CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ISTRIMITHALI

[Novel] Angin Yang Lalu (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 17-3-2015 04:56 PM | Show all posts
~~ BAB 46 ~~

"Hmm.. abang, ok tak tarikh yang ayang pilihkan ni?" Datin Maimun bertanya.

"Abang ok je." kata Dato' Zul.

"Kenapa ni? Kalau cakap pasal kahwin anak kita ni, abang macam tak bersemangat. Anak nak kahwin patutnya suka." Datin Maimun merungut.

"Mana-mana je. Abang ikut je." Dato' Zul masih berbelah bagi dengan perkahwinan anaknya itu bersama anak rakan baiknya. Dia dapat merasakan yang Afiq terpaksa dengan perkahwinan itu. Dia tidak mahu mengorbankan masa depan anaknya. Linda seperti bertepuk sebelah tangan.

"Semua ikut je? Abang tak menyesal ye?" kata Datin Maimun untuk mengesahkan hal itu.

"Iye." jawab Dato' Zul. Teringin saja dia menceritakan hal hatinya kepada Datin Maimun, namun dia tidak mahu menganggu perasaan gembira isterinya itu. Bukan selalu isterinya bergembira hal anaknya. Namun, dia tekad mahu menyiasat perkara itu.

"Kalau betul abang suka tarikh tu, saya nak bagitahu Rahimah ni." Datin Maimun bertanya.

"Eh, nanti dulu. Kalau saya suka tarikh tu, nanti saya bagitahu ye." kata Dato' Zul.

"Laa, macam tu pulak." rungut Datin Maimun sambil muncungkan mulut.

Datin Maimun terus membebel, namun Dato' Zul buat tak endah. Bebelan itu masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

~~~

Tepat pukul 5 petang, Hani terus bergegas mahu pulang ke rumah. Sedaya upaya dia mengelak dari Afiq kerana selalu menggunakan  alasan tidak mahu bercakap hal hubungannya bersama Afiq di pejabat setiap kali Afiq mahu bercakap hal itu. Oleh sebab itulah, dia tidak mahu ada peluang langsungbercakap dengannya. Seboleh bolehnya dia mahu mengelak dari berjumpa Afiq di luar waktu pejabat.

Sebaik tiba di parkir kereta, terpacak Afiq di hadapan keretanya.

"Hani.." Afiq memanggil dengan lembut.

"Afiq, sorry saya nak cepat." Hani mengelak lalu menuju ke arah pintu keretanya.

"Tunggu!" Afiq bersuara lalu memegang lengan tangan Hani.

Hani terus menarik tangannya. "Sakit lah!" Hani sedikit menjerit sambil menggosok-gosok lengannya.

"Hani. Saya nak bincang hal ni dengan awak. Saya tak boleh hidup tanpa awak." jelas Afiq. Dia benar-benar mengharap Hani mendengar luahannya.

"Afiq. Kita nak bincang apa lagi? Saya tak nak fikir pasal lain dah. Saya tak nak tahu apa-apa pun. Kalau saya tahu atau tak pun, hati saya sakit jugak." luah Hani.

"Hani.. macam mana pun, saya nak awak tahu. Kalau kita ditakdirkan berpisah pun, saya nak kita selesaikan dengan baik." jelas Afiq.

Sayu hati Hani mendengarkan penjelasan itu. Dia sedia mendengar. Selama setengah jam mereka berbicara di dalam kereta Hani.

Mereka tidak tahu ada yang memerhati dari jauh segala tindak tanduk mereka. Betul tekaan Dato' Zul. Ada sesuatu yang tidak kena dengan reaksi Afiq apabila setiap kali bertanya mengenai perkahwinan yang diaturkan. Kebetulan pada masa itu, Dato' Zul baru sahaja memakirkan keretanya di parkir itu untuk bertemu Dato' Halim.

~~~

"Kau tipu aku ye!!" jerkah Dato' Zul.

"Apa ni? Aku tak faham." Dato' Halim hairan.

"Eh. Kenapa kau nak hancurkan perasaan anak aku? Aku tak suka kalau orang tipu aku bab perasaan ni. Kau jangan main-main soal perkahwinan. Kau mesti hairan kan macam mana aku boleh tahu yang kau merancang hal kahwin anak kita tu?"  bebel Dato' Zul.

Dato' Halim berkerut. Dia tidak sangka Dato' Zul tahu hal itu. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

"Aku ada masalah kewangan." Dato' Halim membela diri.

"Aku tak nak dengar apa-apa lagi dari orang yang nak hancurkan hidup anak aku. Kau selesaikan masalah kau sendiri!" kata Dato' Zul lalu beredar dari situ.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2015 05:04 PM | Show all posts
AisyDani13 replied at 16-3-2015 04:13 AM
Biasalah TT, guna istilah yg biasa kita dengar..
"nobody perfect".. takda siapa yang boleh lari d ...

ye.. betol tu..
sbb tu kita kena menerima kelemahan org lain.
kita pun xtahu kelemahan kita kan?
mana tahu, org lain pun sedang menerima kelemahan kita..

hikhik..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 05:42 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 17-3-2015 05:04 PM
ye.. betol tu..
sbb tu kita kena menerima kelemahan org lain.
kita pun xtahu kelemahan kita kan? ...

Betul tu, kalau kita taw kelemahan diri kita..
Kita sendiri pun tak dapat menerima kenyataan..

Entah2 kita lagi teruk dari apa yang kita sangkakan,tapi takde siapa yang sedarkan kita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2015 05:47 PM | Show all posts
AisyDani13 replied at 17-3-2015 09:42 AM
Betul tu, kalau kita taw kelemahan diri kita..
Kita sendiri pun tak dapat menerima kenyataan.. :m ...

kehkehkeh..

kan...   yang penting cite ni dh nak habis.. hehee
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 05:57 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 17-3-2015 04:56 PM
~~ BAB 46 ~~

"Hmm.. abang, ok tak tarikh yang ayang pilihkan ni?" Datin Maimun bertanya.

alahai...
tgh syok baca ni,hehe
habislah Dato Halim..

hehe huntunglah Afiq & Hani,boleh khawin..
hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 05:58 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 17-3-2015 05:47 PM
kehkehkeh..

kan...   yang penting cite ni dh nak habis.. hehee

seriously TT @ISTRIMITHALI ??
yeaaaaa


#sabar menanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2015 09:30 AM | Show all posts
kesian kat afiq n hani...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 04:07 PM | Show all posts
Nak lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-3-2015 06:27 PM | Show all posts
Edited by ISTRIMITHALI at 18-3-2015 10:33 AM

"Maaf Dato' Halim. Aset yang Dato' ada sekarang hanya rumah. Harta yang lain semua sudah dijual untuk cover hutang syarikat ni. Rumah Dato' sekarang perlu dilelong." ujar peguam Dato' Halim.

Kata-kata itu terngiang-ngiang di kepalanya. Tentang hal syarikatnya pula, peguam sudah menjelaskan syarikat terpaksa ditutup dan syarikat perlu membayar pampasan kepada semua pekerjanya. Peguamnya sudah menguruskan hal itu, cuma Dato' Halim perlu mengumumkan hal itu kepada semua pekerjanya.

"Rahimah, abang dah tak ada apa-apa lagi." luah Dato' Halim. Kepalanya sangat serabut dengan perkara itu. Hanya Puan Rahimah yang boleh menenangkannya.

"Kenapa ni bang?" Puan Rahimah hairan, kerana Dato' Halim kelihatan kusut dan memikirkan banyak perkara. Tiada lagi ketenangan di wajahnya.

"Abang dah muflis." jelas Dato' Halim.

Tergamam Puan Rahimah mendengarkan hal itu. Dia tidak sangka Dato' Halim menanggung beban seperti ini. Dato' Halim tidak pernah menceritakan hal ini kepadanya. Tentu banyak hutang yang ditanggung hinggakan dia boleh muflis.

Wajah Dato' Halim sudah menunjukkan yang dia perlukan ketenangan.

"Abang nampak serabut sangat ni. Apa kata, abang pergi bersihkan diri dulu. Zohor dah nak masuk ni. Jom, kita pergi masjid depan ni. Mungkin abang lebih tenang." nasihat Puan Rahimah.

Dato' Halim hanya menurut kata. Dia perlukan ketenangan ketika ini. Mungkin inilah caranya untuk mendapatkan ketenangan.

~~~

Sudah lama rasanya dia tidak mengabadikan diri di masjid. Kali terakhir dia melangkah kaki ke masjid adalah sebelum berpisah dengan Puan Rahimah ketika dahulu. Dia lalai dengan dunia yang penuh godaan ini. Dia terlupa untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Mungkin juga tiada
orang yang boleh membimbingnya ke arah itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang mengajaknya ke arah kebaikan.

Tak semena-mena, air matanya melimpah jatuh tatkala menadah tangan kepada Ilahi. Tikar sejadahnya menjadi saksi bahawa dia benar-benar insaf. Dia lalai selama ini. Dia menekup mukanya kerana malu dengan sikap angkuhnya sebagai manusia hina di muka bumi ini.

"Abang, jom." Puan Rahimah menegur dari belakangnya. Lama dia berteleku di atas sejadah sebelum Puan Rahimah memanggilnya.

"Ye." jawab Dato' Halim lalu melipat tikar sejadahnya.

~~~

Pintu tingkap yang dibuat dari papan itu dikuak. Udara pagi yang segar masuk ke segenap ruang bilik itu. Hani menarik nafas dalam-dalam lalu menghembus nafas perlahan lahan. Terasa segar dan aman apabila dapat menghirup udara kampung.

"Hani ok tak?" suara lelaki yang amat dicintainya semakin dekat dan berdiri di sebelahnya. Masing-masing menghadap ke luar tingkap.

"Eh. Afiq. Sorry, abang.." Hani sedang membiasakan panggilan abang.

"Takpe. Hani menung apa kat sini?" Afiq bertanya.

"Tak ada apa. Cuma Hani rasa lega sangat kita pulang ke kampung akhirnya." tutur Hani sambil senyum.

"Itulah yang abang harapkan sangat bila abang dah kahwin. Tak sangka, Allah makbulkan permintaan abang yang ni dengan cara yang abang pun tak sangka." luah Afiq.

"Mama.. Uncle.. Jom sarapan." Qina menjerit dari luar bilik lalu berlari memeluk Hani.

Mereka berlalu dari bilik ke dapur rumah Puan Mariam.

"Eh, ayah.. ibu. Ada kat sini jugak?" tegur Afiq setelah melihat kelibat ayahnya bersama ibunya.

"Ye, tadi pergi beli kuih kat simpang tu. Mak mertua kamu ni jemput ibu dan ayah sarapan sekali kat rumah ni." kata Puan Rahimah ramah.

"Ha, bila kau orang semua nak rasmikan kedai runcit tu?" Pak Ahmad memulakan bicara sebaik turun ke dapur.

"Oh, Insya Allah, kalau tak ada apa-apa, minggu depan kami akan bukak." ujar Pak Halim.

"Ye, ada banyak lagi yang perlu dikemas, dan barang yang perlu di order." Afiq menyampuk.

Keluarga ini sangat bahagia setelah perkara pahit melanda mereka. Pak Halim dan Puan Rahimah membuat keputusan untuk pulang ke kampung memandangkan rumah mereka sudah lama terbiar tidak berpenghuni. Keputusan untuk membuka perniagaan runcit di kampung itu sangat dialu alukan penduduk kampung memandangkan keperluan yang sukar didapati di kampung itu.

~~~

Hani duduk termenung di kerusi berbumbungkan pohon rendang itu sambil memegang perutnya. Sesekali pipinya naik menandakan senyum mengenangkan satu lagi nyawa di dalam perutnya.

"Baby tendang ke?" Afiq menegur.

"Eh. awal sangat baby nak tendang." senyum Hani mendengar ayat itu. Manakan tidak, janin di dalam kandungannya baru berumur sebulan.

"Manis isteri abang ni bila senyum." Afiq memandang tepat ke wajah Hani.

Senyuman yang semakin lebar membuatkan hati Afiq tenang. Segala dugaan yang ditempuh tidak lagi mereka ingati. Dugaan itu seperti angin yang lalu yang akan menjadi sejarah dalam kamus hidup mereka.
TAMAT.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 06:37 PM | Show all posts

dah habis la awak.. hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 06:37 PM | Show all posts
fatimz replied at 18-3-2015 01:30 AM
kesian kat afiq n hani...

terima kasih sbb sudi membaca...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2015 06:38 PM | Show all posts
AisyDani13 replied at 17-3-2015 09:58 AM
seriously TT @ISTRIMITHALI ??
yeaaaaa

te.. dh ade penamat..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 06:39 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 18-3-2015 06:27 PM
"Maaf Dato' Halim. Aset yang Dato' ada sekarang hanya rumah. Harta yang lain semua sudah dijual untu ...

wah...tahniah!

berjodoh jugak Hani dan Afiq ya..dah ada orang baru bakal dilahirkan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 06:44 PM | Show all posts
sama-sama tt macam tu je...ending...apa jadi dgn linda?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2015 06:50 PM | Show all posts

Alhamdulillah dah ada kesudahannya..
Bahagianyaaa dey oll!!!
tq TT,nnt kalau ada karya baru haloo halooo yer
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 07:10 AM | Show all posts
Nice one TT... Happy ending... Yessss...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2015 12:59 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 19-3-2015 07:10 AM
Nice one TT... Happy ending... Yessss...

Yeaaaa.. betul tu..

Tapi,apa jadi pada Linda.. Adakah dia REDHA cam perempuan dalam cerita SUAMIKU ENCIK SOTONG? Yang sukakan En.Is tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2015 09:50 AM | Show all posts
AisyDani13 replied at 20-3-2015 04:59 AM
Yeaaaa.. betul tu..

Tapi,apa jadi pada Linda.. Adakah dia REDHA cam perempuan dalam c ...

huhuhuuu
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2015 11:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.067910 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list