CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5646|Reply: 58

[Tempatan] Khalid Ibrahim membebankn pelajar Unisel

[Copy link]
Post time 30-9-2014 09:44 AM | Show all posts |Read mode
Saya tegur Khalid kerana bebankan pelajar Unisel – Anwar
(Oleh: Fiza Halim)

SHAH ALAM 29 SEPT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sebelum ini menegur pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang membebankan pelajar Universiti Selangor (Unisel).
Katanya, beliau tidak dapat menerima perkara itu  sedangkan kerajaan negeri mempunyai simpanan rizab yang tinggi untuk membantu pelajar yang tidak berkemampuan.
“Sebab saya menegur kepimpinan MB sebelum ini adalah saya kata dengan wang yang ada, saya tidak boleh terima pelajar ditekan, menghukum pelajar yang tidak boleh membayar yuran dan tidak boleh menduduki peperiksaan.
“Kalau wang tidak ada tidak apa, saya baru dapat maklumat beberapa mahasiswa  yang lambat bayar yuran akan didenda, dan kemudian tidak dibenarkan menduduki peperiksaan,” katanya semasa menyampaikan ucapan di program Syarahan ‘Memerangi Ekstrimis’ di Unisel Shah Alam.
Anwar dalam ucapannya memaklumkan perjumpaannya dengan Menteri Besar yang baharu, Mohamed Azmin Ali di kediamannya semalam bagi membenarkan pelajar yang tidak dapat melunaskan yuran supaya dapat menduduki peperiksaan.
“Semalam dengan Menteri Besar, saya sebut bahawa pelajar yang sah dia itu miskin, tidak mampu bayar yuran Universiti, pihak Universiti tidak boleh melarang dia daripada menduduki peperiksaan, Menteri Besar setuju,” tegasnya.
Dalam pada itu, Anwar menekankan bahawa Pakatan Rakyat sentiasa konsisten menggunakan prinsip kepdulian rakyat, yang menjadi asas kepimpinan dalam Pakatan Rakyat.
Beliau juga mahu pihak Unisel memahami tujuan Pakatan Rakyat memecat Khalid dari kepimpinannya yang bermula dengan ‘Langkah Kajang’.
“Saudara kena faham kenapa sebab saya tidak setuju dengan langkah pentadbiran yang dibuat Khalid. Walaupun sahabat saya, sahabat baik saya, sahabat keluarga saya, tetapi apa erti wang yang banyak, bila anak kita dinafikan,” ujarnya.
Lebih 200 penuntut Unisel hadir untuk mendengar syarahan bertajuk ‘Memerangi Ekstrimisme’ yang diadakan di Lecture Theatre 2, Tingkat 4 , Universiti Selangor (UNISEL) Seksyen 7 Shah Alam.
Syarahan dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian disusuli dengan Prof Dr Abdullah bin Sheikh Abdul Majeed Al-Zindani.
Prof Dr Abdullah merupakan undangan khas dari negara Yaman yang merupakan Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi dan Sains Politik Al Eman Universiti ,Perunding Ekonomi kedutaan Republik Yaman di Khartoum dan Ketua Pengarah Syarikat Teknologi Gas Petroleum.
Antara yang turut hadir ialah Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri, Biro Penerangan KEADILAN, Datuk Nur Manuty dan beberapa lagi pemimpin Keadilan.
Syarahan ini merupakan anjuran daripada Centre for Reform, Democracy & Social Initiatives dengan kerjasama Pejabat Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Pejabat YB ADUN Seri Setia dan Universiti Selangor (Unisel) Shah Alam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2014 09:45 AM | Show all posts
aku gelakkn aje badut badut sedang berlawak
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 09:48 AM | Show all posts
budak2 tu mesti kene paksa dgr....hahahahha.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 09:51 AM | Show all posts
Takut jer bila dengar cerita El Jub dengan Mahasiswa........
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
I takut ada yg barlakon jd miskin je
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:01 AM | Show all posts
sejak zaman reformasi...sasaran dia adalah student.kumpulan yg plg senang dipengaruhi.
Dia tak sedar ke...GAME OVER ! cukuplah..kalu dia bersara awal dulu mungkin dia lebih dihormati.tapi sekarang dah terlambat tuk semua tu.babaiii PKR..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2014 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la kalau betul... Tp mohon ubah sikit rupa dorm unisel shah alam... Aku rasa mcm rupa flat2 lorng haji Taib ..kotor yg amat...makbapak bayar bukan murah tau...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:09 AM | Show all posts
jadi hero unisel la pulak.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 10:10 AM | Show all posts
ada ke pelajar miskin masuk unisel? bayar yuran tak boleh tengok wayang, karok, beli henpon, rokok boleh plak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2014 10:16 AM | Show all posts
aku tgh tggu ayat macai penyedap ati....

1) umno gak yg melopong
2) sejak bile org umno amik berat pasal PR
3) tak sudah2 nak meratib anwar
4) umno fitnah khalid Ibrahim
5) dulu diludah sekarang dipuji2
6) dulu musuh khalid...skrg kemain menjilat
7) umno rasuah anwar
8) umno dah bayar anwar tuk burukkn khalid


Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:18 AM | Show all posts
sekali lalu baca tadi.. terbaca memerangi eskrem
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2014 10:23 AM | Show all posts
dulu menyalak pendidikan percuma.....

simpanan selangor ade 3bilion...knp tak bagi pendidikan percuma je kat unisel?

ade tak macai sudi menjawab
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:25 AM | Show all posts
dan dan la salah kan DSKI. nak guna rizab selangor utk student. mst suma ipt kat selangor nak tuntut. studen dari selangor mst tuntuk gak.
aku pun studen gak dulu. klau betul guna dwet loan, cukup je. ade sesetengah student sanggup x makan sbb nak topup nak call pakwe. ade tu tiap minggu nak balik kampung. ade yg belikan moto utk org tua kat kampung sbb moto dah uzur. ade tu guna dwet loan masukkan astro kat rumah org tua kat kg, kate maknye boring kat rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:30 AM | Show all posts
dah start nak korek duit rizab dah.

kau pegi la mana2 uni pun mana2 pelajar yg tak bayar yuran memang tak boleh amik exam.

dah tau xde duit nak tanggung pengajian, kan ada bantuan. amik ptptn ke sekalipon.

jangan jadi yg salah guna duit bantuan sampai tak bayar yuran.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:38 AM | Show all posts
hahahaha bertahun2 tak penah nye nak citer pasal unisel free pastu kawan tu dah tak jadi mb mula la saya dah pesan lama dahhhh

hehehehe

anuar bagi ceramah kat mahasiswa ni bagi ceramah ke cari jambu OOPPSSSS
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:38 AM | Show all posts
dah lebih teruk...guna duit loan join MLM.Student yg tak panjang akal main masuk jek...upline jugak yg tersengih2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 10:47 AM | Show all posts
maka, duit rizab selangor adalah untuk membayar yuran student yg dpt ptptn/loan but chose to spend it on brand new handphones, topup prepaid call bf/gf, beli moto utk merempits etc?

tolong la pelajar yg betul2 minat nak belajar dgn bagi scholarship ikut semester. mana yg results tip top, teruskan scholarship. result & performance dlm bidang selain akademik x gempak, tukar jadi loan...psl study ni, students kena kasi insentif.... kaedah carrots & sticks gitu.

jgn la tolong bayar yuran semata nak suh dorg dpt amik exam. pastu fail. tak ke menghabiskan duit rakyat selangor? univ lain pun buat benda yg sama...tak bayar yuran, takleh amik exam. apa beza dgn unisel?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 11:09 AM | Show all posts
judicata posted on 30-9-2014 10:47 AM
maka, duit rizab selangor adalah untuk membayar yuran student yg dpt ptptn/loan but chose to spend i ...

KeTUM janji fofuler, janji nampak molia cara dia pedajal khalid.


Sesambil tu deflect attantion dari 3 beliyun yg bakal dijarah utk kantung kroni

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 11:11 AM | Show all posts
wow prihatinnya anuwar
terharuuuu nye la





nextttttttttttttttttttttt

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 11:19 AM | Show all posts
kasibiman posted on 30-9-2014 11:09 AM
KeTUM janji fofuler, janji nampak molia cara dia pedajal khalid.

dia buat bule kekdahnya... org len tak bule. takkan tak paham lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.073034 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list