CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ISTRIMITHALI

[Novel] Angin Yang Lalu (TAMAT)

[Copy link]
Post time 9-12-2014 10:43 AM | Show all posts
harap2 ari nie ada n3 tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2014 10:52 AM | Show all posts
~~ BAB 36 ~~

Hari itu, Doktor membenarkan Linda pulang ke rumah. Gembira tidak terkata Datin Maimun apabila perkhabaran itu diberitakan oleh Dato' Zul. Datin Maimun terus berkemas sejurus Dato' Zul memberitahu hal itu.

"Assalamualaikum", Puan Rahimah memberi salam dari luar bilik sambil membuka pintu bilik wad.

"Waalaikummussalam", Datin Maimun menjawab dan terus melemparkan senyum yang manis apabila mengetahui Puan Rahimahlah yang memberi salam. Dia terus menuju ke arah Puan Rahimah dan menghulur salam lalu Puan Rahimah menyambut salamnya.

Dari belakang, Datin Maimun hanya memandang Afiq dengan senyum yang ikhlas. Sejuk hatinya setiap kali memandang Afiq, mungkin juga kerana Afiq seorang yang bertanggungjawab. Afiq seorang yang sentiasa mengingati orang lain dan tidak lupa diri. Dia boleh melihat Afiq sedaya upaya ingin menebus kesalahannya kerana rasa bersalah terhadap Linda.

"Hai Afiq", Datin Maimun hanya senyum memandang Afiq dan terus mengajak mereka ke arah Linda.

"Linda macam mana? Dah sihat?", tanya Puan Rahimah sebaik sahaja sampai di katil Linda sambil memegang bahunya.

"Sihat, Datin Rahimah", kata Linda penuh sopan

"Eh, tak payah. Panggil Aunty je. Aunty ni tak ada pangkat Datin" sahut Puan Rahimah.

"Eeer, aunty.." sambil senyum Linda menjawab.

Linda perhati sahaja Afiq dari jauh. Terasa seperti ada getar setiap kali memandang Afiq.

"Macam mana, doktor cakap apa? Bila boleh keluar?", tanya Afiq memecah lamunan Linda.

"Oh..", tidak tahu mengapa lidahnya terkelu untuk menjawab pertanyaan Afiq.

"Linda dah boleh keluar dah ni. Kami tengah bersiap untuk daftar keluar ni", sambung Datin Maimun apabila perasan dengan perubahan wajah anaknya itu.

"Mana Halim, Rahimah?", Dato' Zul bertanya.

"Dia ada mesyuarat tadi, tak dapat nak datang sekali. Alhamdulillah dah boleh keluar. Bila-bila kalau tak buat apa-apa, datang la rumah ya", jemput Puan Rahimah.

"Oh, boleh je. Maimun ni suka sangat kalau dapat bertandang rumah orang", kata Dato' Zul sambil menjeling ke arah Datin Maimun. Datin Maimun hanya memandang tidak puas hati ke arah Dato' Zul. Linda memandang gembira mama dan papa nya bahagia.

"Boleh, saya lagi suka orang datang rumah. Bila-bila Datin boleh datang", jemput Puan Rahimah. Dato' Zul terus ke kaunter ditemani Afiq untuk daftar keluar. Afiq berkeras menawarkan untuk membayar bil hospital untuk menebus rasa bersalahnya walaupun Dato' Zul banyak kali menolak.

'Kalau dia betul-betul sihat, baru aku lega', fikir Afiq dalam hati. Dia berniat tidak mahu ambil tahu lagi berkenaan Linda kerana Linda sudah pun sihat sepenuhnya. Dia juga telah bertanya dengan doktor yang merawat Linda, takut juga ada kecacatan kekal yang ada pada Linda, mujurlah doktor mengesahkan tiada kecacatan yang dihadapi Linda.

~~~

Bayangan Afiq sentiasa di ruang fikirannya sejak akhir-akhir ini. Terasa rindu untuk bertemu dengan Afiq lagi. Afiq seorang yang baik hati, mengambil berat di samping tegap dan kacak. Peristiwa di mesin cooler tempoh hari sentiasa di ingatannya. Setiap kali peristiwa itu selalu di ingatannya. Sedang asyik memikirkan lelaki itu, telefon bimbitnya berdering.

"Hai" terdengar suara lelaki yang dikenalinya. Dia sudah lama memadam nombor lelaki itu kerana sudah tiada apa-apa hubungan dengan lelaki itu.

"Hai" sepatah dia menjawab.

"Lin, jom club!", lelaki itu mengajak.

"Eerr, tak nak, aku takda mood lah", balas Linda.

"Alaa.. jom la. Kita masih kawan, jangan fikir hal lalu. Aku bosan la kat sini takda kau", lelaki itu mengajak lagi.

"Hey!, kau tak faham bahasa ke? Aku cakap taknak tu taknak lah. Jangan kacau aku lagi!!", Linda terus menekan butang tamat panggilan. Puas hatinya apabila dapat bercakap seperti itu kepada lelaki itu. Kehadiran lelaki itu benar-benar telah merosakkan hidupnya. Dia tidak mahu jadi seperti dahulu lagi. Dia bertekad mahu menjadi anak yang baik. Dia menyesal dengan kelakuannya dahulu. Disebabkan itulah, dia bertekad untuk mencari teman hidup yang boleh membimbingnya ke jalan yang benar.

Bayangan Afiq muncul kembali. Lelaki itu benar-benar telah melembutkan hatinya dan membuat dirinya tenang. Linda terus menuju ke dapur setelah terasa tekaknya perit. Teringat kata doktor yang merawatnya pernah memesannya minum banyak air kerana keadaan badannya sudah lain selepas kemalangan. Tidak hairanlah dia selalu haus sejak  kemalangan itu.

Sambil dia menuju ke dapur,

"I tau you ada perempuan lain!", terdengar jeritan dari Datin Maimun dari dalam bilik.

"Jangan fikir bukan-bukan. Tak ada!", Dato' Zul membela dirinya.

Hati Linda berdebar-debar mendengar pergaduhan itu. Pada zahirnya, memang keluarganya nampak bahagia, namun hakikatnya, perasaannya didera setiap kali mendengar pergaduhan mama dan papa nya. Disebabkan itu juga dia tidak selalu berada di rumah dahulu, namun dia sedar, buruk mana pun mama dan papanya, mereka tetap ibu dan ayahnya yang wajib dihormatinya.

Sipi-sipi dia melihat mama dan papanya di dalam bilik mereka. Dia hanya memerhati dari jauh apabila pintu bilik itu tidak ditutup dengan rapat. Pandangan mata Datin Maimun terarah kepada Linda apabila menyedari Linda melihat pergaduhan itu. Senyap seketika.

Datin Maimun keluar dari bilik dan menuju ke arah Linda. Linda terus menuju ke dapur apabila melihat Datin Maimun sedang menuju ke arahnya. Datin Maimun hanya memandang Linda berlalu apabila melihat anaknya itu tidak mahu bercakap dengannya. Bukan masanya lagi untuk berbincang hal itu bersama Linda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2014 10:53 AM | Show all posts
fatimz posted on 9-12-2014 02:43 AM
harap2 ari nie ada n3 tt

hihihi.. sorry, ni je yg mampu.. kehkeh..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 12:41 PM | Show all posts
xpa ini pun dah ok....thank...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 9-12-2014 02:52 AM
~~ BAB 36 ~~

Hari itu, Doktor membenarkan Linda pulang ke rumah. Gembira tidak terkata Datin Maim ...

Pengulangan kata-menuju

mengatur langkah
menapak
menghampiri
mendekati



terdengar suara lelaki yang
dikenalinya. Dia sudah lama
memadam nombor lelaki itu kerana
sudah tiada apa-apa hubungan
dengan lelaki itu.>> kedengan suara seseorang yang amat dikenalinya. Seingatnya, nombor pemanggil jejaka itu sudah lama terpadam selepas hubungan mereka terputus di tengah jalan.

Datin Maimun keluar dari bilik dan
menuju ke arah Linda. Linda terus
menuju ke dapur apabila melihat Datin
Maimun sedang menuju ke arahnya.
Datin Maimun hanya memandang
Linda berlalu apabila melihat anaknya
itu tidak mahu bercakap dengannya.
Bukan masanya lagi untuk berbincang
hal itu bersama Linda. <<berterabur.tak faham. ni dapur yg dekt dgn bilik ke?

melemparkan
senyum yang manis >>melemparkan SEULAS/SEBUAH  senyuMAN manis. Takyah yang pun takpe. Contoh lagi- katanya geram.

Dia terus menuju ke
arah Puan Rahimah dan menghulur
salam lalu Puan Rahimah menyambut
salamnya. > Tangan kanan disua sebaik dia berdiri di hadapannya . Puan Rahimah menyambutnya dengan senyuman di bibir merahnya.

Peristiwa di mesin cooler
tempoh hari sentiasa di ingatannya.
Setiap kali peristiwa itu selalu di
ingatannya. << Peristiwa di mesin coller tempoh hari sering bermain di ruang minda/kotak fikiran. Cukuplah dengan satu ayat je.

terus
mengajak mereka ke arah Linda.<< seriesly, tk faham.

jeritan dari Datin Maimun<< salah.
Jeritan datin Maimun.
Dari -guna untuk tempat/arah

Kedengaran jeritan Datin Maimun dari bilik di dapur itu.

Terdengar jeritan seseorang dari belakang.


membuat dirinya-membuatkannya tenang




Bayangan Afiq muncul kembali. Lelaki
itu benar-benar telah melembutkan
hatinya dan membuat dirinya tenang.
Linda terus menuju ke dapur setelah
terasa tekaknya perit. Teringat kata
doktor yang merawatnya pernah
memesannya minum banyak air kerana
keadaan badannya sudah lain selepas
kemalangan. Tidak hairanlah dia selalu
haus sejak  kemalangan itu.
Sambil dia menuju ke dapur,>>> Teringat pesan doktor yang pernah merawatnya supaya minum air sebanyak mungkin dek keadaan badannya yang berubah sejak terlibat dengan kemalangan itu.

Sambil dia menuju ke dapur<< tk paham. Ayat ni tak patut ada, sebab dah kabo menuju pada ayat atas kan?


"Alaa.. jom la. Kita masih kawan,
jangan fikir hal lalu. Aku bosan la kat
sini takda kau", lelaki itu mengajak
lagi.<<< gesa lelaki itu atau desak lelaki itu.

Pelik guna mengajak lagi. Tak pernah bca some novel guna mengajak lagi. Yg sy tahu, desak atau gesa. Sebab first dialog, laki tu ajak but ditolak perlawaannya.


Satu lagi, ayat tu kena kemas sikit ea. Sebab some berterabur n saya tak faham.

Berfikir-mencanai sesuatu di kotak fikiran
Mindannya berpusing-pusing mengenai hal itu.

And lagi..klo nak buat scene dialogkan, fizikal watak tu masukkan

"Hai." sapa lelaki yang bertubub tegap lalu Hani berpaling ke jasad di belakangnya.

"Afiq!"


Err..itu contoh..hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2014 02:13 PM | Show all posts
Esmiria posted on 9-12-2014 05:31 AM
Pengulangan kata-menuju

mengatur langkah

Huh... banyak nye pembetulan.. hehehe
sorry ayat pening sket.. huhuu.. xpandai sgt nak berbahasa melayu dgn betul
byk kne blajar ni..huhu..
akn d perbetulkan dr semasa ke semasa..
tringat cikgu zainol (ngaja bm) ms stpm dlu..huhuu.. Es bole jd cikgu la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-12-2014 02:13 PM | Show all posts
fatimz posted on 9-12-2014 04:41 AM
xpa ini pun dah ok....thank...

time kasih sbb sudi baca.. fhm ke ayt2 tu.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 9-12-2014 06:13 AM
Huh... banyak nye pembetulan.. hehehe
sorry ayat pening sket.. huhuu.. xpandai sgt nak berbahasa  ...

kita sama2 blaja..actually, akak pk apa masa taip ayat yang berterabur? eh, jgn mrh taw.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2014 03:19 PM | Show all posts
Esmiria posted on 9-12-2014 06:15 AM
kita sama2 blaja..actually, akak pk apa masa taip ayat yang berterabur? eh, jgn mrh taw.

Ntah.. xtau la pk ape... huhu...
bz dgn call kot... kih kih kih...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 9-12-2014 07:19 AM
Ntah.. xtau la pk ape... huhu...
bz dgn call kot... kih kih kih...

update ler……
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2014 04:09 PM | Show all posts
Esmiria posted on 9-12-2014 07:27 AM
update ler……

hihihihi...tq sbb sudi baca.. hehehe..
nti kite update.. tp xtau bile.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 04:58 PM | Show all posts
klu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dah bls pm.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 09:54 AM | Show all posts
shahrinas posted on 9-12-2014 08:58 AM
klu free letak n3 lagi k...

insya Allah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 09:54 AM | Show all posts
Esmiria posted on 9-12-2014 02:25 PM
dah bls pm.

hehe.. ok....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 09:58 AM | Show all posts
selamat pagi semua...xda n3 lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2014 11:54 AM | Show all posts
fatimz posted on 10-12-2014 01:58 AM
selamat pagi semua...xda n3 lagi....

xde lg.. tp otw.. tq sudi membaca..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 03:36 PM | Show all posts


Semakin best lah..
walaweiiii Pn.Is
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 04:00 PM | Show all posts
~~ BAB 37 ~~

Awal pagi itu, Afiq sudah memanggil Hani masuk ke biliknya. Dia mahu agenda mesyuarat bersama pengurusan syarikat hari ini berjalan dengan lancar. Selama sejam juga mereka berbincang mengenai hal itu sebelum mereka bersedia untuk mesyuarat pada pukul dua nanti.

"Terima kasih", ucap Afiq setelah habis perbincangan mereka.

"Sama-sama", kata Hani.

"Ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu?"

"Tak ada", jawab Afiq.

"Oh, tapi sebelum tu, malam ni saya nak ajak awak dan Qina makan malam di Putrajaya. Tempat hari tu. Dah lama saya tak keluar dengan Qina", ajak Afiq.

"Eerr, boleh" ter agak-agak Hani menjawab ajakan itu. Dia hanya memikirkan Qina, disebabkan itulah dia menerima ajakan itu.

"Ok, lepas maghrib, tunggu di rumah, nanti saya ambil ye", tutur Afiq gembira setelah Hani tidak menolak. Mesyuarat petang itu berjalan seperti yang dirancangkan. Banyak agenda berbangkit yang dibincangkan terutama pencapaian para pekerja disebabkan masa hampir menuju ke akhir tahun.

Kedengaran lagu Ombak Rindu oleh Hafiz dan Adira menandakan telefon bimbit Afiq berdering. Dia baru sahaja menyimpan lagu itu jika ibunya yang memanggil.

"Assalamualaikum Fiq", Kedengaran suara ibunya di talian.

"Walaikummussalam ibu", serta merta Afiq menjawab salam. Tentu ada sesuatu yang penting jika ibunya menelefon pada waktu bekerja.

"Fiq, ibu dah ajak Datin Maimun, Dato' Zul dan Linda untuk makan malam ni tau. Ayah kamu pun dah tau pasal ni. Nanti terus balik ye, ada barang dapur yang Afiq kena beli nanti", jelas Puan Rahimah.

"Oh.. ibu.. kenapa tak cakap awal-awal?", Afiq mula rasa serba salah kerana dia sudah pun mengajak Hani dan Qina makan bersama pada malam itu. Bagaimana dia harus memberitahu Hani? Dia juga sebenarnya sangat rindu untuk menatap wajah yang putih gebu itu.

"Laa... ibu cakap awal-awal la ni. Sebab tu lah ibu call ni", kata Puan Rahimah hairan.

"Oh ye. Ok ok. Nanti Afiq balik awal ye", balas Puan Rahimah.

Afiq menamatkan panggilan dengan hati yang gundah gulana. Dia berniat ingin memberitahu Hani pada masa itu juga kerana jam telah menunjukkan 4 petang. Afiq tergesa-gesa menekan butang lif untuk naik ke pejabatnya.

"Bro!", terdengar suara Azrul dari belakang sambil merasakan bahunya ditepuk.

"Eh Azrul", terkejut apabila melihat Azrul muncul di belakangnya.

"Bro, kau kena tolong aku. Maaf ganggu kau. Aku nak mintak tolong kau angkat barang-barang dalam kereta aku, boleh?" ajak Azrul.

"Oh, ada banyak tempahan ke?", Afiq sebenarnya baru teringat yang Azrul menjalankan perniagaan dodol secara kecil-kecilan. Para pekerja suka dengan dodol yang dibuat oleh isterinya, kerana rasanya yang sedap.

"Ye, banyak. Tapi kalau kau ada kerja, takpa lah", Azrul dapat lihat Afiq sebenarnya tidak selesa dengan ajakan itu.

"Eh, takpa la, aku tolong kau. Mana kereta kau", tidak sampai hati pula dia menolak ajakan Azrul. Terus dia bersetuju untuk menolong Azrul.

"Ok, jom ikut aku", Azrul menepuk bahu Afiq sambil membawa Afiq ke keretanya.

~~~

'Huh, banyak betul dodol dia. Alhamdulillah rezeki dia', ngomel Afiq dalam hati. Dilihatnya jam di tangannya sudah menunjukkan jam 5 petang. Dia harus pulang segera.

Afiq berlari-lari anak menuju ke parkir keretanya. Tentu banyak barang yang perlu dibelinya jika sudah dipesan awal-awal oleh ibunya. Tergesa-gesa Afiq memandu kenderaannya. Mujurlah hari itu hari Jumaat, tidak banyak kereta di jalanan. Mungkin juga ramai yang pulang ke kampung memandangkan Isnin ini merupakan cuti umum.

Afiq memakirkan keretanya di ruang parkir rumahnya sebaik sahaja sampai. Di muka pintu terjembul Puan Rahimah dengan kertas yang telah disenaraikan dengan barang yang harus dibeli. Mujurlah Afiq sudah pun menunaikan solat Asar memandangkan waktu solat masuk awal.

Segera Afiq mencapai kunci Motor LC nya di almari kunci dan terus mengambil senarai barang dari ibunya.

"Hati-hati ya", pesan Puan Rahimah.

Afiq hanya mengangguk dengan pesanan itu.

~~~~

Makan malam bersama keluarga Dato' Zul sangat tertib. Afiq boleh melihat keluarga itu menitik berat adab semasa makan. Terlihat Linda seperti malu-malu apabila memandangnya. Hairan juga Afiq melihat gelagat Linda, namun dia tidak ambil endah akan hal itu.

Afiq memandang jam di dinding, pukul 10 malam. Saat itu, keluarganya sedang beramah mesra dengan keluarga Dato' Zul. Dalam hatinya seperti mahu  lari dari situ. Bosan pula beramah mesra dengan orang besar. Dia faham bahawa mereka perlu berbaik-baik untuk kepentingan perniagaan di samping mengeratkan hubungan silaturrahim.

"Afiq ni, dah ada calon ke?", Dato' Zul bertanya selamba. Tidak tahu mengapa soalan itu seperti berdesing di telinga Afiq, padahal sebelum itu dia tidak mendengar langsung butir bicara percakapan mereka. Dia hanya menumpu perhatian dengan rancangan di TV3.

"Eeerr", tidak tahu jawapan apa yang perlu diberinya.

"Belum lagi", dengan pantas Puan Rahimah menjawab. Lambat pula menunggu jawapan anaknya itu.

Merah padam wajah Linda setelah mendengar jawapan dari Puan Rahimah. Hatinya berbunga-bunga pada saat itu.

Calon? Tiba-tiba hatinya teringatkan Hani! 'Aduh, aku dah berjanji dengan Hani tadi!, macam mana aku boleh lupa nak bagitau ni?' hatinya berdegup kencang. Tidak tahu apa seharusnya yang perlu di buat ketika itu.

"Maaf, saya ke bilik air sekejap ye", Afiq meminta diri lalu menuju ke biliknya. Segera dia memeriksa telefon bimbitnya untuk menelefon Hani.

Terdapat tiga pesanan ringkas dari Hani. Dia menekan butang buka pesanan untuk melihat isi kandungan.

As salam Afiq di mana? Jalan jammed ye? Dilihatnya pesanan itu dihantar pada pukul 8:30 malam

Hai Afiq, jadi tak nak makan malam?
Pesanan itu pada pukul 9:15 malam.

Afiq, saya consider tak jadi ye. Qina dah nak tidur. Terima kasih. Pesanan terakhir adalah pada 10:05 malam.

Bermakna Hani baru sahaja menghantar pesanan itu. Dia terus menekan butang memanggil nombor Hani, namun tidak berjawab. Berkali-kali Afiq cuba menelefon Hani, namun hampa.
Last edited by ISTRIMITHALI on 10-12-2014 08:15 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 04:00 PM | Show all posts
AisyDani13 posted on 10-12-2014 07:36 AM
Semakin best lah..
walaweiiii Pn.Is

hehehe.. tq sudi baca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.067949 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list