CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6002|Reply: 39

[Tempatan] JPJ laksana peraturan baharu cermin gelap 1 Nov

[Copy link]
Post time 29-9-2014 12:59 PM | Show all posts |Read mode
MELAKA 29 Sept. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan peraturan baharu cermin gelap bermula 1 November depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, kadar ketelusan cahaya bagi peraturan baharu itu adalah 70 peratus bagi cermin depan, 50 peratus cermin sisi pemandu, 30 peratus cermin sisi penumpang belakang dan 30 peratus bagi cermin belakang


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2014 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok-esok tangguh lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 01:33 PM | Show all posts
dah xde duit mungkin, cari duit saman jela..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 01:51 PM | Show all posts
saman,saman,saman....cari la duit selagi terdaya...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 01:53 PM | Show all posts
alaaaa. . . .  nak beromen kat tempat parking pun susah la pasni . . . .

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 01:56 PM | Show all posts
Wa bagusnya. Bole la kasik gelap sikit lagi cermin penumpang & belakang. Kesian kat anak2 kepanasan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2014 01:58 PM | Show all posts
oohhh belum kuatkuasa lagi ker... patut ler abam jpj tak tahan kete kaka... senyum simpul gitu aja sambil angkat tangan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 02:24 PM | Show all posts
keselamatan rakyat terancam. rakyat pon perlukan tinted, bukan vvip je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2014 02:37 PM | Show all posts
pada plat kenderaan ada sticker yg melambang setakat mana cermin gelap dia boleh pakai
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 02:39 PM | Show all posts
Sebelum peraturan baru ni dilaksanakan, dimanakah pengguna2 boleh periksa dgn tepat samada kenderaan mereka melanggar peraturan atau tidak?

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 03:08 PM | Show all posts
apa2 laaa... mmg kete i x tinted pun.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 03:09 PM | Show all posts
wadefak?

70%; 50%, 30%, 30%?


















W A D E F A K ???
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 03:30 PM | Show all posts
Jangan lupa juga...1 oktober ni JPJ buat operasi untuk no plate dgn lampu yg tak mengikut peraturan khususnya kepada ah beng2 yg suka pasang lampu LED yang menyilaukan mata.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 03:39 PM | Show all posts
Aku baru kena tahan sbb tinted.
Tatau la bape % tinted tu sbb aku drive kete kawan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 04:08 PM | Show all posts
Kan JPJ bagi pasang tinted gelap VLT 30% tu. Sekarang ni kecerahan yang dibenarkan 50%. Kurang 50% kena saman. So OK la kalau dah dikurangkan ke 30%. Cuma dekat driver je menten 50% & kaca depan menten 70% kecerahannya. Napa ramai tak puas hati ek?

Takkan nak suh pakai VLT10%, langsung tak nampak bende la dalam kete tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama aku pasang tinted gelap cermin penumpang belakang dan cermin  belakang. Setakat ni selamat lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2014 11:09 PM | Show all posts
5:00PM - 29 Sep 2014
Peraturan baru cermin gelap kuatkuasa 1 Nov

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan peraturan baru berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 November depan.
   
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata pelaksanaan peraturan baru itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus.
   
Beliau berkata kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.
   
"Peraturan ini selaras dengan standard atau piawaian antarabangsa di beberapa negara luar," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Ketua Pengarah JPJ bersama anggota penguat kuasa dan pemeriksa kereta motor peringkat zon selatan di Melaka hari ini.
   
Mengulas lanjut, beliau berkata peraturan baharu itu terpakai kepada semua kenderaan di negara ini termasuk kereta import.



Ismail berkata pengguna jalan raya yang gagal mematuhi peraturan baru itu boleh dikompaun RM300 dan sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara dua minggu atau kedua-duanya di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991.
   
Bagaimanapun, katanya pengecualian terhadap peraturan itu diberikan kepada penggunaan kenderaan bagi beberapa jawatan tertentu seperti Yang di-Pertuan Agong; Sultan; Perdana Menteri; Timbalan Perdana Menteri; Ketua Menteri; Ketua Hakim dan juga kenderaan agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia.
   
Katanya pengecualian peraturan itu bagi tujuan keselamatan individu berkenaan dan juga anggota penguatkuasaan dalam melaksanakan operasi pencegahan jenayah yang berisiko tinggi.
   
Dalam perkembangan lain, Ismail berkata jumlah saman yang dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan di negara ini meningkat daripada 611,000 saman pada 2012 kepada 1.02 juta saman pada tahun lepas.
   
Katanya jumlah itu dijangka meningkat sehingga 1.2 juta pada 31 Dis ini berdasarkan peningkatan operasi penguatkuasaan dan pemeriksaan terhadap kenderaan serta pengguna jalan raya.

- Bernama




Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 12:32 AM | Show all posts
okaylah tu. cuma harapnya untuk plet kenderaan, patut ditukar pakai yg mmg ikut standard yg hanya boleh dikeluarkan dek JPJ sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 12:53 AM | Show all posts
Bguslh gini. Klu 90% cermin dpn ok x?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 04:40 AM | Show all posts
70% kat depang...takut jpj tak nampek stiker cukai jalan kot....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.084317 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list