CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21830|Reply: 93

Gambar Kahwin Fiffy Kawaii...

[Copy link]
Post time 30-9-2014 08:03 PM | Show all posts |Read mode
Foto-Foto Perkahwinan Aktres Fiffy Natasha dan Muslim Azman




KUALA LUMPUR, 30 SEPT 2014: Tahniah buat aktres dan penyanyi remaja, Fiffy Natasya yang selamat melangsungkan perkahwinannya semalam.

Dengan sekali lafaz, Fiffy Natasya, 21, sah bergelar isteri kepada juruterbang sebuah syarikat penerbangan, Muslim Azman, 27, di kediaman keluarganya di Putra Height, pada jam 11 pagi semalam.


Pasangan ini dinikahkan berwali bapa pengantin perempuan dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor, Ustaz Sujak.


Fiffy yang dihubungi media selepas majlis akad nikah tersebut bersyukur kerana segalanya telah berjalan dengan lancar.

Tambah aktres itu lagi, dia gembira dan tenang melalui saat baru dalam hidupnya itu. Malah sepanjang akad nikah berlangsung, hatinya tidak terlalu gementar dan lega semuanya berjalan lancar.


Majlis resepsi pasangan tersebut kemudiannya diadakan di Dewan Sri Melati, Presint 3, Putrajaya pada sebelah malamnya.

Dan untuk majlis sebelah lelaki, tarikhnya masih belum ditetapkan dan berkemungkinan akan diadakan pada penghujung tahun ini di Kota Bharu, Kelantan.

Fiffy dan suaminya juga tidak menolak untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

Berikut ialah foto-foto perkahwinan Fiffy dan suaminya. Kredit diberikan kepada Amalina Tuna Photography.



Pasangan ini bertunang pada 21 Disember tahun lalu.
Tahniah dari kami warga Murai dan Astro Gempak.

http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/615884/foto-foto-perkahwinan-aktres-fiffy-natasha-dan-muslim-azman









Last edited by RatuDunia94 on 30-9-2014 08:36 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 08:07 PM | Show all posts
sapo ni?                                             
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 08:10 PM | Show all posts
Retis sendu
Erkk retis ker chuolss?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 08:17 PM | Show all posts









hazab ko dek...

dah sampai jodoh kawen..tahniah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2014 08:36 PM | Show all posts
Selesa berimej gadis Jepun





BIARLAH apa orang lain nak kata, Fiffy Kawaii atau Fiffy Natasha tetap selesa tampil berimej seakan-akan gadis Geisha dari Jepun dengan konsep muziknya J Pop. Dalam usianya baru mencecah 18 tahun, Fiffy mengaku terlalu meminati imej itu kerana ia nampak lebih segar dan ranggi.

Kini sudah dua tahun berimej geisha dalam penampilannya sebagai penyanyi dengan kerap tampil dengan pakaiannya dan aksesori ‘Harajuku’.

“Ini bermula selepas merakamkan single berjudul Kawaii yang bermaksud comel pada tahun lalu. Lebih lagi konsep J Pop yang saya bawakan ini belum ada penyanyi yang membawanya. Dalam mencari identiti sebaiknya, kita harus berbeza dengan artis sedia ada,” katanya yang pernah digelar sebagai Puteri J Pop oleh peminat dan rakan-rakannya.

Menurut Fiffy, penampilannya dengan pakaian Harajuku kini mula menjadi ikutan remaja seusia dengannya sehingga mendapat permintaan.

“Atas permintaan itulah saya tergerak hati untuk memulakan perniagaan pakaian harajuku secara kecil-kecilan menerusi internet.

“Biasanya dalam seminggu saya muat turunkan lebih 30 pakaian dalam facebook dan habis dalam masa 30 minit saja. Pakaian harajuku yang saja jual tidak mahal dalam lingkungan RM50 dan mampu dibeli oleh remaja saja. Tapi, lebih mengejutkan ada yang sanggup berhabis sehingga RM1,000 untuk mendapatkan baju, kasut, aksesori dan beg tangan terbaru,” katanya yang boleh melayari laman sesawang facebook fiffysyasyacollection.

Biarpun sudah lebih 10 tahun menceburi bidang seni, baik nyanyian mahupun lakon, namun ramai yang masih belum mengenalnya. Begitupun gadis yang pernah membintangi filem Cinta Kolestrol pada usia sembilan tahun dan I Know What U Did Last Raya tidak pernah berputus asa menempatkan namanya dalam industri seni ini.

“Fiffy baru saja selesai menduduki peperiksaan SPM dan syukurlah semuanya berjalan dengan lancar. Kini tibalah masanya Fiffy ingin menumpukan dalam bidang seni yang sangat saya cintai ini. Memang saya akui saya masih belum dikenali sangat kerana aktiviti seni saya hanya waktu cuti sekolah saja dan selebihnya banyak mengulangkaji pelajaran di rumah.

“Saya hanya dikenali oleh rakan-rakan peminat seusia saya saja dan rakan menerusi facebook. Sebaik saja peperiksaan SPM, ini masanya sibuk menyusun jadual aktiviti seni saya terutamanya ingin menyiapkan album penuh yang dijangka siap pertengahan tahun depan.

“Selain itu saya kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Klik,” katanya yang kini sudah menyiapkan lima lagu antaranya Cinta Playboy, Kimochi, Shidori, Space dan Kawaii.

Sementara itu, dalam usia yang muda ini juga Fiffy sudah menjadi juru cakap kepada beberapa produk termasuklah yang terbaru bersama The Guitar Store. Produk gitar jenama Cort turut melantik kumpulan Scorpions dan Kiss sebagai duta antarabangsa.

Fiffy berkata, dia bertuah kerana The Guitar Store memilihnya antara model, selain Izzat (Hujan) dan komposer, Nick CDRW. Malah, syarikat yang memiliki studio itu turut menghadiahkan gitar jenama Cort yang berharga ribuan ringgit.


Biodata :


Nama: Fiffy Natasya Abdul Suhaimi
Umur: 17 tahun
Asal: Kelantan
Emel/Myspace: cutegurlfiffynatasya_taurus@yahoo.com.my
Pembabitan seni: Sejak usia tujuh tahun menyertai kumpulan nasyid Wardah menghasilkan tiga album iaitu Mari Belajar Jawi, Mari Belajar Doa dan Mari Belajar Sembahyang.
Pernah berduet dengan Nassier Wahab dan Elly Mazlein menerusi lagu raya, Sketsa Di Pagi Raya.
Drama: Sephia (TV3), Misteri Syakila (TV3)
Filem: Cinta Kolestrol, I Know What U Did Last Raya.
Peperiksaan : (UPSR), 4A 1B. (PMR) 7A 1B.

*Artikel ini bertarikh 27/12/2010


   



http://www2.bharian.com.my/articles/SelesaberimejgadisJepun/Article/



Last edited by RatuDunia94 on 30-9-2014 08:37 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 08:39 PM | Show all posts
Penah tgk rncgn apa tah..memg j pop sungguh dia ni..

btw, laki dia cam man raja lawak versi cerah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2014 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu tengok dia berlakon dlm misi mencari isteri. Rasa mcm nak bagi penampaq 2,3 das. Annoying sgt tergedik2 mcm langau.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
x knl pn....hu6:lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Pilot ni kan nak artis je. Menyampah!
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 09:10 PM | Show all posts
Rimas tgk gaya kawaii dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 09:19 PM | Show all posts
sapa die neh?????????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2014 09:20 PM | Show all posts
md_nana posted on 30-9-2014 09:10 PM
Rimas tgk gaya kawaii dia tu.

nasib kahwin pun x berkawaiii
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 09:23 PM | Show all posts
tahniah dah kawen..... harap2 lepas kawen dah boleh settle down ... hahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 09:39 PM | Show all posts
muka laki dia mcm man raja lawak tapi versi cerah lah
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 09:46 PM | Show all posts
senduuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:08 PM | Show all posts
jadi ala2 jpop..kene buat2 cumil kan
tahniah da kawen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 10:12 PM | Show all posts
Ni logik la kalau husben dia ckp "saya taktau dia artis".

Iols yg duduk atas tanah pon tak kenal, lagi la mamat yg selalu fly ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:13 PM | Show all posts
muka laki cam ikhwan hotfm
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:14 PM | Show all posts
muka fifi kawaii lak cam linda helmi pelakon spektra


Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:16 PM | Show all posts
muka bapak die cam harith iskandar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.427434 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list