CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1056|Reply: 1

Azmin terus persoal kapasiti kuasa Faekah?

[Copy link]
Post time 7-10-2014 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Azmin terus persoal kapasiti kuasa Faekah?



Seolah-olah tercabar dengan pemecatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali terus mempersoalkan tindakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin berbuat demikian.

Azmin berkata, Faekah tidak berhak bertindak sedemikian berikutan penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan oleh Menteri Besar sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 22 September lalu.

"Dia (Faekah) siapa? Tanyalah dia.

"Saya pertikai berdasarkan minit mesyuarat MMKN pada 22 September lalu yang dipengerusikan oleh Abdul Khalid, bukan Faekah," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pejabat Daerah dan Tanah Gombak di sini hari ini.

Pada 23 September lalu, Faekah mengeluarkan satu kenyataan yang mengumumkan penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.

Berdasarkan arahan MMKN, jelas Faekah, pihaknya dimaklumkan bahawa keputusan itu dibuat atas perkiraan mengurangkan kos tidak mustahak yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri melibatkan perbelanjaan operasi Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Bagaimanapun, tindakan Faekah itu seolah-olah tidak disenangi Mohamed Azmin yang mengkritiknya selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baharu.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2014 03:18 PM | Show all posts
Rakaman Palsu direka oleh UMNGOK

Bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR, Ng Lum Yong, mendedahkan beliau mempunyai bukti perbualan 'konspirasi politik', Azmin Ali dalam usaha menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.066001 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list