CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ISTRIMITHALI

[Novel] Angin Yang Lalu (TAMAT)

[Copy link]
Post time 14-11-2014 04:16 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 14-11-2014 02:19 PM
untunglah... nak jugak tp tak smpt nak bank in lg...

cepat order nanti habis pulak discount dia....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2014 05:52 PM | Show all posts
cegitu posted on 14-11-2014 04:16 PM
cepat order nanti habis pulak discount dia....

ok3... mlm ni saya order terus...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 14-11-2014 05:52 PM
ok3... mlm ni saya order terus...

Oder apa ni.. Tertinggal jet pejuang lak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2014 11:55 AM | Show all posts
~~ BAB 30 ~~

"Haniiii!!, maafkan makcik!!", jerit Mak Munah dengan suara yang sangat kerisauan.

"Kenapa ni Mak Munah?!", tanya Hani kerana pengasuh anaknya itu jarang sekali menelefonnya.

"Qinaaa...", hanya sepatah perkataan itu yang mampu disebut dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Apa ni Mak Munah?", Hani tidak sabar untuk mengetahui perkara itu.

"Qina kena culik!!", jerit Mak Munah.

"Hah!!??, lemah lutut Hani mendengar berita itu.

"Mak Munah, tunggu kat rumah, saya datang ambil kita buat report polis", kata Hani dengan perasaan yang sangat cemas.

Hani mengemas tempatnya dengan tergesa-gesa. Dijenguknya Afiq untuk memberitahu hal kecemasan itu, namun hampa Afiq tiada di tempatnya. Hani berlari menuju ke arah Maya untuk memberitahu hal itu.

"Hah?!!, aku nak ikut!", jerit Maya.

"Eh, tak payah. Kau kerja bagi habis dulu. Nanti pukul 5 kau datang rumah aku. Boleh tak kau inform boss kita pasal ni?" kata Hani tergesa-gesa untuk beredar.

"Hmm.. ok", Maya menarik nafas kecewa.

Hani tergesa-gesa keluar dari lif bangunan pejabatnya. Hanya Qina yang berlegar di dalam fikirannya. Bagaimanakah keadaan Qina ketika ini? Tentu Qina sangat takut dengan situasi itu. Adakah Qina selamat? dan paling penting siapakah penculik itu? Apa motif penculik itu? 'Aku bukan kaya kau nak culik anak aku!', hanya itu sahaja yang bermain di fikirannya. Tanpa sedar, Hani menitiskan air mata risau.

Afiq hanya memandang Hani dari jauh selepas keluar dari mesyuarat bersama pengurusan tertinggi syarikat. 'Apa yang dah jadi pada Hani?', fikir Afiq.

~~~

Setelah sampai di rumah Mak Munah, Hani tergesa-gesa keluar dari kenderaannya mencari Mak Munah.

"Mak Munah, Jom kita pergi balai polis", gesa Hani. Hani terus membuka mulut selepas nampak Mak Munah berada di pintu rumahnya.

"Mak Munah ingat tak muka orang yang culik tu?", kata Hani penuh cemas.

"Mak Munah tak tahu Hani. Ada tiga orang dalam van tu. Semua pakai penutup muka. Memang Qina selalu main kat luar petang macam ni. Mak Munah alih pandang sekejap ja, van tu dah ada depan rumah terus panjat pintu pagar rumah. Yang lain tu semua bantu Qina keluar dari pintu pagar tu. Semuanya pantas sangat Hani" Mak Munah serba salah dengan Hani kerana terlepas pandang sekejap.

Kedengaran lagu 'Dan Bila Esok' kegemaran Hani itu mengalunkan lagunya. Nombor itu tidak pernah dikenalinya. Siapa ya?

"Hello", terdengar suara seorang lelaki.

"Ye saya", ucap Hani.

"Saya nak awak datang ke rumah lama, Jalan Ah Loi" ujar lelaki itu dengan suara garau yang dibuat-buat.

"Siapa awak ni?", tanya Hani dengan penuh tanda tanya.

"Jangan tanya siapa saya. Awak datang ja ke sini. Anak awak ada dengan saya", terang lelaki itu.

"Mama, mama, mama!! Qina takut", jerit Qina, dan tiba-tiba Qina terdiam.

"Qina Qina, anak mama", jerit Hani mengharapkan Qina mendengar katanya. Dia ingin Qina tahu dia akan buat apa sahaja untuk mendapatkan Qina semula. Dia ingin bercakap dengan Qina supaya Qina jangan takut.

"Kalau kau nak bercakap dengan dia, kau datang sini. Seorang diri. Jangan datang dengan sesiapa pun. Aku ada mata-mata. Kalau aku tau kau datang berteman atau kau report polis, nahas anak kau aku kerjakan",  tegas lelaki itu.

"Baiklah!, kau jangan apa-apa kan anakku", jerit Hani.

"Hello! Hello!", kedengaran seperti talian telah diputuskan.

Hani bergegas untuk ke tempat yang dimaksudkan.

"Mak Munah, saya nak selamatkan Qina. Kalau saya tak balik sebelum malam, Mak Munah report polis ye!" kata Hani.

"Tapi, Mak Munah rasa baik kita report polis dulu", cadang Mak Munah.

"Qina dalam bahaya kalau kita report. Mak Munah, saya pergi dulu!", Hani berpesan lalu segera beredar dari rumah Mak Munah.

Tiada lain yang Hani fikirkan ketika itu. Hanya Qina bermain di fikirannya. Dengan tangan terketar-ketar, Hani gagahkan juga memandu ke destinasi yang diberitahu lelaki itu. Dia mahukan Qina selamat.

~~~

Dari luar, rumah lama yang dikatakan itu nampak terlalu usang untuk diduduki oleh sesiapa pun. Spray Pepper yang memang sentiasa di dalam handbag nya sedia menjadi peneman untuk hal kecemasan. Dia sudah bersedia dengan apa sahaja kemungkinan yang berlaku. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk anak tunggalnya itu. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke rumah itu. Dilihatnya surat khabar bertaburan di lantai rumah itu.

"Cak cak", tapak kaki Hani berada di atas salah satu surat khabar lama di situ menganggu pendengaran samseng-samseng di sebuah bilik rumah itu. Mereka terus keluar dari bilik itu. Hani terkejut dengan kemunculan mereka, Debaran di hati hanya Allah sahaja yang tahu. Kelihatan tiga orang
lelaki yang salah seorangnya berbadan tegap dan seorang lelaki kurus serta seorang lelaki yang agak berisi dari pandangannya. Masing-masing menghulurkan sebilah pisau untuk menakutkan sesiapa sahaja yang melihat mereka. Ketiga-tiga mereka memakai penutup muka berwarna hitam yang hanya menampakkan mata sahaja.

"Kau dah sampai ya!", lelaki yang tegap itu mengeluarkan suaranya..

"Ya!, mana anak aku?", Hani bertanya dengan penuh keriasauan. Dia tidak mahu apa-apa terjadi kepada anaknya.

"Mari!", lelaki yang tegap itu terus membukakan pintu bilik anaknya diletakkan. Kelihatan Qina terbaring di atas katil yang sudah bertompok tompok.
Hani terus melulu masuk ke dalam bilik itu dan dilihatnya Qina sedang tidur di atas katil itu. Hani memeluk Qina dengan linangan air mata. Sedih dengan keadaan Qina dan dia mahu Qina selamat di sampingnya. Qina terjaga dari tidurnya,"Mama", bertambah-tambah air mata yang keluar dari Hani. Dia hanya memeluk Qina erat.

"Mereka ada buat apa-apa tak dengan Qina?!", Hani bertanya sambil memegang muka Qina.

"Takda mama. Tapi Qina takut", kata Qina. Tidak pasti apakah motif mereka kerana Qina tidak diapa-apakan dan wang tebusan juga tidak diminta.

"Apa yang kau orang nak ni?!", Hani menjerit sambil memandang ke arah mereka.

"Aku nak kau!", lelaki yang tegap itu bersuara dan terus mengambil Hani dari situ.

"Eh!!, jangan!!" Hani menepis tangan lelaki itu. Lelaki itu  terus mengangkat Hani dari situ. Hani hanya mampu menjerit minta dilepaskan tetapi tiada apa yang boleh dilakukannya.

"Uncle, uncle jahat!", Qina terus melulu ke arah lelaki itu dan menarik narik kaki lelaki itu supaya lelaki itu berhenti dari mendesak Hani keluar dari bilik itu. Lelaki yang kurus itu terus mengambil Qina dari lelaki tegap itu. Mereka tidak menghiraukan rayuan mereka.

Lelaki tegap itu terus campakkan Hani ke atas katil di ruang bilik yang lain.

"Apa yang kau nak buat ni!!", Hani menjerit.

"Aku nak kau jadi milik aku", lelaki tegap itu terus mengikat kedua-dua tangan Hani ke belakang dan membaringkan Hani di atas katil. Hani meronta kerana lelaki itu terlalu kuat untuk dilawannya.

"Hish, apa ni?, siapa kau?!!", Hani menjerit lagi. Kedengaran seperti bunyi bising di luar tetapi lelaki itu tidak mempedulikannya. Nafsunya menebal. Dia terus mendekati Hani dengan nafas yang tercungap-cungap.  Pintu bilik dikuak pantas. Seorang lelaki sedang menyelamatkannya. Afiq!! Hani sedikit gembira apabila melihat Afiq yang membuka pintu itu.

Afiq sebenarnya telah mengekori Hani sejak Hani bertolak ke Jalan Ah Loi itu. Afiq mengetahui Qina diculik setelah diberitahu Maya. Dia bergegas ke rumah Mak Munah dan mendapati Hani sedang keluar dari rumah Mak Munah. Afiq terus mengekori Hani. Dia telah memanggil polis setelah jelas itu adalah satu penculikan.

Afiq terus melulu ke arah lelaki tegap yang cuba mendekati Hani dan terus membuka topeng lelaki itu.

"Adam!!", Afiq mengeluarkan nama itu setelah pasti lelaki itu adalah Adam.

"A..bang?!!, sanggup abang buat Hani dan Qina macam ni!!" Hani bersuara.

"Apa yang kau buat ni!", Afiq tidak tahan lagi dengan perasaannya ketika itu. Dia terus memegang leher Adam. Afiq menumbuk Adam dan Adam berjaya menepis tumbukan itu. Afiq terus mengangkat kakinya dengan laju dan mengenai muka Adam. Terjelopok Adam jatuh ke lantai. Adam memandang Afiq dengan perasaan marah sambil mengelap darah yang mengalir dari hidungnya. Adam terus mengeluarkan bilahan pisaunya. Dia bangun dengan perasaan marahnya dan cuba menikam ke arah Afiq.

Tidak semena-mena dan sepantas kilat, Hani sudah pun berada di hadapan Afiq. Tidak sempat Adam melihat siapa yang berada dihadapannya, dia terus menikam. Hani hanya melihat pisau itu dan cuba mengeluarkan pisau itu dari perutnya. Dia terduduk setelah dapat mengeluarkan pisau itu. Darah membasahi bajunya.

"Mama, mama, mama!", Qina terus melulu masuk ruang bilik itu setelah melihat Hani berlumuran dengan darah.

Kedengaran bunyi kereta polis di luar. Hani tenang dan selamat.
Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 09:22 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2014 11:56 AM | Show all posts
@poyohabis ... nah.. hehehe Last edited by ISTRIMITHALI on 17-11-2014 04:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 12:31 PM | Show all posts
KESIAN HANI...ADAM DAH JADI GILA AGAKNYA...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2014 05:57 PM | Show all posts
Assalamualaikum & selamat petang semua...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 05:58 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 17-11-2014 11:55 AM
"Haniiii!!, maafkan makcik!!", jerit Mak Munah dengan suara yang sangat kerisauan.

"Kenapa ni Mak ...

Kenapa adam punya perangai teruk sangat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2014 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 17-11-2014 05:58 PM
Kenapa adam punya perangai teruk sangat...

Tu la kan zam...truk benor prngai dia..tu la ms hani tu jd isteri xnk jg btul2...now br myesal..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 07:21 PM | Show all posts
habis dah ka?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt.. X guna betul adam ni... Cis nape la watak adam skrg ni serba x kena.. Kat rumah ipo pon adam dah nak jd x semenggah...:Q
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 07:35 AM | Show all posts
kenarihitam posted on 17-11-2014 07:06 PM
Tu la kan zam...truk benor prngai dia..tu la ms hani tu jd isteri xnk jg btul2...now br myesal..

itulah pasal @kenarihitam... mcm something wrong somewhere dgn watak adam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
poyohabis posted on 17-11-2014 09:15 PM
Tq tt.. X guna betul adam ni... Cis nape la watak adam skrg ni serba x kena.. Kat rumah ipo pon adam ...

Tu la kan..kt rmh ipo pun ada dh mcm serba xkne..
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
kenarihitam posted on 18-11-2014 07:45 AM
Tu la kan..kt rmh ipo pun ada dh mcm serba xkne..

Itulah pasal @kenarihitam... geram sungguh dgn watak ganas si adam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 18-11-2014 07:53 AM
Itulah pasal @kenarihitam... geram sungguh dgn watak ganas si adam ni...

Btul zam..kenari dh makin mymph watak adam kt dua2 rumah nih...hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2014 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
kenarihitam posted on 18-11-2014 07:55 AM
Btul zam..kenari dh makin mymph watak adam kt dua2 rumah nih...hahahaha

Betul tu @kenarhitam... Tp kalu dilihat dari sudut yg lain... Nampak tak kehebatan kedua-dua pengarang menggarap watak2 dlm novel dengan jayanya sehinggakan terkesan di hati pembaca... Ada feel... Bak kata omputeh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2014 09:13 AM | Show all posts
lah xda lagi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2014 12:52 AM | Show all posts
ala sambungla lagi.. tgh syok ni.. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2014 02:34 PM | Show all posts
~~ BAB 31 ~~

Hani membuka matanya berat. Samar-samar dia melihat dirinya seperti berada di bilik hospital. Terlihat Qina sedang tidur di atas sofa di sudut bilik itu bersama ibunya. Perlahan-lahan Hani memanggil Qina. Puan Mariam yang sedari tadi hanya tidur ayam terjaga dari tidurnya.

"Qina, Qina!, mama dah sedar". Qina terus bangun dari tidurnya. Dengan senyuman yang paling manis dan lebar, Qina terus menuju ke arah Hani dan memanjat katil yang diduduki Hani. Dia memeluk Hani dengan penuh kasih sayang.

"Mama, Qina sayang mama. Jangan tinggalkan Qina", Qina mengeluarkan kata-kata itu sambil memeluk Hani erat.

Hani tidak bermaya. Sayu melihat anaknya seperti itu, mahu dipeluk anaknya itu erat-erat namun dia tidak mampu. Terasa lemah seluruh badannya.

"Ibu", Hani memanggilnya apabila ternampak kelibat ibunya.

"Dah, dah. Jangan cakap banyak. Kak Ngah perlukan rehat", nasihat Puan Mariam.

"Ibu, macam mana Abang Adam?", tanya Hani perlahan

"Kenapa Kak Ngah nak tau pasal dia lagi? jangan fikir hal dia", Puan Mariam bersungguh-sungguh mengajukan penyataan itu. Dia tidak mahu Hani memikirkan tentang Adam yang baginya telah memusnahkan hidup anaknya itu. Hani baru sahaja ingin memulakan hidupnya, Adam tidak habis-habis menganggunya.

"Ibuu..", Hani bertanya lagi.

"Sekarang Adam kena tahan reman. Dah tiga hari Adam di sana", jawab Puan Mariam ringkas.

"Tiga hari?", tanya Hani kehairanan kerana peristiwa itu baru sahaja berlaku dalam ingatannya.

"Itu maksudnya, Kak Ngah tak sedarkan diri dah tiga hari", jelas Puan Mariam.

Hani terkejut dengan berita itu. Banyak yang terjadi selama tiga hari dia tidak sedarkan diri. Mujurlah tikaman Adam mengenai bahagian tepi perutnya. Tiada organ dalamannya yang terjejas. Hanya darah yang keluar dari badannya membuatkan Hani lemah dan perlukan rehat yang cukup.

Trauma yang dilalui Hani juga penyebab dia tidak sedarkan diri. Dari jauh, terlihat ayah Hani, Pak Ahmad ditemani Afiq membawa bungkusan makanan. Bungkusan itu untuk  ibunya, Puan Mariam dan Qina agaknya. Mana mungkin dia dibenarkan untuk mengambil makanan luar, tentunya
hidangan hospital yang akan disediakan nanti.

"Kak Ngah dah sedar!?", jerit Pak Ahmad.

"Ayah", perlahan Hani memanggil ayahnya.

"Afiq", Hani menyebut nama itu setelah Afiq berada hampir dengannya.

"Kamu jangan banyak bergerak", nasihat ayahnya.

"Ibu, tudung..", Hani mengajukan ayat itu kepada ibunya. Ibunya terus menyarungkan tudung sarung kepada Hani yang diletak di atas drawer sebelah katilnya itu. Memang kebiasaan Hani menjaga auratnya apabila melihat  bukan muhrim berada di biliknya. Itulah juga sifat Hani yang Afiq kagumi. Dia jatuh hati dengan akhlak yang ditunjukkan Hani. Tentunya itu adalah ciri-ciri isteri yang dicarinya.

~~~

Hani termenung dari tingkap bilik hospital yang didudukinya merenung apa yang terjadi ke atas dirinya. Bagaimana dia dapat mengharungi harinya dengan keadaan begini. Dia tidak lagi berasa selamat, sedangkan Adam lah pelindungnya dahulu. Apa yang sudah terjadi kepada Adam? Apa yang Adam fikirkan dengan cara penculikan itu boleh memiliki dirinya. Hanya benci yang menebal di dalam hati. Apa yang terjadi dengan rumahtangga Adam bersama Mila? Adakah dia tidak bahagia?

"Hani!", Maya memanggil dari pintu bilik memecah lamunan Hani sejak dari tadi.

"Maya!", Hani gembira kerana merasakan sudah lama tidak bertemu Maya.

Mereka saling bersalaman dan berpelukan.

"Aku dapat tau kau dah sedar dari boss kita", kata Maya.

"Terima kasih Maya ambil berat pasal aku", ujar Hani.

"Boss kita tu paling ambil berat kalau nak dibandingkan aku tau. Tiap-tiap hari datang tengok kau tau" ujar Maya tanpa berselindung.

Hani hanya tersenyum letih. Malas sebenarnya untuk memikirkan perkara yang remeh. Dia lebih memikirkan Adam ketika itu. Mengapa Adam berubah seperti itu.

"Acik mana?", tanya Maya.

"Ibu pergi makan kat bawah", jawab Hani.

"O.., petang nanti aku bawak Qina ye", janji Maya kepada rakan baiknya itu. Puan Mariam memang sengaja menyuruh  Qina berada di rumah Mak Munah kerana sudah tiga hari Qina bersedih apabila melihat keadaan Hani. Lebih baik Qina diberi rehat yang cukup.

"Terima kasih Maya", ucap Hani.
Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 09:23 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2014 02:35 PM | Show all posts
norza79 posted on 18-11-2014 04:52 PM
ala sambungla lagi.. tgh syok ni.. hehehe

ok dah sambung.. tp se co'et je.. huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.072002 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list