CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2865|Reply: 10

Hukum puasa sunat Jumaat, Sabtu

[Copy link]
Post time 30-9-2014 07:07 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Saya nak tanya bolehkah puasa Jumaat atau sabtu ditunggalkan...dah goggle carik, ada beberapa hadis kata haram ada jugak kata makruh.....atau benda nih ikut mazhab jugak...maklumlah ingat nak puasa sunat arafah hari sabtu nih tapi taknak puasa hari jumaat, hari ahad dah raya Aidiladha..dah tanya jugak org terdekat dia kata boleh puasa hari sabtu ditunggalkan...tapi bila dah carik sumber dlm internet cam tak boleh jer....

Untuk pengetahuan saya belum pernah berpuasa sunat hari jumaat dan sabtu ditunggalkan....selalu puasa khamis dan jumaat...kalau puasa hari jumaat pun sebab puasa qada, mohon yang lebih arif bagi penerangan...terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 08:10 PM | Show all posts
aku baca kat website islam grid ...dia kata boleh ....puasa hari sabtu
antara petikan teks kat islam grid

Yakni kecuali puasa qadha dan puasa nazar.  (Demikian juga halnya puasa sunat yang biasa dilakukan dan secara kebetulan jatuhnya pada hari Sabtu, maka ia juga dikecualikan dan larangan itu).(2)


adapun puasa pada jumaat memang ia larangan tapi kecualikan puasa sehari sebelum jumaat tersebut
Last edited by endus on 30-9-2014 08:50 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2014 10:11 PM | Show all posts
endus posted on 30-9-2014 08:10 PM
aku baca kat website islam grid ...dia kata boleh ....puasa hari sabtu
antara petikan teks kat isla ...

terima kasih yer enus...so bolehlah puasa sunat sabtu nih
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 01:23 AM | Show all posts
KAEDAH PENENTUAN AIDILADHA DI MALAYSIA DAN PELAKSANAAN  PUASA SUNAT SEMPENA HARI ARAFAH 1435H

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ingin memaklumkan mengenai Kaedah Penentuan Aidiladha di Malaysia dan Pelaksanaan Puasa Sunat sempena Hari Arafah.

1. Kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia pada masa kini adalah berpandukan rukyah dan hisab negara sendiri yang telah diputuskan oleh Majlis Raja-Raja Malaysia dalam mesyuaratnya kali ke-164 pada 3 Februari 1994 setelah mendengar pandangan dan syor Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah pada 22 Ogos 1992.

2. Antara hujah Jawatankuasa Fatwa menyetujui penentuan Aidiladha berpandukan cerapan hilal Zulhijjah sendiri dalam muzakarahnya pada 22 Ogos 1992 dan 23 April 2002 adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 185 mengenai rukyah hilal untuk menentukan awal bulan yang bermaksud:

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keteranganketerangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, siapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya) maka hendaklah ia berpuasa, dan siapa yang sakit  atau  dalam  musafir,  maka  (bolehlah   ia   berbuka  dan kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain…”

3. Juga hadith-hadith riwayat Muslim mengenai ibadah korban mesti dengan melihat hilal yang bermaksud: “Dari Umm Salamah bahawasanya Nabi SAW bersabda; ‘Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang mahu berkorban maka hendaklah dia (orang yang hendak melakukan korban) jangan memotong rambut dan kukunya’.”

“Dari Umm Salamah bahawa Rasulullah SAW bersabda, ‘Apabila tanggal sepuluh (Zulhijjah) masuk dan salah seorang di antara kamu hendak menyembelih korban, maka janganlah dia menyentuh sedikitpun rambut dan kulitnya (yakni membuang rambut dan kulitnya).’

4. Begitu juga hadith riwayat Muslim mengenai hilal yang mempunyai matla’ (kawasan yang berada pada jangkamasa waktu-waktu terbit dan terbenam yang hampir sama) tertentu yang bermaksud, “Dari Kuraib bahawa Ummu al-Fadl telah menghantarnya menemui Muawiyah di negeri Sham.  Kuraib berkata, ‘Aku tiba di Sham dan menunaikan hajatnya sedangkan perisytiharan tentang kelihatan anak bulan berkumandang di udara. Aku melihat anak bulan pada malam Jumaat, kemudian aku balik ke Madinah pada akhir bulan, pada masa itu aku ditanya oleh Abdullah bin Abbas yang menyebut tentang anak bulan.’ Katanya, ‘Bilakah kamu melihat anak bulan?’ Aku menjawab, ‘Kami melihat pada malam Jumaat!’ Ibn Abbas bertanya lagi katanya, ‘Adakah engkau sendiri melihat anak bulan itu?’ Aku menjawab, ‘Ya, orang lain pun melihatnya dan mereka itu berpuasa, Muawiyah turut berpuasa.’ Ibn Abbas berkata, ‘Kami di sini melihat anak bulan pada malam Sabtu, oleh itu kami terus berpuasa hingga kami sempurnakan 30 hari atau hingga kami melihat anak bulan Syawal.’ Aku bertanya, ‘Tidakkah memadai bagi kamu dengan penglihatan anak bulan itu oleh Muawiyah dan puasanya?’ Ibn Abbas menjawab, ‘Tidak! Beginilah caranya Rasulullah  SAW menyuruh kami…’.”

5. Untuk penentuan awal Zulhijjah 1435H, kebanyakan negara di seluruh dunia telah mencerap hilal pada petang 24 September 2014 yang lalu. Antara negara tersebut termasuklah negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura yang lebih dikenali dengan MABIMS. Arab Saudi dan negara-negara Timur Tengah juga telah mencerap hilal Zulhijjah pada tarikh yang sama.

6. Tiada negara anggota MABIMS melaporkan telah berjaya mencerap hilal pada petang 24 September 2014. Di Malaysia, 29 tempat cerapan rasmi keseluruhannya melaporkan tidak berhasil mencerap hilal. Justeru, Malaysia dan kesemua negara anggota MABIMS telah menetapkan awal Zulhijjah pada 26 September 2014 seterusnya akan menyambut Aidiladha pada 5 Oktober 2014. Komuniti Islam di negara
yang menerima pakai keputusan cerapan hilal rantau MABIMS seperti Jepun juga akan menyambut Aidiladha pada tarikh yang sama. Di rantau Timur Tengah pula, Arab Saudi dilaporkan telah berhasil mencerap hilal Zulhijjah di kawasan sekitar Shaqra dan Sudair berdekatan dengan Riyadh seterusnya menetapkan wuquf di Arafah jatuh pada 3 Oktober 2014 dan Aidiladha pada 4 Oktober 2014.

7. Matla’ negara Malaysia yang berbeza dengan Arab Saudi yang berkedudukan lebih barat menyebabkan peluang kenampakan hilal lebih tinggi di negara berkenaan. Perbezaan waktu antara kedua-dua negara adalah sekitar lima jam. Justeru, ketika hilal dicerap pada waktu matahari terbenam di Arab Saudi, kedudukan hilal tersebut adalah lebih tinggi berbanding di Malaysia.

8. Setiap negara hanya boleh menerima pakai keputusan cerapan hilal matla’  negara masing-masing. Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan matan Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi;

“Dan apabila dilihat hilal di sesuatu negara maka wajiblah hukum yang sama bagi negara berhampiran sebagaimana kota Baghdad dengan kota Kufah, tidak bagi negara yang berjauhan seperti negara Hijaz dengan negara Iraq”.

Maksud di dalam negara yang satu ialah matla’ yang sama. Bagi matla’ Malaysia adalah terletak di dalam  matla’ Asia Tenggara. Oleh itu sewajarnya penentuan tarikh Aidiladha mengikut persetujuan Majlis Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama MABIMS.  

9. Komuniti Islam di Jepun telah bertanyakan kepada negara Arab Saudi berkenaan sejauh mana kesahan matla’ hilal dalam menentukan awal Zulhijjah dan Aidiladha di tempat mereka. Kenyataan rasmi negara Arab Saudi memaklumkan supaya komuniti Islam di Jepun berhari raya dan berpuasa sunat sempena hari Arafah mengikut hasil cerapan hilal di Jepun atau pun negara yang sama  matla’  dengannya seperti negara MABIMS. Oleh kerana itulah komuniti Islam di Jepun menerima pakai
keputusan cerapan hilal di Malaysia.

10. Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj  menjelaskan kenyataan Imam al-Nawawi berhubung dengan berpuasa pada hari Arafah:

“Dan berpuasa pada hari Arafah itu adalah pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan haji…

11. Hakikatnya, bukan semua negara di dunia dapat berpuasa pada detik yang sama. Sekiranya semua orang ingin berpuasa Arafah pada detik yang sama dengan orang-orang di Arab Saudi Jumaat ini,  maka
ketika orang-orang di Arab Saudi baru memulakan puasa, orang-orang Islam di Malaysia sudah lama memulakan puasa menghampiri waktu tengahari, orang-orang Islam di New Zealand sudahpun menghampiri waktu berbuka. Maka jadilah orang-orang Islam di New Zealand berpuasa Arafah jauh mendahului apa yang sedang berlaku di Arafah.

12. Ringkasnya, kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia yang berpandukan kepada cerapan hilal Zulhijjah sendiri dan tidak terikat dengan hasil cerapan hilal Zulhijjah Arab Saudi adalah tepat. Pun begitu, negara-negara atau rakyat Malaysia yang berada sekitar Arab Saudi atau negara-negara sebelah barat Arab Saudi (atas dasar imkanur-rukyah atau peluang kenampakan hilal menjadi lebih besar sebelah barat negara yang berhasil rukyah hilal) perlu beraya bersama
Arab Saudi.

13. Cadangan untuk menukar kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia kepada berpandukan hari wuquf pernah dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 23 April 2002. Muzakarah membuat keputusan seperti berikut:

“Menolak Cadangan Penentuan Aidiladha Berdasarkan Hari Wukuf  Dan  Mengekalkan  Kaedah   Penetapan   Aidiladha  Di Malaysia Adalah Berdasarkan Kepada Kaedah Rukyah Anak Bulan Zulhijjah Berasaskan Sistem Imkanul Rukyah Kerana Kaedah Rukyah Anak Bulan Zulhijjah Lebih Sesuai Diamalkan Di Negara Ini.

14. Pelaksanaan puasa sempena hari Arafah di Malaysia bolehlah dilaksana pada 9 Zulhijjah negara bersamaan hari Sabtu 4 Oktober 2014. - HARAKAH 30/9/2014













Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 02:01 AM | Show all posts
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Puasa Sunat Arafah ditentukan pada 9 Zulhijjah setiap tahun menurut takwim Islam. Puasa Sunat Arafah ini disunatkan kepada mereka yang tidak menunaikan haji di Mekah. Hukumnya sunat bagi orang yang tidak mengerjakan haji, tidak musafir dan tidak sakit. Bagi mereka yang melakukan Haji, maka tidak disunatkan untuk berpuasa pada hari itu.


Puasa di bulan Zulhijjah sangat besar ganjarannya di dalam Islam dan kita digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.




Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah”

(Riwayat Muslim).



Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

Jadi sementara kita yang masih tidak berkesempatan menunaikan haji malah masih sihat dan masih mampu untuk berpuasa, marilah kita bersama menunaikan puasa Sunat Arafah ini.











Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 08:06 AM | Show all posts
Assallamualaikum warahmatullah

Tentang kontroversi samaada Aidul Adha (juga hari Arafah) ikut event di Saudi atau ikut anak bulan kita....INI KHILAF.

Bagi Uncle, Uncle lebih mudah ikut kaedah Jakim (Syafiie )..bagi yg nak ikut sebaliknya...terpulang..

Khilaf dalam kalangan ulama’ pada asalnya adalah suatu keluasan Syariah dan rahmat bagi umat ini. Ia akan menjadi sempit dan susah apabila dimasuki oleh hawa nafsu, atau mementingkan diri sahaja, atau berlaku tanpa mengikut jalan yang dibenarkan oleh Syariah. Pada ketika itu ia akan bertukar kepada perpecahan, perbalahan, persengketaan dan menimbulkan huru-hara di kalangan ummah. Sedangkan kesatuan ummah adalah perkara WAJIB yang perlu dijaga dan perpecahan itu adalah HARAM.

Sebagai orang awam berlapang dada dalam hal2 khilaf di kalangan ulama adalah jalan tebaik. Perbezaan ini menyerlahkan keindahan Islam kerana ia bersifat anjal dalam perkara cabang dan tegas dalam perkara prinsip. Ia adalah sesuai di setiap tempat dan zaman.

"Perbezaan ini adalah kerana Islam meraikan perbezaan tempat terbit matahari dan bulan (matla') di setiap negara. Perbezaan tempat dan waktu terbit ini akan menatijahkan perbezaan waktu dan hari. Malaysia mempunyai tempat terbit matahari dan bulan yang berbeza dengan Arab Saudi. Jika tarikh di Malaysia sama dengan Arab Saudi sekali pun, perbezaan waktu tetap berlaku. Usaha untuk menyamakan hari puasa sunat Arafah dan Hari Raya Aidil Adha di seluruh dunia adalah umpama ingin menyamakan waktu solat di setiap negara. "

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2014 05:20 PM | Show all posts
wa alaikum salam warahmatullah.

Pendapat saya, di Malaysia ni kurang penerangan dan penerangan yang tak sempurna boleh bawa masaalah kekeliruan,

Contohnya, bila dikatakan anak bulan tidak kelihatan, majority orang akan kata yang anak bulan tidak kelihatan sebab cuaca, sebab awan, dan sebab sebab yang salah.

Cuba kalau diumumkan bahawa bulan belum menjadi anak bulan sebab kedudukan bulan berada di darjah (degree) sekian-sekian.  Mungkin cara ni buat bertambah ramai orang pening sangka-sangkanya ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 05:19 AM | Show all posts
burungantu posted on 2-10-2014 02:01 AM
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Puasa Sunat Arafah ditentukan pada 9 Zulhijjah setia ...

Yang uzur Syar'ie Uncle ?
macam mane ye?

Salam Aidil Adha Uncle

Maaf zahir Batin

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2014 12:26 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 3-10-2014 05:19 AM
Yang uzur Syar'ie Uncle ?
macam mane ye?

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatu

Salam Aidil Adha juga buat anak Uncle yg jauh diperantauan ni...  (masih di UK kan? )

Seronok juga beraya di UK kan, susana meriah juga rasanya..



Amalan Bulan Zulhijjah, khususnya 1 - 9 , hari Arafah , Ed Adha, Korban...semuanya balasan diganda gandakan oleh Allah swt yg Maha pemurah.


KITA MENGHARAPKAN PEMURAHNYA DAN KASIH SAYANG ALLAH SWT...


Jadi, sebenarnya tak ada "kurang"nya yg uzur drp yg tak uzur..



Cumanya bagi yg uzur , amalan amalan yg tak boleh tu, tak perlulah dilakukan seumpama Puasa, Solat Sunat dsbnya..

Sikit je yg tak boleh..
Yg banyak kita boleh buat..antaranya..

TAKBIR HARI RAYA..
Start drp pagi ESOK (Sabtu ) hari arafah...(atau bagi yg anggap Hari Arafat tu hari ni - Jumaat)..Boleh dah bertakbir, bertasbih, bertahmid...buat banyak banyak terutama tiap kali lepas solat....sampai habis hari tasyrik nanti..  (13 zulhijah last)



DOA

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda;

“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.”






Ambil peluang berdoa banyak banyak..




& pelbagai & banyak amalan amalan yg tidak disyaratkan untuk suci drp Hadath..



Apa pun,  Setiap apa yg Allah swt kurangkan (cthnya..uzur dihari arafah) ..pasti ada hikmah ganjaran yg malah lebih baik lagi bagi org org yg bertakwa!
Cthnya...keluhan/pertanyaan Da yg begini...Pastinya Allah swt pandang lebih tinggi & ganjarannya lebih tinggi drp org yg beramal itu sendiri sedang yg beramal tu tak terasa apa2 besarnya dsbnya...tapi..yg tak dapat..begitu terasa bagai satu kerugiaan ..

"rasa" itu lah yg mahal!



Salam Aidil Adha buat semua...   




Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 12:51 PM | Show all posts
burungantu posted on 3-10-2014 12:26 PM
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatu

Salam Aidil Adha juga buat anak Uncle yg jauh dipera ...

betul tu ...aku sokong pandangan awak ...
kita buat semata mata ni , adalah untuk dekat kan diri kita pada dia ...mengharap kan kasih sayang dan rahmat dari dia ..sesungguhnya dia lah yang lebih berhak untuk dicintai ....tanam lah diri kita dan hati kita untuk mencintai dia ...dan sesungguhnya kepada dia lah kita akan kembali ....

meh dengar lagu ini , ketulusan hati dari anuar zin ...









Last edited by endus on 3-10-2014 12:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2014 03:06 AM | Show all posts
burungantu posted on 3-10-2014 12:26 PM
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatu

Salam Aidil Adha juga buat anak Uncle yg jauh dipera ...

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh

Alhamdulillah , heeeeeeeeeeeeeee

beraye less than 1 hour kat Msia high comm....

tengok muka muka Malaysians... and dapat alhamdulillah  rezeki jugak ....nasi minyak...

then , i went back ....lepak kejap dan terus ke office buat keje  ...heeee....deadline   hmm....

tu lah raye saye...

Pengisian Khutbah - tentang cabaran Islam masa kini
imam tu pun style bace je...hehe
ramai jemaah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.556912 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list