CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5161|Reply: 37

Panas....!!! 13 fakta kekuatan Pas tersebar dalam laman sosial?

[Copy link]
Post time 24-9-2014 03:40 PM | Show all posts |Read mode
Panas....!!! 13 fakta kekuatan Pas tersebar dalam laman sosial?



Kenyataan 13 fakta kekuatan Pas dalam pakatan pembangkang kini tersebar luas dalam laman media sosial dan juga kumpulan-kumpulan WhatsApp.

Difahamkan, penyebaran fakta-fakta berkenaan adalah ekoran hubungan antara Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang semakin meruncing berhubung kedudukan Menteri Besar Selangor.

Fakta-fakta itu juga merupakan mesej bahawa Pas paling layak mengetuai pakatan pembangkang dan bukannya PKR atau DAP.



Berikut adalah kenyataan yang tersebar;

FAKTA - Kekuatan pakatan pembangkang terletak pada Pas. Tanpa ahli dan penyokong Pas, pakatan pembangkang tidak akan berfungsi. Akar umbi pakatan adalah Pas.

FAKTA - Sejarah penubuhan pakatan pembangkang tidak akan berjaya jika Pas tidak terlibat. Ahli dan penyokong Pas yang membuatkan pakatan nampak ramai dan kuat.

FAKTA - DAP merupakan sekutu paling kurang ahli dan penyokong di awal penubuhan pakatan. Tanpa Pas, parti Lim Kit Siang anak beranak tidak bernyawa.

FAKTA - Hasil bantuan Pas, pemimpin DAP dapat sokongan Melayu bagi menumbangkan UMNO. Tanpa Pas sudah pasti DAP tumbang kepada MCA dan Gerakan.

FAKTA - Pas merupakan tunjang kekuatan pakatan pembangkang kerana ahli dan penyokongnya adalah hardcore dalam memastikan pakatan terus relevan.

FAKTA - PKR merupakan sekutu paling lemah di dalam pakatan pembangkang kerana mempunyai ahli yang sedikit.

FAKTA - Jika diletak pertandingan 1 lawan 1 antara Pas vs PKR, kemenangan akan memihak kepada Pas di semua kerusi majoriti Melayu.

FAKTA - Ahli dan penyokong PKR terdiri daripada mereka yang dibuang daripada UMNO, MIC, MCA, Gerakan kerana pelbagai masalah.

FAKTA - PKR mengetuai setiap demonstrasi yang diadakan pakatan pembangkang namun tanpa penyertaan ahli Pas, demonstrasi PKR tidak akan mendapat sambutan

FAKTA - Lim Kit Siang dan Lim Guang Eng (bukan Islam) tidak layak. Datuk Seri Anwar Ibrahim masalah moral (kes liwat) tidak layak. Datuk Seri Abdul Hadi Awang paling layak ketuai pakatan pembangkang. Suara Pas lebih ramai dalam pakatan.

FAKTA - Sedarlah wahai ahli dan penyokong Pas, tanpa kamu pakatan pembangkang tidak punya apa-apa. Apatah lagi nak harapkan PKR.

FAKTA - PKR sudah lama mempergunakan Pas. Sudah sampai masanya ahli dan penyokong Pas terajui pakatan pembangkang kerana suara anda lebih kuat dan berpengaruh.

FAKTA - Ahli dan penyokong serta kepimpinan Pas, dengarlah suara hati anda dan fikirlah dengan bijak. Mahu jadi keldai tunggangan DAP dan PKR atau ketuai pakatan.

Suara Politik
Belantan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 03:56 PM | Show all posts
kalau kuat kenapa perlu bergabung......
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 04:05 PM | Show all posts
soullock posted on 24-9-2014 03:56 PM
kalau kuat kenapa perlu bergabung......

ya betul tu..
Solo run jela during election, tak yah gabung gabung, baru gah
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mimpi basah oleh penyokong pas pis pus..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 04:08 PM | Show all posts


-  kesian ..





Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 04:11 PM | Show all posts
sapa yg tulis ni...UMNO ka...
jom kita bersatu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2014 04:12 PM | Show all posts
Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'......
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 04:15 PM | Show all posts
soullock posted on 24-9-2014 04:12 PM
Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menent ...



tapi cakap bertukar2 tu satu perbuatan munafek .

berpegang laa ko pada janji wlpun janji ko itu

pada yg kapir .   





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2014 10:18 AM | Show all posts
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


MANA PAS SEMASA MENENTANG PENJAJAH?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 10:21 AM | Show all posts
pas pus pis passss passs....ckp jeee.....hasil x derrr.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2014 10:21 AM | Show all posts
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'


JIHAD MENENTANG ISLAM KE? MATI SYAHID KE?
KENAPA BERGABUNG DENGAN PUAK KAFIR BUDDHA, HINDU DAN KRISTIAN SEMATA? SEMUANYA DALAM ADA DALAM PR. DAN KENAPA TAK LAKSANAKAN HUDUD?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 10:25 AM | Show all posts
fak...fak...fak..fakta bagai.blah laa..apa lagi tunggu kata kuat sgt
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 10:26 AM | Show all posts
anwart tu dl mula2 kuar dari penjara..PAS yg bagi dia naik kat pentas2 ceramah PAS buat..aku ingat lg kat tmn medan masa tu anwart dtg pakai baju kotak2 selekeh saja
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 10:27 AM | Show all posts
Pas pis pus byk meroyan, kenapa tak ikut president hadi bla Dan full time jilat bontot umno jer? Prrffffff
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 10:29 AM | Show all posts
wah, kuatnya, x sangka.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 10:42 AM | Show all posts
kuat saja tp bodo, buat apa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 12:16 PM | Show all posts
uniq61 posted on 25-9-2014 10:18 AM
MANA PAS SEMASA MENENTANG PENJAJAH?

mana UMINU semasa lawan penjajah ?

                                                        UMNO TALIBERUK BRITISH, BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN                                                                                                                                                                                02                                        Sep                                                        
               
                                                Ulasannya adalah seperti berikut;
Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan tidak lama selepas itu yang berusaha untuk membangkitkan kesedaran kemerdekaan dikalangan orang melayu dan anti British, antara pimpinannya ialah Dr Burhanuddin Al-Helmi ( Pengasas parti PAS) , Ibrahim Hj Yaakub, Ishak Hj Mohamad dan Ahmad Boestamam. Pada 17.10.1945 ditubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan tanah melayu dengan slogannya MERDEKA, hanya pada 1946 Datuk Onn dan pengikutnya yang terdiri dari golongan atasan dan pertengahan melayu menubuhkan UMNO, slogan umno ialah HIDUP MELAYU dan merupakan pro-penjajah, umno memperkecilkan perjuangan PKMM dengan ungkapan “….membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka….”Pada 1947 Dr Burhanuddin, Ghanapathi, Abdullah CD dan Miau Siu telah menghadiri persidangan Asia di New Delhi yang membincangkan gerakan kemerdekaan di berbagai negara asia.PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) terdiri dari parti2 kiri melayu dan AMCJA (Majlis Bergerak Serentak Malaya) terdiri dari parti2 kiri bukan melayu telah bergabung (macam Pakatan Rakyat pada hari ini) dan merupakan kemuncak perjuangan menuntut kemerdekaan secara berlembagaan dan merupakan persatuan berbagai kaum yang terbesar di Tanah Melayu. PUTERA + AMCJA telah mengemukakan sepuluh prinsip Perlembagaan Rakyat kepada British untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka, ianya merupakan julung kali di Tanah Melayu, tetapi British menolak cadangan tersebut dan British berpakat dengan umno untuk mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu, British hanya akan memberikan kemerdekaan kepada golongan yang bersedia untuk meneruskan dasar dan sistemnya, maka yang paling setia dengan British ketika itu ialah umno.18.6.1948 British isytiharkan darurat dan semua parti2 dan persatuan berhaluan kiri diharamkan, pada 20.6.1948 British lancarkan Ops-tangkap secara besar-besaran terhadap pimpinan PUTERA DAN AMCJA, ingat ketika itu tiada seorang pun pimpinan umno dan ahli umno yang ditangkap, apa maknanya itu?.
Tunku dapat kemerdekaan atas angin sahaja dan ada perjanjian yang mesti ditunaikan oleh Tunku, antara isi perjanjian itu
1. Tunku hendaklah mempertahankan perang kolonial yang dicetuskan oleh British
2. Menjamin Malaya tidak terpisah dengan blok sterling
3. Menjamin keselamatan pelabur British dan negara2 barat yang lain serta membenarkan mereka membawa pulang keuntungan ke negara mereka.

Gagalnya rundingan Baling adalah kerana Tunku tidak memberikan ruang kepada PKM, Tunku hanya beri dua pilihan kepada PKM serah diri atau dimusnahkan, pada hal PKM sudah bersetuju untuk letak senjata dan menyertai politik demokrasi, Tunku lakukan ini adalah atas desakan British, sebab itu dalam perjanjian tercatat meneruskan perang kolonial, British sangat2 berdendam dengan PKM, jika Tunku terima cadangan PKM kemungkinan besar askar melayu tidak perlu masuk hutan dan tiadalah askar yang mati meninggalkan janda dan anak yatim, perlu diingat British gunakan orang melayu untuk mempertahankan kekuasaannya di Tanah Melayu dengan melantik mereka jadi SC, Home Guard dan juga askar melayu (arwah ayah teman pun jadi SC).
Tulisan ini bukan menyokong PKM, tetapi hanya mencatat apa yang ada dalam lipatan sejarah yang tidak terdapat dalam buku sejarah di sekolah….
Setiap kali datangnya 31 Ogos maka slogan merdeka akan kedengaran dan Jalur Gemilang pun akan dikibarkan walau pun pada hakikatnya kemerdekaan yang dicapai hanyalah kemerdekaan palsu dan temberang dan Dato’ Onn Jaafar kata “kemerdekaan setengah masak”, apa ertinya merdeka jika negara masih kekalkan perlembagaan yang digubal oleh penjajah British dan menolak Islam dan umno memutar belitkan sejarah pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Pejuang kemerdekaan yang sebenar ialah PUTERA (yang dilabel oleh British sebagai berhaluan kiri melayu) dan AMCJA (berhaluan kiri bukan melayu). Mereka inilah yang berjuang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan, bukannya umno pembohong.

Umno tidak pernah berjuang menentang British sebaliknya kebanyakkan pimpinan umno ketika itu jadi pegawai British termasuk Tunku, umno memang tidak berminat untuk merdeka sebab itu umno memperkecilkan perjuangan PKMM yang slogannya `merdeka’ dengan mengatakan “..membuat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka” inilah ejekkan umno terhadap PKMM.

Percantuman PUTERA dengan AMCJA telah mengemukakan 10 prinsip perlembagaan rakyat kepada British dan ianya merupakan julung kali di Tanah Melayu, ianya telah meletakkan British dalam keadaan serba salah dan terpaksa berpakat dengan anak didiknya umno yang ketika itu umno telah bersedia untuk menjadi kuli batak British untuk meneruskan sistem British di Tanah Melayu. Memang British hendak tinggalkan tanah jajahan mereka dengan syarat yang akan ambil alih mestilah setia dengan British dan sedia dikuli batakkan, dibaruakan dan dibalacikan.
20 Jun 1948 British lancarkan operasi tangkap pimpinan PUTERA dan AMCJA tetapi tiada seekor pun pimpinan umno yang ditangkap.

Umno dapat negara ini (merdeka kononnya) atas angin aje, kerana yang berjuang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan ialah PUTERA dan AMCJA termasuklah Parti Komunis Malaya (PKM) maknanya PKM ada jasa dalam menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan, tetapi umno tiada apa yang boleh dibanggakan kalau ada pun jasa umno dan boleh diiktiraf sebagai jasa terbesar umno ialah umno berjaya kekalkan sistem kufar peninggalan penjajah British dan dalam masa yang sama menolak Islam termasuk undang2 Islam dan lain2 lagi, Jahat dan Zalim sungguh umno.
PKM telah berjaya membunuh Henry Gurney, kerana Henry Gurney adalah setan yang bertanggungjawab membunuh ratusan umat Islam di Palestin, tetapi oleh kerana  umno kuli batak British lalu mereka telah menjulang Henry Gurney sebagai wira mereka dan mengabadikan nama setan Henry Gurney dibeberapa tempat di negara ini.
Umno telah hancur musnahkan cita-cita PUTERA DAN AMCJA untuk mengujudkan sebuah negara yang perlembagaannya digubal oleh rakyat Tanah Melayu ini sendiri, demi kuasa kamu sanggup jadi kuli British, umno adalah `thoghut’ dulu dan kini…

SEJARAH TIDAK PERNAH MENIPU
YANG MENIPU TU ADALAH ALIF TENDANG WAU, SARKAS





Last edited by boyagombak on 25-9-2014 12:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 12:28 PM | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 25-9-2014 10:27 AM
Pas pis pus byk meroyan, kenapa tak ikut president hadi bla Dan full time jilat bontot umno jer? Prr ...

dan PAS pun tak rela nak jilat buntot DAP ,LKS sama LGE yang berak tak basuh busok kehong Lu mau suruh PAS ddk diam2 ka serupa tokong. Dulu2 bole la, Ameno buat sirupa balaci masa time Asri Muda. Sekarang orang dalam PAS banyak bijak pandai, dulu bolela yang sukom PAS cuma tok2 Guru dan orang sekolah Pondok yang kurang arif tentang strategi politik. Sekarang Injiner Doktor , Professional semua suda ada PAS. Lu mau suruh PAS buat2 bolo ka maciam iti amino yg suda tak banyak olang cilidik

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 12:31 PM | Show all posts
boyagombak posted on 25-9-2014 12:28 PM
dan PAS pun tak rela nak jilat buntot DAP ,LKS sama LGE yang berak tak basuh busok kehong  Lu ma ...

Nak pas pis pus diam2?!

sry la...tak mau pandang pondan pas pis pus pun, sila berambus saja, suka hati u nak meroyan, nak shout atau buat apa saja, selagi u sedap jilat bontot umno
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 12:38 PM | Show all posts
last2 umno gak yang salah

memang dah dilatih begitu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.547350 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list