CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3226|Reply: 64

[Tempatan] PAS dihencap lagi di Jalan Raja Laut!!!

[Copy link]
Post time 30-9-2014 02:15 PM | Show all posts |Read mode
Demo Di Hadapan Ibupejabat Pas Terkini :  Desak Pas Keluar Pakatan Haram
30/09/2014 | 1:19 pm



Selepas menerima tamparan hebat termasuk kehilanggan satu kerusi Exco di Selangor serta pemecatan anggotanya sebagai ahli majlis dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang, kepimpinan Pas hari ini diberi kata dua oleh kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) pro-pembangkang, Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa)

Lensa yang dianggotai bekas mahasiswa pro-pembangkang termasuk Safwa Anang iaitu bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa (SMM), yang dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana memberi ucapan berbaur hasutan, mempertikan kepimpinan Pas dan menuduh parti itu sebagai punca ketegangan dalam pakatan pembangkang.

Dalam memorandum yang diserahkan kepada wakil Pas di ibu pejabat Pas di Jalan Raja Laut hari ini, Lensa memberi amaran kepada Pas agar mengambil tindakan kepada kepimpinan dan ahli parti itu yang mencetuskan ketegangan atau keluar dari pakatan pembangkang.

Kordinator Lensa, Ekhsan Bukharee berkata, krisis Selangor yang berpanjangan menunjukkan Pas membelakangkan semangat setiakawan dengan tidak menyokong calon Menteri Besar Selangor yang telah dipersetujui oleh DAP dan PKR

Pas juga didakwa lambat bertindak serta beberapa kali membuat pusingan 'U' dalam kemelut berkenaan dan mengkritik secara terbuka calon Menteri Besar yang dipilih.

"Contohnya Ahli Parlimen Temerloh melebelkan Anwar Ibrahim sebagai mengamalkan nepotisme apabila isteri beliau dipilih sebagai calon MB baru.

"Selain itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dalam satu kenyataan terbuka di Terengganu melebelkan Datin Seri Dr. Wan Azizah sebagai lemah dan tidak mampu memimpin Selangor," kata Ekhsan.

Memorandum empat muka surat itu turut memetik kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kepimpinan Pas termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz yang didakwa sebagai pencetus ketegangan.

"Presiden Pas dalam ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-60 menuduh PKR mencuri dua ADUN Pas yang menyokong Dr. Wan Azizah. Beliau juga menyifatkan tindakan tidak menyokong Dr. Wan Azizah kerana tidak mahu membawa ahli Pas ke neraka.

"Ahli Parlimen Pas Pasir Mas, Nik Abduh mengeluarkan kenyataan pada 28 September mendakwa Pas dibuli oleh PKR dab DAP," kata Ekhsan.

Menorandum itu mengemukan cadangan bagi memulihkan permuafakatan pembangkang termasuk mengesa Pas keluar dari pakatan pembangkang sekiranya gagal bertindak terhadap kelompok dalam parti itu yang mewujudkan konflik dengan DAP dan PKR.

"Lensa menyarankan Pas menyiasat dan mengambil tindakan terhadap ahli mahupun pimpinan yang bertindak mengeluarkan kenyataan yang mampu menggugat keutuhan pakatan pembangkang.

"Lensa juga berpendirian sekiranya Pas gagal bertindak tegas terhadap kelompok Pas yang berterusan mewujudkan konflik semasa pakatan pembangkang, maka Lensa mencadangkan agar Pas mengambil langkah berundur," kata Ekhsan.-UTUSAN


Kepada,
YB Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang, Presiden Pas.


Menekuni sistem politik dwi-parti, pakatan Pas-DAP-PKR perlu menjadi sebuah koalisi politik yang kukuh sebagai mekanisme semak dan imbang kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN). Malah pakatan Pas-PKR-DAP juga dilihat sebagai harapan baru rakyat Malaysia apabila memenangi 52 % undi popular dalam PRU 13 yang lalu.

Maka tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan pakatan pembangkang yang kuat akan memberi kesan berbalik yang positif kepada rakyat Malaysia. Namun sekiranya pakatan politik pembangkang lemah, maka ia akan membuka ruang kepada Kerajaan yang memerintah mentadbir secara wewenangan sekaligus menindas rakyat.

Setelah membuat analisis terhadap beberapa forum anjuran Lensa berkaitan krisis politik Selangor, dapat disimpulkan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (Pas) sebagai salah sebuah rakan komponen pakatan pembangkang banyak menyumbang kepada krisis yang berpanjangan sekaligus mengganggu gugat keutuhan permuafakatan pakatan pembangkang.

Oleh itu, Lensa akan menyerahkan surat rasmi kepada pihak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang bagi menyuarakan tuntutan agar PAS berhenti mencetuskan ketegangan sesama rakan pakatan pembangkang. Satu sidang akhbar juga akan diadakan sejurus selepas surat diserahkan.

Serahan surat ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh:
30 September 2014 (Selasa)

Masa:
10.00 Pagi

Tempat:
Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur (Di Hadapan Pintu Utama).












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 02:18 PM | Show all posts
haha aku gelak jelar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2014 02:19 PM | Show all posts
ingat sudah berakhir rupanya ada lagi orang upahan ketum menjalankan kerja2 nya
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 02:23 PM | Show all posts
macai bawahan pas tak nak PAS jadi macai DAP dan PKR

kalau bos dorang (pemimpin pas) pun jadi macai, maka cuba bayangkan level macai pas pulak macam mana
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 02:28 PM | Show all posts
anak muda bodoh.. ketegangan dlm PR disebabkan oleh tindakan sapa? Farrkkkk - tuihhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 02:42 PM | Show all posts
hahahaahahahahahhahahahahahahaha

muhahahahhahahahhahahhaha

padan muke ko pas....padan muke.....hahahhahahahhahahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2014 02:43 PM | Show all posts
asal bodoh je pas...asal pas je bodoh.....

asal keldai je pas.....asal pas je keldai....

asal badut je pas....asal pas je badut
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 03:02 PM | Show all posts
Pkr yang buat taik pas yang kena maki. Tak cukup dgn di hina , di templak sudah nya di halau keluar. Apa pun telan saje lah sebab ramai lobai lobai maseh pasang mimpi nak jadi mentri kat putrajaya nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 03:05 PM | Show all posts
nak suruh keluar apa

PR tu bukannya sebuah pertubuhan rasmi
yang berdaftar pun

semua pun haramjadah
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 03:06 PM | Show all posts
Nampak tak mainan UMNGOK....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2014 03:08 PM | Show all posts
Dua Adun tidak perlu dirujuk Lembaga Disiplin PAS - Mustafa Ali

   


KUALA LUMPUR: Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS dari Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin tidak perlu dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata, kes Adun Hulu Kelang dan Morib itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat setelah pihaknya menyerahkan laporan mengenai perkara berbangkit.

"rosedurnya ialah Saari dan Hasnul perlu bertemu setiausaha agung untuk menjelaskan perkara yang berlaku. Selepas pertemuan, pejabat setiausaha agung akan menentukan sama ada kes ini perlu siasatan lanjut atau tidak.

"Jika pejabat setiausaha agung merasakan ia perlu siasatan lanjut, maka kes ini akan dirujuk kepada lembaga disiplin untuk lakukan siasatan lanjut.

"Tetapi kalau pejabat setiausaha agung merasakan tidak perlu siasatan lanjut dan berpuashati dengan pertemuan yang diadakan, maka laporan mengenai kes itu akan terus diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat untuk diputuskan.

"Dalam kes Saari dan Hasnul ini, pejabat setiausaha agung mendapati ia tidak perlu dirujuk kepada lembaga disiplin," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Mustafa berkata pihaknya berpuashati dengan hasil pertemuan dengan Saari dan Hasnul yang berlangsung semalam di Pejabat Agung PAS.

"Saari dan Hasnul memberi kerjasama yang baik dan pertemuan diadakan secara berasing selama sejam untuk setiap seorang," katanya lagi.

Saari dan Hasnul dipanggil memberi keterangan kepada Setiausaha Agung PAS ekoran tindakan mereka menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Sealngor sebelum ini.

Akibat tindakan tanpa merujuk kepada PAS Pusat itu, banyak pihak dalam parti itu mahu supaya dua Adun tersebut dikenakan tindakan.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... ustafa-ali-45010?cp



BAIK BETUI ORE ORE PAS NIE....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 03:10 PM | Show all posts
bila nafsu merajai jiwa..... kena laaaa..... maki memaki, hina menghina, herdik mengherdik, cantas mencantas.... pakatan la sangat... better u walk alone laaa pas.....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2014 03:10 PM | Show all posts
UMNO juga yg kena HENCAP kih kih
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 03:13 PM | Show all posts
pencacai PR terkeliru

nak sokong ketum ke, nak sokong pas

sokong ketum kang, takut jaminan ke surga PAS ditarik balik

sokong PAS kang, nanti dituduh hanjeng umno oleh tuan DAP
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 03:14 PM | Show all posts
mjla posted on 30-9-2014 03:06 PM
Nampak tak mainan UMNGOK....

yer la dik....segala2 permasalahan dalaman PAS, DAP dan PKR semua mainan UMNO kan....very typical macai punya thinking....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2014 03:16 PM | Show all posts
JEMPUTAN ESOK, PAS KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT
9/29/2014 |

Setiausaha Politik Tian Chua, Rozan Azen Mat Rasip memaklumkan satu NGO bernama LENSA akan menyerahkan memorandum mendesak PAS keluar Pakatan Rakyat (PR).
LENSA atau Lensa Anak Muda Malaysia yang dipengerusikan oleh Safwan Anang adalah sebuah NGO pro PasMa sebelum ini pernah menganjurkan wacana ‘PAS, Ke Mana Selepas Muktamar?’ di Restoren Amjal, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur dengan membariskan ahli panel anti Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang terdiri daripada Saari Sungip, ADUN PAS Hulu Kelang; Ir. Izham Hashim, Yang Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya dan Ustaz Ridzwan Abu Bakar, Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah.
Saari Sungip Tidak Tutup Pilihan Saman Presiden PAS
Safwan, bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa (SMM), yang dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana memberi ucapan berbaur hasutan berkata majlis serahan memorandum itu akan diadakan pada 30 September 2014 (Selasa),10.00 pagi di hadapan pintu utama, Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Kenyataan media penuh :
JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN
SERAHAN SURAT
PAS PERLU BERHENTI CETUS KETEGANGAN
Kepada
YB DATO’ SERI HAJI ABDUL HADI BIN AWANG
PRESIDEN PAS
Menekuni sistem politik dwi-parti, Pakatan Rakyat (PR) perlu menjadi sebuah koalisi politik yang kukuh sebagai mekanisme semak dan imbang kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN). Malah PR juga dilihat sebagai harapan baru rakyat Malaysia apabila memenangi 52 % undi popular dalam PRU 13 yang lalu. Maka tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan pakatan pembangkang yang kuat akan memberi kesan berbalik yang positif kepada rakyat Malaysia. Namun sekiranya pakatan politik pembangkang lemah, maka ia akan membuka ruang kepada Kerajaan yang memerintah mentadbir secara wewenangan sekaligus menindas rakyat.
Setelah membuat analisis terhadap beberapa forum anjuran LENSA berkaitan krisis politik Selangor, dapat disimpulkan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai salah sebuah rakan komponen PR banyak menyumbang kepada krisis yang berpanjangan sekaligus mengganggu gugat keutuhan permuafakatan PR.
Oleh itu, LENSA akan menyerahkan surat rasmi kepada pihak Presiden PAS, YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang bagi menyuarakan tuntutan agar PAS berhenti mencetuskan ketegangan sesama rakan PR. Satu sidang akhbar juga akan diadakan sejurus selepas surat diserahkan.
Serahan surat ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
Serahan Surat
‘PAS PERLU BERHENTI CETUS KETEGANGAN’ Kepada YB Presiden PAS
Tarikh:
30 September 2014 (Selasa)
Masa:
10.00 Pagi
Tempat:
Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
(Di Hadapan Pintu Utama)
Oleh itu, LENSA ingin mengundang rakan-rakan media untuk membuat liputan serahan surat dan sidang akhbar ini.
Untuk sebarang maklumbalas atau pertanyaan, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi Penyelaras Program di talian 013-6025 461 (Ekhsan) atau emelkan kepada syukri.lensa@gmail.com.

Sekian. Terima kasih

* Yg JELAS dari PKR sendurik



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 03:17 PM | Show all posts
tekoyong posted on 30-9-2014 03:13 PM
pencacai PR terkeliru

nak sokong ketum ke, nak sokong pas

kan..dlm dilemma giteww  macai2 sekalian

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 03:26 PM | Show all posts
Modngengade posted on 30-9-2014 03:17 PM
kan..dlm dilemma giteww  macai2 sekalian

anwar (imam mahdi) vs hadi awang (ulama pewaris nabi) vs lim guan eng (khalifah)

semoga ahli PR membuat pilihan yang sewajarnya

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 03:29 PM | Show all posts
Kalau yg ni pun nak babitkan dgn umngok... mmg babun lah cai pr nih.

Kebijaksanaan ketum ialah mengalihkan kesalahan kpd org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 03:34 PM | Show all posts
tekoyong posted on 30-9-2014 03:26 PM
anwar (imam mahdi) vs hadi awang (ulama pewaris nabi) vs lim guan eng (khalifah)

semoga ahli PR ...

lim guan eng satu2nya khalifah yg tk bersunat uoul....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.367943 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list