CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

*~{NOVEL}~*: CINTA ini, tak seindah biasa. (U) Bab 13... OH YEAH

[Copy link]
 Author| Post time 23-10-2014 04:35 PM | Show all posts

Bab 6... part 3



“Lepaskan akulah,” Safa Hawani masih cuba melawan.

“Mana kau nak lari? Ingat senang aku nak lepaskan kau lepas apa yang kau dah buat pada aku dulu. Kau malukan aku dan sekarang giliran kau pula Safa,” balas Aiman.

Aiman sudah seperti kerasukan. Kini tangannya, mencengkam kuat tangan Safa Hawani. Sedikit pun dia tidak menghiraukan rayuan dari Safa Hawani yang sedang diheretnya itu.

“Jangan buat aku macam ni Aiman,” Safa Hawani merayu lagi.

Air mata yang selama ini jarang kelihatan, mencurah-curah turun membasahi kedua pipinya. Selama ini dia mampu bertindak balas namun ternyata buntu akalnya saat menghadapi situasi sebegini. Dia sudah tidak dapat berfikir dengan waras akan tindakan yang perlu diambil kerana rasa takut lebih kuat membayanginya.

‘Ya Allah, selamatkanlah hamba-Mu ini,’ dia mula berdoa.

“Aiman, lepaskan aku,”

“Kau diam!” tengking pemuda itu.

Dia kemudiannya menolak dengan kasar Safa Hawani hingga jatuh terduduk di atas tanah yang dipenuhi rumput yang menghijau. Kini mereka sudah berada agak jauh ke dalam semak belukar yang tebal. Safa Hawani mendongak ke arah Aiman yang berdiri di depannya sambil mencekak pinggang. Dia cuba mengesot ke belakang tetapi Aiman pantas memegang kedua kakinya.

“Kau takkan dapat lari dari aku Safa,” tutur Aiman sambil gelak.

Safa Hawani sudah tersak-esak. Pemuda itu, bukan seperti dirinya sendiri. Perwatakan Aiman benar-benar berubah 360 darjah.

“Lepaskan aku Aiman. Lepaskan aku!” jeritnya dan semakin kuat dia meronta-ronta. Kemudian... PANG! Suasana senyap seketika. Pipi kanan Safa Hawani terasa begitu pijar lantas tangan kanan sudah melekap ke situ. Perwatakan Aiman yang berubah menjadi bengis begitu menggerunkannya. Dia menelan air liur.

“Kalau kau tak nak kena tumbuk... baik diam!” Dengan mata yang terjegil, Aiman mengugut. Safa Hawani kian didekati. Tangannya merentap tudung Safa Hawani yang sudah senget ditariknya tadi. Aiman menelan air liur. Saat melihat sebujur wajah cantik dan kini rambut gadis itu yang hitam pekat, panjang mengurai sedikit mengusik jiwa lelakinya. Dia selalu membayangkan, Safa Hawani berambut pendek.

Last edited by wipers81 on 23-10-2014 04:37 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 23-10-2014 04:35 PM
“Lepaskan akulah,” Safa Hawani masih cuba melawan.
“Mana kau nak lari? Ingat senang aku nak ...

kurang ajar punya aiman... iqbal cepatlah selamatkan safa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 04:57 PM | Show all posts

Bab 6... part 4



“Jangan Aiman,” nadanya kedengaran terketar-ketar dan semakin dia mengesot tubuhnya ke belakang.

“Kau nak ke mana? Sini sayang,” Aiman semakin menggila, lagak bagai perogol bersiri sedang dilakonkan.

“Jangan Aiman, jangan,” matanya dipejam sebaik muka pemuda itu betul-betul hampir dengan mukanya. Menggigil tubuh Safa Hawani, menahan asakan takut hingga tersekat-sekat nafasnya. Hembusan nafas pemuda yang menyentuh wajah, menambahkan lagi kegerunannya.

“Kau memang cantik Safa,” mukanya semakin didekatkan. Tiba-tiba,

“Aiman!” jerit satu suara.

Safa Hawani terus sahaja menolak muka Aiman dengan kuat hingga terlentang pemuda itu. Tanpa menunggu lama, dia berlari ke arah empunya tubuh yang menjerit tadi.

“To..tolong... aku Iqbal,” kata Safa Hawani tersekat-sekat bercampur esakan.

Hoi Mat Patah! Kau jangan nak masuk campur,”

“Aku kena campur juga. Safa tu kawan aku,”

“Lebih baik kau blah sebelum betul-betul patah kau aku kerjakan,” gertak Aiman.

“Kau ingat aku takut!” Muka bengis, jelas dizahirkan oleh Ahamd Iqbal.

“Kau nak rasa sangat ke?” Aiman mengetap gigi, bergerak-gerak rahangnya.

“Kalau kau nak jual, aku sudi beli Aiman,” Ahmad Iqbal berlagak bersahaja. Tenang sahaja air mukanya.

“Kau siapa nak cabar aku!” Herdik Aiman.

“Aku, lelaki macam kau,” kata-kata Ahmad Iqbal mengundang tawa Aiman. Terbahak-bahak dia ketawa.

“Kau... lelaki macam aku?” Aiman ketawa lagi.

“Safa, lebih baik kau ke tepi. Aku tak nak kau cedera nanti,” suruhnya.

Safa Hawani memandang Ahmad Iqbal yang berdiri di depannya dengan mata yang terkebil-kebil. Ahmad Iqbal? Betulkah itu Ahmad Iqbal yang ‘lemah-lembut’? Menyedari keadaan agak genting, Safa Hawani menurut arahan itu. Sambil mengatur langkah menjauh, dia menyarungkan tudung ke kepala. Teresak-esak dia, begitu sedih mengenangkan nasibnya yang hampir sahaja menjadi mangsa nafsu serakah Aiman.

“Apa yang kau tunggu lagi Aiman? Aku dah bersedia ni,” cabar Ahmad Iqbal.

“Kau...” terus sahaja dia meluru ke arah pemuda ‘patah’ itu namun dia terbabas sebaik Ahmad Iqbal mengelak serangannya.

Last edited by wipers81 on 23-10-2014 05:00 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 05:02 PM | Show all posts
terus jem safa ye... xdaya nk melawan...

aiman dah kena sampuk...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 05:05 PM | Show all posts
merahsilver2U posted on 23-10-2014 05:02 PM
terus jem safa ye... xdaya nk melawan...

aiman dah kena sampuk...

Nak buat macam mana, 'keras-keras' Safa dia tetap perempuan. Selindunglah kelembutan, akan terbongkar jua akhirnya.

Aiman, disampuk serakahnya. Kerana dendam cintanya ditolak mentah-mentah, tergamak mahu menodai gadis itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 05:37 PM | Show all posts

Bab 6... part 5 & 6



“Kurang ajar kau Iqbal!” Dia meluru lagi.

Panas hati Aiman dengan tindak balas Mat Patah itu. Namun sekali lagi Ahmad Iqbal dapat mengelak serangannya dan kali ini nasibnya agak malang apabila belakang tubuhnya ditendang oleh pemuda berperwatakan lembut itu. Muka Aiman sudah menyembam ke tanah.

“Tak guna!” Pekiknya lalu mengangkat tubuh perlahan-lahan. Sebaik berdiri dengan tubuh dapat diseimbang dengan betul, Aiman memandang wajah tenang Ahmad Iqbal dengan pandangan marah. Pemuda patah itu dilihat masih teguh berdiri, memasang kuda-kuda. Ternyata, selama ini dia terlalu memandang rendah akan Ahmad Iqbal.

“Tunggu apa lagi Aiman, mari.” Cabar Ahmad Iqbal.

“Jangan harap aku akan termakan umpan kau lagi,” terus dia berlari mendapatkan Safa Hawani yang entah bagaimana berdiri tidak berapa jauh dengannya.

“Safa... lari,” pekik Ahmad Iqbal.

Safa Hawani yang tersentak, bagai terpasung kakinya. Dia tidak pula lari. Rasa terkejut dengan apa yang berlaku di depannya, membuatkan dia pegun di situ. Sebaik Aiman mahu dekat dengannya...

“Nah, ambil ni Aiman!” Satu tendangan padu hinggap di rusuk kiri Aiman menyebabkan pemuda itu jatuh mengiring ke kanan.

“Tak guna kau Iqbal,” rintih Aiman. Dia menyeringai kesakitan di atas tanah itu.

“Cepat Safa, jom pergi,” tanpa sedar, Ahmad Iqbal menarik lengan Safa Hawani yang mukanya pucat lesi. Saat tangannya mendapat sasaran, Ahamd Iqbal tersentak! Safa Hawani sedang menggigil ketakutan.

“Safa, jangan takut. Aku ada,” pujuknya.

“Iqbal...” terketar-ketar bibir Safa Hawani. Dia tidak mampu berjalan. Lututnya benar-benar terasa longlai. Dia mengangkat muka, memandang Ahmad Iqbal di depan. Matanya tiba-tiba meluas dan dia,

“Aiman... jangan!” jeritnya sebaik melihat Aiman mahu menyerang temannya dari belakang. Namun agak lambat dan Ahmad Iqbal sudah menerima tumbukan di muka. Imbangan tubuhnya goyah dan dia kini terduduk ke tanah.

“Kalau dah lembik tu, lembik juga,” ejek Aiman. Dia mula mendekati Ahmad Iqbal yang sudah berdiri dengan tangan kanan dikepal. Aiman, bersedia untuk melakukan satu lagi serangan.

“Siap kau Iqbal!” Aiman menyerang.

“Tak semudah tu Aiman,” pantas Ahmad Iqbal menahan tumbukan itu dan satu tumbukan padu hinggap di perut Aiman hingga membuatkan pemuda itu terduduk. Ahmad Iqbal mahu melayangkan satu lagi penumbuk ke muka bedebah itu namun,

“Iqbal, jangan!”

Ahmad Iqbal tersentak dan serta-merta berhenti. Dia menoleh ke arah Safa Hawani yang duduk melutut sambil teresak-esak. Aiman, ditolak hingga terlentang ke tanah. Pantas dia menapak ke arah gadis itu. Bahu gadis itu diraih, membantu Safa Hawani berdiri. Hampir terlupa dia akan kewujudan gadis itu.

“Kau bernasib baik Aiman sebab Safa ada. Kalau tak... kau sendiri tahu nasib kau. Aku akan adukan perkara ni pada Tok Samad. Kau, tak akan terlepas,” ujarnya dengan geram. Dia melangkah meninggalkan Aiman yang sedang bergulig-guling kesakitan. Tumbukannya, memang sangat kuat tadi.


Last edited by wipers81 on 23-10-2014 05:41 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-10-2014 08:54 PM | Show all posts

Bab 7... part 1



Safa Hawani masih dengan esakan. Terhinggut-hinggut kedua bahu mengikut rentak esak tangisnya itu. Dari tangis yang mendayu-dayu hinggalah bertukar ke tersedu-sedu. Entah bila tangisannya akan berhenti sepenuhnya? Emak, dari tadi tidak berenggang dari sisinya. Dia kini sudah berada di rumah Tok Samad bersama ahli keluarganya. Manakala Aiman, duduk di sudut lain bersama ayahnya. Aiman, anak orang berada namun telah kematian ibu tercinta sejak kecil lagi.
            
“Macam mana kamu boleh jadi macam ni Aiman? Kenapa tergamak buat Safa macam ni?” Kepala Tok Samad digeleng berkali-kali. Budak-budak muda sekarang, macam-macam hal. Matanya, merenung tajam pemuda yang lebam di muka yang hanya menunduk sahaja sejak dari tadi.
            
“Saya minta jasa baik tok dan Abang Ramlan, jangan perbesarkan hal ni,” pinta Encik Arshad ayah kepada Aiman.
            
“Senangnya kau cakap Arshad. Habis, macam mana dengan anak aku ni?” Marah Encik Ramlan.
            
“Abang sebut ajelah berapa yang abang nak,”
            
“Jangan ingat, duit kau boleh beli maruah aku. Kami pun ada harga diri!” herdik Encik Ramlan. Semakin geram pula dia dengan lagak lelaki itu yang seperti sedang memijak-mijak harga dirinya.
           
“Bukan macam tu bang. Saya...”
            
“Sudah! Jangan nak bertekak pula. Arshad, kau tak boleh buat macam tu. Perkara ni melibatkan maruah tahu. Kau jangan ingat dengan duit, kau boleh buat apa aje! Aku rasa, ada baiknya, perkara ni di bawa ke tengah.” Tegas Tok Samad.
            
“Tolong tok, saya merayu sangat-sangat. Mana saya nak letak muka kalau perkara ni tersebar. Malu saya tok,” rayu Encik Arshad yang semakin buntu. Dijeling tajam anak lelakinya.
            
“Tengok Aiman. Tahu pula ayah kamu erti malu tapi kenapa kamu tak fikir semua ni sebelum bertindak? Itulah, ikutkan sangat nafsu lelaki kamu yang satu tu. Hah, inilah padahnya.” Bebel Tok Samad.

Last edited by wipers81 on 23-10-2014 09:00 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 09:50 AM | Show all posts

Bab 7... part 2



“Saya tak kira tok, anak saya perlu dibela.” Sampuk Encik Ramlan.

“Abang Ramlan, cakap aje apa yang perlu saya buat. Janji jangan di bawa ke tengah. Tolonglah saya bang,” semakin terdesak Encik Arshad.

“Macam mana ni Ramlan?” Dahi Tok Samad kelihatan berlapis-lapis, memandang ke arah Encik Ramlan yang sedang merah mukanya.

“Tok pula, macam mana?” Encik Ramlan menyoal kembali.

Hesy,tanya aku pula. Tu, anak kau jadi kaulah patut buat keputusan.”

Sudah, bertikam lidah pula mereka berdua itu. Encik Ramlan berdecit kemudian nafasnya dihembus manakala Tok Samad, menggosok dagunya yang berjanggut putih seciput. Keadaan berlalu sepi seketika.

“Macam ni ajelah Arshad,” Encik Ramlan menghela nafas yang agak panjang kemudian menyambung, “kalau kau tak nak hal ni dipanjangkan, aku terima tapi dengan syarat...”

“Cakap aje apa syaratnya bang. Saya terima,” celah Encik Arshad.

“Aku tak nak tengok Aiman dalam kampung ni lagi,”

“Apa pakcik?” Aiman terkedu.

“Ya, itu syaratnya. Macam mana?” Silih berganti pandangan Encik Ramlan, antara Aiman dan ayahnya.

Lambat-lambat Encik Arshad menjawab, “baiklah Abang Ramlan, saya setuju,”

“Ayah!” Aiman memandang ayahnya. Mengharapkan simpati.

“Keputusan ayah muktamad Aiman,” matanya dijegil ke arah anak tunggalnya itu. Dia berpaling semula ke arah Encik Ramlan dan berkata, “yalah Abang Ramlan. Kalau itu yang abang nakkan, saya ikut. Beri saya tempoh tiga hari, lepas tu saya akan hantar Aiman jauh ke Perlis, rumah adik lelaki saya.”

“Ramlan,” panggil Tok Samad.

“Aku minta maaf Arshad. Bukan niat aku nak renggangkan hubungan kau anak-beranak tapi aku terpaksa. Lagipun, kita tak boleh awasi anak kita 24 jam. Aku tak nak benda ni berulang lagi. Hari ni, masih terlindung budak-budak ni dari perkara yang tak elok. Ke depan hari, kita tak tahu lagi? Aku harap, kau faham dan tak salahkan aku ambil tindakan macam ni,” panjang bicara Encik Ramlan. Sekeliling rumah Tok Samad, matanya meliar. Melihat reaksi semua yang ada di situ.  

“Saya yang patut minta maaf bang sebab tak pandai didik anak,” sedikit sebak nadanya kedengaran. Semua mata memandangnya.

Encik Arshad sedar, tiada gunanya dia bertikam lidah, memanjangkan hal yang memang kebenaran tidak akan berpihak kepada Aiman. Dia pun hairan dengan perubahan Aiman, anak yang selama ini baik perilakunya tetapi mengapa berubah sedemikian rupa? Mengapa anaknya itu tergila-gilakan Safa Hawani. Matanya memandang gadis yang kini sudah berhenti menangis namun masih tersedu-sedu. Satu kampung tahu, Safa Hawani, seorang gadis yang mempunyai lagak keras. Bukanlah calon menantu idaman bagi setiap ibu yang mempunyai anak teruna di kampung itu. Jauh di sudut hatinya, Safa Hawani mempunyai raut wajah yang cantik dan hanya Aiman punyai jawapan, mengapa gadis itu dikejarnya?



Last edited by wipers81 on 24-10-2014 09:53 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 10:26 AM | Show all posts
best cerita wipers..

nanti Aiman bawa diri..lepas tu kembali dengan satu dendam..mungkin..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 10:29 AM | Show all posts
Ipo posted on 24-10-2014 10:26 AM
best cerita wipers..

nanti Aiman bawa diri..lepas tu kembali dengan satu dendam..mungkin..

hehehe, bagus andaian Ipo.
Saya garap lain sikit, nak lari dari yang dah klise.

Nantikan...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 10:31 AM | Show all posts

Bab 7... part 3


Beberapa hari selepas peristiwa itu...


“Puas hati kau sekarang!”

Safa Hawani terkejut dengan herdikan itu pantas berpaling. Matanya dijulingkan ke atas sebaik empunya tubuh dipandang. Lekas-lekas dia memalingkan wajah. Gerutunya, ‘menghadap sungai ni lagi baik dari mengadap muka kau’.

“Sejak bila dah jadi pekak ni?” Geram dia melihat Safa Hawani yang buat tidak endah dengan kehadirannya.

“Apa masalah kau ni Hana?” tanyanya. Wajah diva itu langsung tidak dipandang. Meluat pula dia.

Hana merengus, “kau... kau masalah aku. Kerana kau, boyfriend aku kena hantar jauh. Puaslah hati kau sekarang?” Dia mencekak pinggang. Mahu saja kepala Safa Hawani ditunjal sebaik dia melihat gadis itu mencebik bibir.

Ha ah, memang hati aku puas!” jawab Safa Hawani. Tahap meluatnya sudah semakin bertingkat-tingkat.

“Kau memang cemburukan aku dari dulu, kan? Kau memang tak senang tengok aku dengan Aiman, kan?”

Safa Hawani menjulingkan lagi matanya ke atas. Dia menghembuskan nafas dan kemudian menggigit bibir bawah pula. ‘Apa masalah minah ni?’ gerutunya geram.

“Kenapa diam, jawablah! Kau memang cemburukan aku...”

Hei Hana! Kau ni apa hal hah? Aku, tak pernah kacau hidup kau tau. Kau kan diva. Kenapa pula aku yang tak cantik ni nak cemburukan kau!” Tinggi rendah nadanya.

“Kau Safa,”

Wei Hana. Sudah-sudahlah tu. Kau ni tak habis-habis nak cari pasal dengan Safa. Apa yang Safa buat kat kau sampai macam ni sekali kau benci kat dia?”

Last edited by wipers81 on 24-10-2014 08:52 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 10:35 AM | Show all posts

Bab 7... part 4



“Kau diamlah Iqbal!”

Eh eh, aku ada mulut, suka hatilah nak cakap apa.”

“Memang patutlah hanya kau aje yang jadi kawan Safa. Korang ni spesis yang terancam. Memang sesuai sangatlah kalau korang berdua bersatu.”

“Amboi mulut, spesis terancam kau kata kami. Yalah, kami ajelah yang terancam. Tapi spesis macam kau tu berlambak di pasaran dunia tau. Spesis suka dengki kat orang. Bersepah sana sini,” sangkal Ahmad Iqbal. Ternyata, kelancangan mulut Hana semakin terserlah sekarang. Benar-benar lazer mulutnya itu.

“Kau kan Iqbal, menyibuk aje. Memang padanlah dengan gaya ‘gayah’ kau tu. Mulut macam longkang,” Hana menghambur seranah.

“Habis, mulut kau macam apa? Macam ‘tongkeng’ ayam? Pot pet macam mak nenek. Hallo minah pot pet, muka kalau cantik tapi kalau mulut macam mak nenek, lari laki nanti. Jaga mulut kau tu sikit! ”

“Kau Iqbal...”

Ish, sudahlah korang berdua ni!”

“Safa,” kata-kata Ahmad Iqbal tersekat di situ.

“Macam ni ajelah Hana. Apa kata kau pergi cari boyfriend kau tu dari bertekak dengan aku. Tak ada faedahnya pun. Takut nanti, boyfriend kau tu lari lagi jauh pula. Aku datang sini, nak tenangkan kepala aku yang berserabut ni. Kau pula datang macam angin ribut, terbang habis semua tenang aku. Aku rasa, baik kau balik aje Hana. Google aje, cari kat mana kekasih kau tu.”


Pedas kata-kata Safa Hawani itu hingga mampu membahangkan hati Hana. Dia mengecilkan mata sambil menggigit kedua bibir yang bersalut gincu merah. Bagai mahu berasap kedua telinga mendengar kata-kata gadis itu. Kecil besar matanya memandang Safa Hawani yang sedang duduk di tebing sungai. Hingga hari ini, Hana masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi kepada Aiman dan apa kaitannya dengan Safa Hawani? Menambahkan lagi kehairanannya ialah, mengapa Aiman perlu keluar dari kampung itu?

Last edited by wipers81 on 24-10-2014 10:38 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 04:17 PM | Show all posts
cegitu posted on 24-10-2014 04:13 PM
Terima kasih TT

cegitu, terima kasih untuk apa?

Sama-sama, jawapan saya.

Doakan, karya ini juga akan muncul dalam versi cetak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 08:45 PM | Show all posts

Bab 7... part 5



“Apa yang kau tercegat kat situ lagi Hana? Cepatlah pergi cari buah hati kau tu,” gesa Ahmad Iqbal. Semakin menyampah dia melihat diva yang memang terlebih perasan itu.
            
“Siap kau Iqbal! Safa, jangan ingat kau akan terlepas. Dendam aku kat kau tak pernah padam. Lepas aku dapat ‘korek’ apa yang terjadi nanti, kau akan dapat malu,” Hana berkata dengan penuh geram.
            
“Suka hati kaulah Hana. Takut nanti malu tu terpalit pada kau semula. Aku nasihatkan, tak payahlah nak sibuk-sibuk ,ambil tahu apa yang terjadi,” nasihat Ahmad Iqbal. Dia mengerling sekilas ke arah Safa Hawani yang duduk di sebelah. Gadis itu... hanya diam saja dari tadi.
            
“Okey, tak apa. Hari ni hari korang, hari aku akan tiba juga.”
            
Hana melangkah pergi sambil menghentak-hentak kakinya. Bertelingkah dengan pasangan sahabat itu selalu saja tewas memihaknya. Nasib baiklah Ahmad Iqbal itu lelaki kalau tidak, sudah ditonyoh mulut ‘gayah’ itu dengan seliparnya. Hana menghidupkan enjin motorsikal, sengaja ‘dingaumkan’ bunyi motornya itu hingga berkepul-kepul asap keluar dari ekzos motornya.
            
Safa Hawani masih memusatkan pandangan ke sungai manakala Ahmad Iqbal pula memandang Hana yang sedang memecut motor, menggeleng berkali-kali. Dia tidak faham dengan perangai Hana yang begitu mencemburui Safa Hawani dari dulu lagi.
            
“Kalah perangai mat rempitlah minah diva tu,” sungutnya dan menyambung, “bunyi motor macam ribut, jalan macam siput,” lantas dia tergelak kecil.

Ahmad Iqbal mengalih pula pandangan ke arah Safa Hawani yang berlagak bagai orang yang tiada berperasaan. Dia menghela nafas. Awal tadi, dia ke rumah Safa Hawani namun hampa apabila Makcik Rohaya mengatakan gadis itu tiada. Hatinya kuat mengatakan bahawa Safa Hawani pasti ke tempat yang biasa mereka lepak. Mata Ahmad Iqbal merenung sisi kiri wajah gadis itu yang beraut kelat namun masih kelihatan tenang. Dia kagum sebenarnya dengan ketabahan Safa Hawani yang tidak terlalu melayan trauma.

“Safa,” panggil Ahmad Iqbal.

Hmm,” itu sahaja yang keluar dari mulut Safa Hawani. Dia meletakan dagu ke lutut dengan pandangan di hala ke depan. Begitu jauh renungannya, seolah-olah dapat menembusi imej-imej di situ.

“Safa, kau macam mana? Dah rasa okey ke sekarang?”

Last edited by wipers81 on 24-10-2014 08:52 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 09:04 PM | Show all posts

Bab 7... part 6



Safa Hawani mengangkat mukanya perlahan-lahan, memandang Ahmad Iqbal. Jelas dia melihat mata pemuda itu sedikit terbeliak.

“Bibir kau,” terkejut Ahmad Iqbal sebaik melihat bibir sebelah kanan Safa Hawani, terdapat kesan lebam yang sudah sedikit kekuningan warnanya.

“Tak ada apa, dah kurang sikit.”

“Kenapa tak cakap kat aku hari tu? Biar aku ajar cukup-cukup Aiman tu!” Tangannya sudah dikepal.

“Iqbal, dahlah. Yang penting dia dah jauh dari sini.” Perlahan nada suara Safa Hawani.

“Sakit tak?” Sedikit mengendur suaranya. Safa Hawani sudah tergelak kecil. Apa punya soalan yang ditanya oleh Ahmad Iqbal?

“Aku tak buat lawak Safa,” tegasnya.

“Ya, tahu. Dah tak sakit pun. Iqbal...” Safa Hawani menyulam senyum.

“Kenapa?”

“Amboi nada kau, garangnya. Janganlah marah,” gelak lagi Safa Hawani apabila menyedari Ahmad Iqbal sedang memainkan watak seorang lelaki dan dia pula sebaliknya.

“Kenapa kau gelak lagi?” Berdebar pula hati Ahmad Iqbal.

“Saja nak gelak. Iqbal... terima kasih sebab selamatkan aku hari tu. Aku nak tanya, kat mana kau belajar silat?” Terluah juga soalan yang tersimpan untuk beberapa hari.

“Perlu ke kau nak tahu?” Dia melihat Safa Hawani menggangguk.

“Kat mana lagi, kat atuk akulah.”

“Atuk kau? Atuk yang mana?” Safa Hawani mengerut kening. Setahu dia, Ahmad Iqbal mana ada atuk?

“Belah mak aku. Kira macam atuk saudaralah,” terangnya apabila melihat Safa Hawani sedang terpinga-pinga.

Oh. Kalau macam tu bolehlah kau ajar aku?” Lagak Ahmad Iqbal ditiru, menjongket kening berkali-kali.

“Kau tak payah buat macam tulah Safa. Nak tergelak aku.”

“Alah, bolehlah Iqbal. Sekurang-kurangnya, kalau jadi apa-apa kat aku bolehlah aku bantai balik orang tu.” Pujuk Safa hawani.

“Tak payahlah. Aku akan selalu ada kat sisi kau. Aku janji akan jaga kau,”

“Sampai bila Iqbal? Satu hari nanti, kita akan bawa haluan masing-masing. Yang asas pun tak apalah,” Safa Hawani masih mahu mencuba nasib.

“Yalah, yalah. Nanti aku ajar. Dah, cukuplah kau sedih-sedih sehari dua ni. Kau kena kuat. Ingat, apa yang jadi aku harap tak melemahkan kau Safa. Bukan salah kau tapi lelaki kat luar yang terlalu layankan sangat nafsu serakah sampai akal yang dikata ada 9 tak boleh pakai.”

“Insya Allah, Iqbal. Terima kasih sebab sudi jadi kawan aku,” nadanya kedengaran sebak. Manik-manik jernih, mula jatuh dari tubir matanya. Hati perempuannya, terusik dengan apa yang dikata pemuda itu.

“Janganlah nangis. Karang aku pun join sekali.”

Safa Hawani tergelak kecil. Ces...masih berbaki banyak lagi kelembutan di dalam diri Ahmad Iqbal. Boleh pula dia melihat mata pemuda itu digenangi air. Akhirnya... mereka tertawa bersama.



Last edited by wipers81 on 24-10-2014 09:07 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 24-10-2014 04:17 PM
cegitu, terima kasih untuk apa?

Sama-sama, jawapan saya.

Insyallah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 10:38 PM | Show all posts

Bab 8... part 1



Enam tahun kemudian...

Langkah yang dihayun kalau boleh dipanjangkan sejengkal lagi sudah pasti dilakukan. Tergopoh-gapah dia hari ini. Langkah ‘kepit’ bagai perempuan sejati yang sudah beberapa tahun diamalkan, ternyata pincang hari ini. Pagi yang sangat kelam kabut, tidak pernah lagi dialami seumur hidup. Mengapa perlu dia terlewat bangun di hari yang penting ini? Sudahlah sesi temuduga akan berlangsung sebentar lagi, boleh pula dia terlambat bangun.
            
“Harap mahal aje jam loceng tu, habuk pun tak guna. Menyesal aku beli. Dahlah mahal,” rungutnya. Terkumat-kamit dia ketika itu. Rengusan demi rengusan, sudah banyak kali kedengaran. Bersiap pun, ala kadar saja. Mujurlah baju yang mahu dipakai telah siap digosok semalam.

“Kak Sal pun satu! Kenapa tak kejutkan aku? Payah betullah dengan kakak sepupu aku yang sorang tu,” masih lagi meneruskan rungutan dan kali ini mengenai kakak sepupunya pula. Langkah semakin dilajukan. Kasutnya jika beroda pasti dia sudah berada di tempat temuduga itu sekarang.

Kedebuk! Dia sudah tergamam seketika. Bibir bawah sudah digigit saat melihat wanita yang dilanggar sedang merenung tajam ke arahnya.

“Ma..maaf cik, saya tak sengaja,” ucapnya. Air liur yang ditelan, bagai tersekat di kerongkong apabila melihat wanita itu memandangnya atas bawah dengan kening kanan dijongketkan.

“Awak buta ke?”

‘Mak ai bahasa,’ gerutunya sambil mata memandang wanita yang berpakaian korporat.

“Sekali lagi, maafkan saya,”

“Saya hadap sangat dengan maaf awak tu? Lain kali kalau jalan tengok depan,” kata wanita itu. Tanpa menunggu lama, wanita tersebut melangkah pergi sambil memberi satu jelingan yang benar-benar tajam.
            
“Sombong! Ingat aku suka-suka langgar dia ke?” katanya lalu mencebik.

Last edited by wipers81 on 25-10-2014 10:42 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 10:41 PM | Show all posts

Bab 8... part 2



Dirinya yang sedang tercungap-cungap kerana kepenatan sedang ditenangkan. Macam mana tidak tercungap, melilau dia ke sana sini, mencari di mana bilik temuduga. Nasib baik jumpa. Berat benar mulutnya mahu dibuka untuk bertanya pada kakitangan yang terserempak dengannya.
            
“Safa Hawani binti Ramlan!”
            
Dia tersentak lalu, “ya saya,” jawabnya lalu bingkas bangun mendapatkan wanita yang sedang berdiri di muka pintu kaca.
            
Dia membaca lafaz Bismillah, sebelum melangkah masuk. Debar di hati, semakin menambahkan rentak mahu saja lututnya menggigil. Bagai mahu menghadapi peperiksaan besar pula dia rasakan. Dia menarik nafas dan kemudian menghembus. Dirinya perlu ditenangkan. Tangan kanan kini sedang mengetuk pintu. Sayup-sayup dari dalam dia mendengar suara mengatakan ‘masuk’. Pintu kayu berwarna putih dengan ukiran menarik, ditolak.

‘Mesti mahal pintu ni,’ sempat lagi dia berdesis.

“Duduk,” bergema arahan itu di dalam bilik yang agak luas.

Safa Hawani duduk dengan penuh santun. Sesekali, matanya meliar ke sekeliling bilik itu. Hiasan di situ kelihatan moden dan mewah. Pasti pemilik bilik tersebut mempunyai citarasa yang tinggi.

“Safa Hawani,” dia berhenti sebentar. Memanggung kepala, memandang gadis yang akan menjadi ‘mangsa’ pertanyaannya. “Safa Hawani binti Ramlan?” Sekali lagi dia bertanya.

“Ya, saya encik,” lancar jawapan yang diberi. Sedikit keyakinan berjaya disuntik.

“Mengikut resume yang awak beri ni, pegalaman awak masih tak cukup. Jawatan yang awak pohon... perlukan pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun. Saya perlukan calon yang betul-betul layak,”

“Encik, maaf kalau saya mencelah. Ya, memang pengalaman kerja saya tu singkat. Kalau majikan macam encik tak nak beri peluang pada orang baru macam saya, macam mana nak kutip pengalaman? Sampai bila, orang baru macam saya perlu ditindas?”

“Ya, betul cakap awak tu. Apa jaminan yang awak akan beri kalau saya bagi jawatan tu?”

“Saya akan berkerja dengan penuh dedikasi dan akan beri komitmen penuh terhadap kerja saya.”

“Jawapan yang bagus tapi saya ada pengalaman buruk dengan jawapan tu.”

“Maksud encik?” Safa Hawani mengerutkan kening. ‘Pengalaman siapa yang perlu diambil kira ni?’. Desisnya.

Last edited by wipers81 on 24-10-2014 10:44 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2014 10:43 AM | Show all posts

Bab 8... part 3



“Yalah, selalunya graduan macam awak ni akan beri jawapan yang sangat klise tapi akhirnya macam kaduk naik junjung. Tak boleh ditegur oleh orang lama sebab rasa hebat bila dah pegang ijazah,” dia mengulum senyum sebaik melihat air muka gadis itu berubah.

“Jadi, encik nak katakan yang encik memusuhi golongan macam sayalah?” Safa Hawani semakin berani membalas hujah lelaki itu. Berdesing telinga mendengar kata-kata yang kedengaran sangat sinis itu. Mahu saja dia melenting tadi namun hatinya disabarkan dengan cepat.

“Saya tak kata pun macam tu cuma kebanyakan memang macam tu.”

“Jadi, encik ni jenis yang suka menilai orang dari luaranlah? Encik ni tukang ramal ke? Boleh tahu bagaimana karektor seseorang hanya dengan sekali pandang? Hebat juga encik ni,” perlinya. Safa Hawani masih cuba berlagak tenang. Dia tidak mahu mudah melatah. Lelaki itu, pasti sedang mengujinya.

“Kalau saya boleh meramal, dari awal saya dah tolak calon macam awak. Tak payah nak buang masa panggil awak jumpa saya,” balasnya. Dia mempamer senyum sinis sedang dalam hati, ‘boleh tahan juga dia ni,’ desisnya.

“Jadi, permohonan saya ditolaklah?”

“Kenapa cepat sangat berputus asa?” Semakin seronok pula dia bertikam lidah dengan gadis itu.

“Ini bukan soal putus asa encik. Kalau dah diperli macam-macam mestilah negatif yang akan kita fikir,” bidas Safa Hawani yang masih enggan mengalah. Dia memandang sekilas lelaki yang sedang menguntum sengih. Hatinya kepanasan, semakin membahang. Sengihan itu seperti sedang mengejeknya.

“Nampaknya, awak dah dapat jawapan,”

“Tak apalah encik. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu,” terus sahaja dia bangun dan mula mengatur satu langkah tetapi,

“Saya ada suruh awak bangun ke?”

Langkahnya terus dimatikan. Safa Hawani menoleh dengan pantas. Dahinya sudah berlapis-lapis sebaik melihat raut wajah bersahaja lelaki itu. ‘Apa lagi yang dia nak?’ rengusnya.

“Awak nak ke mana? Temuduga kita belum selesai. Duduk.” Arah lelaki itu, kedengaran tegas nadanya. Dia mahu ketawa, namun dibenam jauh semua itu jauh ke lubuk hati. Ada perancangan yang tiba-tiba menjengah kotak fikirannya untuk gadis petah itu. Gadis itu... tidak akan dapat lari darinya. Ya, dia akan memastikan semua itu.

Last edited by wipers81 on 25-10-2014 10:46 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.076226 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list