CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1871|Reply: 9

[Dunia] Teknik Terbaru Dapatkan Isteri

[Copy link]
Post time 30-9-2014 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Colombo: Seorang lelaki yang mendakwa disisihkan oleh wanita, menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun untuk membesarkannya sebelum dijadikan isteri.
Lelaki itu dilapor menculik kanak-kanak berkenaan minggu lalu ketika keluarga mangsa tidur.





Dia kemudian menyembunyikan kanak-kanak itu di hutan di Wellawa dan memberikannya makanan yang dicuri dari rumah jirannya.

Selepas  mendapati sukar untuk berbuat demikian, lelaki itu membawa pulang kanak-kanak berkenaan  ke rumahnya dan menyorok mangsa di bawah katil.

Dia dilapor mengikat mulut kanak-kanak itu untuk memastikan dia tidak menjerit.
Perbuatan lelaki itu terbongkar apabila abangnya  yang tinggal di sebelah rumahnya, terserempak dengan  kanak-kanak itu.

Apabila dia menyoal suspek mengenai kanak-kanak itu, lelaki berkenaan bertindak menikam abangnya.

Bagaimanapun, si abang berjaya menangkap lelaki itu dan menyelamatkan kanak-kanak itu  sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu, suspek sempat melarikan diri sebelum polis tiba.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahinya apabila dia berjaya ditangkap oleh orang ramai dan dibelasah sebelum polis mengambil keputusan untuk campur tangan.

Lelaki itu sebelum ini dipercayai menculik tiga kanak-kanak lain dengan tujuan yang sama.

Mangsa dihantar menjalani permeriksaan di hospital tetapi disahkan tidak diapa-apakan.

Dalam pada itu, lelaki berkenaan mengaku kepada polis dia menculik kanak-kanak berkenaan bukan untuk dibunuh, sebaliknya untuk memelihara dan membesarkan mangsa  untuk dijadikan isteri kerana selama ini tidak ada wanita yang sudi menerimanya menjadi suami.-AFP

Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Culikbudakbuatisteri/Article/index_html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau di sini pantang mangsa budak perempuan diculik tanpa dirogol.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 04:35 PM | Show all posts
takot betoi.. macam dalam cite criminal minds..

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 05:17 PM | Show all posts
eh macam kisah Natascha Kampusch....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 05:27 PM | Show all posts
3 pulak tu......siap planning nak berpoligami lagi tuh....

esok bia budak2 tu dah besar...awakk tueeeeeee!
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah lelaki tersebut berwajah model?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2014 05:36 PM | Show all posts
he is sick , really sick.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
aku yakin dia ada sakit mental.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 09:33 PM | Show all posts
Desperate nya nak berbini
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 09:37 PM | Show all posts
mental rupanya....adoi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.066943 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list