CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2695|Reply: 6

Umno Kecewa Pesta Arak Di Shah Alam Diteruskan

[Copy link]
Post time 7-10-2014 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Umno Kecewa Pesta Arak Di Shah Alam Diteruskan


Wak Jengkol
5 Ulasan
Berita
Isnin, 6 Oktober 2014



TANJONG KARANG - Umno Selangor melahirkan rasa kesal dan terkilan terhadap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang meluluskan permohonan pemasangan papan iklan pesta arak 'Oktoberfest'.

Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan memasang iklan pesta arak itu di beberapa lokasi sekitar daerah Shah Alam itu dilihat tidak bersesuaian dengan persekitaran setempat.

"Waktu kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah dulu, iklan-iklan seperti ini tidak dibenarkan, sekarang ini iklan-iklan ini dilihat berdiri megah di sekitar Shah Alam.




"Bagaimana perkara ini boleh dibenarkan...Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin (Ali) sepatutnya peka dengan apa yag berlaku depan mata, jangan asyik nak cari kesalahan menteri besar (Selangor) sebelum ini sahaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Korban Perdana 2014 peringkat Parlimen Tanjong Karang di sini, hari ini.

Beliau berkata, Azmin perlu mengambil langkah segera bagi membendung perkara itu supaya bandaraya Shah Alam tidak lagi dicemari dengan pelbagai iklan arak.

'Oktoberfest' atau festival arak yang dianjurkan syarikat Carlsberg Malaysia itu telah bermula sejak 24 Sept lepas, di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Time Square Hotel.

Kemuncak pesta tersebut pula akan diadakan pada 10 hingga 12 Okt ini di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Terdahulu, Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang menyertai penduduk kawasan parlimen itu melaksanakan ibadah korban membabitkan 23 ekor lembu sempena Aidiladha semalam. - Bernama








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2014 11:55 PM | Show all posts
Datuk Seri Noh Omar ..cari publisiti murah
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 02:53 PM | Show all posts
Salaam.

Laa...ada lagi rupanya Noh nie?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2014 04:33 PM | Show all posts
betapa kuat dan jitu sokongan pas kepada DAPigs..tak ada yg berani komen yang lelaki tak ada teloq.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2014 05:46 PM | Show all posts
Pesta Arak Buih di Shah Alam, Sekali Lagi PAS Jadi Kambing Hitam



Bukan malang dan bukan musibah tetapi kerana terlalu terikat dan percaya kepada tahaluf siyasi yang tidak langsung menguntungkan PAS. Pada masa yang sama, teladan bagi kepimpinan yang terus membiarkan dan enggan bertindak terhadap kaum parasit yang berbaju PAS tetapi berjiwa, roh dan nafasnya adalah PKR dan DAP.

Kita tidak perlulah menuding jari siapa yang memulakan pesta arak buih ini. Yang pasti, Oktoberfest sememangnya merupakan sambutan hari beer sedunia yang telah disambut di Eropah semenjak puluhan tahun lampau tetapi baru sampai ke Malaysia selepas DAP mempunyai kuasa sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Benar, UBN sebenarnya telah membenarkan kilang arak bertapak di Malaysia. Guinness dan Carlsberg merupakan dua buah kilang pengeluar arak yang ketika didirikan dahulu, berada jauh dari kawasan penempatan manusia tetapi perubahan zaman membolehkan kedua-dua kilang ini akhirnya berada di tepi lebuhraya dan berhampiran pula dengan taman-taman perumahan.

Lebih malang lagi ialah apabila ada umat Islam yang bekerja di kilang-kilang arak tersebut tanpa sebarang perasaan malu atau takut.

UBN tidak boleh sama sekali menafikan, itu adalah sumbangan mereka kepada perkembangan dan kemajuan pengeluaran arak di Malaysia.

PAS pernah beriltizam untuk menghapuskan kilang-kilang arak ini apabila berkuasa di Selangor. Malangnya, PAS memang diberikan kuasa tetapi menerusi perkongsian dengan DAP dan PKR yang kita cukup tahu, amat bergantung kepada arak memandangkan sebahagian besar daripada mereka adalah peminum arak tegar yang menganggap, arak merupakan sebahagian daripada budaya hidup.

Bukan tidak ada pemimpin PAS yang cuba menghapuskan atau setidak-tidaknya mengehadkan penjualan arak terutama kepada golongan Islam, tetapi akhirnya apa yang berlaku ialah, DAP menggunakan kuasa mereka, memecat pemimpin PAS itu dan menggertak pemimpin-pemimpin PAS yang lain agar tidak sewenang-sewang atau berani-berani mengugut arak.

PAS kekal istiqomah dalam perjuangan menentang arak. Kecuali sebilangan pemimpin PAS yang telah dikenalpasti sebagai pemuja Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, yang bukan sahaja kuat membela arak, tetapi juga menyanjung budaya murtad atas nama kebebasan beragama dan bersuara.

Disebabkan itulah, DAP dan PKR mengambil keputusan untuk memastikan PAS berada dalam tekanan, kebimbangan, ketakutan dan teragak-agak untuk membuat keputusan. Mana-mana pemimpin PAS yang menentang DAP dan PKR, pasti akan dianggap sebagai pengkhianat. Lebih malang lagi ialah apabila DAP menganggap PAS tidak setia kepada Pakatan Rakyat kerana keengganan PAS untuk terus menjadi rubberstamp kepada DAP.



Ada soalan ditujukan kepada PAS, mengapa PAS yang 'berkuasa' di Selangor, tidak memansuhkan atau menghapuskan terus kilang-kilang arak di Selangor.

Jawapannya, PAS tidak pernah diberikan kuasa. Walaupun PAS merupakan sebahagian daripada perkongsian kuasa di Selangor, hakikatnya, bidang yang berkaitan amat dikawal ketat oleh DAP dan PKR. Sebarang cubaan untuk menembusi benteng yang didirikan oleh DAP akan berakhir dengan musibah sebagaimana yang berlaku kepada Hasan Ali. Manakala pemimpin-pemimpin parasit seperti Khalid Samad dan Dzulkefly Ahmad pula sudah bersiap sedia dengan bala tentera masing-masing untuk menyerang dan menghancurkan mana-mana pemimpin PAS yang dilihat 'mengkhianati' Pakatan Rakyat (baca: DAP dan PKR).

Di kalangan akar umbi PAS di Selangor sendiri pun, sudah dapat melihat perkara ini. Khairuddin Othman yang merupakan ADUN Paya Jaras sudah berulang-ulang kali dalam ceramahnya memberikan penerangan bahawa di sebalik PAS sebagai salah satu pemegang kuasa di Selangor, PAS sebenarnya tidak berdaya dengan kaki serta tangan PAS diikat oleh DAP dan PKR menerusi bantuan pemimpin parasit PAS. Begitu jugalah penjelasan yang dibuat oleh Iskandar Samad yang merupakan ADUN Cempaka merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor, turut mengakui PAS sebenarnya dikhianati oleh DAP dan PKR, bahkan hanya dijadikan sebagai umpan bagi mendapatkan sokongan pengundi-pengundi Melayu untuk Pakatan Rakyat di Selangor, sedangkan hakikatnya PKR dan DAP hanya mementingkan pengundi-pengundi bukan Melayu khususnya Cina.



Seharusnya dalam isu arak, PAS tidak ditohmah dan diserang kerana PAS memang tidak berupaya. Pun begitu, beberapa pemimpin muda PAS seperti Nik Abduh dan Nasruddin Hasan sudah pun menggerakkan penentangan ke atas Oktoberfest yang disokong kuat oleh DAP dan PKR biarpun pada masa yang sama, mereka terpaksa bersekutu dengan PERKASA, pertubuhan yang amat dibenci oleh DAP.


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2014 09:50 PM | Show all posts
Ye betul Pesta Arak besar besaran akan diadakan . Tapi ini semua berlaku ada sebabnya , jangan buat andaian sendiri sesuka hati apak kau ! Biadap betul ! Amran belasah kau nnt ..

Pernah dengar tentang IMAN ? Hmm , Amran memetik kata kata dari Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohammad pada 19 November 1985 di kampung Memali Baling Kedah Aloq Staq Kodiang Gua Kerbau ehh silap fakta pulak . Hihihi sorry .

Tun Mahathir pernah berkata .
" Kita buka kilang arak , pub pub dan kelab malam bukannya masalah . Kalau mereka mempunyai iman maka mereka tak akan pergi atau minum arak dan kalau mereka tak ada iman jadi mereka akan pergi. Jadi kalau rasa kita beriman apa masalahnya ? "

Betul lah apa yg dikatakan oleh Tun Dr Megatron Optimus Mahathir Prime Bumblee Bee Megan Fox What The Fox Say Te Neng Neng Neng Neng Whatefoxsayyyy . Setelah Amran mengkaji setiap dari kata kata Tun itu sendiri , Amran yakin setiap Kata kata Tun itu tidak akan dilupakan oleh Melayu itu sendiri .

Renung renungkan dan selamat Merenung .

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-10-2014 08:58 AM | Show all posts
SAH KO NI MEMANG TAK ADA IMAN...MAK PAK KO LAGI LAH.....DOK SAJA DI SABAH JE..MINUM LAH PUAS PUAS DI SANA...MEMANG ITU JANJI KAMU BILA MASUK SEMENANJUNG KAN?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.061510 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list