CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26988|Reply: 203

Novel : Takdir Yang Tertulis (U)

[Copy link]
Post time 30-9-2014 11:28 AM | Show all posts |Read mode
Part 1



Sudah setahun perkara itu berlalu, namun ia masih lagi segardalam ingatan Zara. Dia terpaksa berkongsi kasih suaminya itu dengan perempuanlain kerana tidak mampu memberikan zuriat mereka walaupun sudah dua tahunmengikat kasih dengan Zafril. Peristiwa lama bermain kembali di ruang mindanya.







“Any good news Zaf?” tanya Datin Sofea, mama kepada Zafril.Pertanyaan itu terus diajukan kepada pasangan itu sebaik saja mereka melangkahmasuk ke dalam rumah.

“Good news apa pulak you ni? Tiba-tiba je. Diorang ni baruje sampai.” Datuk Amar memandang isterinya. Tak faham dia tiba-tiba sajaisterinya berkata sebegitu.

“Yelah dah setahun saya tunggu cucu saya tapi takde jugak”bentak Datin Sofea lagi sambil memandang tepat ke arah Zara. Dari dulu lagi diatak berapa berkenan dengan menantunya itu.

Zara dan Zafril berpandangan sesama sendiri.

“Belum ada rezeki lagi ma..lagipun Zaf dengan Zara sibukdengan carrier masing-masing. Mungkin belum tiba masa yang sesuai lagi untukdapat anak” jelas Zafril panjang lebar. Rasanya jawapan ini dah berkali-kalidiulang setiap kali mereka pulang ke rumah itu.

Zara hanya tunduk membisu. Jauh di sudut hati dia memangmenginginkan seorang anak. Sunyi rasa hati bila rakan-rakannya yang sebayasudah mempunyai anak.

“Eh you ni..tak reti bersabar ke?” Datuk Amar pula bersuara.Dia tahu isterinya sengaja mengenakan Zara. Bukan dia tak tahu perangaiisterinya itu.

“Susah-susah sangat Zaf kahwin je satu lagi. Linda tu daridulu sukakan you Zaf” ujar Datin Sofea selamba.

Zara tergamam. Sanggup mama cakap camtu…?

“Mama..insyaAllah nanti adalah rezeki kami. Mama doakan ye”Zara berkata sebaik saja dia menyentuh lembut tangan mertuanya itu denganharapan mamanya akan berlembut hati.

“Ahh sudahlah. Mengaku saja lah kau tu mandul!”

“Mama !!” Zafril bengang dengan tindakan mamanya itu. Diaterus menarik tangan isterinya itu keluar dari rumah. Bukan mahu derhaka tapitak sanggup mendengar isterinya diperkatakan sedemikian.

Last edited by indah91 on 2-10-2014 03:05 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 12:02 PM | Show all posts
nice intro...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 12:16 PM | Show all posts
MENARIK TERTARIK..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2014 02:20 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 30-9-2014 12:02 PM
nice intro...

Tenkiu support
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2014 02:21 PM | Show all posts
ctiez83 posted on 30-9-2014 12:16 PM
MENARIK TERTARIK..

Teruskan membaca yeee
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 02:30 PM | Show all posts
oh..ok..teruskan..menarik
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-9-2014 02:53 PM | Show all posts
Part 2


Selepas bersuka ria dengan teman baiknya Maya, Linda teruspulang ke rumah mummynya malam itu. Sejak berkahwin dengan Zafril atas desakanmummy dan mama lelaki itu, perkara yang paling dia benci apabila terpaksa duduksebumbung dengan madunya sendiri di rumah mertuanya. Itu kehendak Zafrilsendiri kerana mahu bersikap adil dengan isteri-isterinya.

“Leganya lah bila takde benda yang menyakitkan hati katsini.” Gumam Linda sendirian apabila tubuhnya menghenyak sofa putih di ruangtamu rumahnya.

“Takde lah asyik kena tengok muka minah tu 24 jam je”tambahnya lagi sambil tersenyum nipis.

Datin Azizah turun ke ruang tamu apabila mendengar derumanenjin kereta sebentar tadi. Dia terus menyusun langkah untuk duduk berhadapandengan anak kesayangannya itu.

“Eh apa anak mummy buat kat sini? Nanti laki cari karangmacam mana” soal Datin Azizah sambil memandang Linda yang sedang sibuk menataphandphone miliknya.

Linda mencebik. Dah agak mummy mesti cakap pasal hal ini.

“Malaslah mummy. I sakit mata tau duduk kat sana. Si Zaf tulayan Zara lebih-lebih, I ni layan tak layan je”

Datin Azizah tergelak kecil.

“Sebab tu mummy suruh you ada anak cepat-cepat. Biar Zafbukak mata tengok you pulak” ujar Datin Azizah dengan nada yang serius. Misinyacuma satu, ingin membolot semua harta Datuk Amar dengan mudah.

Linda bingkas bangun dan duduk di sebelah mummynya. Adabenarnya dalam kata-kata mummy itu. Tambahan pula, mertuanya memang sudahbising tentang hal yang sama walaupun dia menantu emas dalam keluarga itu.

“I tak suka pregnant mummy. Leceh tau nanti ! plus tak bolehnak enjoy sana sini. That’s why I makan pil perancang supaya I takkanmengandung.” Jelas Linda panjang. Memang dia tak terfikir untuk jadi seorangibu. Memang tak lah kan.

Datin Azizah merenung Linda tajam. Geram dengan tindakanbodoh anaknya itu.

“What? Kenapa stupid sangat you ni?? Kalau you ada anakdengan Zaf, budak tu confirm jadi waris tunggal Datuk Amar then dari situ kitaboleh bolot harta mereka”

“Patutlah dah setahun you kahwin perut tu tak berisi lagi.Lepasni you jangan cuba nak buat macam tu lagi. Mummy nak lagi dua tiga bulanyou dah pregnant, okay?!”

Datin Azizah merengus kasar sebelum berlalu meninggalkanLinda keseorangan. Dia takkan biarkan rancangannya itu musnah !

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2014 02:54 PM | Show all posts
Ipo posted on 30-9-2014 02:30 PM
oh..ok..teruskan..menarik

baca jangan tak baca. Tenkiuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2014 06:34 AM | Show all posts
ouchh....sedihnyer ye....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 08:57 AM | Show all posts
kesian nya zara...n3 pls
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2014 01:10 AM | Show all posts
Part 3


“Sayangggg sedapnya bau..hmm lapar terus perut abang ni sayang” jerit Zafril apabila terbau aroma kuah lemak udang itu. Tak payah tengok pun dia sudah tahu siapa yang sedang masak di dapur. Confirm isteri yang dia sangat cintai itu yang sedang sibuk menyediakan makanan untuknya. Kalau nak harapkan Linda memang sampai ke malam lah tak makan.

“Pergi mandi dulu abang then baru kita makan ye” jawab Zara dari dapur. Dia tersenyum lebar. Mesti suaminya itu sudah tak sabar untuk menjamah lauk kegemaran mereka berdua. Kuah lemak udang plus sambal belacan.

“Awal balik hari ni sayang? Eh mama dengan papa mana eh..tak nampak pon” soal Zafril sebaik saja dia duduk di meja makan. Selera makin bertambah apabila melihat makanan sudah siap terhidang di depan mata.

“Saje sayang balik awal. Nak masakkan lauk favorite abang ni haaa” ujar Zara sambil mencuit lembut hidung Zafril.

“Papa dengan mama keluar kot. Balik tadi diaorang takde pon sayang tengok”

“I love you sayang” lafaz Zafril secara tiba-tiba. Entah kenapa dia berasa bersalah dengan isterinya itu. Dia dah banyak berkorban untuk family ni.

“Love you more abang !”

Zara tersenyum. Dalam sehari, tiga perkataan tu memang tak pernah lekang dari mulut lelaki itu. Baginya Zafril dah cukup sempurna untuknya.

Sekilas itu, Zafril lekas memeluk tubuh Zara. Zara lekas membalas pelukan itu. Kenapa dengan suaminya harini?

“Abang minta maaf. Sebab mama.. abang terpaksa kahwin dengan Linda. Abang tahu sayang terluka. Mama pulak paksa kita duduk sekali satu rumah. Abang terpaksa buat semua ni sayang”

Zafril tahu perempuan mana yang sanggup bermadu. Tapi dia tak berdaya untuk menidakkan permintaan Datin Sofea.

Zara diam membisu. Seleranya hilang untuk makan. Selama ini dia cuba untuk belagak kuat. Namun kata-kata lelaki itu menggoyah ketabahannya.

“Sayang anggap..ini takdir kita abang. Sayang terima walaupun perit. Demi zuriat keluarga kita abang” ujar Zara. Airmata yang ditahan tumpah juga. Mungkin ini memang sudah nasib dirinya.

“Sabar selagi boleh ye sayang…” Zafril cuba memujuk Zara dan dirinya sendiri.

Zara menangis. Itu saja cara dia untuk meluahkan rasa yang terbuku dalam hati sejak bermadu dengan Linda. Perkara yang dia tak jangka pada mulanya akan berlaku. Tabahlah wahai hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2014 01:12 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 1-10-2014 06:34 AM
ouchh....sedihnyer ye....

kesian zara kannnnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2014 01:13 AM | Show all posts
fatimz posted on 1-10-2014 08:57 AM
kesian nya zara...n3 pls

So far camne? Teruskan baca yee
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 08:10 AM | Show all posts
tabahla wahai zara!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2014 11:07 AM | Show all posts
Part 4


Usai mandi, Linda mengenakan gaun tidur yang pendek paras peha berwarna merah jambu. Dia mahu Zafril terpukau dengan kecantikkannya pada malam itu. Dia harap kali ini dia dapat menakluk hati lelaki itu dan seterusnya meninggalkan Zara. Lagipun misi mummy perlu dilaksanakan secepat mungkin.

Perfume Chanel lekas disembur diseluruh tubuh apabila terdengar ketukan pintu biliknya. Wangian tersebut memenuhi ruang-ruang bilik itu.

“Baby !” ujar Linda dengan nada yang menggoda. Tangannya terus menjalar di tubuh sasa lelaki itu.

Zafril merengus. Rimas. Hatinya memang tiada untuk perempuan seperti itu. Apa yang dia lakukan hanyalah kerana tanggungjawab dan kehendak mama.

“I rindukan you la baby…turn I seminggu sekali je tau dalam rumah ni” Linda merengek dengan harapan suaminya itu akan berlembut hati dengannya. Kepalanya sengaja dilentokkan di tubuh Zafril.

Sepantas kilat Zafril menolak. Lekas dia melangkah ke katil dan mencapai sebuah majalah bisnes untuk dibaca.

Linda mencebik. Bengang apabila dirinya langsung tidak dimanjakan sepertimana yang Zara selalu dapat. Dah lah harini langsung tak pergi club sebab nak spend time dengan Zaf. Dia terus duduk di meja solek untuk memakai krim malam. Sambil itu dia memaki-maki leaki itu dalam hati.

“ I nak tidur.” kata Zafril pendek. Takde mood langsung dia malam itu. Selimut ditarik dan mata dipejamkan.

“Ish bengang betul lah aku dengan dia ni. Kalau Zara..semuanya manis je. Menyampah” ujar Linda perlahan. Dia harus sabar melayan kerenah mamat ini. Lambat laun dia pasti dapat memiliki Zafril.

“plan aku takkan gagal. Nak tak nak kau kena ada anak jugak dengan aku sebab mama kau yang teringin sangat nak bercucu. Haha” Linda tergelak kecil. Senyumannya diukir lebar. Dia memandang wajahnya di hadapan cermin.

“Aku takkan biar kau dengan Zara bahagia!!”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2014 11:08 AM | Show all posts
ctiez83 posted on 2-10-2014 08:10 AM
tabahla wahai zara!!

dah takdir zara. hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2014 03:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Datin Sofea menjeling tajam ke arah Zara apabila mereka berselisihan di ruang tamu. Usai menghantar minuman buat bapa mertuanya di taman, Zara lekas masuk ke dalam rumah apabila melihat kelibat Datin Sofea. Daripada dimarahi baik dia cepat-cepat beredar dari situ.

"Ha you ni dari mana? Dah petang baru nampak batang hidung you" tegur Datuk Amar sebaik saja isterinya melabuhkan punggung duduk di hadapanya. Cawan berisi kopi hitam diteguk sekali lagi.

"Mana lagi..rumah besan kita lah. Duduk rumah pun I rasa macam panas je" jawab Datin Sofea dengan nada yang kuat. Dia mahu menantu yang dia benci itu dengar. Manalah tau satu dua hari lagi terus lari dari rumah ni.

"I sebenarnya kesian dekat Zara tu. Dia menantu yang baik. Tak pasal-pasal sebab you dia terpaksa bermadu dengan si Linda kesayangan you tu" ujar Datuk Amar. Sampai sekarang dia tak faham kenapa isterinya itu benci sangat dengan Zara.

"Nasib dia lah! Kenapa kahwin jugak dengan anak I walaupun dia tahu I tak pernah sukakan dia. Cucu pun dia tak mampu bagi kat kita you" Datin Sofea tak mahu mengalah. Zara tidak setaraf dengan keluarga mereka dan disebabkan itu dia bukanlah calon isteri yang sesuai untuk Zafril.

"You tu tak reti bersabar. Hmm cakap pasal cucu, menantu you Linda tu I tengok tak mengandung lagi even dah setahun diorang tu nikah" balas Datuk Amar pula. Dia juga mengharapkan seorang cucu dari keturunannya sendiri. Lagipun takdelah rumah besar itu sunyi dari bunyi kanak-kanak bermain.

"Tak lama lagi ada lah tu. Linda bukan macam Zara..dia sihat tak mandul!"

Datin Sofea tersenyum. Asalkan hajatnya untuk melihat Linda sebagai menantunya, itu sudah cukup puas bagi wanita tua itu. Hal cucu itu hal nombor dua.

Zara yang dari tadi memasang telinga mendengar perbualan itu terus berlari masuk ke dalam bilik. Air matanya gugur sebaik saja dia merebahkan tubuhnya dia atas katil. Dia tidak kuat untuk menanggung semua ini. Kata-kata seperti itu tidak pernah jemu keluar dari bibir mertuanya itu. Jauh di sudut hati dia amat tersinggung dengan apa yang didengarnya tadi.

" Ya Allah..tabahkanlah hatiku untuk menghadapi segala ujian yang kau beri Ya Allah"

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 07:48 AM | Show all posts
zara seorang yg sgt kuat... she'll be okay...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2014 02:40 AM | Show all posts
Selesai memastikan Linda tidak terjaga dari tidur yang lena, Zafril bingkas bangun. Sudah masuk waktu subuh. Dia keluar dan melangkah ke arah bilik Zara.

Sebaik saja dia masuk ke dalam bilik tidurnya, kelihatan Zara sedang membaca Alquran. Sejuk hatinya bila melihat apa yang sedang dilakukan oleh isteri tercintanya itu.

"Eh abang..dah sembahyang Subuh belum? Sayang ingat abang solat dalam bilik Linda tu yang sayang solat sendiri" soal Zara ketika melihat tubuh suaminya berada di atas katil. Alquran diletakkan di almari sebelah meja solek.

"Sayang, abang sebenarnya nak ajak sayang picnic kat Port Dickson (PD) harini. Dah lama kan kita tak keluar bersama" ujar Zafril lembut. Tangannya laju mencapai tangan Zara ketika isterinya itu duduk do sebelahnya.

Zara melentokkan kepalanya dibahu lelaki itu. Dia membalas genggaman tangan suaminya.

"Sorry abang. Lately ni sayang terlalu busy dengan kerja sampaikan takde masa untuk abang." Zara mengeluh perlahan. Bukan niat dia untuk terlalu sibuk sehingga mengabaikan masa untuk suami, cuma itu saja cara yang boleh membuatkan dia melupakan segala kesedihannya.

"Sekarang ni abang taknak dengar apa-apa. Sayang siap kita gerak terus ye lepas abang solat Subuh. Tak sabar abang nak spend time dengan isteri abang yang jelita ni"

Hidung milik Zara dicuit lembut Zafril sebelum dia bangun untuk pergi ke tandas. Zara membalas dengan senyuman. Jauh dari sudut hati dia bersyukur kasih sayang lelaki itu tak pernah pudar untuknya.


Setelah dua jam perjalanan akhirnya pasangan itu tiba di PD. Mereka berjalan di tepi pantai sambil berpegangan tangan. Angin sepoi-sepoi bahasa pagi itu menemani mereka berdua. Nyaman terasa dan seketika mereka terlupa pelbagai masalah yang mengganggu fikiran mereka.

"Teringat waktu kita baru kahwin dulu abang. Tiap-tiap minggu kita dating kat sini" Zara mengimbau semula memori sewaktu mereka baru menikah.

"Kita tak pedulikan orang masa tu. Kat tepi pantai ni lah kita main lari-lari. Abang suka sangat sakat sayang masa tu"

Zara tergelak kecil. Seketika kemudian tawa hilai mereka berdua kedengaran apabila masing-masing teringatkan kenangan manis satu masa dulu.

"I love you so much sayang" Zafril mengucup lembut tangan isterinya. Kasih sayangnya terhadap wanita itu semakin hari semakin dalam.

I love you too abang. Bye !!" Balas Zara sambil berlari meninggalkan lelaki itu. Sempat lagi dia menjelir lidah ke arah lelaki itu.

Zafril tersenyum lebar. Masih tak berubah. Sama macam dua tahun dulu.

"Kalau abang dapat kejar sayang, siaplah sayang nanti" jerit Zafril sambil mempercepatkan langkahnya menuju ke arah Zara.

Zafril berjaya mendapatkan Zara. Automatik tangannya memeluk tubuh perempuan itu. Pelukan bertambah erat. Zafril merapatkan bibirnya ke telinga si isteri.

"Jangan tinggalkan abang lagi sayang. I need you" bisik lelaki itu dengan nada yang agak manja. Suara yang mampu mencairkan setiap hati yang mendengarnya.

"I need you more abang. I wont leave you honey" balas Zara lembut. Senyuman mula terukir di bibir wanita itu. Perasaan bahagia muncul lagi. Sempat dia berdoa dalam hati agar perasaan ini akan selalu berdamping dengan mereka berdua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2014 02:41 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 7-10-2014 07:48 AM
zara seorang yg sgt kuat... she'll be okay...

Yeahh chayok2 zara heee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.689751 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list