anugerah Khas Juri yang diterimanya bersama Datuk Jamali Shadat pada Anugerah Lawak Warna 2014  yang berlangsung di Teater Selangor Shah Alam Sabtu lalu, Hamid tidak menyangka dia bersama rakannya itu menerima anugerah tersebut.

Dia bersyukur kerana masih sempat merasai kegembiraan naik ke pentas mengambil trofi sebelum meninggal dunia memadangkan dia belum pernah menerima sebarang anugerah setakat ini.

"Siapa yang tak seronok, tambahan pula ini adalah anugerah pertama sepanjang karier saya.

"Dulu-dulu ada la terfikir, kenapa saya tak pernah dianugerahkan apa-apa? Tetapi tak sangka pula anugerah itu diterima ketika usia saya sudah di hujung-hujung usia," ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 12:45 AM | Show all posts
Dia bersyukur kerana masih sempat merasai kegembiraan naik ke pentas mengambil trofi sebelum meninggal dunia memadangkan dia belum pernah menerima sebarang anugerah setakat ini.

"Siapa yang tak seronok, tambahan pula ini adalah anugerah pertama sepanjang karier saya.


alahai sedih nya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 12:51 AM | Show all posts
Halimah jongang
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 12:59 AM | Show all posts
pakcik hamid ni dah nyanyuk

dulu2 heols pernah menang BEST COMEDY ACTOR kat FFM tahun 1983 - filem sikit punya gila

tahun 1988 siap tercalon ABPBH lagi kategori bukan calang2...pelakon filem lelaki popular girtuh

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 01:02 AM | Show all posts
Jika disebut nama Abdul Hamid Ab Rahman, ramai tidak mengenali siapa pemilik nama itu, namun jika menyebut Hamid Gurkha, secepat kilat pasti fikiran dapat menangkap figura bertubuh kecil dengan aksi bersahaja dalam semua profil lakonannya.

Mula dikenali melalui filem Panglima Badul pada 1978, Pak Hamid masih aktif dalam bidang seni, biarpun usianya kini menjangkau 78 tahun.
Dilahirkan pada 22 Ogos 1933, ketika negara masih lagi di bawah penjajah, Pak Hamid memilih untuk menyertai pasukan tentera selama tujuh tahun,
bermula pada 1950.

“Masa itu, terlalu banyak dugaan dan cabaran.

“Semasa peristiwa di Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dan apabila mendengar berita balai polis diserang oleh 180 pengganas komunis, hati saya melonjak untuk menghulurkan bantuan, tetapi segala perhubungan telah dipotong oleh komunis.

“Peristiwa itu masih bermain di fikiran. Sebab itu apabila ada isu dicetuskan baru-baru ini mengenai Mat Indera sebagai pejuang, saya rasa terkilan kerana kami lebih mengetahui siapa pejuang,” katanya yang kini baru selesai penggambaran filem Jiwa Kacau dan Halimunan.

Johan Bintang Radio RTM

Bercerita mengenai penglibatan awal di dalam industri seni, Pak Hamid berkata, perjalanannya dalam bidang seni bermula ketika menyertai pertandingan Bintang Radio RTM pada 1965.

Katanya, setelah merangkul tempat pertama dalam pertandingan tersebut, Kementerian Kebudayaan dan Kesenian terus melamarnya untuk membuat persembahan pentas.

“Selepas itu, saya bergerak di bawah kementerian dan tidak lama kemudian, (pelawak) Datuk Jamali Shadat mengajak menyertainya sebagai pelawak pentas.

“Sehingga sekarang saya masih bersama Jamali untuk mengadakan persembahan. Semasa bersamanya, kami berjaya menampilkan album sketsa lawak jenaka pada 80-an, terbitan Life Records.

“Pada awal 90-an, filem Main-Main Hantu memberi impak besar kerana filem itu memperkenalkan nama saya kepada masyarakat,” kata bapa kepada lapan orang anak itu.

Filem itu turut dibintangi oleh Nancie Foo, Melissa Saila, Alice Voon, Lili Patra, Azman Hassan, Nor Albaniah dan Bibi Yem.

Beliau juga pernah menjayakan filem Gila-Gila pada 1979, Sikit Punya Gila (1982), Aku Yang Berhormat (1983), Talak (1984), Ragam Pemandu (1989), Konstabel Mamat (1992), Impian (1996), Silat Lagenda (1998), Senario The Movie (1999), Kemarau Cinta (2005), Salah Bapak (2006) Zombie Kampung Pisang dan terbaru, Alamak Toyol.

Di atas kesungguhan beliau dalam bidang seni, Pak Hamid pernah membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada 1982.

Tolak rakam album

Merenung ke arah mata tua ini, nampak bagaikan ada kekecewaan di hatinya terhadap segelintir syarikat rakaman yang masih gagal menilai harga artis veteran sepertinya.

Ada kalanya, perkara itu membuatkannya patah hati untuk merakamkan album kerana ditawarkan harga tidak berpadanan dengan bakat, kebolehan dan pengalamannya.

“Sebelum ini, saya ada terima tawaran merakamkan album sketsa lawak jenaka daripada beberapa syarikat rakaman, tetapi saya tolak kerana bayaran ditawarkan langsung tidak berbaloi.

“Ia seakan penghinaan buat saya. Setelah lebih 30 tahun bergiat dalam industri ini, itu sahaja yang mampu mereka bayar. Saya bukanlah terlalu meletakkan harga tinggi, tetapi ia sangat mengecewakan.

“Ada juga di antara mereka yang memberi alasan, album sekarang sukar dijual berbanding album dahulu. Itu adalah alasan biasa digunakan untuk melembutkan hati kita, tetapi saya tetap tolak kerana perkara ini menjatuhkan kredibiliti saya sebagai pelawak yang masih aktif,” katanya, yang kini banyak menghabiskan masa bersama 30 cucunya.

Tambahnya, walaupun pelbagai cabaran dilalui, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus beraksi menerusi medium drama atau filem kerana beliau yakin, golongan peminatnya masih ada.

Tak sangka mampu melawak

Sehingga kini, Pak Hamid masih tertanya-tanya, bagaimana dia boleh bergelar seorang pelawak kerana perkara itu tidak pernah dibayangkan sebelum ini.

Sebelum menyertai pertandingan Bintang Radio RTM, Pak Hamid pernah menyertai pentas kampung untuk membuat persembahan sambutan hari raya dan sebagainya.

Ketika itu, niatnya hanya sekadar untuk memenuhi masa lapang dan melampiaskan minat dalam dunia seni.

“Saya memang minat untuk menceburi bidang seni tapi tak sangka pula saya akan jadi pelawak. Memang dari bangku sekolah lagi, saya sering buat lawak dengan kawan-kawan.

“Dulu, saya hairan kenapa saya sering dipanggil membawa watak komedi sahaja. Tetapi, lama-kelamaan saya mula menerima bahawa dunia lawak adalah dunia saya,” katanya yang kini menerima pencen askar RM720 sebulan.

Petua Pak Hamid

Walaupun usianya sudah lanjut, Pak Hamid bersyukur kerana tidak mengidap penyakit merbahaya.

Penglihatannya juga masih jelas dan boleh memandu untuk pergi ke lokasi penggambaran.

“Saya selalu amalkan ‘3 Kul’ setiap kali selepas solat. Setiap kali selepas solat, saya akan baca tiga surah tersebut dan selawat ke atas Nabi SAW tujuh kali.

“Saya turut amalkan bacaan selawat nabi setiap kali mandi di waktu pagi. Ketika jirus air ke badan, saya sertakan dengan doa agar ALLAH SWT menghindarkan penyakit.

“Dari segi pemakanan pula, saya amalkan pengambilan beras merah untuk kekal sihat sejak lapan tahun lalu. Itu sahaja. Yang lain saya serah kepada-Nya,” katanya.

Kenangan bersama P Ramlee

Mengakui beliau seorang peminat biduan agung Tan Sri P Ramlee, Pak Hamid mempunyai kenangan manis bersama bintang lagenda itu ketika sama-sama bergiat dalam industri lakonan.

“P Ramlee tahu saya minat dia. Masa dulu-dulu, saya memang selalu menyanyikan lagu-lagunya. Kalau berjumpa dengan P Ramlee, kami berbual mesra.

“Pada satu ketika, saya belanja P Ramlee makan. Allahyarham seorang yang baik dan tidak sombong dengan orang.

“Allahyarham banyak memberi tunjuk ajar. Nasihat mempunyai maksud tersirat,” katanya lagi.

Mengenai keinginannya di usia senja ini, Pak Hamid hanya menggelengkan kepala. Katanya, segala keinginan telah diperoleh.

“Nak beli baju baru, baju dah banyak. Nak pergi Makkah, dah pergi tiga kali. Apa lagi saya mahu? Segalanya sudah cukup bagi saya. Tidak perlu memasang keinginan lain kerana ia menyebabkan kita tidak akan puas dengan apa yang kita ada.

“Tanggungjawab sebagai bapa akan saya akhiri hari ini (25 Disember), apabila anak perempuan saya selamat diijabkabulkan. Selepas itu, saya hanya ingin melihat keluarga saya hidup dalam keadaan damai,” katanya.

Profil

Nama Penuh: Abdul Hamid Ab Rahman
Tarikh Lahir: 22 Ogos 1933
Tempat lahir: Segambut
Nama Isteri: Timah Abdul Hamid
Idola: Tan Sri P Ramlee dan Seniwati Saadiah
Menetap: Klang

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/kisah-pak-hamid-1.14605
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 01:57 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 22-9-2014 12:59 AM
pakcik hamid ni dah nyanyuk

dulu2 heols pernah menang BEST COMEDY ACTOR kat FFM tahun 1983 - file ...

mungkin maksud dia anugerah penghargaan dari industri kot bukannya yg menang menang tu.
Teringat aku Zainal Abidin hencap AIM sebab bagi anugerah Kembara kat Siti waktu siti baru berapa tahun dalam industri. Agaknya maksud pak hamid anugerah yg macam tu. Tapi tak taulah iols kalau dia memang dah nyanyuk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2014 02:06 AM | Show all posts
hensem pulak sabree fadzil tu .
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Sikit punya gila....lumba kuda longkang lawak paling epik....
Dialog palibg epik:Mid baru balik Mid...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 02:20 AM | Show all posts
dia tak dapat pencen tentera ke??
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 02:25 AM | Show all posts
secretservice posted on 22-9-2014 02:20 AM
dia tak dapat pencen tentera ke??

dapat rm760 sebulan...baca artikel kt atas tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 02:40 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 22-9-2014 02:25 AM
dapat rm760 sebulan...baca artikel kt atas tu

720 ler...hmm sikitnye....die pencen full ke??

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 10:47 AM | Show all posts
er .. dia dah x ingat kot .. atau kategori komedi adalah petama baginya
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 11:22 AM | Show all posts
cian..zalim tul.... aper lah dia org wat mcm tu.. tak baik
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 11:58 AM | Show all posts
tiap kali tgk pak amid tiap kali tu teringat kat lawak paling epik di roda impian
"saya nak urup F...untuk maaF"
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 11:59 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 22-9-2014 01:02 AM
Jika disebut nama Abdul Hamid Ab Rahman, ramai tidak mengenali siapa pemilik nama itu, namun jika me ...

suke cite Main2 Hantu tu
katanya..hantu yg last skali tu
hantu betul
taktau la
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 12:08 PM | Show all posts
tak patutlah shooting byk2 ari bayar ciput ratus2
mariani bulih dapat 1k utk sehari shooting, not bad juga
mungkin kerna mariani agak hazab kena hadap saja kena mekap berjam2 jadi hantu jadi nenek kebayan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 12:12 PM | Show all posts
Malikmalika posted on 22-9-2014 02:06 AM
hensem pulak sabree fadzil tu .

kennn...masa muda belia hensemmm

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 12:31 PM | Show all posts
siannya Pak Hamid..biasalah mesti ada orang amik kesempatan kat orang2 lama ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 01:00 PM | Show all posts
secretservice posted on 22-9-2014 02:40 AM
720 ler...hmm sikitnye....die pencen full ke??

askar pencen lama noks...begitulah rate nya
Lainlaa kalo pencen start masa bawah pemerintahan PakLah...time tu dh start rate dia tinggi sikit.
Tu yg askar pencen baru ni boleh dikatakan mewah jugak tak sama ngan pencen org lama.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 01:36 PM | Show all posts
Sian pula kat pak hamid huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.697961 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list