CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1777|Reply: 5

Anwar Menghitung Hari

[Copy link]
Post time 9-10-2014 05:56 PM | Show all posts |Read mode
Home » Anwar Sodomy II » Ke Sungai Buloh: Anwar Menghitung Hari
Ke Sungai Buloh: Anwar Menghitung Hari



28-29 Oktober ini, merupakan masa yang menunggu Anwar Ibrahim, apakah beliau akan kembali ke Sungai Buloh, atau sebaliknya.

Dua hari telah tetapkan oleh Mahkamah Persekutuan untuk mendengar Rayuan Anwar berkaitan keputusan Mahkamah Rayuan 7 Mac lalu, di mana Defecto Leader PKR itu dijatuh hukuman 5 tahun penjara kerana didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya pada 26 Jun 2008 antara pukul 3-4.30 petang di sebuah kondominum di Bukit Damansara.

Sebenarnya, jika Anwar kembali ke Sungai Buloh, maka inilah kali kedua beliau menghuni penjara itu, kerana sebelum ini beliau pernah meringkuk di penjara itu selama 6 tahun kerana kesalahan yang sama sebelum beliau dibebaskan pada tahun 2004, semasa Tun Ahmad Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri.

Sekiranya Anwar kembali ke Sungai Buluh, maka jika mahkamah mengkuatkuasakan hukuman penjara 5 tahun tanpa pengurangan, maka Anwar akan dibebaskan pada umur 72 tahun, dan jika beliau ingin kembali ke arena politik, maka perlu menunggu 5 tahun lagi; ertinya beliau hanya akan boleh bertanding pada umur 77 tahun. Usia itu merupakan penamat kepada karier politik beliau.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2014 12:07 PM | Show all posts
yg ori kat cini...http://gelagatanwar.wordpress.com/

Talkin Azmin untuk Bang Non;)
Satu rombongan yang berjumpa MB di Bangunan SUK baru-baru ini merah muka apabila MB baru Selangor tidak memberi respon positif dengan kempen kononnya mendapatkan keadilan kepada Anwar dalam kes sodomi.
Malahan, rombongan kecil tersebut terpaksa menerima syarahan kecil Azmin tentang keperluan manusia INSAF dengan kesilapan lalu dan tidak mengulanginya lagi.
Antara intipati tazkirah Azmin:-
- Bezakan kesilapan sendiri; dengan kesilapan parti
- Allah tidak jadikan taubat NASUHA sebagai perkara main-main
- Tidak ada pemimpin yang lebih besar daripada harakah perjuangan
- Berapa banyak peluang yang perlu diberi
- PKR sudah perlu berubah. Tidak ‘person-centric’. Tetapi ‘perjuangan-centric’.
Rombongan kecil tersebut terkejut badak dengan kenyataan Azmin.
Bila ditanya samada geran Selangorku boleh membantu program bebaskan Anwar…Azmin hanya ketawa kecil. ‘Sudah-sudahlah tu. Kita banyak kerja di Selangor’.
Apa yang Azmin katakan ini sebenarnya sangat mengejutkan.
Daripada satu segi, Azmin sudah bersedia untuk keluar daripada bayang Anwar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2014 04:14 PM | Show all posts
BAGUIH LE GITU...DIA PUN DAH TAUBUAT NASUHA AGAKNYA...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2014 04:07 PM | Show all posts
ANWAR MEROYAN TELEFON, SMS DAN WHATSAPP SANA SINI DAN PANGGIL MESYUARAT TERGEMPAR MALAM TADI!!!10/15/2014 |




Tarikh 28-29 Oktober 2014 nanti seluruh dunia akan menyaksikan kes Liwat II Anwar yang akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.

Anwar sekali lagi berdepan dengan Tan Sri Muhammmad Shafee Abdullah, Timbalan Pendakwa Raya (TPP) yang tidak disenangi Anwar, kerana kelibat TPP itu menyebabkan Anwar dijatuhi penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan 7 Mac lalu. (Masih ingat apa yang berlaku pada 'malam 7 Mac itu'...???)

Pada perbicaraan itu nanti, selain pihak pendakwaan mahu mengekalkan sabitan terhadap pemimpin Umum PKR itu, juga pendakwaan mahu hukuman ditambah.



Anwar didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominum, Bukit Damansara antara pukul 3.01-4.30 petang.

Jika mahkamah mengekalkan hukuman apatah lagi hukuman itu ditambah, ianya bakal pengakhir kepada karier politik MP Permatang Pauh itu.

Anwar pernah dipenjarakan selama 6 tahun sebelum dibebaskan pada tahun 2004 kerana kesalahan yang sama.

Menurut sumber-sumber dalaman PKR, Anwar mengamuk sakan dan memaki hamun apabila mengetahui rayuannya untuk menggugurkan Shafee gagal buat kali ketiga. (Ambil anak Karpal dan barisan peguam-peguam gay-liberal tu memang ler gagal...Allah tak berkat)

Anwar juga tak lena tidur malam tadi dan memanggil semua balaci-balacinya untuk merancang dan berbuat sesuatu 'diluar jangkaan imiginasi' menjelang tarikh jatuhnya hukuman tersebut.

Taktik melengah-lengahkan masa dengan apa cara sekalipun adalah option dan modus operandibiasa yang akan digunapakai.

Rumah Anwar ada mesyuarat tergempar hingga lewat pagi membincangkan pelbagai strategi mengagalkan hari perbicaraan dan jatuh hukuman Liwat II.

Namun kali ini mungkin 'yang lebih teramat luar biasa' dan 'memberikan kesan yang teruk' hingga boleh menggagalkan hukuman dari dijatuhkan selain mungkin akan dilakukan sesuatu bagi 'mengalih perhatian' dan 'menimbulkan kebencian dan kemusnahan maksima mungkin' kepada kerajaan dan semua institusi kerajaan.

Yang pasti balaci Anwar telah bergerak sekarang!

Balaci Anwar sedia ada di dalam dan luar negara...

Pra hukuman, semasa hukuman dan pasca hukuman semuanya telah dirancang oleh balaci-balaci Anwar ini..  

"Ya Allah mereka merancang melakukan kejahatan, maka Engkau jua yang Mengetahuinya. Lindungilah dan selamatkanlah negara kami, agama kami dan bangsa kami dari kejahatan orang-orang yang berniat jahat. Sesungguhnya Engkau Maha Adil, Maha Mendengar, Maha Mengetahui siapa yang benar dan Engkaulah sebaik-baik Hakim yang Maha Berkuasa".





Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 12:14 PM | Show all posts
semlm ada solat hajat kat tapak expo seberang jaya
terdengar2 gak ceramah berapi2 sampai 11mlm++
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 02:54 PM | Show all posts
HAJAT APA?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.058277 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list