|
~~ BAB 17 ~~
'Entah dari mana kau datang, baru setahun jagung, nak tunjuk lagak kat sini', ngomel Azrul dalam hati. Dia memang tidak puas hati dengan kehadiran Afiq ke syarikat itu. Sehingga hari ini, dia masih tidak tahu apakah hubungan Afiq dengan Dato' Halim. Azrul tidak berpuas hati kerana Afiq seperti terlalu senang menjawat jawatan itu. Dia harus bekerja selama empat tahun untuk mendapatkan jawatan sama dengan Afiq kerana mereka mempunyai kelulusan yang sama.
Selama Afiq bekerja di syarikat DatO' Halim, tidak pernah sekali pun Afiq mendapat bantuan yang berguna. Dato' Halim meng amanahkan Azrul untuk membantunya namun selama dia bekerja, Afiq banyak bertanya dengan pekerja bawahannya.
~~~
Jam di dinding menunjukkan pukul 6:00 petang. Setelah selesai solat Asar, Afiq terus menuju ke kawasan parkir untuk pulang.
"Bila ko nak bayar ha?!!", terdengar jeritan seorang lelaki di sudut parkir itu dan suara seseorang sedang menyerang kesakitan. Afiq terus mencari arah suara itu. Dan dia melihat dua orang lelaki sedang membelasah seseorang yang seperti dikenalinya, Azrul!
"Hey, korang buat apa ni?", Afiq terus melulu ke arah mereka untuk meleraikan pergaduhan mereka.
"Kau nasihatkan sikit kawan kau ni. Kalau nak pinjam duit, bayar!", jerit salah seorang lelaki itu.
"Kami bagi tempoh dua hari. Pastikan kau bayar dalam dua hari ni. Kalau tak, kau tengok lah tindakan kami lepas ni", kata lelaki seorang lagi sambil menendang sekali ke arah Azrul. Kedua lelaki itu saling berpandangan dan membuat isyarat pulang. Mereka beredar meninggalkan Azrul yang sedang berlumuran darah dan tidak bermaya.
"Azrul! Azrul!.. bangun", jerit Afiq. Terdengar sayup suara Afiq di telinga Azrul dan dunia berasa kelam selepas itu.
~~~
"Ah!, aku kat mana ni?", jerit Azrul setelah sedar dari pengsan. Terasa kepalanya dibalut dengan kain putih. Berdenyut kepalanya setelah mengeluarkan suara yang agak kuat.
"Abang.. jangan bergerak banyak, nanti lagi banyak darah keluar", nasihat Amira, isterinya.
"Oh, mira.. abang kat mana ni?", tanya Azrul penglihatannya juga seperti berpusing- pusing setelah menjerit tadi.
"Abang kat hospital ni.. kawan abang yang bagitau saya abang kat sini. Takpe, abang rehat dulu.. nanti abang dah stabil, kita bincang ya", jawab Amira. Amira sangat bimbang setelah mendapat panggilan dari Afiq. Afiq menghubungi Amira menggunakan telefon bimbit Azrul.
"Mana kawan abang?", tanya Azrul.
"Kawan abang tu dah balik, dia kirim salam dengan abang", jawab Amira.
Azrul sangat malu dengan sikapnya setelah kebaikan yang dibalas Afiq. Azrul ingin meminta maaf di atas layanannya sepanjang mereka bekerja.
"Anak kita mana?" tanya Azrul.
"Diorang pergi makan kat bawah, lapar katanya. Sara bawakkan diorang", jawab Amira. Adik bongsu Amira cukup suka melayan kerenah anak-anaknya.
"Ooo".. angguk Azrul tanda faham. Azrul hanya memikirkan Afiq yang padanya terlalu baik. Dia tidak menyangka sifat hasad dengkinya menjadi-jadi setelah kehadiran Afiq. Ini adalah pengajaran untuknya supaya sentiasa berbaik dengan semua orang. Kejadian itu benar-benar memberi keinsafan kepada Azrul.
~~~
"Assalamualaikum", Afiq memberi salam semasa ingin memasuki bilik wad yang dihuni Azrul.
"Waalaikummussalam", jawab Azrul, Dia hanya memandang Afiq tanpa senyum. Tidak tahu bagaimana reaksi yang harus diberikan setelah melihat Afiq melawatnya. Sungguh baik hati Afiq. Dia malu.
"Macam mana?, dah ok sikit ke?", tanya Afiq kepada Azrul yang sedang tertunduk malu.
"Ok..", jawab Azrul sepatah.
"Doktor cakap apa?", tanya Azrul sambil meletakkan buah-buahan yang dibeli tadi di atas drawer sebelah katil itu.
"Semalam doktor suruh rehat sebab banyak darah keluar, tapi hari ni dah sihat sikit. Doktor cakap kalau tak da apa-apa, aku dah boleh keluar. Esok aku boleh masuk kerja" jawab Azrul.
"Tak payah kuat kerja sangat, kalau boleh keluar pun, esok kau rehat je kat rumah. Nanti aku inform Dato'", nasihat Afiq sambil menyerahkan cheque bernilai empat puluh ribu ringgit.
Azrul kehairanan dengan cheque yang telah diserahkan kepadanya.
"Eh, apa ni Afiq?", jawab Azrul dengan wajah yang berkerut.
"Kau ambil je cheque tu buat bayar hutang kau", jawab Afiq dengan penuh ikhlas.
"Banyak ni Afiq, aku dah banyak sakitkan hati kau. Aku malu!", luah Azrul.
"Apa yang kau buat silap ni?, Tak apa, hal yang lepas tu kira 0-0", jawab Afiq.
Afiq faham permasalahan yang dihadapi Azrul setelah mendengar luahan hati isterinya Amira. Mereka pernah membuka perniagaan dengan modal RM10,000 tetapi perniagaan mereka tidak menguntungkan. Namun, silap mereka kerana telah meminjam daripada orang yang salah, boleh dikatakan mereka terjebak dengan 'Along'. Azrul tidak mampu membayar pinjaman yang banyak itu, kerana mempunyai komitmen
bulanan yang banyak. Silap mereka kerana tidak ambil endah dengan pinjaman itu menyebabkan pinjaman itu bertambah-tambah bunganya.
"Terima kasih bro", kata Azrul sambil memeluk Afiq dan matanya bergenang dengan sedikit air mata. Dia tidak menyangka selama ini dia telah mendapat seorang rakan yang sangat prihatin. Dia tidak akan men sia-siakan persahabatan mereka lagi selepas ini. Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 08:58 AM
|
|