|
Tumpat: “Saya tidak berminat berdebat isu royalti, lebih baik kita selesaikan segala masalah dengan bermesyuarat dan berbincang seperti dilakukan sebelum ini,” kata Pengarah Jentera Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau mengulas cabaran Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa supaya Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berdebat dengannya berkaitan isu royalti minyak. Ketika berceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Ketil, semalam, Husam mahu berdepan Mustapa kononnya bagi menjelaskan kepada rakyat berhubung kekeliruan isu berkenaan. Dalam pada itu, Mustapa berkata, tumpuan kempen calon BN Mat Razi Mat Ail dan jentera pada saat-saat akhir kini tertumpu kepada lawatan rumah ke rumah.
|
|