CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32149|Reply: 301

*~{NOVEL}~*: CINTA ini, tak seindah biasa. (U) Bab 13... OH YEAH

[Copy link]
Post time 11-10-2014 09:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by wipers81 at 6-3-2015 01:10 PM

Buah tangan baru. Yang lama... akan disiapkan nanti. Tak tahulah bila sebab idea nak kata kering tidak tapi entah kenapa melekat aje di komputer jadi blank.

Sudi-sudikanlah membaca buah tangan terbaru. Sebarang idea dari pembaca sangat saya alu-alukan dan akan saya masukkan dalam karya yang terbaru ini setelah mengambil kira kesesuaian.

Cuba mahu membuat cerita yang sedih dan agak berat. Sokongan pembaca sangat saya perlukan.

Last edited by wipers81 on 7-11-2014 07:25 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2014 09:39 PM | Show all posts
PROLOG


Sesusuk tubuh yang sedang teresak-esak menangis didekati. Salbiah menyentuh bahu empunya tubuh itu. Sedikit tersentak empunya tubuh itu lalu dengan pantas berpaling memandangnya.Kelihatan sembab kedua mata gadis itu. Salbiah melabuhkan duduk di birai katil.Tangan kanannya mengusap lembut rambut gadis itu yang panjang mengurai. Seharian gadis itu begitu hingga tidak tahu bagaimana mahu memujuknya.
           
“Safa, jangan macam ni. Sabarlah.”
           
Semakin kuat Safa Hawani menangis. Air matanya seolah-olah tidak mahu kering. Hatinya sangat sedih, diruntun pilu yang semakin menjerut tangkai hati. Menangis, hanya itu yang mampu dia lakukan saat ini.
            
“Akak, sebab sabarlah Safa masih bertahan. Kalau iman kat dada ni dah makin menipis, dah lama Safa hilang punca kak. Silap-silap, Safa dah gantung diri Safa ni kat kipas...”
            
“Astaghfirullah... apa Safa cakap ni?” Salbiah mengurut dada.
            
“Safa minta maaf kak.”
            
Safa Hawani pantas memeluk tubuh yang duduk di sebelahnya itu. Dia menangis lagi. Juraian air mata seakan-akan enggan mahu berhenti mengalir. Tangki kolam air mata sentiasa sahaja dipenuhi oleh air yang suam suhunya.
            
“Safa... walau apa pun jangan ambil tindakan yang tak waras. Ingat Allah sayang. Akak akan selalu ada kat sisi Safa.”
            
Salbiah berusaha memujuk gadis muda itu. Dia juga tidak tahu jika dia mengalami dugaan yang sama seperti gadis itu. Mampukah dia bertahan? Dia akui, Safa Hawani adalah gadis tabah yang pernah dia jumpa selama 30 tahun hidup di muka bumi ini. Walaupun baru berusia 27 tahun, Safa Hawani begitu cekal, tabah dalam mengharungi ujian yang selalu sahaja datang menjengah.
            
“Akak, Safa rindu suami Safa kak. Walaupun kami dipisahkan oleh alam yang berlainan, sayang Safa tak pernah surut. Walaupun Safa tak pernah menyintai dia dulu, Safa tetap sayangkan dia sebagai teman yang paling akrab dengan Safa. Tak sangka, secepat ni dia tinggalkan Safa kak.”
            
Safa Hawani kembali teresak-esak. Kesedihan dengan melampau sedang melandanya. Pemergian suami tersayang begitu memberi kesan terhadapnya. Dulu, dia tidak pernah mencintai lelaki itu namun tatkala rasa cinta mahu hadir di dalam hatinya, saat itulah satu ujian besar melanda. Ujian yang sangat hebat perlu ditanggungnya dalam usia yang begitu muda. Bergelar seorang janda dalam usia ini, banyak memberi cabaran padanya.
            
“Safa, apa kata kalau Safa kerja balik kat tempat lama? Pergilah jumpa bekas majikan Safa tu. Manalah tahu dia nak terima Safa semula.”
            
Salbiah menelan air liur saat Safa Hawani memalingkan wajah ke arahnya. Gerun pula melihat mata gadis itu yang semakin membulat. Air muka Safa Hawani jelas kelihatan berubah. Tak dapat nak digambarkan bagaimana?
         
“Akak, jangan bagi cadangan macam ni lagi. Safa tak suka.”
            
Salbiah terkebil-kebil matanya saat melihat Safa Hawani terus sahaja bangun. Langkah kaki gadis itu diatur menuju ke luar bilik.

“Kenapa Kak Sal ungkit pasal ni?” Dia merungut. Bukanlah niatnya mahu bertindak begitu. Nantilah, dia akan minta maaf dari Kak Salbiah di atas tindakan yang agak biadap itu.  Bukan apa, cadangan kakak sepupunya itu... bagai meragut seketika degupan jantung.
            
“Nak jumpa semula boss lama aku... tak payahlah. Nak ke boss aku tu tengok muka aku lepas apa yang dah berlaku dulu?”
            
Safa Hawani membebel seorang diri di dapur. Air teh ‘o’ yang dibancuh sudah setengah cawan yang tinggal. Dia menyilangkan tangan memeluk tubuh sambil menyandarkan badan ke kerusi. Terasa pantas masa yang berlalu hingga dia tidak menyedari sudah hampir tiga bulan suaminya meninggal dunia. Selama itu, dia tidak pernah hirau apa yang terjadi di sekeliling. Hanya duduk terperuk di rumah sewaan kakak sepupunya.

Sudah sampai masa, dia perlu keluar dari kepungan kesunyian. Kalau nak diikutkan wang peninggalan suaminya cukup untuk perbelanjaannya namun kesunyian yang semakin kuat mencengkam diri perlu diatasi. Tiga tahun dia mendirikan rumahtangga namun tidak dikuniakan zuriat. Dia dan arwah suami tidak pernah mengeluh apatah lagi mempersoalkan takdir mereka. Bagi Safa Hawani dan suami, belum rezeki mereka lagi dan aturan Allah SWT itu sangatlah betul. Hikmah selalu terselit saja di sebalik semua musibah.
            
Telinganya hampir tebal kerana sering disindir oleh keluarga mertua mengatakan dia mandul. Namun, tidak pernah dia ambil pusing akan semua itu. Bagi Safa Hawani cukuplah jika suaminya memahami keadaan mereka. Safa Hawani memejamkan mata, hidungnya yang kempis kelihatan mengembang, menghembus nafas yang dalam. Sedikit kacau perasaannya sehari dua ini. Gangguan dari keluarga mertuanya beberapa hari lepas kembali menerjah ke kotak ingatannya. Gugur lagi air mata. Terasa begitu murah harga air matanya beberapa minggu ini.
            
Perlukah mereka datang menyerang hanya kerana mahukan wang peninggalan arwah suaminya? Perlukah mereka menuntut harta peninggalan suaminya sedangkan mereka tahu dia tidak berkerja? Safa Hawani begitu kecewa dengan sikap keluarga mertuanya.
           
“Safa, akak minta maaf kalau kata-kata akak tadi buat Safa marah. Akak...”
            
“Kak, Safa yang patut minta maaf pada akak.”
            
Salbiah merenung wajah mulus itu. Dia tidak sengaja mengutarakan cadangan itu. Ringan benar mulutnya tadi. Mahu saja dia menampar mulut kerana bercakap tanpa mahu memikirkan akibatnya. Langsung tidak menjaga hati adik sepupunya yang masih dirundung pilu.
            
“Kak, jangalah risau. Safa akan cari kerja nanti.”
            
Mereka saling berpandangan. Senyuman, tersimpul di bibir masing-masing. Salbiah tahu Safa Hawani seorang yang cekal. Doanya semoga sinaran kebahagiaan akan kembali bergermelapan di dalam hidup gadis itu.

Last edited by wipers81 on 11-10-2014 09:47 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2014 10:23 PM | Show all posts

Bab 1... part 1

           
Beberapa tahun dahulu...

            
Seorang gadis yang bersusuk tubuh kecil molek sedang elok berlenggang-lenggok berjalan di bahu jalan raya. Sedikit lengang laluan yang dilaluinya. Di tangan kiri, satu beg plastik kecil berwarna hijau sedang dipegang. Plastik itu dihayun mengikut rentak hayunan tangannya. Sambil menguntum senyum, gadis itu mengatur langkah. Hatinya berlagu riang kerana mendapat upah lebih hari ini. Bertambah lebar senyumannya kerana kira-kira100 meter lagi dia akan sampai ke destinasi.

Langkah kakinya dihayun dengan kelajuan yang semakin ditambah. Begitulah ritun hariannya, menolong Makcik Melah yang rumahnya terletak di hujung kampung. Tugasnya ialah menggoreng kuih-muih jualan makcik itu. Sudah hampir dua tahun dia menjadi ‘penggoreng’ untuk Makcik Melah. Sehari upahnya, RM5.00. Bolehlah padanya, dapatlah dia menyimpan untuk keperluan sekolah.

PONN!

Opocot!”

Terlepas beg plastik yang dijinjitnya ke atas rumput. Pantas matanya dihala ke arah manusia yang membunyikan hon tadi. Kedua bibirnya sudah diketap kuat. Nafasnya, sudah kucar-kacir aturan. Kembang kempis hidungnya, menyedut dan menghembuskan udara yang dihirup tidak sesempurna selalu. Tajam renungannya terhadap pemuda bertuah yang menekan hon motor padanya. Dah elok-elok hon itu berbunyi sesuai dengan motorsikal Honda 125, boleh pula abang pemuda itu mengubah menjadi bunyi hon lori.

“Kau terkejut ke Safa?”

Soalan ‘terlebih bijak’ pemuda itu mengundang Safa Hawani, gadis yang bertubuh kecil mengecilkan mata. Dijegilkan pula matanya setelah melihat pemuda itu mempamerkan sengih. Geram, sedang menguasai di segenap pelusuk tubuhnya.

“Safa, aku tanya ni. Terkejut ke?”

Last edited by wipers81 on 11-10-2014 10:26 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2014 10:33 PM | Show all posts

Bab 1... part 2


“Tak terkejut lagi. Dahlah bunyi hon motor abang kau tu kuat. Kalau orang ada penyakit lemah jantung dah lama pengsan. Hah, apa hal kau ni?” Jelas nada garang terkandung di dalam kata-katanya.

“Amboi, garangnya makcik ni...”

“Apa makcik-makcik? Kau dengan aku sebaya okey.”

“Yalah, yalah. Aku minta maaf. Aku tak sengaja tertekan hon tu tadi.”

Safa Hawani mencebik mulut. ‘Tak sengaja lagi?’ Bibirnya dijuihkan. “Adahal apa kau nak jumpa aku?”

Ei kau ni Safa, tak boleh ke ubah nada suara kau tu? Garang macam nak telan aku aje bunyinya.”

“Telan kau, tak selera aku. Lain kali, buat aku terkejut lagi. Ya Saudara Iqbal, ada apa?” Dilembutkan nadanya pula.

Hah, macam tulah...”

“Lekaslah, nak apa?”

Er, nak pinjam buku Sejarahkau. Aku tak sempat nak salin soalan Cikgu Jamilah tu semalam.”

“Itu aje?” Mata Safa Hawani dibeliakan.

“Janganlah buat mata kau macam tu, takutlah.”

Safa Hawani mencebik lagi bibirnya. Ahmad Iqbal, seorang pemuda yang punyai wajah kacak tapi sayang suka berlagak ‘lembut’. Sampaikan kawan-kawan mereka menggelar pemuda itu ‘budak separuh masak’.

“Sikit-sikit nak takut. Apalah kau ni Iqbal?”

“Dah aku macam tu sejak azali, nak buat macam mana? Cepatlah, nak bagi pinjam ke tak?”

“Kalau aku tak nak bagi?”

“Tak apalah, kau memang tak sayang kat aku...”

“Kau, pakwe aku ke sampai perlu aku nak sayang?”

“Tak nak bagi sudah!”

Ei, macam perempuan. Merajuk tak kena tempat. Geli aku.”

“Lekaslah Safa...”

“Tunggulah, buku tu ada kat rumah. Ei, geram aku dengan kau.”

Last edited by wipers81 on 11-10-2014 10:36 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2014 10:49 PM | Show all posts

Bab 1... part 3


“Naiklah, aku hantar kau balik.”

“Tak payah. Lembut-lembut kau, tetap lelaki okey. Nak satu kampung jaja cerita aku naik motor dengan kau?”

“Amboi, sejak bila pula dah jadi ustazah ni?”

“Sejak bila pula aku pernah naik motor dengan kau?”

Hesy, kau ni Safa kalau bertekak asyik nak menang aje. Bagilah aku ‘can’ sikit menang kali ni.”

“Boleh blah.” Safa Hawani menjelirkan lidahnya.

Ahmad Iqbal sudah ketawa besar. Menjadi sahabat Safa Hawani, satu perkara indah di dalam hidupnya. Sampaikan ada yang mengatakan mereka pasangan sejoli. Mana tak sejolinya, yang ‘lembut’ itu dia dan yang ‘keras’ adalah Safa Hawani. Safa Hawani bukanlah jenis tomboy cuma gaya dan lagaknya agak kasar. Dia pula bukanlah jenis lelaki lembut, sejak azali dia memang sudah begitu.

Eh, takkanlah aku nak biar kau jalan kaki. Naiklah. Aku tak suruh pun kau pegang aku.” Ahmad Iqbal mempelawa lagi.

“Tak kuasa aku. Tu, depan tu aje rumah aku. Jangan nak mengada-ngada. Jom, ikut aku.”

Safa Hawani melajukan langkah. Walau langit nak runtuh sekalipun, naik motor bersama kaum lelaki yang bukan ada ikatan atau pertalian dengannya, sesekali tidak akan dilakukan. Walaupun Ahmad Iqbal rapat dengannya sejak dari sekolah rendah, batasan perlu dijaga. Bagi Safa Hawani, dia tidak kisah berkawan dengan Ahmad Iqbal walau ada setengah rakan-rakan mereka menggelar pemuda itu mat patah. Kalau diikutkan, macam-macam gelaran yang diberi kepada mereka berdua. Ada dia kisah? Yang penting, pemuda berperwatakan lembut seperti Ahmad Iqbal tidak pernah mengambil kesempatan ke atasnya.

“Yang kau sengih-sengih macam kerang busuk ni, kenapa Safa?”

“Aku ada sengih ke?”

Safa Hawani meletuskan ketawa. Ahmad Iqbal, menggeleng. Patut ke seorang perempuan gelak kuat macam tu? Kalaulah ada rombongan yang mahu masuk meminang, lari lintang-pukang mereka nanti sebab ingatkan ada pontianak mengilai.

“Kau ni Safa. Tak larat aku nak tegur kau tau. Cubalah gelak pelan sikit. Kita perempuan...”

Op..op. Kita perempuan? Kau, lelaki okey...”

Last edited by wipers81 on 11-10-2014 10:53 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2014 11:22 PM | Show all posts

Bab 1... part 4


“Itulah, tak habis cakap dah potong. Kita tu perempuan, jagalah sikit perangai.”

“Alah, aku dah biasa gelak macam ni. Tengoklah, kalau aku dah ada teman lelaki nanti aku ubahlah gelak aku ni.” Safa Hawani menyengih.

“Suka hati kaulah. Kalau lelaki tu aku, tak apalah juga. Kalau lelaki lain, tak tahulah aku. Takut nanti diorang fikir, ‘aku berkawan dengan pontianak ke?’ Betul tak Safa?”

Safa Hawani gelak besar lagi. Ahmad Iqbal semakin kuat menggeleng. Memang tak makan nasihat betul minah ni.

“Dah puas gelak?”

“Aduh, senak perut aku dengar lawak tempatan kau tu Iqbal. Kau nak couple dengan aku? Tak pernah muncul dalam mimpi aku perkara tu sepanjang aku kenal kau tau.”

Eh, kau jangan perkecilkan aku. Buatnya masin mulut aku ni, baru kau tahu...”

“Nah, minum teh yang mak aku bancuh tapi kejap, aku nak lebihkan gula. Biar manis mulut kau. Masin nanti susah pula aku.”

“Safa, mana buku sejarah tu. Aku dah lambat ni. Bising pula abang aku tu nanti. Janji dengan dia sekejap aje ni dah dekat setengah jam aku kat rumah kau.”

“Kejap, aku ambil.”

Ahmad Iqbal menyambung kembali suapan kuih donut yang dihidang oleh emak Safa Hawani, Makcik Rohaya.

‘Sedaplah pula donut Makcik Melah ni. Selalu, tak gebu macam ni...’

“Nah Iqbal...”

“Oh sedap!”

Safa Hawani tidak melepaskan peluang. Dia bergelak semahu-mahunya. Mana tidaknya, terpelanting donut yang berbaki setengah dari pengangan Ahmad Iqbal ke lantai. Sudahlah tadi dia terkejut dengan bunyi hon motor yang dinaiki pemuda itu dan sekarang masa untuk pemuda tersebut mendapat balasan pula.

“Kau ni Safa, tak ke sayang donut tu. Dahlah sedap,”

“Hai selalunya kau merungut tak sedap. Ada aje kau komen donut Makcik Melah tu. Keraslah, itulah inilah...”

“Itu dulu tapi hari ni, sedaplah. Dia taruk apa kat dalam donut tu?”

“Kau nak tahu dia taruk apa? Kalau aku cerita, jangan heboh pula kat orang lain. Naya aku nanti kena bebel dengan Makcik Melah kalau dia tahu aku dah pecah lubang resepi dia.”

Last edited by wipers81 on 11-10-2014 11:25 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-10-2014 11:37 PM | Show all posts

Bab 1... part 5


“Aku janji...”

“Kau nak tahu, dia bubuh tepung, gula, marjerin dengan air. Ada satu benda ni, dia mesti taruk. Kira macam pelarislah. Tak ada benda tu, tak jadi donut tu tau,”

“Apa dia?”

“Ibu roti a.k.a YIS.” Safa Hawani sudah ketawa.

“Kau ni Safa. Ei, geram betullah aku. Aku ingat entah apa bendasing dia taruk tadi. Dahlah, malas aku nak cakap dengan kau lagi. Aku balik dululah. Memekak pula abang aku nanti.”

“Lah, dah nak balik ke Iqbal?” Puan Rohaya menegur.

Ha ah makcik. Boleh sakit jiwa sembang lama-lama dengan Safa.”

“Jangan ambil hati apa yang Safa cakap Iqbal.”

“Tak adalah makcik. Saya kenal sangat dengan anak makcik tu.”

“Ni, makcik ada buat kerabu mangga. Ambillah,” Puan Rohaya menyua kerabu yang berada di dalam satu bungkusan.

“Terima kasihlah makcik. Buat susah-susah aje.”

“Jangan lupa bawa buku Sejarah aku tu esok!” pekik Safa Hawani dari dalam rumah.

“Yalah.”

Ahmad Iqbal memacu motorsikal keluar dari laman rumah sahabat karibnya itu. Safa Hawani berdiri di ambang pintu rumahnya dengan mengukir senyuman. Gelagat dan telatah pemuda itu tidak pernah menjemukannya.

“Jangan tenung anak bujang orang lama-lama macam tu. Jatuh cinta nanti, baru tahu.”

“Mak, ada ke patut cakap macam tu. Safa tengok ajelah. Lagipun, dengan mamat patah tu... tak naklah. Apa, lelaki sejati yang lain dah pupus ke sampai Safa nak kena pilih Iqbal?”

“Yalah tu. Manalah tahu, termasin mulut mak ni nanti. Lagipun mak tengok Iqbal tu baik budaknya. Bukan tak ada rupa, hensem apa? Alah setakat ‘patah’, boleh ‘diluruskan’. Zaman sekarang dah canggih.”

“Mak... Safa tak sukalah mak cakap macam tu. Kami kawan ajelah. Lagipun, berbeza kita dengan keluarga dia yang kaya-raya tu mak. Mak ingat Makcik Zarina tu suka ke Safa berkawan dengan Iqbal. Selama ni, Safa buat pekak aje bila dia dengan Kak Qistina perli-perli Safa. Macamlah Safa hadap sangat nak kawan dengan anak dia tu.”

“Tak baik Safa cakap macam tu. Dengar dek Iqbal, kecil hati dia nanti. Buruk-buruk pun, keluarga dia juga. Alah, biarlah kat diorang.”

“Sebab tak ambil pusing apa yang diorang cakaplah Safa kawan dengan Iqbal.”

“Baguslah kalau macam tu. Jom, tolong hidang makan. Karang bising pula ayah tengok apa pun tak siap lagi.”

Safa Hawani menuruti dari belakang. Waktu begini, dia dan keluarga akan makan bersama. Segala hal berbangkit antara emak dengan dia tadi, ditolak ke tepi.


Last edited by wipers81 on 11-10-2014 11:51 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 12:21 AM | Show all posts
alaa...cerita ni di set citer sedih ke?
alaaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2014 07:51 AM | Show all posts
Assalamualaikum sis... Ada cite baru nampaknya... memang selalu tidak mengecewakan... buku dh keluar ke sis?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 09:39 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 13-10-2014 12:21 AM
alaa...cerita ni di set citer sedih ke?
alaaa...

mbhcsf... awal-awal kita kasi lawak. Nanti baru sedih-sedih. Nantikan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 09:40 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 13-10-2014 07:51 AM
Assalamualaikum sis... Ada cite baru nampaknya... memang selalu tidak mengecewakan... buku dh keluar ...

Huhuhu... sedang sabar dan sabar. Akak jangkakan tahun ni juga. Publisher baru, so kena tunggu sikit masa aje lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:41 AM | Show all posts
wipers81 posted on 13-10-2014 09:40 AM
Huhuhu... sedang sabar dan sabar. Akak jangkakan tahun ni juga. Publisher baru, so kena tunggu sik ...

Good luck sis... Hopefully before end of this year...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 09:44 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 13-10-2014 09:41 AM
Good luck sis... Hopefully before end of this year...

Ya, sis pun harap macam tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 09:45 AM | Show all posts

Bab 2... part 1



Pagi walaupun masih awal tidak pernah membebankan Safa Hawani. Yalah, pagi yang muda beban bagi mereka yang suka bermalas-malasan di atas katil. Siapalah yang mahu meninggalkan katil diwaktu yang dingin? Lebih enak menarik selimut. Sejak dari dulu, dia dan dua adiknya tidak diasuh begitu. Saban hari, rutin mereka sekeluarga menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Elok selesai, dia akan bersiap-siap mahu ke sekolah pula.
Tahun ini, sangat penting baginya. Perjuangan sebagai pelajar yang akan berjuang di medan peperiksaan besar perlu dihadapi beberapa bulan sahaja lagi. Penentunya di situ sama ada dia akan menjejak kaki ke manara gading atau tidak? Dia bukanlah seorang pelajar cemerlang di sekolah namun keputusan peperiksaannya jarang mengecewakan.

“Buku latihan aku kau bawa tak?”

“Ada dalam beg. Jangan risaulah,” Ahmad Iqbal menepuk-nepuk beg sekolah yang disandangnya. Keningnya sudah dijongket berkali-kali sedang bibir menyengih.

“Aku tak risau Iqbal. Hati aku ni, tiba-tiba rasa tak sedap pula. Kau jangan tertinggal pula. Naya nanti kita kena mencangkung kat depan kelas.”

“Alah, jangan risaulah.”

“Kelas... bangun semua. Assalamua’laikum cikgu,” laung Ketua Kelas.

“Waalaikumussalam, duduk. Macam mana latihan yang saya bagi semalam?” Mata Cikgu Jamilah memandang wajah pelajar-pelajar dihadapan. Bermacam ragam yang dilihatnya. Ada yang menyengih, ada yang mengangkat bahu. Cikgu Jamilah tertawa di dalam hati. Tidak pernah lagi dia menzahirkan ketawanya. Dia dikenali sebagai seorang guru yang garang di sekolah itu.

“Baiklah. Aiman, kutip semua buku latihan tu, letak atas meja saya.”

Cikgu Jamilah menjeling sekilas ke arah timbunan buku latihan yang disusun bertingkat-tingkat oleh Aiman selaku ketua kelas. Dia kembali mengarahkan mata, memandang wajah-wajah di hadapan.

“Ada sesiapa yang tak hantar buku latihan?” Matanya menghala ke arah Aiman pula.

Last edited by wipers81 on 21-10-2014 06:11 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:47 AM | Show all posts


Keep it up, Puan Azlina...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 09:48 AM | Show all posts
nice one sis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2014 09:50 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-10-2014 09:47 AM
Keep it up, Puan Azlina...

Amboi Nicki_Meow, nama betul disebut.
Malu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 09:51 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 13-10-2014 09:48 AM
nice one sis...

Oh ye ke. Thank you...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 10:00 AM | Show all posts
wipers81 posted on 13-10-2014 09:51 AM
Oh ye ke. Thank you...

it's true sis... ur writing never dissapointing me...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 10:41 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 13-10-2014 10:00 AM
it's true sis... ur writing never dissapointing me...

Huhuhu... malulah kena puji macam tu. Adeh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.107892 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list