CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: mattzzx

Zed Zaidi Presiden SENIMAN

[Copy link]
Post time 27-9-2014 06:51 PM | Show all posts
suadah2.... jangan gadoh.... nak gadoh pg kluar....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2014 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Thahnhiyah.. Lhantakq lhah shiyapha yang dhiphilih. Ghua tharakq hyerhan maaa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2014 08:38 PM | Show all posts
apa bestnya jadi presiden ni?
beriya-iya berebut bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2014 09:15 PM | Show all posts
kenapa lg 700++ ahli x layak mengundi?

leh terangkan? tolong...hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2014 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Zed zaidi is back!!
Wohoo
Watch out retis luar
Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 06:54 AM | Show all posts
haiku posted on 27-9-2014 06:08 PM
Nampaknya ramai jugak artis generasi baru hadir AGM

Selalunya artis veteran & sendu saja yang ad ...

Zed Zaidi Tidak Pancing Undi Rebut Jawatan Presiden Seniman
[size=0.75em]Zed Zaidi yakin pemilihannya untuk menerajui Seniman dibuat berdasarkan usahanya sebelum ini yang banyak menaikkan nama Seniman.



[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Pelakon Zed Zaidi menegaskan dia tidak pernah memancing ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mahupun berkempen dalam diam bagi mendapatkan jawatan presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-14  persatuan itu.

Majlis berlangsung di dataran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini pada Sabtu.

Zed berkata, dia tidak perlu memancing undi bagi merebut jawatan itu tetapi yakin pemilihannya bagi menerajui kepimpinan itu berdasarkan usahanya sebelum ini yang banyak menaikkan nama Seniman.

"Saya tak berkempen pun. Apatah lagi berkempen dalam diam. Tetapi ahli-ahli persatuan boleh lihat usaha saya sebelum ini macam mana.

"Bagi saya jawatan itu tidak penting sebaliknya pergerakan persatuan perlu berjalan dengan betul bagi membantu ahli-ahli Seniman lain," katanya.

Pada AGM Seniman ke-14 itu, Zed berjaya meraih sebanyak 109 undian mengalahkan pesaingnya, Datuk Mustapha Maarof yang hanya meraih 71 undi dan Afdlin Shauki (66 undian).

Timbalan presiden pula disandang oleh Zack (Kool)  dan Zahrin Ishak dipilih sebagai Setiausaha Kehormat. Penolong Setiausaha pula disandang oleh Rena Tan manakala Vanidah Imran sebagai Bendahari.

Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Seniman pula disandang oleh Sofea Jane, Jamaludin Mat, Khir Rahman, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Arash Mohamad dan Rashidi Ishak.

Pelakon Dira Abu Zahar dan Adlin Aman Ramli menyandang jawatan sebagai juruaudit.

Terdahulu Zed pernah memegang jawatan presiden Seniman bagi AGM ke-14 hampir sepenggal sebelum ia dibatalkan atas perintah mahkamah pada 21 November tahun lalu dan jawatan itu tidak sah.

Sementara itu, Zed berkata, dia bersyukur apabila melihat pembabitan artis-artis popular pada AGM kali ini yang memperlihatkan golongan berkenaan mahu melihat kebangkitan semula Seniman.

"Saya rasa inilah kali pertama melihat  AGM Seniman disertai oleh artis-artis popular, bukannya veteran sahaja.

"Tambahan pula barisan AJK (Ahli Jawatan Kuasa) juga dilihat daripada kalangan artis yang pelbagai.

"Saya harap agar persatuan ini dapat menjadi kukuh dalam membangunkan industri. Bukan hanya mahu membantu artis-artis veteran yang susah tetapi juga artis baharu yang saya percaya turut mempunyai masalah-masalah tersendiri berhubung industri kita," ujarnya.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2014 07:15 AM | Show all posts
berjaya merealisasikan cita2

sekalung tahniah

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang hadir seribu org tapi yg layak ngundi tak sampai separuh...kesian sgt persatuan nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2014 05:44 PM | Show all posts
Dihencap
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 05:49 PM | Show all posts
How come Afdlin bleh kalah dgn Zed Zaidi ni? Walhal I rs Zed Zaidi ni cakap je byk, tp apa pun tak bleh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 06:04 PM | Show all posts
aku rasa si zed ni walau ckp byk tp die wat je keje..nak banding ngan si harun dulu lg la xleh pakai
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 08:21 AM | Show all posts
tiap minggu la booking slot melodi
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 09:33 AM | Show all posts
persatuan short tongue
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 09:48 AM | Show all posts


antara kekecohan yang terjadi di mesyuarat SENIMAN
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 09:52 AM | Show all posts
makneng posted on 28-9-2014 05:26 PM
Yang hadir seribu org tapi yg layak ngundi tak sampai separuh...kesian sgt persatuan nih

tak bayar yuran seniman la tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 09:53 AM | Show all posts
sememang nya Zed ni layak kot..
tu sebab dia menang...
lagipun dia banyak buat Perubahan rasanya...
tu yg diaorg Vote dia Semula...
Apa pun Tahniah Zed Zaidi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2014 11:35 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 29-9-2014 09:48 AM
antara kekecohan yang terjadi di mesyuarat SENIMAN

apalah yg nak dikecohkan sgt...persatuan seniman je pon..haha
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 11:36 AM | Show all posts
sepitsiput posted on 29-9-2014 09:52 AM
tak bayar yuran seniman la tu

heleh..berapa sen sgt yuran persatuan sendu ni kak sepit? tu pon tak terbayor..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 01:07 PM | Show all posts
tahniah. smeoga kemelut diselesaikan
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 01:30 PM | Show all posts
Menang bermaruah

Zed Zaidi
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]



KEMELUT dalaman yang melanda Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) ternyata memberi tamparan hebat buat ahli-ahlinya.

Masakan tidak, sebelum ini, hala tuju persatuan itu masih lagi terawang-awang dari segi kepimpinan selepas mahkamah tinggi memutuskan Mesyuarat Agung Tahunan Seniman (AGM) ke-14 pada 25 Mei 2012 tidak sah dan terbatal.

Keputusan berkenaan menyebabkan pemilihan ahli tertinggi persatuan itu turut terbatal.

Malah, sehingga tarikh 21 Januari lalu, mesyuarat AGM masih belum dapat diadakan untuk melantik kepimpinan baharu persatuan yang menaungi artis-artis tempatan tanah air itu.

Pembatalan itu menyebabkan segala usaha Presidennya, Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi terhenti di situ saja.

Walaupun persatuan ini masih wujud, namun kepincangan serta pengguguran AJK menjadikan Seniman seakan tidak ‘bernyawa’ lagi.

Segala aktiviti dan pengurusan persatuan itu lumpuh sehinggakan mereka terpaksa melepaskan pekerja dan gagal menyalurkan sumbangan kerana kewangan persatuan dibekukan.

Begitupun, Zed kembali mendapat kepercayaan ahli Seniman untuk menerajui kepimpinan sebagai presiden apabila mendapat 109 undian pada AGM ke-14 persatuan itu, yang berlangsung di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), 25 September lalu.

Bintang utama filem Gila-Gila Pengantin Remaja itu berjaya mengalahkan pesaingnya, Datuk Mustapha Maarof yang meraih 71 undi dan Afdlin Shauki (66 undian).

Menyifatkan kemenangan itu sebagai penebus maruahnya, Zed bagaimanapun mengakui itu  satu tanggungjawab berat yang harus dipikulnya.

Ikuti temu bual Zass dengan Zed berkenaan perancangan dan hala tuju Seniman selepas pelantikannya yang kedua itu.

Tahniah sekali lagi kerana berpeluang memegang kembali jawatan Presiden Seniman bagi penggal ini. Boleh gambarkan sedikit perasaan anda?

Terima kasih atas ucapan itu. Kemenangan ini boleh dianggap sebagai penebus maruah saya apatah lagi selepas dimalukan di mahkamah.

Saya sudah membuktikan pada masyarakat khasnya pada ahli-ahli Seniman yang kita benar-benar sah. Jadi, ini boleh menutup kembali malu dan maruah yang telah dirobek. Ketika itu. prinsip sebagai presiden adalah untuk mempertahankan persatuan dan apabila kita kalah di mahkamah ia adalah kalah secara teknikal. Kekalahan itu disebabkan perlembagaan Seniman yang terlalu lemah dan sudah lapuk. Bagi saya itu semua sudah berlalu jadi kemenangan ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Jadi diharap sekarang ini, kita jangan hendak menuding jari kepada sesiapa lagi. Apa yang kita perlu fikirkan adalah untuk maju ke hadapan.

Selepas ini, apakah perancangan dan hala tuju Seniman?

Peluang ini bermakna saya perlu meneruskan kembali kerja-kerja yang tertangguh seperti Skim Insurans Seniman, Perumahan Rakyat 1Malaysia, Kad Diskaun 1Malaysia dan Royalti.
Meneruskan semula bermakna saya harus membuat kembali bermula daripada zero. Selain itu, saya juga akan mencuba untuk menunda perlembagaan agar ia mengikuti peredaran zaman kini. Contohnya, penggunaan media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter. Saya berasa bertanggungjawab untuk mendapatkan kembali Skim Insurans Seniman itu supaya semua ahli Seniman dan penggiat seni berpeluang merasai insurans Seniman dan berkongsi sedikit kelebihan yang diberi oleh kerajaan terhadap industri seni negara melalui penggiat seni.

Ada yang kata anda memancing undi untuk kemenangan ini. Komen anda?

Bagi saya, senang saja. Orang, jika sudah kalah, macam-macam akan bercerita. Malah, ada yang tidak puas hati. Ingin saya tegaskan, saya tidak langsung berkempen untuk jawatan presiden. Saya beranggapan, ahli-ahli Seniman percaya kepada saya kerana hasil kerja keras saya sebelum ini. Sebelum ini, ahli-ahli Seniman yang lain tahu bagaimana saya berusaha untuk mereka dan mereka menerima kesannya. Jadi, apabila mereka menerima, maknanya mereka mengetahui bagaimana saya bekerja. Takkanlah orang yang boleh buat kerja, mereka akan membuangnya? Mestilah mereka akan mempertahankannya. Jawatan itu tidak penting sebenarnya, sebaliknya pergerakan persatuan perlulah berjalan dengan betul bagi membantu ahli-ahli Seniman yang lain. Saya pernah menjadi ahli jawatankuasa (AJK) di bawah kepimpinan Datuk Mustapha Maarof dan Harun Salim Bachik kemudian kepada Timbalan Presiden dan akhirnya dipilih menjadi Presiden. Saya tahu mengenai selok belok Seniman itu sendiri. Jika kita tidak tahu mengenai Seniman, bagaimana kita mahu berjuang untuk seniman?

Bagaimana hubungan anda dengan pelakon veteran, Abu Bakar Omar?

Saya tiada masalah dengannya. Malah, saya tidak bergaduh dengan dia. Segala masalah yang berbangkit bukanlah datangnya daripada saya, tetapi kepada kepimpinan yang terdahulu. Nama saya menjadi tempias lantaran nama persatuan yang terheret sekali. Saya tiada kaitan langsung dengan kes saman terbabit. Oleh sebab, persatuan Seniman diletakkan sebagai defendan pertama, jadi, saya sebagai presiden ketika itu terheret sama. Saya hanya mempertahankan Seniman tetapi telah disalah anggap sebagai cuba menyorokkan fakta atau membantu orang menyeleweng padahal saya tiada kena mengena langsung mengenai kes itu.

Dengan konflik dalaman, bagaimana anda mencuba memupuk kepercayaan ahli?

Pertama, kita kena dapatkan satu kumpulan atau jawatankuasa yang bekerjasama. Apabila presiden cakap A, maka yang lain harus mengikutnya. Itu yang sepatutnya. Walaupun ada sedikit pertikaian, tetapi kita masih boleh berbincang selesaikannya. Ini kerana, apa yang presiden fikirkan itu adalah untuk kebaikan persatuan dan apabila AJK kuat maka presiden automatiknya kuat. Kedua, kita perlu membuat program-program yang boleh meyakinkan ahli-ahli persatuan. Contohnya, saya kini lebih menekankan tagline 'Transformasi Seniman Maju, Bersatu, Martabatkan Maruah Seniman' - tagline ini adalah relevan dengan apa yang berlaku kini.  

Harapan anda?

Jika boleh, saya tidak mahu lagi ada kes mahkamah kerana ini yang pertama kali dalam Seniman. Persatuan ini disaman ahlinya sendiri. Perkara itu memang ajaib. Kita tidak mahu ia berlaku lagi dan menganggapnya sebagai satu titik hitam dan sejarah paling terburuk dalam Seniman. Kita perlu bersatu dalam meminda perlembagaan mempertahan persatuan selain maju ke hadapan dengan lebih profesional. Dengan pembabitan AJK yang baharu, kita sama-sama memartabatkan maruah Seniman ke tahap lebih tinggi seterusnya menerima pandangan positif daripada masyarakat.  

Perkembangan terbaru anda?

Saya sedang melanjutkan pengajian dalam peringkat Ijazah Sarjana Seni (Komunikasi) bagi fakulti Warisan Seni dan Kebudayaan di Universiti Malaysia Sabah. Saya membuat kajian industri hiburan tanah air. Selain berkhidmat untuk Seniman, ini salah satu sumbangan saya terhadap industri. Apa yang penting, kita perlu selarikan praktikal dengan akademik kerana itu adalah kelebihannya. Secara tidak langsung, ia boleh membawa kepada pengurusan persatuan dengan lebih profesional.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.071108 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list