CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2252|Reply: 5

Lelaki seret anjing dengan kereta kena kecam

[Copy link]
Post time 25-9-2014 11:30 PM | Show all posts |Read mode




RAKAMAN video menunjukkan seekor anjing yang diikat pada belakang sebuah kereta dan diseret di sebatang jalan raya di bandar Shantou di wilayah Guangdong, China baru-baru ini.


GUANGZHOU - Seorang lelaki di bandar ini 'diburu' berjuta-juta pengguna laman sosial selepas tindakannya mengheret seekor anjing dengan menggunakan sebuah kereta di sebatang jalan di bandar Shantou di wilayah Guangdong, China tersebar di internet, lapor London Evening Standard Online kelmarin.
Tindakan kejam lelaki tersebut dirakam dengan menggunakan telefon bimbit oleh seorang pengguna jalan raya sebelum memuat naik video berkenaan di laman sosial popular China, Weibo.


Video berkenaan memaparkan anjing berkenaan diseret di belakang kereta yang dipandu laju sehingga menyebabkan kakinya berdarah.
Pengguna laman sosial berkenaan yang terkejut dengan tindakan tersebut kemudiannya 'memburu' pemandu berkenaan dengan menyiasat latar belakangnya sebelum menyiarkan nama, alamat dan nombor telefon lelaki itu.


Ekoran itu, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zheng membuat permohonan maaf di sebuah stesen televisyen tempatan selepas tertekan dengan dengan kecaman yang diterimanya.
"Saya sebenarnya mahu menghalau anjing itu kerana ia sering menggigit dan menyerang orang," katanya. - Agensi


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0925&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3ELFnv4rW
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2014 12:16 AM | Show all posts
china memang tak sesuai didiami binatang atau manusia kecuali orang cina
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 09:30 AM | Show all posts
memang.. tuttttt.. mereka itu
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 10:41 AM | Show all posts
china..........
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 01:28 PM | Show all posts
Teruknya perangai
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
pandai sangat
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.076418 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list