CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24281|Reply: 215

24 tahun sudah PHD

[Copy link]
Post time 29-9-2014 02:35 PM | Show all posts |Read mode

BIODATA HAZZIRAH IZZATI MAT HASSIM

Hazzirah Izzati Mat Hassim

Hazzirah Izzati Mat Hassim dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik beradik, anak kepada pasangan Mat Hassim bin Daud, seorang Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat, Kelantan dan Martinawati bt. Salleh, seorang guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah di Kota Bharu.

Hazzirah memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun. Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 dalam usia 16 tahun. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Beliau kemudiannya mengikuti Program Persediaan Pra-Ijazah selama enam (6) bulan di UTM Johor Bahru bermula Januari 2007 hingga Jun 2007. Berdasarkan keputusan SPM (7A1, 3A2) dan keputusan peperiksaan akhir Program Ekspress UTM-MARA beliau berjaya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA.

Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia 20 tahun. Ekoran daripada itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh. Beliau kemudiannya ditawarkan pula oleh UTM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.

Objektif utama tesis Ph.D beliau yang bertajuk “The Homological Functors of Bieberbach Groups with Cyclic Point Groups of Order Two, Three and Five” adalah untuk menentukan beberapa struktur matematik baru bagi kumpulan kristalografi bebas kilasan yang dikenali sebagai kumpulan Bieberbach. Sepanjang pengajian, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa kertas kerja dalam jurnal-jurnal berindeks dan tidak berindeks (lihat lampiran untuk senarai penerbitan beliau). Selain itu, beliau turut menyumbang dalam penerbitan buku “Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis” melalui dua bab bertajuk “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups” serta “Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups of Nilpotency Class Two”. Beliau juga telah berjaya mendapatkan hakcipta dari UTM untuk projek beliau yang bertajuk “GAP Algorithms on the Computation of the Nonabelian Tensor Squares and Homological Functors of 2-Engel Groups of Order at Most 16 (GAP_NTS&HF2E)”.

Bagi meluaskan jaringan penyelidikan yang dijalankan, beliau terlibat secara aktif dalam kolaborasi penyelidikan bersama penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di samping itu, dalam menyempurnakan kajian projek Ph.D, beliau telah mengikuti Penyelidikan Sangkutan (Research Attachment) di bawah penyeliaan penyelidik ternama dari universiti di dalam dan luar negara termasuk UPSI, Perak pada April 2012, Januari 2013 dan April 2013; Ferdowsi University of Masshad, Iran pada Januari – Februari 2012, University of Palermo, Itali pada April 2012 dan University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013. Beliau juga telah membentangkan hasil penyelidikannya di persidangan antarabangsa seperti Iranian Algebra Seminar di Sabzevar, Iran pada Januari 2012 , Biennial International Group Theory Conference di Istanbul, Turki pada Februari 2013, Asian Mathematical Conference di Busan, Korea pada Julai 2013, Algebra Seminar di University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013 dan Algebra Seminar di Bandung, Indonesia November 2013. Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).

Pada 1 April 2014, Hazzirah telah menjalani Peperiksaan Lisan bagi pengajian Doktor Falsafahnya dan tesis Ph.D beliau telah diluluskan dengan pembetulan kecil. Setelah menyiap dan menghantar pembetulan tesis, beliau telah diperakukan oleh Jawatankuasa Senat UTM dan lulus Ijazah Doktor Falsafah pada usia 24 tahun 2 bulan.

http://www.news.utm.my/2014/09/tahniah-hazzirah-izzati-pelajar-paling-muda-dianugerahkan-phd-utm/








Last edited by arasham on 29-9-2014 02:37 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2014 02:40 PM | Show all posts
harapnya  ramai yang akan inspired by  her succes.. bangga
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 02:47 PM | Show all posts
good job girl!!
baca jugak kat FB kisah dia ni..budak ni IQ tinggi barangkali.... sangat bijak..
24 tahun??... time tu aku sibuk merayap keliling dunia
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 02:50 PM | Show all posts
mak aih jelesnye...
kecik2 dh ada phd..
kita ni master pun tak de
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Inspiring!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 02:55 PM | Show all posts
ooo..no wonder lah.
kalau ikut program fast track phd matematik kat utm mmg boleh dpt phd muda2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2014 03:02 PM | Show all posts
tahniah..sambil2 tu boleh join program motivasi untuk pelajar sekolah...live evidence Malaysia boleh..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 03:03 PM | Show all posts
Tahniah adik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2014 03:03 PM | Show all posts
tahniah kepada Hazirah Izzati


takde la mcm "duktur2" qualification dari institusi2 ntah hapa2 dok gah dgn PHD dia dpt very fast. PAstu duk pakai title duktur ke hulu duktur ke hilir.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 03:04 PM | Show all posts
uols ado? PHD satu lagi banyak la dlm ni.........

apepun...tahniah dek!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 03:07 PM | Show all posts
tahniah........................................
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 03:08 PM | Show all posts
wow... sangat hebat.... masa 24 tahun aku buat apa? oh... gila backpacking. hahahaha... gila respek ah kat dia..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 03:08 PM | Show all posts
Aku fobia dgn nombot..so sapa2 yg pandai sampai amik kos matematik ni memg aku kagum ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 03:09 PM | Show all posts
tahniah....adakah dia dapat dr falsafah termuda kat malaysia???
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
tgk mara tukar pinjaman kpd biasiswa.yg pointer rendah tu phm2 je la nk meroyan byr pinjamanlol
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 03:12 PM | Show all posts
24 aku baru grad

bila tgk tajuk kajian2 tesis adik ni......nk sebut pun tergeliat lidah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2014 03:14 PM | Show all posts
tahniahhh!!!



masa saya umo 24 thun tgh terkedek2 lg nak abiskn degree

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 03:14 PM | Show all posts
tahniah dik. saya matematik moden pun dpt 8 ms spm
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Cool. Alhamdulillah. Which uni she's from?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Cool. Alhamdulillah. Which uni she's from?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.080609 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list