CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 903|Reply: 0

'Peperangan' berterusan - Pas serang balas ke atas DAP!

[Copy link]
Post time 7-10-2014 03:03 PM | Show all posts |Read mode
'Peperangan' berterusan - Pas serang balas ke atas DAP!




Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan bertindak menyerang balas Lim Kit Siang dengan meminta Penasihat DAP itu agar menilai terlebih dahulu kekalahan DAP yang lebih teruk di Parlimen Teluk Intan, sebelum membuat congakan dengan membayangkan bahawa Pas akan tumbang di Kelantan.

Nasruddin yang dilabelkan sebagai panglima Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun Pas kalah dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor tetapi penurunan sokongan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Balingian serta DAP di Teluk Intan lebih buruk iaitu 33 dan 27.3 peratus.

"Kit Siang keluarkan amaran bahawa kekalahan Pas di Pengkalan Kubor adalah isyarat BN (Barisan Nasional) akan merampas Kelantan. Bagaimana dengan kekalahan PKR di Balingian dan DAP di Teluk Intan?" soalnya menerusi Facebook sambil melampirkan analisis perbandingan keputusan ketiga-tiga pilihan raya kecil itu.

Ahad lalu, Kit Siang memberi amaran bahawa jika berlaku penurunan 4.5 peratus ke atas di semua DUN di Kelantan, pakatan pembangkang hanya akan memenangi 20 kerusi manakala BN bakal menguasai 25 kerusi, sekali gus menyaksikan Pas yang menguasai negeri itu sejak 1990 akan tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor pada 25 September lalu, Mat Razi Mat Ail berjaya memastikan kerusi tersebut kekal dalam gengaman BN apabila mengalahkan calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhari Ismail Bukhari dengan majoriti 2,635 undi selepas berjaya memperoleh sebanyak 9,961 undi.



Pilihan raya tersebut juga menjadi bukti nyata bagaimana retaknya hubungan antara Pas dengan PKR dan DAP, berikutan kemelut isu perlantikan Menteri Besar Selangor sehingga menyaksikan kedua-dua sekutu parti Pas itu bertindak memboikot kempen di Pengkalan Kubor sebagai tindak balas terhadap ketegasan Abdul Hadi.

Mengulas isu berkenaan, Nasruddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, Pas tidak sedikit pun berasa tersinggung dengan ketiadaan pimpinan tertinggi PKR dan DAP untuk tampil membantu calon mereka, Wan Rosdi, sewaktu tempoh berkempen di pilihan raya kecil Pengkalan Kubor berlangsung.

Beliau yang sebelum ini bertelagah dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang sehingga membawa kepada tindakan saman menambah, Pas sudah bersedia dari segi mental dan spiritual untuk menghadapi kemungkinan menang atau kalah dalam setiap pilihan raya.

"Kalah tidak membuatkan Pas mengalah sebagaimana menang tidak membuatkan Pas senang. Kalah dalam pilihan raya kecil tetapi Pas boleh memenanginya semula pada pilihan raya umum. Begitulah pasang surut pilihan raya. Analisis pilihan raya menjadi panduan untuk Pas bangkit atau mengekalkan prestasi kemenangan," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.353047 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list