CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

*~{NOVEL}~*: CINTA ini, tak seindah biasa. (U) Bab 13... OH YEAH

[Copy link]
Post time 13-10-2014 10:43 AM | Show all posts
wipers81 posted on 13-10-2014 10:41 AM
Huhuhu... malulah kena puji macam tu. Adeh...

this is truly from my heart... bukan sengaja nak memuji tp itulah hakikatnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2014 10:56 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 13-10-2014 10:43 AM
this is truly from my heart... bukan sengaja nak memuji tp itulah hakikatnya...

tajuk dia ok tak Zam? Atau Zam ada tajuk yang ingin diketengahkan


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 11:00 AM | Show all posts
wipers81 posted on 13-10-2014 10:56 AM
tajuk dia ok tak Zam? Atau Zam ada tajuk yang ingin diketengahkan

for time being just stick to this title... just nice... lepas ni tak pastilah plk...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 12:28 PM | Show all posts
nk n3 lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 12:33 PM | Show all posts
shahrinas posted on 13-10-2014 12:28 PM
nk n3 lagi...

Insya Allah, kejap ya tengah perah idea
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 02:37 PM | Show all posts

Bab 2... part 2


“Iqbal dengan Safa cikgu.” Aiman menjawab.

Serentak semua mata di dalam kelas memandang ke arah mereka berdua yang duduk berasingan di meja belakang. Silih berganti mata-mata itu memandang mereka berdua. Kali pertama perkara seumpama itu berlaku dan mereka tidak menjangkakan sama sekali dua sahabat sejati itu akan dihukum.

“Safa, Aiman... ke depan,” Cikgu Jamilah melihat kedua pelajar itu melangkah longlai ke arahnya. Saling menjeling pula dia melihatgelagat mereka berdua. “Mana buku latihan kamu?”

“Tertinggal cikgu...” kata-kata Safa Hawani dicelah,

“Cikgu, jangan salahkan Safa. Sebenarnya, saya yang pinjam buku dia semalam. Tak tahu macam mana boleh tertinggal sebab saya dah letak dalam beg pagi tadi.”

“Banyaklah awak punya alasan Iqbal. Tunggu apa lagi, buat aje denda yang selalu saya kenakan.”

Menyenget sana sini mulut Safa Hawani, membebel. Sekejap-sekejap menjeling tajam ke arah Ahmad Iqbal yang mencangkung di sebelahnya. Geram betul dia. Beria-ia tadi lelaki itu mengatakan ‘jangan risau’ sekarang... Ada juga yang kena tunjal dengannya nanti.

Sorrylah Safa. Aku rasa dah letak buku kau kat dalam beg aku ni tadi...”

Sorry... naik lorilah,” jawabnya sambil gigi diketap.

GERAM! Rasa... tak tahu apa yang dia mahu lakukan terhadap Ahmad Iqbal. Tak pasal-pasal dia terpaksa mencangkung hari ini. Sudahlah tu, hanya mereka berdua sahaja yang berkeadaan begitu di depan kelas. Mata-mata kawan sekelas yang lain... ah, bikin hati perempuannya panas. Dia merengus sambil menjeling tajam ke arah pemuda di sebelah. Lenguh di kaki langsung tidak terasa, marah sedang bergelodak di dalam hati.

Detapan langkah Safa Hawani semakin laju. Berpuluh meter jarak antara dia dengan Ahmad Iqbal di belakang. Langsung tidak menghiraukan pemuda itu yang sedang memekik namanya. Mata-mata yang memandang... ada dia kisah? Muncung pula sudah sedepa panjang, belum lagi ditambah monyok di muka.

Ei kau ni Safa, pelanlah sikit jalan. Penat aku kejar kau tau. Tak dengar ke aku terpekik-pekik panggil kau.”

Safa Hawani mengecilkan mata, memandang pemuda di hadapan yang berjaya memintasnya. Tidak faham bahasa tubuh ke Ahmad Iqbal yang dia tengah marah? Dia merengus lagi, sudah tidak tahu kali berapa rengusan yang dibuatnya. Malu... terasa tebal kulit mukanya itu. Kedua bibirnya digigit kuat. Rasa marah disalurkan ke situ.

Last edited by wipers81 on 13-10-2014 02:41 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2014 02:40 PM | Show all posts
kesian safa kena denda sbb iqbal...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 03:14 PM | Show all posts

Bab 2... part 3



“Safa, kau ni kenapa?”

“Kau tanya aku kenapa Iqbal? Kau ni dah hilang ingatan ke?” Marahnya.

“Alah, bertenanglah Safa. Esok-esok ni diorang semua tu lupa apa yang jadi kat kita tadi,” dia menyulam sengih berserta kening yang dijongket berkali-kali. Memang itu tabiatnya jika mahu memujuk Safa Hawani.

“Banyaklah kau Iqbal. Malu aku. Nak-nak dengan Aiman. Kau tak nampak ke macam mana dia tersengih-sengih kat kita tadi. Entah berapa kilo kerang busuk dia telan semalam? Muka kau tu tampal dengan kulit apa, hah? Tak tahu malu ke?”

“Amboi lazernya mulut makcik ni. Kulit muka aku ni special tau, susah nak dapat sebab tu aku buat tak tahu aje. Biarkanlah dia. Mulut dia nak sengih, takkan kau nak suruh aku kata kat dia ‘hei Aiman, jangan sengih’,” boleh pula Ahmad Iqbal yang menyengih sekarang.

“Kau nikan, sekali-sekala biar cakap guna otak. Ni tak, kau guna kepala lutut kau. Dahlah, malas aku nak layan kau,” balasnya. Semakin dia melajukan langkah. Bertuah punya kawan.

“Safa, aku belanja kau makan ya.”

“Tak nak aku. Potong selera...”

“Aku nak belanja juga.”

“Jangan harap aku nak makan.”

“Nak juga...”

“Susah sangat, belanja akulah. Habis cerita.” Suara asing menyampuk.

Serentak mereka berdua berpaling ke arah empunya suara itu. Bulat mata Safa Hawani sebaik empunya tubuh dikenali. Semakin panjang depaan muncung mulutnya. Dia mengalihkan muka, memandang kolam ikan buatan di depan.

“Aiman,” kata Ahmad Iqbal. Terdiam dia seketika dengan kemunculan tiba-tiba ketua kelas mereka itu.

“Yalah, buat apa nak bertekak lama-lama. Belanja aku aje Iqbal,” sambil berkata, lirikan mata di tuju ke arah Safa Hawani yang sedang duduk di kerusi, memeluk tubuh.

“Sibuk aje,” Safa Hawani mencebik mulut. Serta-merta teringatkan bagaimana sengihan pemuda itu tadi. Hatinya, benar-benar sakit. Aiman, memang selalu mengusik tetapi usikan hari ini ternyata menyentap hatinya. Tahulah dia didenda, tak perlulah sengih sampai ke tulang hitam sengalnya terasa.  

Last edited by wipers81 on 13-10-2014 03:18 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2014 04:20 PM | Show all posts
nice garapan tajuknya tu sis... persoalan yg tak pasti jawapannya samada happy atau sebaliknya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 05:12 PM | Show all posts

Bab 2... part 4


“Hai Iqbal, marah betul kawan kau tu dengan aku?” Semakin galak dia mengusik. Jarang sekali melihat Safa Hawani yang terkenal dengan lagak ‘kasar’ itu merajuk. Kesempatan ini tak akan dilepaskan.

“Marahlah. Siapa suruh kau gelak kat kawan aku tu?” Bermuncung juga mulut Ahmad Iqbal mengatakannya sambil liuk-lentuk tubuh yang ‘patah’ sana-sini menzahirkan rasa marah.

“Lah, aku sengih aje. Tu pun salah?”

“Sudahlah Iqbal. Tak usah dilayan sangat ketua kelas kita yang senget tu.”

Safa Hawani menjeling tajam dan sekali lagi dia dan Ahmad Iqbal berpaling serentak. Mencerlung mata mereka berdua melihat Aiman yang sedang terbahak-bahak ketawa.

“Aduh, senak perut aku dengan korang berdua ni.”

“Lawaklah sangat,” kata Safa Hawani yang masih tidak berpuas hati. Hatinya, dipenuhi rasa geram yang hampir melimpah-ruah.

“Okey, okey. Aku minta maaf Safa. Aku janji, tak akan buat lagi...”

Oh, jadi kau sukalah aku kena denda selalu. Ceh...hampeh betullah kau ni Aiman.”

Opss, silap cakap pula. Sekali lagi, maafkan aku,” Aiman menyudahkan tawanya yang bersisa bukan separuh, banyak lagi rasanya.

“Dahlah, malas nak layan. Baik aku blah.”

Tanpa banyak soal Safa Hawani mengangkat kaki dari situ. ‘Sembanglah kau dengan Iqbal sampai muak,’ gumamnya.

Safa Hawani menghayun langkah menuju ke kelas. Waktu rehat pun berbaki tidak banyak lagi. Makan, putus seleranya dengan kejadian yang memalukan hari ini. Mujurlah dia ada membawa bekal roti tadi. Sekali lagi, Safa Hawani tiba-tiba merengus. Pantang betul dia jika jalannya dihalang. Tambahan pula penghalangnya adalah seseorang yang memang meluat akan dia sejak dulu lagi.

“Kau ni kenapa Hana?” Matanya dikecilkan, susuk tubuh ramping yang berdiri di depan sambil mencekak pinggang dipandang atas, bawah.

‘Ingat dia model ke, bergaya macam aku hadap sangat.’ Gerutunya. Menyampah pula dia dengan diva sekolahnya yang seorang itu.

“Apa yang Aiman buat kat sana?”

Sambil mata mengerling ke arah Aiman dan Ahmad Iqbal yang sedang bergelak tawa Safa Hawani berkata, “manalah aku tahu.”

Last edited by wipers81 on 13-10-2014 05:16 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 05:30 PM | Show all posts
sapa plk si hana ni sis? menyemak je
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 06:06 PM | Show all posts
Cerita baru?...best3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 13-10-2014 05:30 PM
sapa plk si hana ni sis? menyemak je

Watak selingan aje. Perasan diva.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
cegitu posted on 13-10-2014 06:06 PM
Cerita baru?...best3...

Ya. Baru keluar dari oven ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 13-10-2014 06:48 PM
Watak selingan aje. Perasan diva.

hahahaha... sambug lg sis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 09:56 PM | Show all posts

Bab 2... part 5



“Aku tengok sekarang ni, Aiman selalu aje menempel kat kau dengan Iqbal? Antara korang, ada apa-apa ke?” Sinis benar pertanyaan Hana itu.

Safa Hawani menjulingkan mata ke atas. Jengkel, selalu saja rasa itu bertandang jika berhadapan dengan gadis yang dicanang sebagai diva sekolah itu. Dia mencebik bibir. Meluat, menyampah... berebut-rebut mahu bertenggek di tangkai hatinya.

“Sejak bila kau dah jadi pekak ni?” Kata-kata Hana itu mengundang,

“Kau nak apa sebenarnya Hana? Kenapa tak tanya aje kat Aiman tu?” Safa Hawani masih bernada tenang. Layankan sangat Hana, boleh bergaduh berguling-guling nanti. Gaduh cara perempuan.

“Tak betul lagi apa aku cakap? Ke kau yang buta?” Hana sudah panas hati. Safa Hawani, walaupun ‘keras’ lagaknya, cantik tetap ada pada gadis itu. Kalaulah Safa Hawani tidak ’sekeras’ sekarang, tergugat gelaran diva yang disandangnya.

“Kau nikan Hana, kenapa tak pernah manis kata-kata kau kat aku? Apa, kau ingat aku ni tak ada hati dan perasaan ke? Ingat aku tunggul kayu? Sesuka hati nak tengking-tengking aku. Apa masalah kau ni?” Safa Hawani masih berlagak tenang sedang di dalam hati panas, suhunya seperti air panas yang mendidih. Selama ini dia banyak mendiamkan diri namun diva itu semakin ‘memijak’ kepalanya pula.

“Apa masalah aku? Kau boleh tanya apa masalah aku? Hei, dengar sini Safa! Aku tak suka kau rapat dengan Aiman...”

Chup..chup! Rapat dengan Aiman? Kau sihat ke tak ni Hana? Demam kepialu jenis apa yang hinggap kat kau sampai meroyan macam ni? Sejak bila pula aku rapat dengan Aiman tu?” Bertubi-tubi dia bertanya. Hana seperti sengaja mencari pasal ke dengannya hari ini? Bila dikenang kembali, pernah ke Hana baik dengannya?

“Dengar sini Safa. Aku tak suka tengok Aiman ada dengan kau. Ingat pesanan aku. Aiman tu aku punya!” Hana menjeling Safa Hawani yang selalu menayang lagak bersahaja. Sentiasa tenang walaupun kadangkala kata-katanya boleh mengundang pergaduhan. Ilmu apa agaknya yang dipakai oleh Safa Hawani? Selalu saja tahap kesabaran gadis itu tinggi bertingkat-tingkat. Jelas dahi Hana berlapis-lapis.

Last edited by wipers81 on 13-10-2014 09:58 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2014 10:01 PM | Show all posts

Bab 2... part 6



“Hana, kau ambillah Aiman tu. Tak hingin aku dengan dia kalau bagi free sekalipun. Kau aje layak dengan dia. Satu lagi, jangan kerana kaum lelaki, kita kaum perempuan ni merendahkan maruah bergaduh. Buat malu aje. Orang lain dah ada tamadun, kita pula jangan semakin mundur. Ingat, tak payah nak pesan-pesan kat aku lagi. Dah tak kuasa aku nak dengar pesanan kau tu.”

Hana tercengang dengan kata-kata Safa Hawani. Ternyata hari ini, berdesing telinganya dengan apa yang dikata oleh gadis itu, gadis yang dia sendiri capkan sebagai musuh tegar sejak dulu lagi. Terkebil-kebil matanya sambil melihat susuk tubuh gadis itu berlalu pergi. Rona-rona merah sudah terbit dan mula bertebakkan ke seluruh muka. Jauh di sudut hati, ada benar kata-kata Safa hawani. Nak mengakuinya... jangan harap. Ego tetap perlu dijaga.


Last edited by wipers81 on 13-10-2014 10:02 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 10:35 PM | Show all posts

Bab 3... part 1


Pemandangan sekitar begitu mendamaikan jiwa. Dia tetap berhati seorang perempuan walaupun lagaknya kasar. Apa dia peduli dengan kata-kata orang sekeliling. Bukan tidak ada yang mengatanya, ‘anak dara apa? Kasar aje. Harap muka aje lawa’. Kata-kata itu selalu sahaja dingiangkan ke telinganya jika bertandang ke mana-mana kenduri sekitar kampung. Dan kini dia sudah menghentikan aktiviti bertandang itu. Puas emaknya mengajak, tetap dia menggelengkan kepala hingga habis daya emak mahu memujuk. Apa lagi, adik-adiknya sering menjadi mangsa, meneman emak.

Tangannya yang berjari runcing galak mengocak air sungai yang kelihatan sangat jernih. Dia selalu mengambil angin di situ. Hati yang sedang rawan selalu sahaja ditenangkan dengan ketenangan yang dapat diresapi dari sekitar. Kelihatan kawanan ikan, galak berenang-renang di dalam sungai itu. Geram pula dia melihat gelagat sang ikan yang seakan-akan tahu mereka tidak akan menjadi habuannya hari ini. Jika batang kail ada bersama, jangan harap ikan-ikan itu mahu menghampiri.

“Amboi, ambil angin bukan nak ajak aku sama.”

Safa Hawani yang terkejut, lekas-lekas berpaling. Mulutnya disengetkan sebaik pemuda yang menegur dipandang.

“Alah mengadalah kau ni Iqbal. Perlu ke tunggu aku ajak?”

Eh, kenalah ajak. Bukan senang nak tunggu kau ajak aku dating tau.”

Ei, geli aku. Nak termuntah aku. Dating... tak hadap aku kalau dengan kau.”

“Yalah, aku sedar aku ni siapa? Mat Patah. Mana padan dengan kau yang lawa.”

“Merajuk konon.”

“Biarlah. Apa kau kisah?” Merajuk pula Ahmad Iqbal.

“Tak kuasalah nak pujuk kau Iqbal.”

“Tak kuasa sudah.”

Masing-masing sedang menjelir lidah. Namun tidak lama apabila kedua-duanya tertawa. Begitulah warna-warni hubungan mereka.

Last edited by wipers81 on 13-10-2014 10:38 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 05:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Safa... keras dalam kelembutan... Nice plot sis...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 14-10-2014 05:20 AM
Safa... keras dalam kelembutan... Nice plot sis...

Tau tak Nay bayangkan Safa tu Nabila Huda bila dewasa... dan zaman budak sekolah lak yg berlakon Elly dalam citer Elly n Epit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.061982 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list