CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah91

Novel : Takdir Yang Tertulis (U)

[Copy link]
 Author| Post time 11-12-2014 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
shahrinas posted on 10-12-2014 01:58 PM
take care ZARA...

Tuhan jaga dia untukku..selama ku masih ada *eh ternyanyi pulak heee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2014 10:26 AM | Show all posts
selamat pagi semua....terubat rindu kat zara & zafril...tp jahatnya linda...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2014 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Bella memerhatikan gelagat teman baiknya itu yang kelihatan berselera dan khusyuk menjamah nasi putih bersama lauk asam pedas ikan tenggiri.

Bersungguh-sungguh nampaknya sehinggakan tidak perasan Bella sedang memandang ke arah Zara yang sedang menjamu selera.

"Amboi puan Zara kita ni..dah berapa hari tak makan agaknya?" Bella berseloroh. Sempat dia tersengih tatkala wanita di hadapannya berhenti mengunyah.

"Makan untuk dua orang sekarang ni cik Bella" jawab Zara selamba. Sengaja dia memberikan hint terlebih dahulu kepada temannya itu.

Bella terdiam. Cuba memahami maksud di sebalik kata-kata Zara.

Pandangan dihalakan tepat ke arah Zara. Kali ini pandangan yang bermakna.

Zara mengangguk kemudian tersenyum. Dia cuba memberikan kepastian yang Bella mahukan.


"Ya Allah ! Alhamdulillah Zara. Aku tumpang gembira" kali ini giliran Bella pula tersenyum. Dia juga gembira dengan berita itu. Akhirnya impian Zara hendak menimang cahayamata akan tercapai tidak lama lagi.

"Patutlah aku tengok kau berseri-seri je..macam glowing je muka tu..seri ibu mengandung la katakan" ujar Bella lagi.

"Mula-mula aku ingat aku dah gemuk..siap ajak laki aku pergi joging lagi tau" Zara tergelak kecil. Saat dia mengetahui dirinya berbadan dua diceritakan kepada satu-satunya teman yang dia ada.

"Kau ni pun..aku tengok tak ada gemuknya..cuma buncit sikit je"

Kata-kata Bella membuatkan hati Zara tercuit. Mereka berdua tergelak lagi. Masa di restoran itu dihabiskan dengan berkongsi pelbagai cerita apabila sudah berminggu tidak berjumpa.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2014 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
fatimz posted on 11-12-2014 10:26 AM
selamat pagi semua....terubat rindu kat zara & zafril...tp jahatnya linda...

Maaf ye sebab dah buat awak tertunggu


Linda memang jahatttt
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
indah91 posted on 11-12-2014 04:54 PM
Bella memerhatikan gelagat teman baiknya itu yang kelihatan berselera dan khusyuk menjamah nasi puti ...

satu scene ker bhai? masukkanlah 6 scene sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
indah91 posted on 11-12-2014 04:55 PM
Maaf ye sebab dah buat awak tertunggu  



klo dapat linda tu kat aku, mmng mampos dia aku bunuh. Gurl gini patut kelar or upah gangster suruh gangbang dia. HAHAHA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2014 12:45 PM | Show all posts
tt xda lagi ke n3...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2014 01:53 PM | Show all posts
sambung lagi ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2014 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
"Good job bro !" ujar Zafril kepada Faris sebaik saja syarikat milik bapanya berjaya menandatangani kontrak bersama salah satu syarikat terbesar di Malaysia untuk projek terbaru mereka.

"You did well too man" balas Faris. Dia memuji kepetahan Zafril dalam meyakinkan wakil dari syarikat ternama itu. Baginya lelaki muda ini ada harapan berjaya seperti Datuk Amar, antara usahawan berjaya di Kuala Lumpur.

Dia menghirup jus oren yang terletak di atas meja apabila telah membentangkan kertas kerja selama setengah jam.

"Perut aku dah start lapar ni, order je apa kau nak..its all on me" Zafril menawar diri untuk belanja teman karibnya itu merangkap rakan sepejabat.

Faris tersengih. Serentak itu dia memanggil pelayan restoran itu untuk memesan makanan. Pandangan dihalakan ke luar tingkap sementara menunggu makanan sampai. Tiba tiba dia terlihat seseorang yang dikenalinya.

"Bro tu bukan..."

Belum sempat Faris menghabiskan ayatnya, Zafril lekas menoleh ke tingkap.

"Linda kan tu?" soal Faris untuk kepastian. Kelihatan seorang perempuan berpegangan tangan dan berkelakuan agak mesra bersama seorang lelaki. Mereka berpimpinan tangan keluar dari hotel menuju ke tempat letak kereta.

"This is too much!!" Zafril bengang. Apa yang dipandangnya tadi betul- betul menguji kesabarannya.

Zafril mencapai telefon bimbit yang terletak di atas meja. Dia pantas mengambil gambar pasangan itu sebagai bukti.

Faris memerhatikan kelakuan Zafril sebentar tadi. Kalau dia berada di tempat Zafril pun pasti dia akan marah. Dah lah jadi orang ketiga dalam rumah tangga Zafril dan Zara, senang-senang pula bermesra dengan orang lain tanpa pengetahuan Zafril.

" Tak sedar diri betul la perempuan tu" tegas Zafril.

"Mama aku percaya gila kat minah tu..menantu kesayangan konon" ujar Zafril lagi. Panas betul hatinya ketika itu.

"Do something bro. Kau tak boleh biar benda ni. Biar Datin tahu siapa perempuan ni sebenarnya" cadang Faris pula. Mungkin sudah tiba masanya Datin Sofea sedar kejahatan Linda selama ini.

Zafril mengangguk tanda setuju. Betul apa kata temannya itu. Dia harus buat sesuatu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2014 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari pertama Zara melakukan tugasnya sebagai suri rumah sepenuh masa. Waktu pagi diisi dengan melakukan kerja-kerja rumah. Keadaan dirinya tidak menghalang dia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Zara merehatkan diri di ruang tamu. Dia baring di atas sofa sambil menonton televisyen. Penat terasa lebih lebih lagi pening di kepalanya kejap datang dan pergi. Kata orang, dia mengalami alahan yang teruk mungkin kerana dia mengandung anak sulung.

Handphone dicapai dan lekas nombor suaminya didail.

"Sayang rindu abang ye?"

Lembut kedengaran suara Zafril sebaik saja panggilannya disambut lelaki itu.

" Sampai bila-bila pun sayang rindukan abang tau" balas Zara lemah lembut. Walau berjauhan dengan Zafril seminit pun dia tetap akan rasa rindu.

" I miss you more sayang. Nanti kerja abang siap, abang balik la ye" balas Zafril. Kesian pula dengan isterinya. Tinggal berseorangan di rumah. Mama dan papa pula baru bertolak balik ke KL harini.

"Takpe abang..sayang tunggu tau. Abang nanti abang on the way balik belikan lah sayang satay ayam. Teringin sangat nak makan abang" pinta Zara lembut. Dari pagi tadi tekaknya itu teringin benar  hendakkan satay ayam.

"Baby minta ayah dia belikan satay ayam ye..nanti abang belikan ye sayang" Zafril tersenyum lebar. Makin tak sabar dia hendak melihat anaknya itu lahir ke dunia.

Beberapa minit kemudian, panggilan dimatikan dan telefon diletakkan ke atas meja. Badan yang letih membuatkan Zara terlelap.





Kereta mewah milik Imran meluncur laju menuju ke rumah Datuk Amar. Seperti biasa dia akan menghantar Linda pulang setelah mereka berdua bermalam di hotel.

"You tak takut laki you nampak I hantar you balik ni sayang?" soal Imran sebaik saja mereka sampai di halaman rumah Datuk Amar. Sambil itu tangannya meliar ke bahu Linda.

Linda pantas membalas tindakan lelaki itu. Tangannya mengenggam lembit jari jemari Imran.

"Siang-siang macam ni of course dia busy kerja baby" balas Linda tanpa rasa serba salah.

Imran tergelak kuat. Dia pun malas hendak ambil pusing tentang perkara itu. Yang penting dia boleh bersama dengan Linda, itu sudah memadai. Entah kenapa dia mudah tertarik dengan Linda sehingga dia jatuh cinta dengan perempuan itu.

" Kalau macam tu, jangan lupa jumpa I macam biasa. By the way, jaga anak I ni elok-elok sayang" pesan Imran sambil tersengih. Sempat dia membelai perut Linda yang sedang sarat itu.

" Baby... you ni over la" ujar Linda sambil keluar dari kereta milik lelaki itu. Pesanan Imran tadi betul-betul buat dia ketawa. Kuat perasan jugak mamat ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2014 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Setelah memastikan kereta Imran sudah hilang dari pandangan, Linda masuk ke perkarangan rumah dengan berlenggang. Hilang stress bila dapat bersama jejaka itu.

Tubuh yang sedang lena itu diperhatikan Linda sebaik saja dia sampai di ruang tamu. Rasa benci yang menggunung mula menghantui dirinya kembali.

"Siap kau Zara !" gumam Linda sendirian. Langkahnya diatur menuju ke dapur.

Sampul coklat segera dikeluarkan dari beg tangannya. Dia mula memanaskan air untuk menjadikan ramuan tersebut sebati. Sebaik saja air di cerek mendidih, dia lekas memasukkan ramuan tersebut dan menggaul sehingga sebati. Senyuman sinis mula menghiasi wajah perempuan itu.


"Hey perempuan! Bangun!" Linda menggerakkan tubuh Zara dengan kasar berkali-kali.

Perbuatan itu mengejutkan Zara dari lenanya. Terpisat-terpisat dia membuka mata.

"Kenapa ni Linda?" soal Zara sebaik saja dia bangun dari tidur.

Linda menarik tangan Zara dengan kasar dan memaksa Zara bangun dari sofa.

"Urutkan kaki aku yang lenguh ni" ujar Linda sambil menghulurkan kaki ke arah Zara.

Zara yang berdiri di hadapan Linda yang sedang duduk bersandar di kerusi yang terletak di taman rumah itu terdiam. Dia agak terkejut dengan kelakuan Linda petang itu. Mujur dia tidak jatuh semasa Linda menarik tangannya ke taman.

"Hoi pekak ke?!!" jerit Linda lagi. Geramnya semakin bertambah apabila Zara hanya mendiamkan diri.

"Zara tak larat la..pening Zara ni datang balik..Zara rasa lemah sangat ni.." Zara bersuara lemah. Memang dia agak tidak bermaya ketika ini. Kadang-kadang okay dan ada masanya tidak.

"Hei perempuan. Kau tak payah nak berlakon lah. Kau tak nampak perut aku yang besar ni? Aku penat. Urut kaki aku cepat!" bentak Linda lagi. Dia menggunakan alasan dia sarat mengandung supaya Zara akan tunduk dengan arahannya.

Zara melabuhkan punggungnya di atas lantai. Dengan perlahan dia mencapai kaki madunya dan urutan dimulakan. Air mata yang mahu jatuh sedaya upaya cuba ditahan. Dia benar-benar tidak larat.

Linda tersenyum puas. Puas hatinya sebab dapat menyiksa Zara. Gembira bukan main apabila melihat Zara seperti menjadi hambanya.

"Aku haus..buatkan aku air sejuk!" jerit Linda lagi. Pantas kakinya menepis tangan Zara yang sedang mengurutnya.

Perlahan lahan Zara bangun dan membuka langkah menuju ke dapur.

"One more thing, ambil air ubat dalam cerek tu ke sini dan minum depan aku"

Zara mengelap air mata yang gugur apabila kedengaran suara Linda sebentar tadi. Dia tidak ubah seperti orang gaji dalam rumah itu walhal dia isteri pertama Zafril.

"Air sejuk Linda..." ujar Zara sebaik saja dia meletakkan segelas jus oren dihadapan Linda. Cawan berisi air ubat yang dikatakan Linda tadi masih lagi dipegang.

"Good..eh yang kau tercegat lagi tu kenapa? Minum air ubat yang aku buat tu..baik untuk kandungan kau tu bodoh" tegur Linda apabila dia melihat air ramuan tadi masih belum dijamah oleh Zara.

"Air ubat? Ya Allah betul ke ni atau pun Linda ada muslihat tersendiri?" fikir Zara. Entah kenapa pemikirannya menjadi negatif sebaik saja menghidu bau ramuan tersebut.

"I kata minum cepat!" tegas Linda sambil memaksa cecair itu masuk ke dalam mulut Zara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2014 02:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria posted on 12-12-2014 08:53 AM
klo dapat linda tu kat aku, mmng mampos dia aku bunuh. Gurl gini patut kelar or upah gangster suru ...


Uih garangnya akak esmiria kite ni. Takot saya. Hihii Last edited by indah91 on 14-12-2014 02:49 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2014 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
fatimz posted on 12-12-2014 12:45 PM
tt xda lagi ke n3...


Dah update. Teruskan menyelami kisah zara ngeh3 Last edited by indah91 on 14-12-2014 02:49 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2014 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
norza79 posted on 13-12-2014 01:53 PM
sambung lagi ye..

Thank you sudi baca cite yg tak seberapa ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 09:38 AM | Show all posts
Habislah Zara....
awat Zara ni lemah benau
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurang ajaq betui....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2014 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
"Linda !!"

Zafril bergegas mendapatkan mereka berdua. Hari itu dia pulang ke rumah lebih awal. Entah kenapa dia berasa ada sesuatu yang tidak elok akan terjadi pada isterinya.

Jeritan Zafril membuatkan pegangan kemas Linda pada gelas berisi air bomoh itu terlerai. Dia terkejut sehingga menyebabkan cawan itu terjatuh.

"You buat apa pada Zara ni Linda?" Zafril bersuara sebaik saja dia mendapatkan Zara. Tubuh Zara yang longlai didakap kemas.

"I masuk dalam dulu Zaf"

Tanpa memandang wajah lelaki itu, Linda laju melangkah masuk ke dalam rumah. Cemas mula terasa. Segala tindakannya tadi dapat dilihat oleh Zafril. Semakin tipis peluang untuk dia mendapat perhatian suaminya itu.

Tanpa berlengah, Zafril lekas membawa Zara ke hospital apabila mendapati Zara sudah tidak sedarkan diri.




"Baby, datang ambil I sekarang..sekarang tau" ujar Linda sebaik saja dia menelefon Imran.

Dia mundar mandir dalam bilik tidurnya. Perasaan takut dan geram bercampur baur dalam dirinya. Rancangan untuk memusnahkah Zara yang hampir berjaya tadi dapat dipatahkan oleh Zafril.

Apa tindakan Zafril selepas ini terhadap dirinya yang telah cuba meracuni isteri kesayangannya itu? Gumam Linda sendirian dalam hati. Mengenangkan perkara itu, dia tidak senang duduk.




"Doktor, keadaan isteri saya macam mana?" soal Zafril apabila dia melangkah masuk ke dalam bilik doktor. Baru sebentar tadi, seorang jururawat menyuruhnya masuk ke dalam bilik doktor.

"Puan Zara Alhamdulillah tak apa-apa. Kandungannya pun okay"

Zafril membisikkan kata syukur sebaik saja mengetahui keadaan isterinya. Baru lega hatinya sekarang ini. Kalau terjadi apa-apa kepada isterinya itu, tak mungkin dia dapat memaafkan dirinya.

"Sekali lagi saya nak pesan pada encik..perempuan yang berbadan dua ni tak boleh tertekan atau pun menerima kejutan yang sangat tinggi. Keadaan Puan Zara tadi agak tertekan dan terkejut sampai dia tak sedarkan diri..kalau berlarutan boleh membahayakan kandungan isteri encik" panjang lebar doktor itu menerangkan keadaan Zara. Dia mahu lelaki di hadapannya itu lebih peka dengan keadaan sekeliling yang mungkin boleh membahayakan keadaan isterinya.

Zafril mengeluh perlahan. Ini semua angkara perempuan tak guna tu !

" InsyaAllah. Terima kasih doktor atas pesanan tu" ujar Zafril sebelum meminta diri untuk keluar.

"Encik boleh bawa Puan Zara pulang dalam pukul 6 nanti ye" balas doktor itu sebelum membenarkan Zafril keluar dari biliknya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2014 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Zafril membiarkan saja isterinya berehat secukupnya di dalam bilik tidur mereka. Pesanan doktor petang tadi bermain semula dalam benak fikirannya.

Wajah Zara yang pucat dibelai beberapa kali. Kesian Zara kerana banyak dugaan yang datang menguji rumah tangga mereka selama mereka bernikah. Pandangannya kini beralih ke bahagian perut Zara. Ada sedikit perubahan pada perut wanita itu apabila diusap lembut.

Kelihatan perut Zara sudah mula membuncit. Zafril tersenyum sebelum dia meletakkan kepalanya di situ. Cuba berkata-kata dengan bayi yang ada dalam kandungan Zara.


"Abang..." Zara tersedar dari lenanya apabila terasa ada seseorang sedang membelai lembut perutnya itu.

"Ya sayang? Abang kat sini sayang.." Zafril menoleh sebaik saja mendengar suara Zara.

"Sayang lapar.." ujar Zara dengan nada manja.

Zafril tersenyum lebar. Dia bingkas bangun dan mendapatkan satay ayam yang terletak di atas meja bersebelahan dengan katil.

Mata Zara membulat apabila terlihat satay ayam yang dipegang suaminya itu. Segala kepenatan tubuhnya terasa hilang.

"Makan slow-slow sayang..lapar sangat isteri abang ni ye" kata Zafril apabila melihat Zara bersungguh-sungguh menjamah satay tersebut.

"Sedapnya satay ni abang..thank you belikan sayang dengan baby satay" suara Zara kedengaran sebaik saja siap menjamu selera. Pantas lengan Zafril dipaut tanda berterima kasih.

"Anything untuk sayang.. I love you"  bisik Zafril sambil mengucup lembut dahi isterinya. Kalau boleh setiap masa dia mahu mengucapkan kata cinta itu supaya Zara tahu betapa dirinya mencintai isterinya itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2014 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 14-12-2014 09:38 AM
Habislah Zara....
awat Zara ni lemah benau

Nak buat cemana..zara berhati lembut orangnya hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2014 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
cegitu posted on 14-12-2014 11:26 AM
Kurang ajaq betui....

Kasi ganyang sama itu linda hihii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.523231 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list