HyunMin Bertemu Menteri Belia & Sukan Di Incheon
INCHEON, 2 OKT 2014: Dalam pada sibuk memberi sokongan kepada atlet negara di temasya sukan Asia yang diadakan di Incheon, Korea Selatan ketika ini, Menteri Belia & Sukan, YB Khairy Jamaluddin (KJ) sempat berjumpa dengan rakyat Malaysia yang bekerja serta menuntut di Seoul, baru-baru ini.
Jika anda pengikut setia portal Murai, sudah tentu anda mengetahui bahawa salah seorang dari bekas penulis Murai, Ajieb Rosdi kini sedang berusaha mencipta nama di Korea Selatan sebagai bintang K-Pop di sana.
Ajieb Rosdi kini sudah pun hampir setahun berada di Seoul dan dia kini tampil menggunakan nama baru, HyunMin. Menerusi laman sosial Instagram HyunMin, penyanyi kelahiran Johor itu telah memuatnaik sekeping foto yang memperlihatkan dirinya bersama Menteri Belia & Sukan, KJ.
Foto bertarikh 25 September itu telah diambil di Stadium Antarabangsa Velodrome Incheon dan pada pertemuan itu, HyunMin turut memberikan KJ senaskah majalah berjudul THE KPOP Magazine yang mempamerkan dirinya sebagai selebriti pertama muncul di majalah tersebut.
HyunMin juga turut berkongsi pengalaman dan perjalanan hidupnya sebagai anak tempatan yang ingin mencipta nama sebagai bintang K-Pop dan KJ sama sekali tidak menyangka HyunMin bakal menjadi penyanyi di negara maju itu.
“Dah berapa lama duduk di sini? Dah pandai cakap bahasa Korea,” tanya KJ selepas mendapat tahu mengenai HyunMin.
Oleh kerana itu juga, KJ telah menyokong usaha HyunMin yang baru saja kehilangan rakan duetnya iaitu ahli kumpulan Ladies Code bernama EunB dan RiSe yang meninggal dunia dalam kemalangan tragis awal bulan September lalu.
HyunMin atau Ajieb sebelum ini pernah mempunyai single sendiri di Malaysia bertajuk Apa Kata? Di mana dia turut tampi sebagai hos Apa Kata M?
Dia kemudiannya tampil dengan single terbaru dalam bahasa Korea bertajuk Poyochukoyah (I'll Show).
http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/616424/hyunmin-bertemu-menteri-belia--sukan-di-incheon
Last edited by RatuDunia94 on 3-10-2014 01:23 AM
|