CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ISTRIMITHALI

[Novel] Angin Yang Lalu (TAMAT)

[Copy link]
Post time 20-10-2014 02:31 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 20-10-2014 01:47 PM
adam2... makin meroyan kamu ya... kesiankalah ex bini kamu tu... biarlah dia cari bahgia sendiri...

betultu.. hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 02:32 PM | Show all posts
adam ni dah gila talak ni..meroyan

TT sambung lagi..popcorn banyak lagi nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 02:38 PM | Show all posts
Ipo posted on 20-10-2014 02:32 PM
adam ni dah gila talak ni..meroyan

TT sambung lagi..popcorn banyak lagi nih

Popcorn kami dh sediakan utk ending RDM tu Ipo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2014 02:43 PM | Show all posts
Ipo posted on 20-10-2014 06:32 AM
adam ni dah gila talak ni..meroyan

TT sambung lagi..popcorn banyak lagi nih

popcorn tu ape?
cite awk dh habes ke?
sy bace cite wak tp smpai page ke3 jek.. takot nnti terngiang-ngiang masok cite awk dlm ni plk huhu
so sy stop bace.. hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2014 02:44 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 20-10-2014 06:38 AM
Popcorn kami dh sediakan utk ending RDM tu Ipo...

aduuhhh.. x faham..popcorn??? korng ni ber kompromi ke?? kikii
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 02:50 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 20-10-2014 02:44 PM
aduuhhh.. x faham..popcorn??? korng ni ber kompromi ke?? kikii

popcorn Ipo bawak nak menelaah kt benang orang lain... benang sendiri dia masuk entry slow2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2014 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 20-10-2014 02:50 PM
popcorn Ipo bawak nak menelaah kt benang orang lain... benang sendiri dia masuk entry slow2...:lol ...

Sampai rumah orang bawak popcorn. Hahahaha..
Kongsi sikit ipo popcorn tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2014 04:02 PM | Show all posts
"Fiq.. macam mana Hani dah ok ke?" tanya Puan Rahimah. Belum sempat lagi Afiq masuk ke rumah, Puan Rahimah telah mengajukan soalan itu.

Puan Rahimah sudah pun mengetahui kejadian antara Qina bersama Adam setelah diberitahu oleh Afiq. Dia terkejut dengan kejadian itu kerana baru juga megetahui bahawa mereka sudah pun bercerai. Puan Rahimah mendesak Afiq untuk memberitahu perkara yang sebenar kerana Afiq tidak pernah pulang lewat ke rumah membuatkan Puan Rahimah hairan sehingga memaksa Afiq menceritakan perkara yang sebenar. Puan Rahimah bersimpati dengan keadaan Hani dan Qina kerana dia juga pernah menghadapi dugaan dalam berumahtangga.

"Buu.. dia ok ibu", jawab Afiq dan terus membawa Qina ke dalam rumah.

"Oh.. ok ok.. Qina, mari ikut nenek naik atas berehat ya", ajak Puan Rahimah dan terus memimpin tangan Qina ke atas.

~~~

"Buu, Qina tidur lagi ke?", tanya Afiq.

"Ye Afiq, Takpe, Fiq pergi ambil Hani datang sini, biar dia rehat dengan Qina kat sini. Nanti Afiq hantar diorang pulang ye lepas balik kerja", cadang Puan Rahimah setelah melihat Afiq sudah siap lengkap dengan pakaian kerjanya.

"Ok bu.." kata Afiq meng iya kan cadangan ibunya sambil melabuhkan punggung di meja makan untuk menjamah sedikit roti bakar yang dihidang oleh Puan Rahimah.

~~~

Jam telah menunjukkan pukul 10pagi, Hani terus turun ke tingkat bawah untuk menolong apa yang patut

"Hani.. makan bubur tu. Acik baru nak naik atas bagi bubur tu", pelawa Puan Rahimah setelah melihat Hani sudah pun berpakaian kemas seperti sudah membersihkan diri.

"Eh, takpelah acik. Saya ke sini pun dah banyak menyusahkan acik, tak payah hantar sampai ke atas, lagipun saya dah sihat", jawab Qina.

"Laa, takpe lah, dengan keadaan kamu semalam, acik risau. Ha, Qina tidur lagi ya?" tanya Puan Rahimah.

Hani kehairanan sepertinya Puan Rahimah sudah mengetahui apa yang terjadi. Tentu Afiq yang menceritakan segala-galanya.

"Ye, Qina tidur lagi.. Eeerr.. Acik dah tau ke?", tanya Hani untuk kepastian.

"Oh, maaf. Malam tadi la. Afiq biasanya paling lewat lepas isyak dia dah ada kat rumah. Acik call dia tanya kat mana, jadi Afiq ceritakan kat acik", jawab Puan Rahimah menerangkan keadaan sebenar. Tidak mahu disalah anggap bahawa anaknya menyampai cerita.

"Oooh, takpe", jawab Hani.

"Maaf lah acik bertanya, bukannya acik nak menyibuk. Apa yang buatkan kamu bercerai dengan suami kamu tu?", tanya Puan Rahimah yang sejak dulu ingin mengorek ceria mereka. Perasaan itu dirasakan tidak tertahan lagi, mana taknya, orang kampung selalu berkata hal mereka.

Hani menarik nafas, dia juga seperti tidak lagi mampu menanggung beban itu seorang diri.

"Haniii... bercerai dengan abang Adam.. sebab.. Abang Adam dah ada yang lain", jawab Hani.

"Macam mana kamu tahu Adam ada yang lain?", tanya Puan Rahimah kerana tidak mahu juga Hani menjadi sepertinya. Terlalu percaya kata orang lain daripada suaminya sendiri. Akhirnya, sendiri yang salah faham membuatkannya membawa diri bertahun-tahun.

"Hani nampak, masa ulangtahun perkahwinan kami..", jawab Hani dengan linangan air mata yang tidak mampu ditahan lagi. Sehingga hari ini, dia masih lagi tertanya- tanya apakah kekurangan dirinya sehingga Adam sanggup melakukan hubungan sulit. Adam tidak pernah berbincang berkenaan itu.

"Ya Allaaahhh...", kata Puan Rahimah sambil memeluk Hani yang sedang menangis mengenang nasibnya. Dia faham, perempuan mana yang tidak luluh hatinya apabila melihat suaminya bersama dengan orang lain yang bukan isterinya juga.

"Maaf Hani, acik buatkan kamu ingat hal itu lagi, maaf", kata Puan Rahimah sambil mengusap dan mencium kepala Hani. Puan Rahimah juga berlinangan air mata setelah mendengar luahan hati Hani. Begitu tabah anak ini. Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 09:01 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 04:08 PM | Show all posts
Sedihlah pulak TT... ni yg tak berap gemar ni... haishh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2014 04:15 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 20-10-2014 08:08 AM
Sedihlah pulak TT... ni yg tak berap gemar ni... haishh...

sabar2... ()
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat sikit sgt?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
cegitu posted on 20-10-2014 09:43 PM
Awat sikit sgt?

orang kerja office hour memang mcm ni cegitu.. harap bersabarlah ya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 20-10-2014 02:32 PM
adam ni dah gila talak ni..meroyan

TT sambung lagi..popcorn banyak lagi nih


Amboi en Ipo kami duk tunggu hang nya ending x abis2.. Hang leh duk santai2 kat sini.. Kepoyooan apakah ini...  Hehehe Last edited by poyohabis on 20-10-2014 09:58 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:00 PM | Show all posts
poyohabis posted on 20-10-2014 09:57 PM
Amboi en Ipo kami duk tunggu hang nya ending x abis2.. Hang leh duk santai2 kat sini.. Kepoyooan ...

kepoyoan ini adalah poyohabis
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 20-10-2014 11:00 PM
kepoyoan ini adalah poyohabis

Hehehe skrg hang leh santai2 sambil makan popcorn coz citer hang dah abis.. Poyo gila aku ni... Hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:36 PM | Show all posts
BEST ADA N3 TAPI SIKIT JE....NK LAGI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-10-2014 03:49 PM | Show all posts
~~ BAB 20 ~~

"Fiq, pukul berapa sampai rumah Hani tadi?", tanya Puan Rahimah.

"Ngam-ngam lepas maghrib bu. Saya solat berjemaah kat sana. Bagus Qina, baru tiga tahun tapi dah pandai solat, cuma kadang-kadang nampak main-main jugak", kata Afiq sambil tersenyum.

"Bagus la tu. Ibu tengok Hani tu baik Fiq. Kalau Fiq ada hati dengan dia, ibu tak kisah dia jadi menantu ibu", kata Puan Rahimah bersungguh-sungguh selepas melihat ketabahan Hani dan cara Hani mendidik anaknya.

"Ishh, ibu ni... ", jawab Afiq malu-malu. Ibunya seperti tahu isi hatinya tetapi dia tidak mahu mengharap lebih kerana dia sendiri tidak meluahkan isi hatinya lagi. Terlalu cepat rasanya untuk Hani menerima orang lain, tentu dia masih menyintai rakan baiknya itu lagi.

"Tapii.. ibu tak kisah ke dengan status dia sekarang?", tambah Afiq lagi untuk kepastian.

"Haa.. kantoi ye.. suka dengan Hani" kata Puan Rahimah berseloroh, tidak sangka anaknya itu mempunyai hati dengan Hani, dia hanya meneka-neka sahaja.

Afiq hanya tersenyum kerana ter kantoi pula dengan ibunya.

"Ibu tak kisah asalkan dia boleh jaga Afiq dengan baik dan Afiq kena pastikan yang Afiq akan layan Qina dengan baik kalau betul-betul serius. Bukan senang nak jaga anak orang lain. Afiq  kena bagi kasih sayang sepenuhnya sebab dah bertukar bapa", tambah Puan Rahimah.

"Ibu, macam dah jauh fikir tu. Afiq belum mulakan langkah lagi bu", jawab Afiq.

"Yela, ibu kena nasihatkan awal-awal sebab awak tu nak berkahwin dengan janda", jawab Puan Rahimah jujur. Dia boleh menerima menantunya seadanya, cuma dia mahu Afiq berfikir panjang sebelum membuat keputusan. Dia tidak mahu Afiq menyesal.

"Ye, Fiq faham bu", terasa sedikit rimas pula dengan leteran ibunya. Dah lama ibunya tidak membebel setelah berpindah ke Kuala Lumpur.

~~~

Afiq hanya mencuri pandang Hani dari dalam bilik sahaja. Dia tahu Hani tidak mengetahui dia curi-curi pandang kerana jenis cermin biliknya itu, hanya orang di dalam bilik sahaja dapat  melihat orang di luar.

Afiq mencari kekuatan untuk mengajak Hani keluar makan tengah hari. Lama dia memikirkan untuk bertindak.

"Hani, buat salinan dokumen ni, Saya nak dua set", arah Afiq.

"Oh, baiklah En. Afiq. En. Afiq nak bila salinan ni?", tanya Hani

"Kalau boleh nak petang ni, saya nak study dulu sebelum mesyuarat dengan client esok", jawab Afiq.

"Baiklah", jawab Hani menerima arahan.

"Eerr",

"Kenapa En. Afiq?, ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu?", kata Hani sedikit kehairanan kerana Afiq masih lagi tidak beredar dari situ.

"Saya ingat nak ajak awak makan lunch ni, boleh?", ajak Afiq memberanikan diri.

"Eerr, tapiii.. saya nak keluar makan dengan Maya", jawab Hani.

'Aduh, malunya aku. Ni yang aku taknak ni', fikir Afiq dalam hati namun tetap buat selamba.

"Kalau malam ni boleh?, tapi saya bawak Qina sekali?", ajak Hani pula. Hani juga berniat untuk membawa Afiq makan bersama tanda terima kasih dengan kejadian sebelum ini. Itu pun belum tentu dapat membalas budi Afiq. Lagipun Qina sudah mula selesa dengan Afiq membuatkan Hani tidak risau sekiranya keluar bersama Afiq.

"Eh.. boleh sangat", jawab Afiq dengan perasaan yang sangat gembira. Dia tidak menyangka makan malam yang dia dapat. Afiq tersenyum seorang diri setelah beredar.

~~~

Entah kenapa Hani seperti bercelaru untuk memilih pakaian. 'Apa dah jadi dengan aku ni? nak pergi makan je kot', fikir Hani. Qina hanya memandang gelagat Hani yang tidak keruan memilih baju. Selepas satu satu bajunya ditolak ke tepi, tak sesuai lah, vouge sangat lah, simple sangat lah. Bermacam macam alasan yang dingomelkan dalam hatinya.

"Mama mama.. dah nak dekat maghrib ni, kata nak solat sekali. Mama tak siap lagi", rengek Qina bosan dengan gelagat Hani yang sejak dari tadi memilih pakaian.

"Ye ye.. mama siap la ni", kata Hani segera menyarungkan pakaian yang dijumpainya sesuai untuknya.

"Qina pergi ambil wudhu', hampar sejadah ya. Nanti kita solat sama-sama", arah Hani.

~~~

"Waaahhh...cantiknya tempat ni", kata Qina yang sangat gembira apabila Afiq membawa mereka ke tempat yang tidak pernah dikunjungi mereka, Taman Botanica, Putrajaya. Afiq sengaja membawa  mereka kesana untuk mendapatkan suasana yang nyaman.

"Cantik kan tempat ni, lain kali Uncle bawak lagi ye", pelawa Afiq sambil mendukung Qina riang.

"Tak mau la keluar lagi", rengek Qina.

"Laa.. kenapa",tanya Afiq

"Tadi mama pilih baju lama sangat Uncle", ngadu Qina. Afiq hanya tersenyum melihat Hani yang sudah merah pipinya.

"Lain kali kita pergi makan dekat-dekat je tau", cadang Qina.

'Aduh.. malunya.. kenapa la Qina ni pecah rahsia', ngomel Hani dalam hati. Qina semakin bijak berkata-kata kerana memang dia seorang yang petah berkata-kata jika dibandingkan kanak-kanak seumur dengannya. Mana taknya, dalam beberapa bulan lagi, Qina akan memasuki empat tahun umurnya, tidak hairanlah dia seorang yang sudah pandai berfikir. Disebabkan itulah, Hani sedaya upaya menunjukkan teladan yang baik sahaja.

"Takpe.. mama kamu tu pakai apa pun cantik", Afiq sengaja menguatkan nadanya sambil bergurau senda dengan Qina.

Hani hanya tersipu malu mendengarkan itu. Tidak tahu mengapa dia jadi tidak keruan malam itu. Masih tidak faham.

"Qina boleh pesan apa-apa je kat sini. Tapi tempat ni tutup pukul 10 tau, kita ada masa 1jam untuk makan, Qina nak apa?, Sate?", tanya Afiq dan menerangkan waktu operasi tempat itu. Afiq selalu juga dibawa oleh Dato' Halim makan-makan di situ kerana katanya suasana yang aman. Sesuai bagi mereka yang bekerja untuk melepaskan segala tekanan.

"Emm.. sedapnya Sate, nak ABC boleh?", rengek Qina sambil memandang Hani. Hani selalu berpesan kepada Qina untuk menjaga makan terutama yang sejuk seperti aiskrim dan ais.

"Ok, boleh", jawab Hani sambil tersenyum melihat anaknya yang gembira bersama bossnya itu.

"Tapi hari ni je ye", tambah Hani lagi.

"Ok mama", jawab Qina.

Hani sangat gembira pada ketika itu. Sudah lama dia tidak bergembira seperti itu. Perasaan itu hilang selepas Qina berumur setahun. Tidak tahu mana silapnya hubungan mereka kerana Adam tiba-tiba berubah. Hani tenang dengan keadaannya sekarang dari memikirkan Adam seperti sebelum ini. Biarlah dia membesarkan Qina tanpa Adam. Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 09:02 AM

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts

Hani <3 afiq
lol:lol
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih TT
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehehe ni yg best ni dah berbunga2 cinta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.100281 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list