CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1822|Reply: 19

[Tempatan] Nak sogok SPAD konon

[Copy link]
Post time 1-10-2014 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Padah cuba sogok pegawai SPAD

Seorang ejen syarikat bas persiaran Singapura dipenjara sehari dan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen, semalam.
< 1 / 1 >
JOHOR BAHRU - Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM20,000 ke atas seorang warga Singapura selepas mengaku bersalah cuba memberi rasuah kepada pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), tahun lalu.

Tan Choon Kiat, 39, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan,  dia  didakwa cuba memberikan suapan wang tunai SGD1,250 (RM3,215) kepada ejen kerajaan Malaysia, Asmadi Mat yang bertugas di SPAD di sebuah cafe di Taman Daya, di sini, sebagai dorongan melepaskan bas persiarannya daripada sitaan, kira-kira jam 4.10 petang, 7 Mei 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Ketika prosiding kes, Choon Kiat memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana bekerja sebagai pemandu bas dan hanya mengikut arahan ejennya yang meminta menyerahkan wang berkenaan kepada pegawai SPAD berkenaan.




Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya SPRM, Abd Ghafar Abd Latif  bagaimanapun memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh.

Ia sebagai pengajaran kepadanya dan memberi peringatan kepada seluruh warga Singapura mengenai ketegasan undang-undang negara ini.

Hakim Mohamad Haldar kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM20,000 ke atas tertuduh selain turut melucutkan hak wang suapan kepada SPRM.

Tertuduh yang hadir ditemani isteri turut memberikan ugutan untuk mencederakan petugas media kerana berang gambarnya dirakam ketika memasuki kamar perbicaraan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2014 04:19 PM | Show all posts
sehari je penjara???...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 04:43 PM | Show all posts
gaara_X posted on 1-10-2014 04:19 PM
sehari je penjara???...

kos penginapan sehari RM20 ribu
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Baek dok club med  herating
Berbaloi juga..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 09:31 PM | Show all posts
Panjang gile dagu pengamal rasuah sekor ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 09:38 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 1-10-2014 09:31 PM
Panjang gile dagu pengamal rasuah sekor ni.

dagu juga yang salah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2014 10:01 PM | Show all posts
Ia sebagai pengajaran kepadanya dan memberi peringatan kepada seluruh warga Singapura mengenai ketegasan undang-undang negara ini.
tak payahlah kot nak mention nak ajar warga Singapura.....



Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
yer itu dia nak lawan cina2 ni ialah dengan cara penguatkuasaan dan bekerja secara jujur, ikhlas dan amanah. Baru lah melayu tidak perlukan lagi tongkat sakti dari umno.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2014 10:05 PM | Show all posts
padam muka padam muka
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 10:05 PM | Show all posts
gaara_X posted on 1-10-2014 04:19 PM
sehari je penjara???...

that one night makes you an ex-convict.

you live with that stigma for the rest of your life not to mention loss of job. That in itself is enough punishment.



Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2014 10:05 PM | Show all posts
Ingat spad ni kastam ke nak rasuah rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 01:44 AM | Show all posts
bukan cina anti rasuah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 posted on 1-10-2014 09:38 PM
dagu juga yang salah

Mmglah.  Memilikinya tak salah.  Tapi perlakuan menyogok tu yg haram jadah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 11:25 AM | Show all posts
zorrro_03 posted on 2-10-2014 07:38 AM
Mmglah.  Memilikinya tak salah.  Tapi perlakuan menyogok tu yg haram jadah.

menyogok tu hukum nya haram..jadah tu xde dalam hukum
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 11:44 AM | Show all posts
wa ingat sumua malayu
pun boley bili miya

wa sulah silap maa..

bugima
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 12:15 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 2-10-2014 11:25 AM
menyogok tu hukum nya haram..jadah tu xde dalam hukum

hampa tak setuju dgn jadah, sila gi tanya najibuya. dia yg mula kan semua ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2014 01:29 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 2-10-2014 12:15 PM
hampa tak setuju dgn jadah, sila gi tanya najibuya. dia yg mula kan semua ni...

jadi haram jadah ni dah boleh digunapakai la...


ingatkan kalau xsetuju kena keluar dari malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 01:33 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 2-10-2014 01:29 PM
jadi haram jadah ni dah boleh digunapakai la...

Ermm.  Boleh. Sebab ia digunapakai oleh bijan that day.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 01:34 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 2-10-2014 01:33 PM
Ermm.  Boleh. Sebab ia digunapakai oleh bijan that day.

cerdik bijan eh.....hmmmmm

kena ulang banyak kali ni sebut 'haram jadah'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2014 12:16 PM | Show all posts
di penjara janji - AWIE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.104680 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list