CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

*~{NOVEL}~*: CINTA ini, tak seindah biasa. (U) Bab 13... OH YEAH

[Copy link]
 Author| Post time 3-11-2014 10:05 AM | Show all posts
Ipo posted on 3-11-2014 07:23 AM
sedapnya bahasa wipers...

banyak tatabahasa dan lenggok ayat yang sedap dibaca..{: ...

Amboi, sedap manalah sangat Ipo. Biasa-biasa aje.

Karya awak pun baik. Sebab tu ramai yang baca.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 12:51 PM | Show all posts
sis @wipers81... bila nak sambung ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2014 02:16 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 4-11-2014 12:51 PM
sis @wipers81... bila nak sambung ni...

Sekejap ya


Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 02:19 PM | Show all posts
wipers81 posted on 4-11-2014 02:16 PM
Sekejap ya

yeah... sayang sis... thanks ya sis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2014 03:09 PM | Show all posts

Bab 12... part 5



“Amira, kemalangan dua tahun lepas Fiq. Sejak dari saat tu, dia koma. Amira cedera teruk kat kepala. Doktor kata, harapan untuk dia pulih tipis. Selama tu jugalah hidup dia bergantung pada semua ni,” ujar Salbiah sambil tangan menghala ke arah deretan mesin di sebelah katil yang menempatkan Amira.

“Kalau dah dua tahun semua ni terjadi, enam tahun sebelum tu, macam mana hidup Amira? Masa tu, dia bahagia ke Sal?” Wafiq Zainal semakin sebal. Soalan yang masih belum berjawapan sebaik melihat Salbiah yang menangis tersedu-sedan, memaksanya berfikir, betapa seksa hidup Amira selepas pemergiannya.

“Lepas awak tinggalkan Amira...”

“Kejap, saya tinggalkan Amira? Awak cakap apa ni Sal?” Wafiq Zainal terpaksa mencelah. Mengapa Salbiah berfikir begitu?

“Mula-mula saya ingat awak, yang minta putus. Pergi tinggalkan dia macam tu aje lepas tahu dia mengandung...”

“Apa, mengandung! Awak biar betul Sal?” Wafiq Zainal bereaksi terkejut terus bangun dari kerusi. Apa yang keluar dari mulut Salbiah, bagaikan sebutir peluru yang baru dilepas dari selaras senapang. Hampir meletup di jantung mendengar semua itu.

“Ya Fiq, Amira mengandung masa tu. Memang saya salahkan awak sebab saya ingat awak lari dari tanggungjawab. Lepas dua bulan awak pergi, barulah Amira cerita pada saya perkara sebenar. Bukan anak awak Fiq,”

“Habis anak siapa? Anak siapa Sal? Tergamak Amira curang pada saya,” Wafiq Zainal berkata melulu. Hatinya, tiba-tiba membahang.

“Kak Mira tak curang abang Wafiq. Jangan tuduh dia macam tu. Dia...” Atira gagal meneruskan kata-kata. Dia sebak hingga kelu lidahnya. Tidak mahu lelaki itu menyalahkan kakaknya yang sekarang ini telah lemah, tidak berdaya mempertahankan diri. Atira, ‘menyandar’ harapan ke atas Salbiah. Semoga wanita itu dapat membela kakaknya.

“Amira, kena rogol dengan sepupu dia Fiq,” Salbiah terhenti di situ. Lambat-lambat Salbiah menuturkannya setelah dapat mengumpul kekuatan untuk menyambung kata. Sekilas dia memandang Amira dengan linangan air mata.  

Wafiq Zainal beristighfar. Terhenyak tubuh di atas kerusi itu semula. Kebenaran yang sepatutnya menjadi halwa di telinga bertukar menjadi jadam. Dari telinga langsung ke tekak, kepahitan begitu dirasai dengan pekat. Langsung tidak tertelan olehnya semua itu.

Last edited by wipers81 on 4-11-2014 03:12 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 03:38 PM | Show all posts
wipers81 posted on 4-11-2014 03:09 PM
“Amira, kemalangan dua tahun lepas Fiq. Sejak dari saat tu, dia koma. Amira cedera teruk kat ke ...

kesiannya amira sis... siapa sepupu dia yg kurang ajar tu sis?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-11-2014 12:24 PM | Show all posts

Bab 12... part 6


“Macam mana boleh jadi macam tu?” Wafiq Zainal menyoal dalam sebak. Bergenang tubir matanya ketika itu.

“Amira... kena perangkap dengan Zakri. Arwah ayah Amira desak dia kahwin dengan Zakri, nak tutup malu. Sebab tulah Amira jumpa awak minta putus. Saya tahu, dia ugut nak gantung diri kalau awak tak nak berpisah. Dia dah cerita semua tu kat saya sebulan sebelum dia kemalangan. Masa tu, keadaan dia menyedihkan. Saya tak tahu, ke mana hilangnya Amira kita yang dulu? Amira yang lasak dan tegas.” Salbiah menyambung esakan. Bercerita tentang Amira... hatinya digayuti kepiluan.

“Sal, cerita lagi Sal. Saya nak tahu,” Wafiq Zainal meminta. Perjalanan hidup Amira... dia perlu tahu semuanya.

“Fiq, Amira kahwin dengan Zakri tak lama lepas tu. Rupa-rupanya, Zakri memang sengaja buat perangkap, mengikat Amira, hidup dengan dia. Tujuan dia satu, nak kikis harta milik keluarga Amira. Zakri tu... rasa berdosa pula bila saya nak buka cerita pasal dia. Biarlah saya katakan, dia lelaki yang tidak patut menjadi idaman wanita untuk dijadikan suami.”

“Sejak kahwin, Amira memang jadi bahan sepak terajang kalau tak bagi duit yang dia minta. Dua tahun lepas, Zakri balik rumah dalam keadaan mabuk. Walaupun Amira selalu jadi bahan sepak terajang lelaki tu, dia tak pernah melawan. Entah macam mana, hari tu Amira memberontak, lawan balik. Zakri yang masa tu dah naik hantu, pukul Amira dengan teruk. Dia heret Amira naik kereta. Ada saksi nampak, mereka berdua bergaduh dalam kereta. Masa tulah, kereta yang Zakri pandu dengan laju, terbabas dan... semua ni terjadi.”

“Di mana lelaki bedebah tu Sal? Biar saya ajar dia. Dasar lelaki tak guna! Kalau dia ada depan saya sekarang, memang muka dia dah kena tumbuk,” ujar Wafiq Zainal sambil mengepal tangan. Darah panasnya, membuak-buak.

Last edited by wipers81 on 5-11-2014 12:27 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 12:30 PM | Show all posts
wipers81 posted on 5-11-2014 12:24 PM
“Macam mana boleh jadi macam tu?” Wafiq Zainal menyoal dalam sebak. Bergenang tubir matanya keti ...

Kurang ajar betul si zakri ni sis... masih hidup ataupun dh mampus... sorry... terkasar sikit bahasanya... geram pulak rasanya sis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-11-2014 12:45 PM | Show all posts

Bab 12... part 7



“Dia tak ada Wafiq,”

“Dia ke mana? Lari macam tu aje, tinggalkan Amira macam ni? Memang dasar...”

“Zakri, meninggal kat tempat kejadian. Amira selamat tapi macam nilah keadaan dia dari saat tu. Allah dah susun dengan cantik perjalanan hidup dia, Fiq.”

“Meninggal...” Wafiq Zainal mengucap di dalam hati. Dia mengiyakan kata-kata Salbiah di dalam hati. Benar, Allah itu Maha Adil. Segala yang terjadi, terselit hikmah di sebalik semua. Hikmah, walaupun kadang-kadang lambat hadirnya, kemanisan pasti menyusul seperti yang dijanjikan.

“Amira, memang wanita yang tabah. Walaupun teruk dia dikerjakan oleh Zakri, dia tak nak buka mulut. Saya tak tahu kenapa dia macam tu? Selama itu, dia hidup macam orang yang dah putus harapan. Roh entah ke mana? Hanya jasad beku yang kami lihat.”

“Sal, awak kata Amira mengandung tapi mana anak dia?” Pantas Wafiq Zainal menoleh ke arah Atira yang tiba-tiba menangis.  

“Dia keguguran Fiq. Masa tu kandungan dia nak cecah empat bulan. Dia terjatuh masa bertengkar dengan Zakri. Fiq, saya dah tak sanguup nak buka cerita mereka. Eloklah sampai di sini. Zakri pun dah tak ada lagi.”

“Saya tak sangka begini hidup Amira. Mati-mati saya ingatkan dia bahagia. Sal, berapa lama lagi kita kena tengok Amira macam ni? Amira... bangun sayang. Fiq kat sini Mira. Fiq datang tengok Mira. Mira...” sekali lagi air mata lelakinya tumpah. Berjuraian jatuh membasahi pipi.

Salbiah yang melihat Wafiq Zainal begitu juga turut mengalirkan air mata. Siapa yang tidak sedih, bertemu kekasih dalam keadaan begini setelah sekian lama. Lapan tahun, dia melihat suasana ini hingga sampai satu ketika air matanya hampir kering. Melihat Amira terbaring... hati Salbiah merasa sakit. Dia rindukan Amira, gelak tawa, gurauan sahabatnya itu... ah adakah akan dirasai lagi suasana indah itu?

“Sal, satu lagi soalan saya?”

“Apa dia Fiq?”

“Dah berapa lama ayah Amira meninggal?”

“Arwah meninggal sebulan lepas Amira keguguran. Dia dapat serangan jantung. Arwah dapat tahu seksanya hidup Amira tapi dia tak boleh buat apa-apa. Tak tahulah Fiq, kenapa semua tak berdaya melawan Zakri? Sampai hari ni, saya tak ada jawapan...”

“Sebenarnya Kak Sal, arwah ayah dengan Kak Mira kena ugut dengan arwah Abang Zakri,”

Last edited by wipers81 on 5-11-2014 12:47 PM

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 12:48 PM | Show all posts
wipers81 posted on 5-11-2014 12:45 PM
“Dia tak ada Wafiq,”“Dia ke mana? Lari macam tu aje, tinggalkan Amira macam ni?Memang dasar...”“ ...

Ya Allah!! kenapa jahat sangat si zakri ni sis...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 08:47 PM | Show all posts
wipers81 posted on 11-10-2014 03:22 PM
“Itulah, tak habis cakap dah potong. Kita tu perempuan, jagalah sikit perangai.”

“Alah, aku  ...

akak...asal tak letak perkataan lepas dialog...confuse nk faham..

contoh

"hai" kata safwa
"hai." respon iqbal.

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 08:52 PM | Show all posts
wipers81 posted on 13-10-2014 07:14 AM
“Safa, kau ni kenapa?”
“Kau tanya aku kenapa Iqbal? Kau ni dah hilang ingatan ke?” Marahnya ...

ekceli saya baru baca bab awal.

Adakah ini cerita tipikal dimana rakan  baik jatuh cinta dan kawen? faham sgt plot begini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 08:54 PM | Show all posts
wipers81 posted on 13-10-2014 09:12 AM
“Hai Iqbal, marah betul kawan kau tu dengan aku?” Semakin galak dia mengusik. Jarang sekali meli ...

gerutu dan cerlung tu pe?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 08:56 PM | Show all posts
wipers81 posted on 13-10-2014 01:56 PM
“Aku tengok sekarang ni, Aiman selalu aje menempel kat kau dengan Iqbal? Antara korang, ada apa ...

pahh gitu perempuan..rebut jantan.. come on la, taksah rebut sgtlah bhai..safa tak minat aiman tu. aku pantang gurl rebut jantan ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2014 08:57 PM | Show all posts
Esmiria posted on 5-11-2014 08:52 PM
ekceli saya baru baca bab awal.

Adakah ini cerita tipikal dimana rakan  baik jatuh cinta dan ka ...

Ya cerita agak klise dan tidak dipertengahan nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2014 08:58 PM | Show all posts
Esmiria posted on 5-11-2014 08:54 PM
gerutu dan cerlung tu pe?

Es masuk sini

kamus dbp online.

cari maksud tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2014 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 13-10-2014 02:35 PM
Pemandangan sekitar begitu mendamaikan jiwa. Dia tetap berhati seorang perempuan walaupun lagaknya ...

Gurl kna keras. klo lembik, naik je nafsu jantan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:01 PM | Show all posts
wipers81 posted on 14-10-2014 02:32 AM
“Boleh aku join korang?” Aiman terus sahaja melabuh duduk di sisi kanan Ahmad Iqbal. Dia melirik ...

Ada unsur lawak.jeles derrr
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 14-10-2014 03:56 AM
Aku..aku,
Aku apa? sergah Ahmad Iqbal.
Aku suka Safa, dengan pantas Aiman menutup  ...

gurl mmng kena kasar sket cakap dgn jntan. jgn lembut..kn  naik napsu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 20-10-2014 03:35 AM
Safa Hawani merenung bekas makanan di hadapan. Seharian dia begitu, bermenung saja kerjanya. Tum ...

kata melah..perghhh..mak angkat sis aku yg dah mati. jasad dia ada roh baru. Dasar pemain sihir.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.150631 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list