CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1992|Reply: 3

Anwar Dipecat, Pejabat Penasihat Kewangan Selangor Ditutup

[Copy link]
Post time 23-9-2014 12:05 AM | Show all posts |Read mode


[size=0.75em]Anwar Ibrahim.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Khidmat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ditamatkan susulan keputusan untuk menutup pejabat berkenaan di Plaza Perangsang, berkuatkuasa serta merta bagi menjimatkan kos pentadbiran.
[size=0.98em]Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Faekah Husin berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Isnin.

Beliau berkata, langkah itu dibuat kerana  berpendapat hal ehwal ekonomi boleh dilakukan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) yang juga pusat sehenti dan memiliki  pegawai terlatih serta berpengalaman terutama melibatkan urusan pentadbiran, prosedur dan promosi.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

"Semenjak penubuhannya, pelbagai fitnah dan kontroversi telah timbul antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim serta peranan dan sumbangannya kepada kerajaan Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.
[size=0.98em]Ternyata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan peluang untuk mempengerusikan mesyuarat MMKN terakhirnya sebaik mungkin dengan membuat keputusan itu.

Sehubungan itu, Faekah berkata, adalah wajar pejabat berkenaan ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Negeri Selangor.

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan di bawah MBI serta bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 10:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 06:57 PM | Show all posts


hehe..
di pejabat mana langkang kajang di atur
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 03:57 AM | Show all posts
langkah terkangkang sudah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.059415 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list