CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2495|Reply: 17

[Dunia] 20 negara paling aman di dunia

[Copy link]
Post time 30-9-2014 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Tahukah anda negara manakah yang disenaraikan sebagai negara paling aman didunia?

Setiap tahun sejak 2007, Indeks Keamanan Global (GPI) yang dikeluarkan Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP) menjadi kayu pengukur keamanan sesebuah negara berdasarkan ciri dalaman dan luaran negara berkenaan.

Walaupun dunia hari ini dilihat semakin kejam, menurut GPI terdapat 20 negara yang disenaraikan paling aman di dunia.

1. Denmark

Denmark mengungguli senarai memandangkan ia tempat paling selamat untuk didiami.

Walaupun ibu negara Denmark, Copenhagen pernah ditakluk Nazi pada Perang Dunia Kedua, mereka tidak melawan.

Ini disebabkan rakyat Denmark lebih memberi fokus kepada ekonomi daripada terbabit dalam pelbagai konflik bersenjata.

Rakyatnya sangat ramah, terbuka dan gemar membantu.

Mereka yang pernah berkunjung ke Denmark pasti merasai perkara yang sama.


2. Norway

Mungkin ramai yang tidak menyangka Norway akan tersenarai berikutan kes pembunuhan besar-besaran dilakukan Anders Behring Breivik yang mencemarkan nama negara itu.

Namun menurut GPI, Norway adalah satu daripada negara paling aman, peramah dan selamat didiami.

Dengan tahap pembangunan modal insan yang tinggi, keselamatan menjadi keutamaan negara berkenaan.


3. Singapura

Sebagai sebuah negara kecil yang aktif dalam komuniti antarabangsa, Singapura tidak pernah memandang remeh soal keselamatan.

Sejak pembentukan republik itu pada 1965, Singapura memberi fokus untuk meningkatkan kerjasama dengan negara serantau melalui pembinaan hubungan sosial, keamanan, ekonomi dan diplomatik dengan semua negara.

Justeru tidak hairanlah ia tersenarai dalam 20 negara paling aman di dunia.


4. Slovenia

Sebuah negara Eropah yang indah, Slovenia turut tersenarai sebagai negara paling aman.

Negara itu menjadi penyumbang terendah kepada dana keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ia juga mempunyai jumlah anggota polis dan pasukan keselamatan yang sedikit, kadar jenayah dalam masyarakat yang rendah dan konflik dalaman terancang yang rendah.

Selain itu, tunjuk perasaan ganas serta peperangan juga sangat jarang berlaku.


5. Sweden

Ia antara negara Scandinavia yang indah dan terletak jauh ke utara Eropah.

Walaupun terkenal sebagai negara pengeksport senjata terbesar di Eropah, kadar jenayah yang berlaku di negara itu sangat rendah jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat (AS).


6. Iceland

Dasarnya yang tidak mahu masuk campur dalam sebarang konflik utama dunia menjadikan Iceland tersenarai sebagai negara paling aman.

Ia jarang atau mungkin tidak pernah menjadi tajuk utama akhbar kecuali ketika runtuhan tebing ais di negara itu beberapa tahun lalu.

Negara itu mengekalkan persekitaran semulajadinya yang menakjubkan.

Pelancong dari seluruh dunia datang ke Iceland untuk melihat sendiri glasier besar dan gunung berapi di negara itu.


7. Belgium

Terletak di tengah Eropah, Belgium mempunyai tarikan tersendiri dengan lokasi menarik untuk dilawati.

Ibu negaranya, Brussels menjadi ibu pejabat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Mereka yang melancong ke negara itu dapat melihat bandar zaman pertengahan yang tesergam indah, istana yang megah dan keindahan alam semulajadi yang mengasyikkan.

Walaupun kerajaannya pernah mengalami krisis pada 2008 hingga 2011, kadar kes pembunuhan dan penjaranya masih rendah.


8. Republik Czech

Republik Czech­ mencapai ke­mer­dekaannya dari Blok Soviet pada 1989 berikutan Revolusi Velvet dan pemisahannya dengan Slovakia.

Selepas Czechoslovakia berpecah, Republik Czech memberi lebih fokus kepada pembangunan ekonomi kapitalis yang mapan dan membentuk persekitaran yang stabil untuk pelaburan.

Negara itu juga disenaraikan sebagai sebuah negara dengan “Pembangunan Modal Insan yang Sangat Tinggi” oleh Indeks Pembangunan Modal Insan (HDI) pada 2009.

Terkenal dengan ibu negaranya, Prague yang menakjubkan serta alam semulajadi yang mendamaikan, Republik Czech menjadi antara tumpuan pelancong seluruh dunia.


9. Switzerland

Menurut IEP, Switzerland mengekalkan corak pentadbiran yang kukuh dan budaya politik terbuka di negaranya.

Ketidakstabilan politik pada kadar yang rendah memberikan gambaran jelas kualiti kerajaan negara itu.

Ia juga tersenarai sebagai antara negara paling aman di dunia dengan kadar jenayah ganas yang rendah.

Walaupun Switzerland sering mengambil pen­dekatan neutral dalam isu negara, antarabangsa dan politik dunia, ia tetap mengekalkan hubungan diplomatik yang erat dengan pelbagai negara di seluruh dunia.


10. Japan

Sebagai sebuah negara dengan budaya yang menakjubkan, Jepun menjadi kuasa ekonomi ketiga terbesar dunia.

Sejak Perang Dunia Kedua, Jepun mencorak suasana negara yang sangat aman, dengan konflik dalaman dan kadar jenayah yang rendah.

Ia adalah sebuah negara yang aman dan mempunyai keindahan mempersona untuk dilawati.


11. Ireland

Terkenal dengan pelbagai tempat bersejarah, dataran hijau yang mengagumkan serta rakyatnya yang peramah, tidak hairanlah jika ia disenaraikan sebagai antara negara paling aman di dunia.

Secara keseluruhannya, Ireland sebuah negara yang hebat dengan pelbagai tarikan pelancongan.


12. Finland

Finland dianggap sebagai antara negara paling aman dan jarang menghadapi sebarang konflik.

Ia masih lagi mengekalkan khidmat awam dan tentera mandatori buat generasi muda.
Pembabitannya dalam peperangan hanyalah melalui penyertaannya dalam pasukan tentera pengaman PBB.

Finland sangat menitikberatkan pendidikan dalam segala aspek dan sistem pendidikannya adalah yang kelima terbaik di dunia.


13. New Zealand

Negara ini sering tersenarai sebagai antara negara paling aman di dunia sejak 2007.

Dengan peratusan populasi di penjara yang rendah, kemampuan ke­tenteraan terhad, hu­bungan rapat denga Australia serta layanan yang baik, New Zealand adalah sebuah negara yang hebat untuk didiami.

Ia mempunyai keindahan dan keanehan tersendiri yang menjadikannya unik dan tidak tergambar dengan kata-kata sehinggalah anda merasainya sendiri.


14. Kanada

Kanada berada pada standard kehidupan rakyatnya yang tersendiri.

Walaupun dengan populasi hanya kira-kira 33 juta penduduk, ia adalah negara kedua terbesar di dunia.

Bandar yang bersih dan cantik, pemandangan mengagumkan serta warganya yang sangat peramah, Kanada adalah kediaman yang tepat buat mereka yang gemarkan suasana ketenangan.


15. Austria

Terletak di Eropah Te­ngah, Austria tersenarai sebagai negara paling aman di dunia berikutan pendiriannya berhubung isu politik antarabangsa.

Sejak pemisahan Empayar Austria-Hungary, Perang Dunia Pertama dan Kedua, negara itu memilih untuk lebih mengutamakan kehidupan yang damai dan tenang.

Ramai yang melabel ia sebagai negara yang hebat dengan resort terkenal di banjaran Alps serta pusat kebudayaan menakjubkan seperti Vienna.


16. Bhutan

GPI 2013 turut me­nyaksikan Bhutan tersenarai sebagai antara negara paling aman di muka bumi.

Ini berikutan peratusan yang tidak berubah berhubung konflik tempatan dan antarabangsa sejak 6 tahun lalu dengan markah yang diperoleh 1.6 daripada 5.1.

Laporan berkenaan menggunakan 22 penanda aras untuk mengukur keamanan dalaman termasuk jumlah anggota polis setiap 100,000 rakyat dan kadar jenayah.

Rakyat Bhutan disifatkan sebagai komuniti yang cintakan keamanan dan mempunyai budaya yang tertib.

Ditambah lagi dengan pelbagai tempat menarik untuk dilawati, Bhutan sememangnya destinasi pelancongan pilihan ramai.


17. Australia

Australia adalah sebuah negara yang aman dan indah serta menawarkan kepelbagaian budaya, pantai yang cantik, alam semulajadi yang memukau dan rakyatnya yang peramah.

Namun terdapat juga nilai tambah yang jarang didapati di negara lain.

Warga negara ini mempunyai sentuhan humor yang bakal membuatkan anda tidak kering gusi sepanjang berada di Australia.

Walaupun keluasan negaranya sama dengan Amerika Syarikat, populasi penduduknya hanya kira-kira 20 juta orang.

Negara ini juga mempunyai kadar jenayah yang rendah, sistem politik yang stabil, standard kesihatan yang tinggi serta jaringan jalan raya yang baik.

Justeru, penyenaraiannya sebagai antara 20 negara paling aman di dunia tidak boleh disanggah lagi.


18. Portugal

Mungkin anda terkejut melihat Portugal turut tersenarai bukan?

Negara anggota Kesatuan Eropah (EU) selama kira-kira 26 tahun ini juga adalah negara ke-43 penyumbang ekonomi terbesar dunia.

Dengan pemandangan menarik dan kadar jenayah yang rendah, ia sebuah negara yang selamat untuk diduduki.


19. Qatar

Menurut GPI, Qatar adalah negara paling aman di Timur Tengah dan antara yang paling aman di dunia.

Insiden keganasan sangat jarang berlaku di Qatar berbanding negara berasaskan industri lain.

Ia adalah antara negara paling fleksibel dan liberal di Timur Tengah.

Negara itu kini melalui fasa perubahan di bawah Visi Nasional 2030 untuk mencapai status ekonomi pelbagai, mampan dan maju.


20. Mauritius

Dengan status negara paling aman di Afrika yang diberikan GPI pada 2013, Mauritius menampilkan kelainan tersendiri dari sudut ekonomi, pembangunan dan masyarakat.

Ia sekaligus menjadikan negara itu sebagai platform kukuh untuk pengurusan kekayaan dan hartanah.


Dapat hidup disebuah negara paling aman di dunia menjadi impian setiap manusia dan memberi pelbagai kelebihan buat rakyatnya.

Ia menjadi satu ke­bangaan dan kemegahan jatidiri sebagai rakyat di sebuah negara yang stabil serta terhindar daripada konflik yang mampu menggugat keamanan dan keselamatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 09:02 AM | Show all posts
negara-negara scandinavia have been top of the list in many thing. keamanan, happiness, ekonomi, pendidikan
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 09:41 AM | Show all posts
biasala europe ...holiday ke sana lagi ke ujung tahun ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 01:30 PM | Show all posts
malaysia tak der pun//,... huhuhuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 01:40 PM | Show all posts
negara islam ada sebuah je

padahal negara kapir pengamal minum arak ibu segala kejahatan boleh pulak jadi negara paling aman

ini semua penipuan kapir ni untuk memalukan islam
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 01:46 PM | Show all posts
@kak-sue  pasti gumbira dgn tered ini.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2014 01:55 PM | Show all posts
malaysia tidak aman, rumah dikelilingi grille serupa duk penjara. luar rumah berisiko di rompak
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 02:13 PM | Show all posts
ninja boy posted on 30-9-2014 01:55 PM
malaysia tidak aman, rumah dikelilingi grille serupa duk penjara. luar rumah berisiko di rompak

betul. Skg bukan je grill, alarm n CCTV pun kena pasang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 02:44 PM | Show all posts
aman la sangat... scandinavia jugak antara paling tinggi suicide.

manusia memerlukan bahaya dan jenayah di sekeliling untuk menyedari harga nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 02:46 PM | Show all posts
mana malaysia? tak amankah malaysia tanah airku ini?????
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua salah Lee Kuan Yew.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 02:48 PM | Show all posts
teringin nak pegi bhutan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 02:53 PM | Show all posts
NZ sepatutnya lg bgs dr singapore.mustahil sungguh artikel ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 02:54 PM | Show all posts
Cuba letak kriteria apa yang digunakan untuk ukur 'keamanan'?

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 04:50 PM | Show all posts
mungkin warganegaranya tiada perasaan untuk menjenayah sbb banyak duit, ekonomi stabil, ada duit boleh langgan pelacur bukan merogol, ada makanan percuma utk fakir miskin macam kat dubai, wanita2 boleh berjalan2 di waktu malam dengan selamat, warga negara dididik dengan baik sekali, tidak buang sampah merata, ada drive kereta bersopan, ada rasa hormat sesama manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 06:26 PM | Show all posts
17. Australia

Australia adalah sebuah negara yang aman dan indah serta menawarkan kepelbagaian budaya, pantai yang cantik, alam semulajadi yang memukau dan rakyatnya yang peramah.

Namun terdapat juga nilai tambah yang jarang didapati di negara lain.

Warga negara ini mempunyai sentuhan humor yang bakal membuatkan anda tidak kering gusi sepanjang berada di Australia.

Walaupun keluasan negaranya sama dengan Amerika Syarikat, populasi penduduknya hanya kira-kira 20 juta orang.

Negara ini juga mempunyai kadar jenayah yang rendah, sistem politik yang stabil, standard kesihatan yang tinggi serta jaringan jalan raya yang baik.

Justeru, penyenaraiannya sebagai antara 20 negara paling aman di dunia tidak boleh disanggah lagi.

Kadar keganasan rumah tangga (domestic violence) tak termasuk dalam ukuran keamanan ke?

One woman dies every week from domestic violence in Australia  in 2014. In NSW, 24 women were killed last year in domestic-related incidents. Of all homicides in NSW, 42 per cent are domestic. One woman is hospitalised every three hours across the country.
        Access Economics has estimated about 1.6 million Australian women have experienced domestic violence in some form.
        That's just the official toll. Less than half the abuse is reported.





Last edited by mnm77 on 30-9-2014 06:28 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 06:31 PM | Show all posts
rasanya keamanan ni lebih kepada ancaman terrorist ataupun perang  .. kut.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 07:21 PM | Show all posts
memang dah jangka negara scandinavia selalu masuk top ten benda2 positip cenggini
btw ai check website IEP, lain pulak ranking nya
masuk http://economicsandpeace.org/research/iep-indices-data/global-peace-index kendian click interactive map redirect ke page nih: http://www.visionofhumanity.org/#/page/indexes/global-peace-index





msia berada di tempat ke-33 dari 162 negara. bole laaa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.241465 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list