CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13573|Reply: 67

Linda Rafar akui tidak kuat untuk menghadapi ujian besar ini

[Copy link]
Post time 25-9-2014 11:59 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Setiap manusia di muka bumi tidak terlepas daripada diuji dan Allah tidak akan membebani hamba-Nya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka.
Bagi Linda Rafar, suratan kehilangan anaknya, Memen menyambut seruan Ilahi memberikan hikmah buatnya.




Memen atau nama penuhnya, Rezaimen Keiflin meninggal dunia di usianya 11 tahun pada 5 Julai lalu disebabkan barah perut atau 'Burkitt Lymphoma'.
Menghubunginya sebentar tadi, kakak kepada Diana Rafar ini mengakui sebenarnya beliau tidak kuat untuk melalui dugaan kehilangan anak tercinta.
Mungkin sesiapapun yang berada di tempat Linda akan kelihatan tenang dan tabah tetapi pemergian anak yang selama ini ditatang seperti minyak yang penuh ternyata cukup menjeruk emosi.
Cuma kini, akui Linda, beliau pasrah dengan ujian hebat itu.
"Memang kekuatan kena cari dalam diri sendiri. Kita tak boleh minta tolong sesiapa. Hanya kepada-Nya kita bermohon untuk diberi kekuatan meneruskan hidup.
"Menerima ujian kehilangan anak yang selama ini tak pernah sakit tetapi tiba-tiba disahkan ada ketumbuhan di dalam perut benar-benar menyentap jiwa.


"Tapi sejauh mana kita berusaha untuk menyelamatkan nyawa dan Tuhan sudah mahu mencabut nyawa, bila-bila saja kita perlu bersedia. Dengan sekelip mata, semuanya boleh pergi begitu saja," katanya yang mula bertudung sekitar Mac lalu.
Linda kini mengabadikan pengalaman bersama arwah anaknya ketika sedang diuji menerusi penerbitan novel bertajuk Menunggumu Di Pintu Syurga terbitan PTS dengan harga RM15.
"Usaha menerbitkan novel bermula selepas saya sering berkongsi perasaan dan hatinya di laman Instagram.


"Bila Memen sudah tiada, saya tak nafikan seperti hilang arah dan pegangan hidup. Setiap malam menangis dan susah nak tidur.
"Pengikut saya di laman Instagram contohnya sering beri nasihat. Lalu apabila saya tak dapat meluahkan perasaan dan isi hati yang terbuku secara sepenuhnya di laman sosial, saya coret semuanya dalam buku diari.
"Kemudian terdetik, kenapa saya tak kongsikan semuanya di dalam novel. Dipendekkan cerita, bermula kerjasama saya dengan penerbit buku PTS. Seminggu selepas Memen pergi, mereka datang ke rumah untuk merakamkan apa yang saya kongsi termasuk mengambil coretan yang sempat saya tulis dalam diari," katanya yang mengakui jumlah pengikut di laman Instagram meningkat daripada 80,000 kepada 200,000 dalam tempoh dua bulan kerana berminat mengetahui mengenai perkembangan Memen hinggalah menghembuskan nafas terakhir.
Menurut Linda, apa yang dikongsinya dalam novel itu tidak secara keseluruhannya mengenai pengarang jantungnya itu.
"Siapa tahu mungkin akan datang akan ada lagi kesinambungan novel ini. Novel ini mengenai Memen pada usia 11 tahun berdepan ujian dan kesakitan. Tapi ada cerita lain yang saya tak berkesempatan kongsi dari saat sebelumnya lahir dan bertemu dunia," katanya.
Linda kini bahagia dengan perkahwinan keduanya bersama pelakon Syed Aiman sejak tujuh tahun lalu.
Perkahwinan terdahulu Linda dikurniakan dua anak iaitu Rezaril Keflin dan Allahyarham Memen. Bersama Syed, Linda memperoleh dua anak iaitu Syed Rezaqiib dan Syed Rezariiq.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 01:07 PM | Show all posts
mohon kak linda dermakan sebahagian hasil jualan kepada pesakit2 di wad anak akak.

bukan pe, apa kak linda terima ujian? beratus beribu orang lagi teruk hidup susah derita dan  kematian anak sakit mcm2 di wad hospital.

wallahuallam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 01:08 PM | Show all posts
suka anak linda yang kecik sekali tuh...keletahnya very de kelakar..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 01:37 PM | Show all posts
Semoga dia terus tabah menghadapi semua dugaan tersebut..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 01:39 PM | Show all posts
tabah la ye linda..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:05 PM | Show all posts
tumpang simpati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2014 03:55 PM | Show all posts
tumpang simpati.. mmg pyh nk terima hakikat anak yg dikandung pergi dlu dr kite..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 04:10 PM | Show all posts
paham yang die sedih anak meninggal .. but die tak leh arr selamanya meratap gtiew.. anak die bukan sorang.. yang lain2 pun perlukan perhatian jugak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 04:27 PM | Show all posts
kena redha, x perlu nk luahkan mcm tu sekali...............Nampak mcm x redha
anak itu akan menolong kamu utk masuk ke syurga................
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
My Deepest Sympathy
btw, bertabah laa, Allah lbey menyayangi Arwah..
Comey boboy yg tecik tu.. xoxo
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.
Tp tujuan buat buku etc tu apa ye ? Nk kongsi ,then?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 04:48 PM | Show all posts
hmm..mmg la sedih kalau jadi dia.
tapi paparan isi hati dia di ig tu sgt over.
siap hashtg memenanaksyurga.
bila byk2 hashtg gitu rs annoying pulak.
tapi takpe la..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 04:58 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 25-9-2014 01:07 PM
mohon kak linda dermakan sebahagian hasil jualan kepada pesakit2 di wad anak akak.

bukan pe, apa  ...

memang hasil jualan buku didermakan... ada keluar tv hari tu...  and iols tak rasa dia buat buku ni semata nak untung pon... lebih kpada perkongsian rasa.... macam dia ckp...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 05:01 PM | Show all posts
setiap yg berlaku adalah ketentuannya. semoga linda sabar dan tabah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 05:01 PM | Show all posts
semoga tabah dan terus tabah
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
silampumeja posted on 25-9-2014 04:58 PM
memang hasil jualan buku didermakan... ada keluar tv hari tu...  and iols tak rasa dia buat buku n ...

alhamdulillah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 05:16 PM | Show all posts
Kagum dgn Linda. dari sexy habis skrg bertudung litup dan nmpk die betul-betul berubah. Tk mcm sesetengah artis, berubah je nak heboh kt istagram then mulalah upload ayat ketuhanan dan sibuk judging org. Tgk Linda ni berubah seiring dgn akhlak die. sgt modest dan disenangi. Proud of her.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 05:36 PM | Show all posts
linda ni cantek....adik dia lagiii cantekk...kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabah lah kak linda..memen dh konfem di syurga
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kagum dgn beliau,walaupun anak sakit banyak benda beliau buat , buat biskut,skincare,buat buku   buat percutian. Beliau mmg buat banyak hashtag n mcm over tapi anggaplah beliau dlm state kesedihan sgt tak boleh fikir realistik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.090944 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list