CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sellie003

{Contest AidilAdha} CAHAYA KORBAN (Tamat~18/10/2014)

[Copy link]
Post time 15-10-2014 01:43 PM | Show all posts
sellie003 posted on 15-10-2014 01:17 PM
caitt...

jgn marahlah sis... gurau je... tetiba ingat dialog tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2014 02:38 PM | Show all posts
Dalam perjalanan ke kebunnya, tak jauh dari gerai Pak Rahim, berkumpul sekumpulan orang kampung memenuhi gerai Pak Rahim. Seorang lelaki lingkungan 40-an rancak bercerita di hadapan pengunjung gerai. Gayanya bercerita bagaikan pemidato menentang penjajahan tanah air.

Yang mendengar pun tak kurang juga dengan pelbagai gaya. Ada yang santai sambil hisap rokok daun mendengar tenang, ada yang bersilang tangan hingga tak berkelip mata, ada yang melopong hingga tak sedar dah macam pintu gua…Cuma tunggu masa serangga berterbangan hinggap di situ yang disangka habitatnya yang bakal dihuni nanti. Ada juga yang sekali-sekala mengelap muka kerana tempias semburan cecair hamis dari mulut si pencerita yang elok berada di sebelahnya.

Zul memberhentikan lori di tepi jalan. Dah warung Pak Rahim strategik berada di tepi buat persinggahan pengunjung yang gemarkan teh tarik kaw Pak Rahim beserta nasi lemak Mak Melah Janda dan ada juga yang gemar bergosip di warung ‘hot’ Pak Rahim. Tak kurang juga hiburan turut ada di warung Pak Rahim. Nak tengok wrestling, bola, maupun karaoke pun disediakan. Jika tak gemarkan hiburan. Papan kerom dan dam aji termasuk dam ular ada disediakan. Mungkin akan ada meja snuker lepas ni.  Oh ya, kemudahan wifi klik masa depan di hujung jari anda pun ada di warung Pak Rahim ni.

Oleh itu, jangan anggap warung Pak Rahim hanya berdindingkan buluh dan atap nipah, dipandang sepi dan sipi sebelah mata. Dekorasi warung tradisional tetap dikekalkan. Ecewah.  

Zul menongkat lengannya di tepi cermin tingkap lori yang terbuka. Berkerut-kerut melihatkan suasana meriah agak jarang-jarang berlaku jika tidak ada ‘hot story’.

“Betul korang, aku baru lepas berak kat semak tu. Tengah syiok..syiok aku nak betulkan kain pelekat aku…zuss (si pencerita toleh ke kiri diikuti pengunjung yang lain)…zuuss (si pencerita berpaling ke kanan tetap pengunjung terikut sama..haih)…hilang…tup, tup…dah depan mata aku. Apalagi, takkan nak berjabat salam perkenalan dengan makhluk mata putih tu. Aku pun cabutlah.”

“Susah nak percaya cerita kau ni Abu. Kampung kita ni aman-aman aje. Jangan kata peragut, mat rempit pun tak berani buat bising kat kampung kita ni. Apa lagi hantu puaka semua. Tak berani nak buat perkara syirik maupun nak membela bagai.”

Pengunjung merokok daun tadi bersuara.

“Kau tak caya cerita aku ke Tok?” Yang lain memandang tepat ke muka perokok daun aka Tok.

“Bukan tak caya, cuma…kurang nak percaya.”
“Laahhh…sama jek tak percaya.” Semua pengunjung serentak berkata.
“Err…bila tu Abang Abu kena?”
“Haaa…tu dia detektif muda dah muncul.”

Abu tersengih-sengih mendekati Zul. Dia buka ceritanya malam tadi dari mula sampai akhir. Kali ini ada tokok tambah secara sengaja nak bagi sedapkan liku-liku yang dilaluinya malam sadis yang tak berapa sadis itu. Biasalah, bila cerita tu diulang-ulang, akan adalah versi aksi Jet Li, Ju-on, Nang Nak dan Titanic. Ahak, ahak….
  
Zul mengusap-usap bawah dagu bila fikirkan sesuatu. Zul pantang dengar cerita yang pelik-pelik. Mulalah sibuk nak ambil tahu dan menyiasat puncanya hatta kucing yang hilang sekalipun.

“Macam mana? Ada can ke abang masuk surat kabor?”
“Hahah…Abang Abu, buat lawaklah. Kenalah siasat apanya tu? tujuannya? Apa kesnya? Dan…motif pembunuhan eh…nak takut-takutkan abang..hehe…”

“Weh Zul, bunuh-bunuh tak nak abang. Kalau kena kacau hantu…okey je.”
“Mana ada hantu Bang Abu, syaiton ada lah…”
“Tak kisahlah Zul. Janji dapat masuk surat kabor. Adeh, adeh…”

Abu memegang perutnya tiba-tiba.

“Apa hal pulak ni bang?”
“Abang nak gi memerut jap…bai…”

Abu susup-sasap menghilang dalam semak belukar. Suka sangat memerut di situ. Tungau baru tau.

Zul kemudian bunyikan hon ke arah pengunjung warung sambil mengangkat tangan tanda memohon diri. Tak manis pulak kan datang singgah walaupun sekejap tapi buat sombong dengan orang sekampung.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2014 02:46 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 15-10-2014 01:43 PM
jgn marahlah sis... gurau je... tetiba ingat dialog tu...

tak marah...nasihat...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2014 02:48 PM | Show all posts
sellie003 posted on 15-10-2014 02:46 PM
tak marah...nasihat...

mcm kenal je trademark cerita apa tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2014 02:52 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 15-10-2014 02:48 PM
mcm kenal je trademark cerita apa tu...

madu tiga...butang baju mana pah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2014 03:03 PM | Show all posts
sellie003 posted on 15-10-2014 02:52 PM
madu tiga...butang baju mana pah?

P Ramlee sangat TT... bila nak sambung lg ni... tak sabar nak tau kisah selanjutnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-10-2014 09:43 PM | Show all posts
@Zamzam2013 ...jap..

Zul menaiki kapcai pulang dari surau usai solat Isyak. Entah apa malam ini, Zul berseorang melalui kawasan sunyi tanpa ditemani sesiapa melalui laluan denai ini. Zul antara jemaah yang paling lewat pulang selain imam dan AJK surau.

Zul sengaja pulang lewat nak berlama-lama dalam surau untuk berzikir dan sekaligus membaca beberapa ayat Al-Quran sebagai ingatan. Bagi Zul, membaca Al-Quran secara hafazan dalam surau lebih khusyuk dan beroleh ketenangan.

Memandangkan hari sudah jauh malam dan kebetulan jalan denai paling hampir ke rumahnya, dia tak kisah melalui jalan itu sekali-sekala. Pastinya, jalan denai bukanlah laluan kegemaran Zul. Malah, laluan kesukaan bintang buas mungkin munsabah. Terasa juga meremang bulu tengkuk apabila melalui jalan sempit dikelilingi hutan di kanan dan kiri.

Nak kirakan ego serta masih menebal sifat kelelakiannya. Tetap memberanikan diri merempuh liku-liku onak duri melawan ketakutan dalam hati. Di sebalik suluhan lampu kapcai di hadapannya, Zul menjadi tak tentu arah mengawal handle.

Apa taknya, ternampak sesuatu yang tak menyedapkan mata, hati, jantung dan khususnya otak yang dah mencerna yang bukan-bukan…arghh…tenang, tenang, istighfar, ingat Allah.

Lembaga di depan mata makin mendekat. Zul makin cuak. Kali ini, segala ego dan lagak berani demi pertahankan jiwa lelaki terhakis sudah. Lantaklah orang nak kata apa…tak naklah ‘benda’ tu mengikut sampai rumah.  Parah nak menghalau. Aku tak reti apa-apa hal mistik, mistikus sekalipun. Halau tikus retilah

“Allahuakhbar!!”

Bamm…!

“Arghhh…!”

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2014 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
ni mesti terlanggar anjelina joling
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2014 11:16 PM | Show all posts
Nasib Si Luncai Dengan Labunya

“Nek, nenek…Assalamualaikum..!”
“Wa’alaikum salam.”

Pintu dibuka dari dalam dan tatkala pintu dikuak, terjenggol Zul sedang memapah seseorang dipaut kebahu.

“Ya Allah Zul, apa dah jadi ni cu?”
“Pendek ceritanya nek.”
“Hmm…dah meh bawa naik kat atas rumah. Dah malam sangat ni.”

Zul mengangkat sedikit dan dirangkul erat pinggang seorang lelaki yang seakan tidak sedarkan diri. Perlahan dibawa ke bilik tidur dan diletak cermat tubuh lelaki itu atas katil.

Zul memandang simpati wajah lelaki yang berkerut-kerut dan nampak letih benar. Entah apa yang dilalui lelaki itu sehingga lesu begini.

Entah, entah, bini dia hilang kot. Tak pun anak yang hilang dan puas dia mencari. Atau, ada sesuatu yang dia hilang. Kalau orang, sah-sahlah kena report polis ye dak. Kalau bukan, kena cari baru betul-betul report.

Kenapa aku boleh teka dia sedang kehilangan sesuatu? Yang dia pi terhendap-hendap kat semak lepas tu menggagau siap panggil-panggil lagi…tak ke mencari namanya tu. Tapi, dia panggil siapa yang namanya Jibon?

“Arghhh, arghh…air, air…water, water…jus oren satu.”

Amboi, sempat lagi demand jus oren.

“Yelah Bang Dollah, aku bawakan air…air masak. Bukan jus oren. Dalam keadaan tahap koma macam ni kena minum air tanpa gula. Bagi elok peredaran darah. Ada faham.”

Betul ke teori ni? Ah, bantai ajelah.

“Tak boleh eh, jus oren?”
“Tak boleh. Serta-merta aku bawak air masak suam. Okey.”
“Bolehlah. Haus sangat dah ni.”

Zul ke dapur menuangkan air suam dalam mug buat Dollah separa pengsan.

“Nah, minumlah.”

Terketar-ketar Dollah menyambut mug huluran Zul. Usai ‘Bismillah’ setelah diingatkan Zul, dia menyisip perlahan-lahan hujung mug juga dianjurkan Zul mengalir air suam membasahi kerongkong.

Dollah menyerahkan mug kepada Zul. Dan berbaring selesa atas katil Zul.

Hai, jawabnya. Aku tidur bawahlah bentang toto.

Zul meletakkan mug atas meja rias. Kang nak kata meja solek macam bilik anak dara pula kan.

“Apa cerita ni bang sampai berlanggor pengsan-pengsan bagai. Abang cari apa sebenarnya? Siapa Jibon tu? Setahu akulah, kau mana ada anak lelaki. Anak perempuan berderet bersusun paku ada lah.”

“Woit Zul, aku kalau ada anak lelaki, takkanlah nak letak nama Jibon. Agak-agaklah.”

“Habis tu? Apa ‘menatang’ nya Jibon tu? Dan kalau abang dapat anak lelaki kali ni..nama apa nak bagi?”

Sempat Zul menyibok nak tahu segala.

“Jibon tu nama lembu akulah. Kalau anak lelaki abang..Insya Allah jika ada rezeki. Ingat nak letaklah nama Tom Cruise ke Johnny Deep ke Emma Maembong ke…eh tu nama perempuan. Heheheh…”

“Hekeleh demand nak nama Hollywood.”

“Kot, kot anak abang berpotensi menjadi pelakon Malaysia pertama setaraf menuju puncak ke Hollywood, siapa tau.”

“Dah, jangan nak merepek malam-malam buta ni bang. Tak lelap saya tidur mengerjakan kerenah abang ni. Cuba terus back to the story just now.”

“Oh, okey. Sebenarnya dari pagi tadi si Jibon kesayangan abang ghaib entah di mana. Puas abang cari sampailah malam kita saling berlanggaran tu. Itulah al kisahnya.”

“Abang ada cari tempat-tempat yang dia selalu pergi?”

“Eh dah, di mana ada rumput segar di situ ada ianya, di mana ada kebun yang subur tanamannya di situ juga…Opss…”

Apa? Terbeliak biji mata Zul dan Dollah dah ternampak bahang asap keluar dari telinga dan…hidung Zul.

“Oooo…patutlah sayur-sayur aku sejak kebelakangan ni punah seperti dihenyak binatang. Rupa-rupanya…eee…memang patut hilang si Jibon tu. Padan muka abang. Ni mesti ada yang dendam kat Jibon sebab angkaranya musnahkan kebun orang. Huh.”

“Err…Zul. Janganlah macam ni. Tolonglah abang carikan Jibon. Abang sayang kat lembu abang tu. Tengah mahal lembu ni sekarang. Tunggu raya korban aje abang nak jual mahal sikit. Tolonglah Zul…Puhlesss….”

“Wohh…kata sayang tapi nak jual mahal sikit. Pigidah. Lembu dengan tuannya sama aje…Spesis. Abang tau tak, Jibon hitam abang tu tak habis-habis ganggu Anjelina Joling kesayangan aku tau. Anjelina Joling tak sudi, Asyik mooo…moo aje marahkan Jibon tapi sibuk nak sondol-sondol. Biadap.”

“Okey, okey…kalau Zul carikan…abang akan tambat Jibon kuat-kuat jangan bagi lepas.”

“Janji?”

“Abang janji.”

“Jangan janji capati sudah. Nanti Jibon abang tu aku buat kuah capati.”

“Betul Zul, abang berpegang pada janji. Lembu dipegang pada talinya. Tak gitu.”

“Okey, pagi-pagi besok kita mulakan operasi cari Jibon. Tidurlah cepat. Nanti terlepas subuh.”

“Heheh….jangan kejut awal sangat yea Zul.”

“Hah, habis tu nak kejut pukul berapa?”

“Err..pukul 8.00?”

“Hishh..abang ni. Patutlah rezeki susah nak masuk. Subuh pun tak.”

Zul terus menarik selimut berbaring bertilamkan toto.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
sempoi yang amat si zul ya sis... kelakar pun ada...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2014 08:30 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 15-10-2014 10:08 PM
ni mesti terlanggar anjelina joling

zul syg sgt kat anjelina jolingnya...jgn harap nak biar merayap memalm...kira dah jd haiwan peliharaan zul si ajelina joling ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2014 08:34 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 16-10-2014 12:25 AM
sempoi yang amat si zul ya sis... kelakar pun ada...

zul mmg sempoi...org sekeliling yg gila2 sengal...hahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 08:56 AM | Show all posts
sellie003 posted on 16-10-2014 08:34 AM
zul mmg sempoi...org sekeliling yg gila2 sengal...hahahahha

hahaahahahahahaha....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2014 09:22 AM | Show all posts
Zul bersiap bersama Dollah hendak keluar rumah. Nek Teh awal-awal lagi sudah ke kelas fardu ain mengajar anak-anak penduduk setempat di surau. Setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis, rutin Nek Teh mengajar anak-anak kampung mengaji pada pagi hingga ke petang.

Nek Teh akan berbasikal ke surau walaupun puas ditegah Zul. Namun, alasan Nek Teh berbasikal mampu menyihatkan badan dan meriangkan otak melihat suasana kampung dipagi hari. Barulah sedikit demi sedikit Zul beralah. Tetapi Zul akan tetap memantau pergerakkan Nek Teh. Bagaikan doktor peribadi Nek Teh.

Betapa sayangnya Zul kat Nek Teh dia ni. Dah Nek Teh satu-satunya ahli keluarga yang dia miliki selain Anjelina Joling setahun lalu menjadi ahli keluarga mereka yang berlainan spesisnya, tetap Zul sayang.

Mooo…

Zul mencangkung dari bawah kolong rumah mengusap-usap Anjelina Joling sedang berehat santai sambil mengunyah.

“Orang pi kerja tau. Jaga diri elok-elok. Kalau ada jantan mengacau. Bagi high kick kat telur iorang (kata nama ia/iorang untuk binatang…huhu…) okey.”

Mooo…

“Bagus, bagus..”

Zul membongkok keluar dari bawah kolong dan menuju ke lori yang sedia menanti Dollah di dalam tempat duduk penumpang hadapan.

“Kau ni Zul, kemain melayan lembu betina kau macam layan kekasih hati.”

“Alah bang. Banyak jasanya Anjelina Joling kat aku tu. Taiknya tu buatkan tanaman aku subur. Lagipun, ia lah antara yang terbijak berbanding lembu-lembu yang ada kat kampung ni termasuk Jibon abang tu. Otak lembu sokmo. Hahahah..”

“Ewah, ewah…nak mengata aku bodoh macam lembu aku jugaklah tu. Merajuklah macam ni.”

“Haik, bila masa aku kata. Abang sendiri yang mengaku. Merajuklah, karang tak nak cari kang…baru tau.”

“Haih, gurau ajelah. Jomlah kita pekena kopi ke roti bakar ke sebelum operasi mencari.”

“Amboi bang. Patutlah beriya nak aku cari. Ada makna tersurat dan berselirat rupanya.”

“Alah Zul, kau kan tauke kebun. Berduit. Takkanlah abang sorang ni nak kemut kot…”

Bremm..bebebebe…. (enjin lori dihidupkan)

“Yelah, kita pi minum dulu. Abang tak mintak pun memang niat aku nak ke warung Pak Rahim. Nek Teh tak sempat buat sarapan kalau ada kelas fardhu ain dia kat surau.”

“Haih, untung aku dapat adik ipar macam kau ni. Best aje perilaku.”

“Dah, jangan buat lawak sengal. Abang mana ada adik perempuan. Kalau ada pun, tak naklah abang jadi abang ipar aku. Tak best.”

Zul menggerakkan lori menuju ke jalan utama dan menghala ke warung meletop ‘Pak Rahim Web Café’.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 09:36 AM | Show all posts
kelakar sungguh si zul ni... tauke ropanya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2014 12:41 PM | Show all posts
@Zamzam2013  ~ Tauke kebun sayur...


Sejak dua menjak ini warung Pak Rahim makin rancak dengan pengunjung. Tak kiralah belah pagi, tengahari, petang hingga membawa ke…oh tidak, disebabkan 3 shift diharung pengunjung kekerapan datang ke warung Pak Rahim dengan kadar luar biasa, makanya Pak Rahim isytiharkan warungnya tutup belah malam.

Segala bantahan bersurat hatta berpiket sambil membawa sepanduk di warung beliau tidak akan dilayan sama sekali. Pak Rahim akan menggunakan kuasa veto sebagai pemilik warung yang sah akan menyelak buku 555 beliau di hadapan pengunjung bantahan yang belum melunaskan hutang piutang mereka, makan dan minum tanpa bayaran akan diminta bayar secara pukal. Miahahaha….

Oleh itu, malam yang sepi Pak Rahim tutup warung awal sekali. Dikala siang harilah pengunjung tetap gerai di kalangan penduduk setempat memenuhi suasana siang hari itu.

“Peliklah, kenapa kampung kita sekarang kerap pula hilang lembu? Baru-baru ni, lembu si Jenab hilang. Kali ni, lembu Dollah pulak yang hilang. Lepas tu, lembu siapa pulak yang hilang?”

Masing-masing sunyi memikirkan kata-kata Amin sebentar tadi.

“Hah Zul, kau pun jaga-jaga dengan Anjelina Joling kau tu. Mana tau ada yang dah aim lembu kesayangan kau pulak ni.”

“Err…baik Bang Amin, aku kena lebih perketatkan kawalan keselamatan rumah lepas ni. Mmm..”

Zul mula tak sedap hati. Cuak juga bila Amin mengingatkannya. Bila memikirkan dia perlu membuat kurungan buat Anjelina Joling, tak sanggup pula rasanya. Anjelina Joling tidak pernah berkurung seperti dalam kandang lembu.

Tempat yang disukai Anjelina Joling adalah bawah kolong rumah mereka. Anjelina Joling suka suasana terbuka dan menikmati angin malam dan siang tanpa was-was. Berat juga Zul memikirkan permasalahan ini.

“Zul, kau kena kurung Anjelian Joling dalam kandang. Mana tau..”

“Aku faham Abang Dollah. Tapi Anjelina Joling aku tu…tak suka duduk kandang. Rimas katanya.”

“Hah? Lembu kau kata rimas kat kau. Biar betul?”

“Haip bang, jangan mengata Anjelina Joling aku lembu tau…ia lain dari yang lain. Abang jangan hina aku macam ni.”

Zul bangkit dari duduknya. Berang pula mendengar Dollah berkata begitu. Sedih tau.

“Lah, bila masa aku hina kau. Aku cuma cakap apa yang patut.”

“Dah abang mengata Anjelina Joling camtu. Aku terasa tau. Tak nak cari kang…”

“Okey, okey intan payung. Bujang sayang. Abang mohon maaf. Kool dawun (cool down) bebeh.”

Zul duduk dan beransur reda bila dipujuk. Hampir berlinang air mata. Ada sesuatu yang membuatkannya sentap jika dibangkitkan Anjelina Joling ‘lembu’. (Ada kisahnya yang menyiat hati. Wait and see).

“Tulah kau Dollah. Jaga-jaga mulut tu bila berkata. Bukan kita tak tau kisah si Zul dengan le…eh, Anjelina Joling kesayangannya tu. Apa daaa..”

Salah seorang pengunjung gerai mencelah.

“Aku tak sengajalah. Terperanjat tadi Zul cakap le…eh, eh…Anjelina Joling boleh kata ‘rimas’ kat Zul ni..”

“Biarlah, hanya Zul yang memahami koneksyen (connection/bukan carutan yea…dah lidah orang melayu bila sebut engelish…) dia dengan Anjelina Joling kesayangannya tu.”

“Yea ke Zul?”

“Hah?”

Zul mengelamun tadi saat Dollah dan suara mencelah berbual mesra. Zul hanya mengangguk sambil tersenyum sumbing. Bimbang lebih mendominasi hati Zul kala ini.

Apa aku perlu buat untuk melindungi Anjelina Joling dari di kidnapped?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2014 12:46 PM | Show all posts
apa cerita zul & angelina joling ni sebenarnya sis... mcm menarik jer...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 02:43 PM | Show all posts
bestnye cerpen sellie....kip pi dap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2014 08:00 PM | Show all posts
@Zamzam2013  ~ ada kisahnya, tungguuuu...

@redsentra  ~ thanks sudi baca cerpen yang ntah hapa2 nih...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2014 08:02 PM | Show all posts
Zul mundar-mandir memikirkan jalan di hadapan Anjelina Joling. Tau-tau keresahan hati tuannya, di hulurkan kepala minta diusap. Zul menghentikan langkah celarunya. Dia tersenyum segaris dan mendekati Anjelina Joling. Dia mengusap sayang Anjelina Joling penuh perasaan.

“Kau tau tak Anje? Orang risau keadaan kau sekarang macam tak selamat. Tadi…kat warung Pak Rahim, diorang sibuk bercerita pasal lembu-lembu hilang. Opp…jangan salah faham Anje, abang tak maksudkan Anje apa-apa. Cumanya….yelah. Pencuri tu bukan kira pun. Nak-nak musim korban ni. Agaknya, pencuri ni ada niat nak jual lembu-lembu yang dicuri buat modal jadi kaya. Who knows kan. Tapi, apa lagi alasannya. Yang tak boleh blah. Ada ke patut curi lembu orang dan jual buat korban kat orang lain. Kan ke bangang. Dah sah, sah haram di sisi hudud, qisas dan undang-undang Islam sejagat.”

Mooo….

“Tulah Anje. Abang dah buntu macam mana lagi nak buat. Kena buat sesuatu bagi Anje jangan jadi mangsa kidnapped lepas ni. Tak sanggup abang.”

Mooo…

“Apa? Biar betul Anje?”

Moooo….

“Sanggup? Tapi, abang tak sanggup.”

Mooo…mooo…

“Hmmm..betul jugakkan. Kena lah ada risiko kalau sanggup berkorban.”

Mooo…

“Takde ikhtiar lain lagi ke Anje?”

Zul mahukan Anjelina Joling menarik balik keputusan perbualan antara ‘telepati’nya dengan Anjelina Joling. Hanya mereka yang mengerti.

Mooo…mooooo….

Anjelina Joling seperti bertegas dengan keputusannya.

“Baiklah. Sebelum tu, bagi abang buat Sunat Istikharah dulu. Baru boleh deal keputusan muktamad. Boleh?”

Mooo…

“Bagus, bijaklah sayang abang ni.”

Zul memeluk erat tubuh Anjelina Joling.

“Woii…buang tebiat ko cakap dongan lombu.”

“Dah kronik bonar si Zul tu. Siap berasmaradana pulak dongan cik lombu dio. Hahhaha…” Ketawa duo berpadu serentak.

Zul lantas mengangkat kepala menala pandangan ke arah suara sumbang lagi harem jadah mengganggu ketenteramannya bersama Anjelina Joling.

Hekeleh, diorang ni lagi. Tak serik kena kejar dengan Anjelina Joling tempohari?

“Suka hati akulah nak cakap dengan pokok ke, sawah padi ke, dinding rumah aku ke…asamaradana dengan pokok pisang ke apa korang pedulik. Pigilah main jauh-jauh. Kacau aje aku dengan kesayangan aku ni.”

“Alahai, Komeng ekau dongar tak apo dio kato. Dah mereng dah tu.”

“Hai, botolah Kobeng, nak kono tipon hospital bahagio ni. Tet, tet, tet…(buat-buat dial handphone kat tapak tangan) Haluu…doktor spital sakit jiwo muleh bantu kami…hahahahah…”

Mooo…moooo….!! Anjelina Joling sudah mengais-ngais telapak kakinya ke tanah.

“A…alamak Komeng, lombu btino nak mengamok tu. Jom bolah jom…”

Kelam kabut Komeng nak start enjin kapcainya. Kobeng sudah menepuk laju-laju bahu Komeng minta cepat dan sehingga naik merah belakang bahu Komeng dibantai bertalu-talu secara pilu-piluan. Sakit wooo…

Moooo….!!! Anjelina Joling membuat larian dan kepalanya mara ke depan hendak menanduk dua beradik sebapa seibu bersaudara.

“Warghhh…!!” Komeng dan Kobeng saling terjerit-jerit dikejar sadis oleh Anjelina Joling.

Terbahak-bahak Zul di hujung tepi jalan melihatkan aksi lagak ngeri plus tragic drama dipentaskan khas untuknya petang ini. Terlupa sekejap kerisauannya hendak melindungi Anjelina Joling dan perancangannya bersama Anjelina Joling tadi. Last edited by sellie003 on 16-10-2014 08:03 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.067535 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list