CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah91

Novel : Takdir Yang Tertulis (U)

[Copy link]
 Author| Post time 22-10-2014 01:09 AM | Show all posts
Seperti yang dijanjikan, Linda datang ke kelab malam berjumpa dengan Maya untuk berhibur bersama. Linda mengatur langkah ke dalam kelab itu dengan gaya yang agaj seksi. Semua mata tertumpu ke arahnya. Memang dia kelihatan cantik dan seksi malam itu.

Imran juga turut tertarik dengan kecantikan Linda. Dia memandang perempuan itu dari bawah hingga bahagian atas dan matanya tertancap pada bahagian perut Linda. Mengandung? Kalau ye mungkin wajah perempuan itu berseri kerana pembawakan budak barangkali. Itu yang membuatkan dia makin tertarik dengan Linda. Lelaki 20 an itu membuat keputusan untuk mendekati Linda.

" Muncul pun you..ingat tadi tak datang..mana lah tau laki tak bagi keluar ke" perli Maya apabila kelibat yang dikenalinya muncul. Bengang juga bila terpaksa menunggu lama kira-kira hampir setengah jam.

" You ingat senang ke I nak bawak perut I ni ke hulu ke hilir? Menyusahkan I je" balas Linda sambil menuding jari ke arah perutnya yang semakin membesar. Segala yang dia lakukan agak terbatas.

"Tu kan pengikat kasih sayang you dengan laki you..tak baik cakap macam tu" sindiran Maya diikuti dengan tawa gelak dia dan Linda.

" Pengikat kasih sayang la sangat kan? Bila perut aku dah macam ni padan  muka si Zara tu..dia sampai sekarang apa pun takde lagi nak bagi kat Zaf" Linda menyambung semula gelaknya. Puas hatinya apabila secara tidak langsung dia dapat menyakitkan hati perempuan yang dibencinya itu dengan anak yang bakal dilahirkan itu.

"Ehem..can I join both of you? " Imran memulakan langkah yang pertama. Dia berharap  tegurannya itu menbuahkan hasil yang positif. Tarikan terhadap Linda membuatkan dia mahu berkenalan dengan wanita itu dengan lebih dekat.

Maya dan Linda saling berpandangan. Kemudian pandangan dialihkan ke arah lelaki yang berada di hadapan mereka.

"Sure..why not" balas Maya pendek sambil menghadiahkan satu senyuman yang paling manis kepada Imran. Wajah Imran boleh dikategorikan dalam lekaki yang agak kacak. Di sebabkan itu, laju saja dia mempelawa lelaki itu.

Linda di sebelah juga turut bersetuju dengan tindakan Maya. Mereka bertiga berkenalan antara satu sama lain. Dalam masa yang agak sekejap, perbualan mereka menjadi semakin rancak seperti sudah lama berkenalan dengan lelaki itu.

Linda juga seakan terlupa dengan status dirinya apabila berkenalan dengan jejaka itu. Tanpa rasa segan, pelawaan untuk menari bersama Imran diterima laju. Keadaan dirinya bukan lagi penghalang waktu itu. Mungkin Imran boleh dijadikan tempat untuknya mendapat belaian seorang lelaki dan menggantikan tempat Zafril.




Pagi itu sepertia biasa Zara bersiap untuk ke pejabat. Hari ini merupakan hari terakhir dia bekerja. Dia nekad untuk fokus sepenuhnya terhadap soal rumah tangga dia dan suami tercinta. Soal kerjaya bukan lagi hal penting buat dirinya.

Zara menyikat rambutnya yang lurus dengan rapi. Sempat dia mengerling ke dalam cermin. Kelihatan Zafril yang masih berada di katil sedang memandang dirinya sambil tersenyum.

"Hai abang..relax je? Tak pegi pejabat ke? " soal Zara apabila melihat Zafril masih lagi di atas katil sedangkan dirinya kelam kabut bersiap.

Zafril tersenyum lagi. Matanya masih lagi memandang Zara tanpa beralih pandangan.

"Abang..senyum senyum..tak betul eh?" soal Zara lagi. Kali ini dia melambai tangannya di hadapan Zafril. Dia mahu mengejutkan suaminya itu dari lamunan.

"Sorry sayang..abang tengok isteri abang dah gemuk sekarang" Zafril bersuara.

Zara memandang tubuhnya di dalam cermin setelah mendengar kata-lata Zafril. Lama dia meneliti imej yang terbentuk di dalam cermin di hadapannya itu. Tengok macam sama je..tak gemuk pun, gumam Zara dalam hati.

"Betul ke abang? Kawan office pun cakap macamtu..sayang dah gemuk ye abang?"  Zara mahukan kepastian. Rasa kurang selesa pula apabila si suami mula menegur tentang bentuk badannya.

Zafril tergelak kecil. Dia bangun sambil memeluk tubuh isterinya. Dia tahu mesti Zara sedang bimbang dengan berat badannya. Serba salah pula dia rasa. Itu hal paling sensitif untuk orang perempuan.

"Gemuk siiikit je sayang..hehe..tapi apa-apa pun..sayang paling cantik dekat dunia ni di mata abang tau" Zafril memujuk hati Zara semula. Bukannya Zara gemuk seperti obesiti, cuma tubuhnya berisi sedikit.

"Abang la ni..asyik suruh Zara makan banyak-banyak..tengok apa dah jadi..dah tak slim tau" Zara mencebikkan mukanya. Dia teringat jika waktu makan dengan suaminya itu, pasti dia dipaksa makan dengan kuantiti yang banyak. Alasan Zafril supaya dia sihat, bukan diet dengan berlapar.

"Alalala sayang..bukan apa sayang..makan banyak tandanya bahagia..bahagia dengan abang kan" ketawa Zafril kedengaran. Dia selalu dengar orang kata..gemuk tanda bahagia.

" Dah Zara nak pegi office..hujung minggu ni abang kena teman sayang jogging tau..kalau tak Zara merajuk dengan abang" ujar Zara ketika mencium tangan Zafril sebelum pergi bekerja.

"Hamboii..merajuk ye..yela sayang..abang teman nanti.."balas Zafril tersenyum. Sebenarnya sengaja dia mahu mengusik Zara pagi itu. Bergurau manja kata orang.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2014 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 21-10-2014 05:19 AM
zara... ada sebab kenapa awak tidak dikurniakan anugerah itu lg... Allah dh rancangkan yg terbaik ut ...

Hehe betui3. Saya sokong 200% jyeahhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2014 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
fatimz posted on 21-10-2014 12:41 PM
NAK LAGI XSABAR TUNGGU N3 TERBARU

Silakan baca yang terbaru dari indah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-10-2014 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
cegitu posted on 21-10-2014 01:14 PM
Sikitnya....

Ngeee..amacam entry terbaru kite malam ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
indah91 posted on 22-10-2014 01:11 AM
Ngeee..amacam entry terbaru kite malam ni?

Tak cukup...  
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
zara dh pregnant ke TT?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2014 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Penantian satu penyeksaan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 01:14 AM | Show all posts
Pagi yang hening itu, awal-awal lagi Zara dan Zafril sudah bersiap untuk keluar joging bersama. Kalau ikutkan hati Zafril, mahu saja dia tidur di pagi sabtu itu. Tak mahu kesayangannya merajuk, sanggup dia tak tidur selepas subuh. Tak sampai hati pula menghampakan isterinya yang kelihatan bersemangat pagi itu. Semangat nak kuruskan badan la katakan.

Tak sampai satu pusingan mereka berlari, Zara berhenti tercungap-cungap.

"Berhenti dah sayang?? Belum one round lagi sayang" ujar Zafril berpatah balik ke belakang. Seingatnya Zara ada disebelah joging bersama rupa-rupanya isterinya itu berhenti di belakang.

"Penat pulak sayang rasa. Sejak berat dah naik ni dah makin susah pulak nak jogging ni abang..sayang cepat penat" balas Zara mengeluh. Nama pun perempuan, confirm risau kalau hal berkaitan berat badan ni.

Zafril tersengih. Alahai bini aku ni risau dia macam dah obesiti je.

"Perasaan sayang je tu..kita kan dah lama tak bersenam sayang..tu yang cepat penat kot" Zafril cuba memujuk Zara. Dia tak mahu hal ini jadi bebanan. Gemuk ke kurus dia tetap cinta dan sayang Zara seorang.

Zara mengangguk dan mengajak Zafril sambung berlari. Selesai dua pusingan taman selebar padang bola sepak itu, mereka pulang ke rumah untuk membersihkan diri.

Linda pura-pura sakit perut ketika pasangan suami isteri itu pulang dari taman. Da memegang perutnya yang membonjol itu tanpa lepas. Sengaja mahu sakitkan hati Zara.

"Ouchh!!..sakit..sakitnya perut I ni Zaf" jerit Linda sambil memaut lengan Zafril sebaik saja Zafril masuk ke dalam rumah.

"You kenapa ni? Takkan dah nak bersalin..baru 6 bulan" Zafril endah tak endah. Dia sudah tidak kisah dengan Linda. Perasaan Zara paling utama. Linda hanyalah tempat untuk dia memberikan cucu untuk Datin Sofea.

"Sakit sangat Zaf..you kena bawak I pergi klinik..apa-apa jadi kat baby kita nanti macam mana" Linda merengek. Sempat dia mengerling ke arah Zara. Biarkan kau sakit hati dengan lakonan aku ni.

Zara tau yang Linda memerlukan Zafril saat ini. Dia tak mahu disebabkan dia sesuatu yang buruk berlaku kepada zuriat Zafril. Dia tak nak menghalang Zafril untuk bawa Linda ke klinik. Tanpa memandang mereka berdua, Zara berlalu masuk ke dalam biliknya. Hatinya pedih melihat kelakuan Linda.

Zafril perasan akan perubahan air muka Zara. Serba salah dia waktu itu. Walaupun dia terpaksa berkahwin dengan Linda, tapi dia tak mahu nyawa anak dalam kandungan Linda menjadi mangsa akibat sikap endah tak endahnya. Anak itu zuriat keluarga dia dan tak bersalah.

Dia terpaksa memapah Linda masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan dan kereta milik Zafril terus meluncur di atas jalan raya menuju klinik berhampiran.


Usai membersihkan diri, Zara turun ke bahagian bawah. Senyap sunyi rumah itu apabila dia tinggal berseorangan. Datin Sofea dan Datuk Amar baru saja pergi ke Perlis. Mungkin urusan kerja bapa mertuanya. Walaupun suaminya bersetuju untuk menjadi peneraju utama syarikat keluarga mereka, namun Datuk Amar belum bersedia untuk menyerahkan sepenuhnya kepada Zafril. Belum tiba masa yang sesuai agaknya.

Zara mengambil keputusan untuk mengemas rumah banglo itu. Vacuum di bilik stor diambil dan dihidupkan. Dia memulakan kerjanya supaya dapat dihabiskan sebelum Zafril dan Linda pulang.

Beberapa minit kemudian, mata Zara berpinar-pinar. Nafasnya menjadi laju dan tidak tentu arah. Zara cuba  untuk berdiri tegak namun pandangannya tiba-tiba menjadi gelap. Dia rebah di tengah-tengah ruang tamu.


"You jangan lupa makan ubat yang doktor bagi tu" pesan Zafril sebaik saja dia dan Linda pulang dari klinik.

Linda tersenyum puas. Dapat juga dia layanan istimewa dari Zafril. Ini semua kerana dia mengandung. Dia mengusap lembut perutnya yang besar itu sambil tersenyum.

"Alright Zaf.. I makan ubat on time okay.." ujar Linda dengan nada yang manja. Dia memaut lengan Zafril dan beriringan masuk ke dalam rumah.

Zafril mendiamkan diri. Dia tak menolak tindakan Linda itu kerana memikirkan kandungan Linda. Bahaya juga kalau dia menolak tangan Linda kemungkinan besar perempuan itu akan terjatuh. Tambah pula Linda sedang memakai heels ketika itu. Dah tau tengah berbadan dua pergi pakai kasut tumit tinggi, gumam Zafril dalam hati.

Zafril melangkah masuk ke rumah untuk mendapatkan Zara. Mesti isterinya itu akan bermasam muka kerana dia terpaksa meninggalkan Zara sendirian di rumah. Dia terpandang tubuh Zara yabg sedang terbaring di tengah-tengah rumah.

"Sayang!!!" Zafril berlari mendapatkan Zara. Muka Zara dibelai berkali-kali. Tujuannya untuk cuba mengejutkan Zara dari pengsan. Mata Zara yang masih terpejam membuatkan Zafril lekas mencempung tubuh Zara untuk dibawa ke hospital.

"You nak ke mana tu Zaf?? I kan tengah sakit?" jerit Linda apabila melihat Zafril terkocoh-kocoh keluar.

Zafril terus masuk ke dalam kereta tanpa menghiraukan Linda. Nyawa Zara lebih penting.

Linda.mencebikkan muka. Sengaja jelah perempuan ni. Aku tipu sakit kau pun nak berlakon sakit jugak. Hmmph !
Last edited by indah91 on 24-10-2014 10:46 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2014 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 23-10-2014 04:41 PM
zara dh pregnant ke TT?

Mungkin tidak mungkin ya heheee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
cegitu posted on 23-10-2014 04:44 PM
Penantian satu penyeksaan...

Mungkin penantian dah berakhir. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 09:11 AM | Show all posts
indah91 posted on 23-10-2014 05:14 PM
Pagi yang hening itu, awal-awal lagi Zara dan Zafril sudah bersiap untuk keluar joging bersama. Kala ...

ni first taim komen kat thread novel indah.hihi

1. meluncul<< memang typo atau perkataan baru?
2. sedap bahasa, belajar mana?
3. tak suka watak lelaki tu sebab kawen dua. Elleh, tak cinta pun  ada hasil gak.puihlah! hihi

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:29 AM | Show all posts
jarang ada novel bermadu gini..
si Linda tu benar2 pregnant ke? atau tipu jah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Thank you TT walaupun sikit.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 12:17 PM | Show all posts
cengginilah TT
menanti en3 yg seterusnya..
hihihi..


#zara..zara
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 01:22 PM | Show all posts
thank tt 4 the n3
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 02:34 PM | Show all posts
Bila nak update TT?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2014 12:06 PM | Show all posts
sabar menanti
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 01:09 PM | Show all posts
Bila nak ada n3...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 04:54 PM | Show all posts
x ada n3 baru lg ke..selalu baca x pernah komen..
tp kali ni x sbr pulak nk tau zara tu mengandung ke tidak..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamanya tak update?...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.069313 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list