CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ISTRIMITHALI

[Novel] Angin Yang Lalu (TAMAT)

[Copy link]
Post time 28-10-2014 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
poyohabis posted on 27-10-2014 10:35 PM
Hehehe yg meroyan tu bukan org lain gak.. Kita2 gak la.. Hehehe

betul...betul...betul... biar semua pembaca meroyan mengalahkan penulisnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2014 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 28-10-2014 05:46 AM
betul...betul...betul... biar semua pembaca meroyan mengalahkan penulisnya...

Alih2 citer diolah balik dr yg asal tuk penuhkan kepuasan kita sebagai pembaca.. Tp yg bestnya momod pun join meroyan sama.. Mn tak org lain naik tocang... Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 09:26 AM | Show all posts
poyohabis posted on 28-10-2014 08:46 AM
Alih2 citer diolah balik dr yg asal tuk penuhkan kepuasan kita sebagai pembaca.. Tp yg bestnya mom ...

betul tu... tp sebelum depa meroyan... baik kita meroyan dulu minta TT update cepat2...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 28-10-2014 09:26 AM
betul tu... tp sebelum depa meroyan... baik kita meroyan dulu minta TT update cepat2...

Mmg kalo blh nak srh tt update cpt tp tt ni bukan ke yg nak ambij exam stpm thn ni.. Ke org lain.. Kompius lak bc byk2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 10:08 AM | Show all posts
poyohabis posted on 28-10-2014 09:52 AM
Mmg kalo blh nak srh tt update cpt tp tt ni bukan ke yg nak ambij exam stpm thn ni.. Ke org lain.. ...

bukanlah cik poyohabis... dia dh jadi mak orang dh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 28-10-2014 10:08 AM
bukanlah cik poyohabis... dia dh jadi mak orang dh...

Oooo silap org la aku ni..hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2014 11:09 AM | Show all posts
poyohabis posted on 28-10-2014 11:03 AM
Oooo silap org la aku ni..hehehe

hai lor... anak dh 2 dh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 02:35 PM | Show all posts
BEST SGT.....sambung plz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2014 03:01 PM | Show all posts
~~ BAB 22 ~~

"Adam, kau tak apa-apa ke?", tanya Afiq simpati selepas Adam terjelepuk ke bawah.

Adam berada di awang-awangan. Hanya wajah Hani yang bermain di fikirannya.

"Adam, jom kita makan, kau boleh cerita kat aku kenapa kau jadi macam ni. Aku tak suka kawan aku jadi lemah macam ni", kata Afiq.

Adam bangun dan menurut kata Afiq. Dia perlukan kawan untuk meluahkan perasaannya.

Setibanya mereka di restoran ayam penyet, Afiq terus memesan makanan dan minumam untuk mereka. Afiq tidak lupa makanan yang selalu dipesan Adam semasa mereka pernah menjadi rakan sebilik dahulu. Sepinggan nasi gerong ayam kampung bersama teh tarik dipesan oleh Afiq buat rakannya itu, dan sepinggan nasi goreng ikan masin dan air suam untuk dirinya.

"Ok. Cerita apa masalah kau ni. Kenapa kau jadi macam ni?", tanya Afiq.

"Aku tak tau. Aku menyesal tak hargai apa yang ada di depan mata aku dulu" luah Adam.

"Maksud kau, Hani?", tanya Afiq mengorek isi hati Adam.

"Ye, maaf. Dia dah pun jadi tunang kau", jawab Adam. Sebenarnya, itulah yang menjadi ketakutan Adam sekarang ini. Dia juga tidak boleh menerima hakikat yang Hani sudah ada yang lain.

"Apa dah jadi dengan rumahtangga kau sekarang?, aku tak faham. Kau kan dah ada isteri sekarang?"
kata Afiq berani dan sedikit geram kerana Adam sudah pun beristeri, kenapa mahu dicari lagi orang yang pernah disingkirkan dalam hidupnya dahulu.

"Mila.. sikit-sikit mintak duit. Aku dah terangkan yang aku ada anak, aku kena bagi nafkah untuk anak aku. Dia buat tak faham", luah Adam.

"Kau ni sebenarnya stress. Kau bandingkan isteri kau dahulu dengan sekarang, itu yang buatkan kau jadi macam ni. Perkara yang dah lepas kau jangan ingat lagi. Kau kena usaha untuk dapatkan keluarga yang kau nak. Kau faham kan maksud aku ni?", nasihat Afiq.

"Aku tak tau lah, kepala aku tengah kusut dengan perangai Mila yang tak faham aku. Aku tak
tau lagi macam mana aku nak bagitau dia untuk buatkan dia faham keadaan aku", jawab Adam.

"Boleh tu Adam. Aku pasti bini kau tu tak seteruk yang kau anggap, Mungkin dia perlukan kasih sayang yang lebih lagi dari kau untuk buat dia faham. Aku sebenarnya tak tahu sangat, lagipun aku pun tak kahwin lagi. Tapi macam tu lah yang aku pernah belajar dulu", jawab Afiq yang pernah mengambil subjek psikologi untuk kredit bebas ijazahnya.

"Aku faham maksud kau tu", kata Adam.

"Adam, kalau kau nak luahkan apa-apa, kau contact je aku", pelawa Afiq.

"Tengok la macam mana", kata Adam tanda tidak pasti adakah Afiq adalah orang yang sesuai untuk diluahkan memandangkan Afiq merupakan buah hati bekas isterinya. Dia sedar yang syaitan telah merasukinya membuatkan dia tidak dapat berfikir apa-apa sebelum berindak. Tiba masa untuknya berubah. Hani akan menjadi milik orang lain. Dia harus menerima hakikat itu.

Adam pulang dengan hati yang tenang setelah lama tidak bertanyakan pendapat dan meminta nasihat rakan baiknya itu.

~~~

"La la la la la la", Afiq berlagu riang.

"Hai.. anak ibu ni happy sangat ni. Ada apa-apa nak kongsi dengan ibu ke?" tanya Puan Rahimah.

"Eh, tak ada apa-apa lah ibu", jawab Afiq.

"Ni mesti ada kene mengena dengan Hani kan?", tanya Puan Rahimah ingin tahu dan amat pasti hal itu berkenaan wanita itu.

"Emm.. ibu tau mana ni?", tanya Afiq hairan.

"Afiq kan dah kantoi dengan ibu suka dengan Hani.. masakan ibu tak tahu, gaya Afiq pun dah tau
orang angau", jawab Puan Rahimah berterus terang.

"Eh, lupa pulak.. ", kata Afiq sambil ketawa. Tidak sangka kegembiraannya dapat dihidu ibunya.

"Bila kau nak rasmikan hubungan kau orang berdua ni?", tanya Puan Rahimah. Mana taknya, anaknya
itu akan menjangkau 30 tahun pada hari lahirnya nanti. Sudah tiba masanya anaknya itu berumahtangga.

"Ibu, awal lagi la bu.. Nanti dah sampai seru ada la jodoh Fiq", kata Afiq.

"Hmm.. kalau ikut awal Afiq ni alamatnya umur 40 nanti baru nak kahwin ke?", tanya Puan Rahimah yang sebenarnya tidak sabar untuk menimang cucu. Afiq satu-satunya anak yang akan melahirkan keturunannya kelak.

"Bu.. takkan sampai umur 40. Insya Allah..hmm .. tengok lah macam mana nanti", jawab Afiq kerana tidak pasti akan hubungannya bersama Hani. Adakah Hani akan menerimanya? Rasanya terlalu cepat untuk nya meluahkan perasaan. Tetapi dia takut jika tidak meluahkan isi hatinya awal-awal akan terlepas peluangnya. Dia perlu tunggu masa yang sesuai untuk meluahkan.

"Ha, jangan lama-lama sangat, ibu tak sabar nak tengok anak Afiq", jawab Puan Rahimah berterus terang.

"Buu, sampai ke situ pulak, calon pun belum tentu lagi ni", jawab Afiq

"Ish, calon dah ada, apa tunggu lagi", kata Puan Rahimah.

Afiq hanya tersenyum dengan gelagat ibunya itu. Tentu bahagia rumahtangga jika ibunya mempunyai cucu. Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 09:04 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 03:04 PM | Show all posts
poyohabis posted on 28-10-2014 03:03 AM
Oooo silap org la aku ni..hehehe

Kehkehkeh.. betol kata zam tu.. ter kantoi la pulak.. saya tau cite ape yg awk maksudkan tu.. hehehe..
bile baca byk cite ni mmg akn terkeliru di situ.. hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 03:07 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 28-10-2014 03:09 AM
hai lor... anak dh 2 dh...

iSH... kenapa mengantoi kan diri nye pung..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2014 03:08 PM | Show all posts
BellExOra posted on 28-10-2014 06:35 AM
BEST SGT.....sambung plz

tengah perah idea ni... kikiii
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 07:35 AM | Show all posts
Selamat pagi semua....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 07:58 AM | Show all posts
cegitu posted on 29-10-2014 07:35 AM
Selamat pagi semua....

Selamat pagi @cegitu... Assalamulaikum & selamat pagi semua...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2014 10:09 AM | Show all posts
cegitu posted on 28-10-2014 11:35 PM
Selamat pagi semua....

Selamat pagiiii...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2014 10:10 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 28-10-2014 11:58 PM
Selamat pagi @cegitu... Assalamulaikum & selamat pagi semua...

waalaikummussalam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 08:49 AM | Show all posts
selamat pagi semua....setia menunggu n3 terbaru....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Bl nak sambung ni..
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2014 12:23 PM | Show all posts
dh tengahari dah ni TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2014 05:01 PM | Show all posts
~~ BAB 23 ~~

Setelah sekian lama, Dato' Halim memberanikan diri untuk berbincang hal rumahtangganya bersama Puan Rahimah. Memandangkan isteri pertamanya, Datin Sufiah sudah setahun meninggal dunia, Dato' Halim bersungguh-sungguh mencari keluarganya yang dulunya menghilang.

Dato' Halim mengimbas peristiwa yang meninggalkan kesan dalam hidupnya,

"Abang, Ya nak minta maaf", kata Datin Sufiah sedang menahan kesakitan sedang nazak.

"Takpa Ya, jangan cakap banyak, mengucap Ya", kata Dato' Halim menasihati Datin Sufiah.

"Bukan itu maksud Ya. Ni pasal Rahimah", jelas Datin Sufiah.

"Abang tak faham, kenapa nak ungkit nama Rahimah?", jawab Dato' Halim hairan mendengarkan nama itu disebut.

"Abang salah faham. Semua hal yang terjadi dulu angkara Ya. Ya minta maaf. Ya yang buat-buat cerita pasal
Rahimah", terus terang Datin Sufiah.

"Apa yang Ya cakap kan ni?", Dato' Halim tidak menyangka bahawa semua itu adalah salah faham antaranya bersama Puan Rahimah. Dia percaya bulat-bulat setelah melihat gambar Puan Rahimah sedang bersembang riang bersama seorang ustaz.

"Masa tu Rahimah sedang beri derma kepada ustaz tu. Ya ikutkan hati ni sebab cemburu dengan kemesraan abang bersama dia. Ya ambil gambar untuk kukuhkan cerita tu", terus terang Datin Sufiah setelah sekian lama.

Seperti kebas satu badan Dato' Halim setelah mendengarkan pengakuan Datin Sufiah. Namun, segera dia membuang jauh-jauh perasaan itu kerana isterinya sedang menahan kesakitan.

"Abang, saya harap abang cari Rahimah, minta maaf bagi pihak saya. Abang, boleh ye bang", kata Datin
Sufiah sambil memegang erat tangan Dato' Halim. Tidak berkelip Datin Sufiah memandang Dato' Halim menunggu jawapan.

"Ye, sayang. Jangan fikir macam-macam, mengucap sayang", nasihat Dato' Halim.

Perlahan-lahan genggaman tangan Datin Sufiah terlerai dari tangannya. Ketika itu, terasa dia tidak berpijak
di dunia yang nyata. Terdengar alunan bacaan yassin yang makin kuat di telinganya. Dia harus menerima
kenyataan bahawa Datin Sufiah sudah tiada lagi. Bergenang air matanya memandang wajah Datin Sufiah dan terus menutup bahagian muka isterinya itu.

"Mummy.. mummy..", terdengar suara anaknya, Salina di hujung kaki Datin Sufiah. Salina merupakan anak bongsu Dato' Halim bersama Datin Sufiah. Salina mempunyai dua orang kakak yang sudah pun mempunyai perniagaan sendiri. Kekangan kerja memaksa mereka tidak berada bersama-sama pada masa itu.

Salina seperti sedikit meraung setelah mengetahui Datin Sufiah telah menghembuskan nafas yang terakhir.

"Sabar sayang, dah dah", kata Dato' Halim sambil mengusap kepala anaknya yang sedang tunduk memeluk Datin Sufiah.

Salina terus memeluk Dato' Halim untuk meredakan kesedihannya.

'Tap tap', lamunan Dato' Halim hilang setelah telefon bimbitnya terjatuh. Dato' Halim berniat ingin membuat
panggilan kepada Puan Rahimah untuk memberi penjelasan keadaan mereka selama ini. Setelah lama Afiq bekerja di bawahnya, baru sekarang dia memberanikan diri untuk berdepan dengan Puan Rahimah. Sebelum ini, Dato' Halim sudah pun memberi penerangan bahawa apa yang terjadi adalah salah faham, cuma masa yang tidak mengizinkan mereka berjumpa untuk lebih penjelasan.

~~~

Dato' Halim memberanikan diri mendail nombor telefon Puan Rahimah. Betapa susahnya Dato' Halim
mendapatkan nombor telefon dari anaknya, Afiq. Afiq bersetuju memberi nombor ibunya kerana Dato'
Halim berjanji akan membahagiakan ibunya. Jika itu adalah yang terbaik buat ibunya, dia sangat menyokong kehendak Dato' Halim itu.

"Assalamualaikum", Dato' Halim memberi salam.

"Waalaikummussalam", jawab Puan Rahimah di talian.

"Imah, abang ni", kata Dato' Halim ringkas.

"Oh .. ye", jawab Puan Rahimah. Dia tidak pasti niat sebenar Dato' Halim menelefonnya.

"Abang nak jumpa Imah boleh?", ajak Dato' Halim.

"Eeer", sukar Puan Rahimah menjawab pertanyaan itu.

"Abang nak jelaskan apa yang berlaku sebelum ini. Harap Imah bagi peluang kat abang dan ini amanah Kak Sufiah", kata Dato' Halim.

Bergetar jiwa Puan Rahimah mendengarkan nama itu. Namun, dia faham madunya itu sudah pun meninggal dunia. Dia seharusnya 'buang yang keruh, ambil yang jernih'.

"Amanah?", jawab Puan Rahimah kehairanan. Mengapa perlu dikaitkan orang yang sudah pergi.

"Sebab tu abang nak jumpa Imah, biar arwah tenang di sana", jawab Dato' Halim ringkas. Dia sengaja
memberi persoalan itu kepada Puan Rahimah untuk buatkan Puan Rahimah berjumpa dengannya.

"Baiklah, abang nak jumpa Imah bila?", tanya Puan Rahimah.

"Kita jumpa esok ya?, nanti abang minta Afiq bawakan Imah ke tempat tu pagi esok ya?" kata Dato' Halim.

"Ok", jawab Puan Rahimah.

'Apa yang arwah dah katakan pada Abang Halim?', fikir Puan Rahimah. Teringat dia pada kisah lama. Disebabkan Datin Sufiah lah dia membawa diri. Datin Sufiah selalu bermuka-muka di hadapan Dato' Halim seperti dia redha dan menerima Puan Rahimah sebagai isteri kedua, namun sebaliknya yang terjadi. Puan Rahimah tidak pernah menceritakan keburukan isteri pertamanya kerana dia faham dia hanya menumpang dan mencuri kasih Dato' Halim dari dia.

~~~

Dari jauh, Dato' Halim melihat Puan Rahimah bersama Afiq menuju ke restoran yang dijanjikan. Puan Rahimah manis berbaju kurung walaupun usia menjangka 50-an. Dato' Halim terpesona dengan kelembutan Puan Rahimah ketka dahulu dan keayuan di wajah Puan Rahimah masih terlihat di wajahnya.

"Ibu, Fiq tunggu di luar ya?", kata Afiq setelah sampai di meja yang diduduki oleh Dato' Halim.

"Eh, Afiq, makan sekali dengan ibu", ajak Puan Rahimah.

"Takpa bu, Fiq tunggu di luar", kata Afiq bersungguh-sungguh. Dia faham, tentu banyak yang ingin diperkatakan oleh Dato' Halim kepada ibunya.

Puan Rahimah hanya diam membisu sambil duduk di hadapan Dato' Halim selepas melihat Afiq beredar dari situ.

"Assalamualaikum", Dato' Halim memberi salam

"Wa'alaikummussalam", jawab Puan Rahimah lembut.

Dato' Halim terus memanggil 'waiter' yang berdiri di kaunter bayaran. Setelah pesanan diambil, Dato' Halim
bersedia memulakan bicara

"Imah.." panggil Dato' Halim.

"Ye", jawab Puan Rahimah.

"Imah masih marahkan abang ke?", tanya Dato' Halim

"Benda dah lepas bang, kita buang yang keruh ambil yang jernih", jawab Puan Rahimah walaupun masih terluka dengan sikap berat sebelah Dato' Halim dahulu.

"Abang kenal Imah, di hati tu tentu masih teringat lagi", kata Dato' Halim sambil memerhatikan gerak mata
Puan Rahimah yang redup tanda kata-katanya betul.

"Abang nak minta maaf sebab salah faham kita dulu, Sufiah dah terangkan semuanya kepada abang", terang Dato' Halim.

"Abang, saya faham keadaan abang. Sebab tu saya bawa diri", jawab Puan Rahimah ringkas mengharap Dato' Halim memahami keadaannya juga. Lebih elok dia membawa diri dari menyakitkan hati sesiapa dan faham keadaan Dato'
Halim yang terlalu percayakan kata isteri pertamanya. Dia tidak menyalahkan Dato' Halim kerana faham Datin Sufiah mempunyai kata yang sangat manis.

"Bila Kak Sufiah bagitau abang pasal hal ni?", tanya Puan Rahimah.

"Sebelum dia menghembuskan nafas terakhir", jawab Dato' Halim ringkas. Datin Sufiah telah dikesan lambat yang dia mempunyai barah payudara. Datin Sufiah meninggal dunia kerana barah payudara peringkat kritikal.

"Oh.. maaf", jawab Puan Rahimah tidak ingin memanjangkan perbualan berkenaan arwah. Tentu Dato' Halim sedih.

"Takpa", jawab Dato' Halim ringkas

"Abang, benda yang lepas jangan dikenang lagi. Saya faham keadaan abang dan harap abang pun faham keadaan saya", kata Puan Rahimah.

Dato' Halim tersenyum lega apabila semua perkara yang ingin diluahkan sudah terluah.

Mereka melayan perasaan sambil menikmati makanan yang dipesan. Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 09:06 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.095622 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list