CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1665|Reply: 2

Ahli DAP berpurdah selar pengkritik, agama ‘urusan peribadi’?

[Copy link]
Post time 7-10-2014 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Biak betoi...!!! Ahli DAP berpurdah selar pengkritik, agama ‘urusan peribadi’?


Saya menyertai DAP kerana itu hak saya dan saya masih Islam, kata aktivis Jamila Rahim.


Aktivis dan ahli DAP, Jamila Rahim, seorang wanita Islam berpurdah, lebih dikenali sebagai Melati, percaya tidak wujud konflik antara keimanannya dengan parti yang disertai, walaupun ia membawa ideologi sosialis dan sekularis.

“Saya tertarik kepada DAP kerana ia menolak politik perkauman dan fokus kepada keadilan dan kebajikan.

“Islam menganjurkan kebajikan dan kemanusiaan,” katanya.

Aktivis berusia 22 tahun itu menerima kritikan hebat minggu ini selepas ramai mengetahui beliau menyertai DAP, dengan seorang penulis blog Melayu hingga berkata lebih baik Melati jadi pelacur.

Kepada mereka yang membencinya, Melati ada jawapan ini:”Allah tidak pernah beri sesiapa hak untuk menghina orang lain.”

Beliau yang juga seorang penulis novel berkata kepada The Malaysian Insider tidak pernah menjangka hentaman sedemikian terhadapnya hanya kerana menyertai DAP.

“Hanya kerana saya berpurdah, orang anggap saya patut hadkan tindakan. Tetapi saya ada hak untuk buat apa yang saya mahu dan saya tidak firkin menyertai DAP itu salah.

“Saya menyertai sebuah parti; Saya tidak jual agama. Saya tidak tukar agama. Saya masih Islam,” katanya.

Seorang penulis blog dengan nama “KuntaKinte Malaysia” menulis keputusan Melati untuk menyertai DAP adalah sama seperti menjual diri dan agamanya untuk kekayaan yang ditawarkan.

"Pelacur yang menjual diri tidak akan menghakis kedudukan kebesaran Islam di negara ini, tapi mereka yang menyertai DAP sedang membantu menghancurkan kedudukan Islam di Malaysia.

"Hakikatnya, lebih mulia jadi pelacur yang menjual diri untuk sesuap nasi, dari mereka yang bertudung dan berpurdah 'menjual diri' kepada DAP untuk kesenangan dunia sehingga melemahkan Islam," katanya di laman sosial www.mykmu.net.

Penghinaan penulis blog itu tidak meruntuhkan Melati.

“Mereka mempersoalkan keimanan saya dalam Islam, tetapi mereka sendiri tidak melakukan perkara yang betul dengan menghina saya. Islam tidak pernah mengajar kita untuk hina orang seperti itu,” katanya.

Beliau berkata, kritikan itu umpama api kepadanya, tetapi ia tidak membuatnya menyesal menyertai DAP atau memakai purdah.

“Dalam Islam, berpurdah tidak wajib, ia Sunnah. Dan saya buat keputusan memakainya kerana saya percaya ia adalah hak saya,” katanya.

Melati melihat agama sebagai perkara peribadi, dan tidak seperti PAS, yang mahu menukar Malaysia kepada negara Islam dan melaksanakan hudud, beliau mengambil pendirian lebih pragmatik berhubung isu berkenaan.

“Agama adalah hak peribadi seseorang. Kita tidak boleh paksa orang jadi seperti kita, dan kita tidak boleh paksa orang buat apa yang kita mahu.

“Jika kita lihat kenyataan Tunku Abdul Rahman, beliau berkata Malaysia adalah negara sekular, tetapi Islam adalah agama rasminya.

“Saya orang Islam, dan hudud disebut dalam Al-Quran. Saya tidak menolaknya. Tetapi untuk melaksanakannya dalam negara berbilang bangsa dan agama …

“Ia seperti apa yang (bekas mufti Perlis) Dr Mohd Asri Zainul Abidin said, kita perlu menyelesaikan isu lain dulu, seperti membanteras rasuah,” katanya.

Mempunyai 7 adik beradik, Melati menamatkan pengajian dari Universiti Selangor dengan diploma Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua pada 2011.

Tetapi beliau memilih untuk mengajar di sebuah rumah kebajikan yang kekurangan kakitangan di Teluk Intan yang menempatkan 70 penghuni dengan pelbagai ketidakupayaan.

“Saya beritahu diri ini, jika saya tidak buat, siapa yang hendak buat,” katanya, ketika ditanya mengapa bekerja di tempat itu.

Bekerja di rumah kebajikan membuka matanya kepada diskriminasi yang dialami orang kurang upaya, dan mendorongnya untuk menjadi aktivis dan membela mereka.

Melati berkata, beliau terkesan dan sangat kasihan kepada golongan tertindas dan mereka yang dieksloitasi, dan ia tercermin menerusi penulisannya – novelnya Pelacur Kelas Pertama adalah mengenai pelacur, isteri yang didera dan pengantin yang diculik menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

“Menerusi DAP, Insya-Allah, saya akan boleh membela mereka yang kurang upaya, dan bantu memperkenalkan pendidikan terapeutik kepada mereka.

“Mereka adalah kumpulan terpencil yang mendapat perhatian sangat sedikit. Saya juga mahu fokus kepada hak wanita, dan kebajikan untuk semua,” katanya.

Katanya, beliau tidak berminat dengan kedudukan politik dalam parti, dan tidak ada rancangan untuk berbuat demikian pada masa depan.

“Saya tidak pernah terfikir untuk jadi Adun atau ahli Parlimen. Saya menyertai DAP untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Melati berkata, keluarga dan rakan menyokong keputusan itu walaupun mereka di luar lingkungan yang mengenalinya tidak begitu mengalu-alukan idea berkenaan.

“Di Malaysia, masalah perkauman sangat tinggi. Jadi bila saya masuk DAP, rakan kepada sahabat baik saya rasa saya khianati Melayu. Jadi mereka suruh rakan jangan berkawan dengan saya.

“Rakan dan keluarga berdepan banyak tekanan mengenai perkara ini, tetapi mereka tidak lepaskan kepada saya. Mereka melindungi saya daripada tekanan itu,” katanya.

Tetapi Melati sudah biasa dengan kontroversi – beliau menceritakan menerima mesej ancaman di telefonnya selepas menyertai bantahan untuk pendidikan percuma 3 tahun lalu.

“Ketika saya masih belajar di Unisel, orang tidak dikenali hantar mesej kepada saya cakap mahu pukul saya, rogol saya, hanya kerana mereka tidka setuju saya menyertai bantahan seumpama itu,” katanya.

Melati berkata, beliau tidak menghiraukan pesanan itu, dan memilih untuk melakukan perkara sama kali ini ketika berdepan dengan hinaan dan gelaran yang mencercanya di Internet.

“Kita tidak boleh halang orang bercakap apa yang mereka mahu. Jika saya balas, ia akan berterusan, jadi, saya hanya tunggu mereka penat dan berhenti,” katanya.

Ketika ditanya mengenai harapannya untuk masa depan Malaysia, Melati berkata beliau mahu kerajaan memperuntukkan lebih banyak bantuan kepada golongan kurang upaya dan yang memerlukan, selain menghentikan rasuah.

“Bagi masa depan saya – dalam tempoh 5 tahun, saya harap dapat membuka rumah kebajikan saya sendiri,” katanya.

Penang Wasabi..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2014 11:56 PM | Show all posts
Yeah...Islam ialah ugama universal..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 07:51 PM | Show all posts
biasalah  ni alasan biasa bagi liberalist . datanglah dengan purdah atau niqab.

Melati melihat agama sebagai perkara peribadi, dan tidak seperti PAS, yang mahu menukar Malaysia kepada negara Islam dan melaksanakan hudud, beliau mengambil pendirian lebih pragmatik berhubung isu berkenaan.

apa hujahnya kalau dikatakan : AGAMA ITU NASIHAT ?
agama islam tu umpama lebih daripada menjaga sepohon pokok

hmm kalau macam tu apasal berdakwah itu wajib ( dalam apa juga kapasiti , platform , cara   bentuk )
sejauh mana nak dikatakan urusna peribadai ( sure dalam hal nak pakai tudung ka purdah berjela macam dia kaaa sure ....ada tahap ) tapi  she herself tak kukuh pun teras nilai dia tentang apa yg perlu kita timbang dalam penentuan al haq dan kebenaran????

melati , you gotto read lee...


dan kenapa nak dihighlight dia niqab ke , jubah sampai ke tumit ? nak highlight inilah pemikiran URBAN??!! modern ? look she is wearing niqab but her thinking is good?

yelaaaaaaa bawah kaki nyer pemikiran bolehlah setuju.


“Agama adalah hak peribadi seseorang. Kita tidak boleh paksa orang jadi seperti kita, dan kita tidak boleh paksa orang buat apa yang kita mahu.

kat sini ayat quran itu selalu diguna makna kata tak der paksaan ...memanglah tak ada paksaan , Islam menyeru arah kebaikan , kesejahteraan, dan Islam juga mewajibkan hukum tertentu sebab Islam ni protectve dan sifatnya yg bertatah nilai konsisten sepanjang zaman hingga kiamat.itu beza norma islam dan norma ala humnisme secularisme atau 'moral' yg berubah ikut zaman.ada benda yg dilarang keras oleh Islam semara mata untuk jaga institusi keluarga dan masyarakat.

sure tapi jgn guna hujah seperti seseorang tu dulu  yg malaysia kini in trouble hahah sebab quote ad verbatim - kalau islam tertakluk juga pada apa yg disyar'ikan. Kita tak paksa cuma mengingatkan tapinya  ini hikmah laaa

kalau org kutuk rasulullah sebab jahilnya tak tah sifat wajib rasul tu apa - takkan nak biaq nak guna hujah yg sama , sedangkan pemikiran asas tu ke mana...iman itu dulu - faith -  percaya , benarkan dalam hati / iktiad dan amalkan seluruh anggota / ini manifestasi physical amalan ibadah selaras dengan tuntutan syara'. ini mmg kene tegur tegas la.







“Jika kita lihat kenyataan Tunku Abdul Rahman, beliau berkata Malaysia adalah negara sekular, tetapi Islam adalah agama rasminya.


ni penipu - dalam perlembagaan dikatakan Islam agama bagi persekutan dan agama lain bebas praktis agama depa dengan AMAN & TENTERAM - ada  frasa aman dan tenteram tuuu makna kata bukan sesaja tuylis tapi ikut konteks yg memelihara keamanan lah

so what ...kalau agama rasmi itu agama Islam  - well ini debat akademic...kalau  tanya ni  dekat pensyarah undang undang UIA ada jawapannua

tapi pokoknya  MElati - your have simplistic thinking
takut saya bila giolongan muda dikatakan celik tapi celikkah dalam sintesis apabila melibatkan nilai - yg kompleks?


Last edited by mbhcsf on 8-10-2014 08:05 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.065237 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list