CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3677|Reply: 4

Galak anak tidur 12 jam

[Copy link]
Post time 25-9-2014 01:59 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Nor Faizah Mohamed

[size=0.9em]Jam tepat 12 tengah malam. Suasana di sebuah pasar raya besar yang beroperasi hingga jam 1 pagi masih meriah de-ngan kebanjiran pengunjung yang mencari barangan atau sekadar merayau-rayau bagi menghabiskan masa.
[size=0.9em]Di satu sudut pakaian dewasa, beberapa lelaki dan wanita leka mencari saiz helaian diingini. Tidak kurang pula keluarga kecil terdiri daripada bapa, ibu dan dua anak berusia lima hingga lapan tahun melihat paparan televisyen gergasi di bahagian elektronik.

Ada juga berlaku insiden si ibu dan bapa de-ngan selamba memilih barang pada saat si anak kecil meraung dalam troli.

Apabila ada banyak mata yang memandang, sekali lagi dengan selamba si ibu bapa mengatakan anak kecil mereka meraung kerana letih dan mula melayan mata untuk tidur.

[size=0.9em]Kebelakangan ini, semakin ramai ibu bapa tidak menghiraukan masa tidur anak-anak lalu tanpa rasa kasihan membawa si kecil keluar rumah walaupun mereka keletihan.
[size=0.9em]
Ia situasi berbeza kira-kira 10 hingga 20 tahun lalu. Masih terngiang-ngiang pesanan nenek, bayi dan kanak-kanak tidak sepatutnya keluar rumah selepas waktu Maghrib, bimbang diserang selesema serta diganggu perkara tidak sepatutnya.

Ada rakan penulis yang sengaja membawa anak kecilnya ke pasar raya pada lewat malam. Alasannya memudahkan anak itu tidur kelak sejurus tiba di rumah kerana penat berjalan.

Ada juga yang memberi alasan tiada siapa yang dapat menjaga anaknya apabila dia perlu keluar membeli-belah pada waktu malam.

Persoalannya, perlukah keluar berbelanja pada waktu malam sedangkan ia boleh dilakukan ketika siang? Timbunan kerja pada waktu siang diletakkan sebagai alasan utama, justeru keluar pada waktu malam bersama si kecil mula menjadi tabiat keluarga.

Menurut Pakar Perunding Pediatrik dan Neonatologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Anushree Narayanan, tabiat ibu bapa moden ini mula menjadi trend membimbang-kan.

“Tidur menjadi satu daripada tunjang utama untuk pembentukan otak kanak-kanak, sekali gus membantu mereka membesar dengan lebih cergas dan sihat.

“Ibu bapa zaman ini mula mengabaikan jadual tidur yang tetap terhadap anak-anak mereka yang sering dikaitkan dengan jadual tidak menentu ibu bapa terbabit.

“Majikan mula menetapkan masa kerja lebih panjang di pejabat menyebabkan ibu bapa ini kembali ke rumah pada waktu yang agak lewat.

“Ada pula ibu bapa moden yang masih terbawa-bawa tabiat keluar berhibur atau menghabiskan masa bersiar-siar pada waktu malam yang biasa dilakukan sebelum menimang cahaya mata.

“Tidak salah untuk keluar berhibur, bersiar-siar atau membeli-belah pada waktu malam, tapi mungkin tidak sepatutnya membawa sekali anak terutama bayi dan kanak-kanak kerana ia sepatutnya menjadi masa tidur mereka.

“Apabila situasi seperti ini berlaku, kanak-kanak itu mula mengalami perubahan jadual tidur menyebabkannya mudah terjejas terutama dari segi mental.

“Ibu bapa sepatutnya mengajar kanak-kanak menepati masa tidur mereka dengan menetapkan masa tertentu untuk melakukan aktiviti pada waktu malam,” katanya.

Dr Anushree turut menekankan perlunya pelan atau jadual tidur dibuat bagi memastikan kanak-kanak mempunyai masa tidur dan bangun yang konsisten setiap hari.

“Secara tradisionalnya, kanak-kanak diminta tidur pada jam 7 malam dan bangun 7 pagi keesokannya. Ia membolehkan kanak-kanak ini tidur selama 12 jam iaitu tempoh ideal bagi tumbesaran mereka.

“Namun kanak-kanak hari ini lebih cenderung tidur bersama ibu bapa mereka sekitar jam 11 malam, malah ada melepasi tempoh itu lalu menyebabkan anak kecil ini merengus pada waktu pagi.

“Jika kanak-kanak ini mempunyai pilihan, mereka pasti memilih terus bermain atau menonton televisyen tanpa henti.

“Ia trend yang benar-benar membimbangkan. Jika tabiat ini tidak dibendung, ia boleh membawa kepada masalah lebih besar apabila kanak-kanak terbabit mula bersekolah.

“Apabila kurang tidur pada malam sebelumnya, kanak-kanak ini cenderung mengantuk di dalam kelas hingga tidak mampu memberi tumpuan kepada pelajaran.

“Di sini pentingnya ibu bapa menjaga masa tidur anak-anak supaya mereka bukan saja dapat melalui proses tumbesaran de-ngan baik, malah tidur yang cukup dapat menajamkan minda, deria serta tumpuan kanak-kanak terbabit,” katanya.

Tabiat tidur yang sepatutnya ini boleh diubah namun ia memerlukan kesabaran, disiplin dan lebih utama konsistensi serta penjelasan mudah jika diajukan perta-nyaan oleh si anak.

“Mulakan ajar anak tabiat tidur yang baik seawal usia tiga bulan. Tetapkan rutin tidur yang sama setiap hari walaupun pada hujung minggu.

“Cekalkan diri dan konsisten dalam memastikan rutin ini berjalan lancar meskipun ibu bapa berdepan masalah harian.

“Selain itu, jadikan tempat tidur anak sebagai satu tempat yang menyeronok-kan dengan mengadakan aktiviti ringan seperti membaca dan sebagainya,” tambahnya.


Awasi permukaan tempat tidur anak

Sementara itu, Dr Anush-ree menjelaskan, 70 peratus bayi yang baru dilahirkan meninggal dunia secara mengejut antara 2005 hingga 2008 berikutan tidur di permukaan yang tidak sesuai dengan bayi terbabit.

Berdasarkan Jurnal Kesihatan Umum Amerika Syarikat, jumlah itu meningkat saban tahun kerana ibu bapa memilih untuk tidur bersama anak di atas katil mereka meskipun ada menyediakan katil khas untuk bayi.

“Permukaan tempat tidur untuk bayi perlu dititikberatkan. Selimut bayi dihasilkan daripada material khas yang tidak terlalu lembut bagi mengelakkan bayi lemas.

“Ia tabiat biasa bagi ibu bapa yang baru menimang cahaya mata untuk meletakkan si kecil di atas katil mereka. Bagaimanapun, tabiat ini berisiko menyebabkan kematian mengejut pada bayi.

“Pertama, selimut dan cadar katil dewasa terlalu lembut dan jika bayi memusingkan wajahnya ke arah selimut, tekanan pada fabrik itu akan melemaskan si bayi.

“Kedua, katil dewasa cenderung mempunyai banyak bantal dan aksesori lain yang juga berisiko me-nyebabkan bayi tercekik atau lemas.

“Apabila ibu bapa tidur bersama, sukar untuk mereka mengawasi posisi tidur si anak. Jika bayi ini berpusing dan wajahnya menekup ke bawah, bayi terbabit berdepan tiga kali risiko kematian mengejut berpunca daripada lemas.

“Sebaiknya, letakkan bayi pada tempat tidur yang dikhaskan dengan menggunakan tilam, bantal dan selimut yang menepati piawaian untuk bayi serta kanak-kanak,” katanya.

Bagaimanapun, katil bayi itu sebaiknya bebas daripada peralatan mainan kerana ia bukan saja berbahaya, malah me-nyukarkan pergerakan bayi ketika tidur.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/24





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2014 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak i morning person. Even during weekend too. Pukul 7 dah bangun mandi, gosok gigi, breakie. So chirpy, happy and geared up nak p playground ke or swimming.

Semuanya sebab malam dia tido awal and cukup tido... sebagai mak i realized the importance of kids having enough sleep at the right hours. Insya Allah anak sgt2 manageable di siang hari. Takde nak moody2 nak nangis2 nak cranky2.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 03:32 PM | Show all posts
anak ai pun ai morning person...

sebelum subuh da bangun...kalu petang tu tidur awal..around 7 - 7.30 pm sure bangun dalam kul 5 am

sepanjang 2 tahun ni sekali jek diapernah tidur bangun kul 6.30 am

nyamannya tidur kami hari tuu...

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 11:40 AM | Show all posts
my doter ikut i...
kalau i bgun..bru die bgun..
selalu nak g keje kul 7 die bgun..
kalau cuti..lewat sket..kul 8.30 cmtu..
yg i selalu perasan..selagi i x bukak mata bebetol..die tido..
bile i celik jee..mata die pon samaa..hahaa..
malam mmg ktorang tido awal..10.30 da tido sama2...
nasib baik die ni kaki tido sejak dr lahir..
after 2 month lahir je..die tak penah bangun malam..alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 05:05 PM | Show all posts
aku nak sangat anak aku tidur awal, paling lewat pun pukul 10, tapi masalahnya paling lewat bila pukul 11 atau jam 12 kitorang dah masuk bilik, baring-baring sekali dengan anak, samada anak akan tidur terus, atau minta henfon untuk main game, atau masih nak tengok tv, masih nak bermain, masih nak melukis (contengan)..

kalau tak ikutkan kehendak dia, memang akan menangis sampai kitorang pon tak boleh nak tenang..

memang biarkan jer dia tengok tv sendiri, main henfon sendiri.. sampai dia tertidur sendiri..
kadang-kadang nak bagi dia tidur cepat, kitorang terpaksa pura-pura tidur, tapi ada masa anak kacau kami pulak..

dugaan besar jugak nak tidurkan anak ni.. kadang-kadang bila time penat sangat tu memang terpaksa marah la dan biarkan dia menangis dan pujuk semula.. lemah sungguh rasanya nak mendidik anak ni tapi tau tak boleh give up.. huhuhu..

semua insiden ni jadi start umur dia 2thn setengah sampai sekarang, dah 3tahun.. hampir setiap hari hantar ke taska, kawan-kawan dia yang lain dah bangun, mandi.. dia tidak, masih tidur, kadang tu sampai taska, mamai2 lagi.. jarang sangat dia dah bangun masa nak gi taska.. sebab mengantuk..

tapi kalau dia tidur awal, dia akan bangun awal, dan terus mandi.. ni satu sikap anak aku yang boleh dipuji, tak kira dia bangun jam berapa pun waktu pagi, dia akan terus minta mandi, gosok gigi.. barulah dia akan minta susu dan makanan lain.. dan anak aku bukan jenis yang susah nak digerakkan.. cuma aku kesian kalau gerakkan dia awal kalau malamnya dia tidur lewat, sebab mesti dia tak cukup rehat kan.. dilema sungguh..
tahun depan cadang nak hantar tadika, bagi dia belajar perkenalan abc, 123.. dia dah kenal dan pandai sebut tapi dia tak pandai menulis lagi huruf2 dan nombor2 tu semua..

kalau hantar tadika, mungkin jugak dia penat dan tidur awal yer? selalu tengok budak2 macam tulaa.. tapi tak taulaa kan.. moga semuanya dipermudahkan..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.088653 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list