CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

*~{NOVEL}~*: CINTA ini, tak seindah biasa. (U) Bab 13... OH YEAH

[Copy link]
Post time 14-10-2014 08:29 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 14-10-2014 08:26 AM
Tau tak Nay bayangkan Safa tu Nabila Huda bila dewasa... dan zaman budak sekolah lak yg berlakon E ...

persamaan tu ada Nay...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2014 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 14-10-2014 08:29 AM
persamaan tu ada Nay...

Kann..... klu adaptasi ni bg nabila huda berlakon mmg mantap
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 08:45 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 14-10-2014 08:35 AM
Kann..... klu adaptasi ni bg nabila huda berlakon mmg mantap

betul tu Nay... she's the best actress nowadays
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2014 09:31 AM | Show all posts
Amboi, layak ke karya saya diadaptasikan?

Cer jawab @NaylaArisha dan @Zamzam2013     
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 09:40 AM | Show all posts
wipers81 posted on 14-10-2014 09:31 AM
Amboi, layak ke karya saya diadaptasikan?

Cer jawab @NaylaArisha dan @Zamzam2013

haruslah layak sis... betul tak @NaylaArisha  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2014 10:25 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 14-10-2014 09:40 AM
haruslah layak sis... betul tak @NaylaArisha

Adeh... lagi sekali malu.
Nak menyorok kejap.

Entri baru akan masuk kejap lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-10-2014 10:32 AM | Show all posts

Bab 3... part 2


“Boleh aku join korang?” Aiman terus sahaja melabuh duduk di sisi kanan Ahmad Iqbal. Dia melirik ke arah Safa Hawani yang duduk bersebelahan kiri Ahmad Iqbal.

Safa Hawani mendiamkan diri. Keras pula lidahnya yang selama ini tidak bertulang. Tiba-tiba dia terasa janggal pula dengan kehadiran pemuda itu. Sejak pertelagahan kecil antara dia dan Hana tempoh hari, dia cuba meneliti apa yang dikata oleh gadis diva itu. Sedikit sebanyak dia dapat mengesan tingkah Aiman yang seperti mahu meraih perhatiannya. Pelik? Apa, dah semakin pupus ke gadis sejati lagi jelita di sekolah hingga Aiman mula mendekatinya? Atau... dia yang perasan lebih?

“Diam aje. Aku mengacau korang ke?” tanya Aiman sambil ekor mata dituju ke arah gadis yang duduk di sebelah sana, diam tidak berkutik.

Aiman seperti kekok pula. Sejak akhir-akhir ini, apabila berdepan dengan Safa Hawani, jantungnya seakan bergetar kuat. Walau sekadar bayangan gadis itu, detak di jantung sungguh rancak sedangkan dengan gadis lain di sekolahnya walau cantik sekalipun tidak pernah berdetak begitu. Dari kaca matanya, kecantikan Safa Hawani kian menyerlah dan ‘kekerasan’ gadis itu semakin mengurang.

“Macam mana kau tahu kami ada kat sini?” Pertanyaan Ahmad Iqbal itu memcah kesunyian yang mencengkam suasana.

Hehehe...” Aiman tersengih.

Malu pula dia mahu mengatakan bahawa dia mengekori pemuda ‘patah’ itu tadi. Jangan tak tahu, Aiman selalu melintasi hadapan rumah Safa Hawani. Bak kata orang, tak dapat tengok orang bumbung rumah pun jadilah. Angau betul jadinya Aiman kebelakangan ini. Entah sampai bila dia harus begitu. Mahu meluahkan isi hatinya kepada Safa Hawani... bimbang akan mendapat tumbukan padu tepat di muka pula. Tapi... belum cuba belum tahu, kan?

“Kau ni kenapa Aiman. Tersengih-sengih. Mabuk kerang busuk ke?” Ahmad Iqbal semakin mengerutkan dahi.

“Tak ada apalah Iqbal. Er... apa aktiviti korang hari ni?” Semakin tenggelam punca pula dia sebaik melihat Safa Hawani melirik pandang padanya.
Hampir gugur jantungnya melihat panahan gadis bermata bulat dengan anak mata hitam yang penuh. Dia menelan liur yang bertukar kesat.

“Kenapa kau tanya?” Ahmad Iqbal sudah menjongketkan kening kiri. Gaya Ziana Zain yang terkenal dengan lagak itu dibuatnya.

Last edited by wipers81 on 14-10-2014 10:36 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 10:45 AM | Show all posts
gedik pulak si aiman ni... kacau daun saja... haishh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2014 11:56 AM | Show all posts

Bab 3... part 3



“Aku..aku,”

“Aku apa?” sergah Ahmad Iqbal.

“Aku suka Safa,” dengan pantas Aiman menutup mulut. ‘Ces... boleh pula aku melatah,’ dia bergumam pula.

Hah,” dengan serentak Safa Hawani dan Ahmad Iqbal menuturkannya. Terbeliak mata masing-masing.

Ceh, betul apa yang aku jangka. Masalah betullah dengan dia ni,’ gerutu Safa Hawani.

“Kau... apa Aiman?” Ahmad Iqbal sudah mahu ketawa besar namun terbantut sebaik melihat muka Safa Hawani yang sudah menayangkan monyok.

“Aku... Yalah, aku mengaku aku nak mengurat Safa. Puas hati?” Keberanian sudah merasukinya sekarang. Sambil menelan liur, kepalanya dipaling, memandang mereka berdua.

Wah... tak sangka dalam diam kau menaruh hati kat kawan aku ni. Tak takut kena penumbuk Safa ke?” Ahmad Iqbal menggertak.

“Berani kerana benar...”

“Ni apa yang kau melalut Aiman?”

“Safa, boleh tak kalau saya nak kawan dengan awak?”

“Nak kawan... kawan ajelah.”

Safa Hawani membalas dengan bernada kasar. Dia merengus perlahan. Tidak tahu mengapa, dia kurang gemar dengan keadaan ini. Dari dulu lagi memang pantang benar dia jika ada lelaki yang kata suka padanya. Apa, tak boleh tunggu habis sekolah nak bercintan-cintun? Gatal! Bibirnya sudah dicebik.

“Okey, aku tak nak campur urusan ni. Jadi apa-apa nanti kau jerit nama aku Safa. Aku ada kat sana.”

“Yalah tu,” menyenget mulut Safa Hawani. Geram pula dia dengan tindakan Ahmad Iqbal meninggalkannya berduaan dengan Aiman.

“Yalah, sebelum aku terkena penumbuk kau, baik aku blah dulu. Dahlah aku duduk kat tengah-tengah,”

“Kau kan Iqbal...”

“Tata...” dia bergerak menjauhi Safa Hawani dan Aiman. Biarlah, dia mahu memberi sedikit ruang kepada mereka berdua untuk menyelesaikan isu yang berbangkit.

“Pandai-pandailah kau Aiman. Jangan nanti penumbuk Safa hinggap kat muka kau pula.”

Last edited by wipers81 on 14-10-2014 11:59 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 14-10-2014 11:56 AM
“Aku..aku,”“Aku apa?” sergah Ahmad Iqbal.“Aku suka Safa,” dengan pantas Aiman menutup mulut. ‘ ...

lekat2 lah akk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2014 12:00 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 14-10-2014 11:58 AM
lekat2 lah akk

dah betulkan pun NAy
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 12:01 PM | Show all posts
melatah rupanya si aiman berlagak macho ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2014 12:04 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 14-10-2014 12:01 PM
melatah rupanya si aiman berlagak macho ni...

Tulah, yang 'lembut' macam Iqbal tak melatah pula.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 12:08 PM | Show all posts
wipers81 posted on 14-10-2014 12:04 PM
Tulah, yang 'lembut' macam Iqbal tak melatah pula.

setiap insan ada kelebihan & kelemahan masing2 kan sis?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2014 12:14 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 14-10-2014 12:08 PM
setiap insan ada kelebihan & kelemahan masing2 kan sis?

Ya, macam mana nak tutup kekurangan dan kelemahan... ikut kepandaian masing-masing.
Setiap manusia akan dan pasti melakukan kesalahan dan setiap manusia juga pasti akan belajar kesilapan itu untuk pembetulan di masa akan datang. Hidup kalau selamanya indah, aman dan bahagia... tak sempurna fitrah hidup.
Jangan lupa, kesenangan adalah ujian yang amat hebat bagi akak. Bimbang akan lupa diri pula.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2014 12:24 PM | Show all posts
wipers81 posted on 14-10-2014 12:14 PM
Ya, macam mana nak tutup kekurangan dan kelemahan... ikut kepandaian masing-masing.
Setiap manus ...

betul tu sis... setuju 999%
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2014 11:29 AM | Show all posts

Bab 3... part 4



Sambil melangkah pergi Ahmad Iqbal menuturkannya. Teringat pula dia pada kejadian tiga tahun lepas. Seorang pelajar lelaki senior telah meluahkan perasaan terhadap Safa Hawani dan akhirnya pemuda itu menerima penumbuk sulung gadis tersebut. Mujurlah hari itu hari terakhir di sekolah kerana cuti penggal akhir tahun bakal bermula. Pelajar senior itu pula adalah penuntut tingkatan 5 dan secara automatik merupakan tahun terakhirnya di sekolah itu.

Beberapa bulan selepas kejadian itu, Ahmad Iqbal ternampak pelajar senior tersebut di sekolah mahu mengambil keputusan periksa. Dia memerhatikan gelagat senior itu. Ternampak saja Safa Hawani terus pelajar senior itu menyorok. Hampir saja dia gelak berguling-guling melihat telatah senior tersebut. Sejak kejadian tersebut, tidak ada pelajar lelaki berani mengurat Safa Hawani. Bukan Safa Hawani tidak cantik malah boleh menandingi kecantikan mana-mana gadis di dalam sekolah namun kecantikan itu tersembunyi kemas di sebalik ‘kekerasan’ yang ditonjolkan oleh Safa Hawani. Nasib baiklah Ahmad Iqbal ‘lemah gemalai’ orangnya jadi tiada halangan baginya mahu mendampingi Safa Hawani.

Aiman, sekejap-sekejap menjeling Safa Hawani yang kini berada di sebelahnya. Nama saja bersebelahan tetapi jarak antara mereka, bagaikan seekor gajah boleh lalu. Gerun juga mahu duduk dekat dengan gadis itu. Apa-apa kemungkinan, bolehlah dia bertindak balas.

“Safa... awak marah ke?” tanyanya padahal terang dan nyata mimik muka marah ditunjuk oleh Safa Hawani.

“Taklah. Tak nampak macam mana saya tengah senyum simpul ni?” Dia buat-buat senyum dan kemudian menjeling tajam.

“Safa, biar saya berterus-terang. Memang saya dah mula sukakan awak...” matanya sekejap-sekejap memandang Safa Hawani dan menyambung,“ saya tak nak pendam lagi Safa. Biar saya luah hari ni,” Aiman kemudiannya terdiam.

Safa Hawani hanya mendiamkan diri, sepatah apa pun dia tidak mahu menjawab. Pandangannya, di hala ke sungai di depan. Melentik naik bulu romanya yang meremang dengan ungkapan yang keluar dari mulut Aiman itu. Kalau dirinya yang dulu... muka Aiman sudah dihinggapi dengan penumbuk. Masa berlalu, Safa Hawani sudah kian dewasa, kematangan fikirannya juga semakin menyerlah sekarang. Dahulu, dia sering bertindak tanpa mahu berfikir panjang, darah mudalah katakan. Sebab itu, tiada lelaki yang mahu mendekatinya kecuali Mat Patah tu. Safa Hawani yang mahu tergelak namun terpaksa membantutkan hasrat itu. Lawak pula apabila mengenangkan sikap keanak-anakannya dulu.

Last edited by wipers81 on 15-10-2014 11:35 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2014 11:47 AM | Show all posts
nice one sis... tp aiman penyibuk ni nasib tak kena penangan safa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2014 12:30 PM | Show all posts

Bab 3... part 5


“Safa...”

“Aiman, elok kalau saya berterus-terang aje dengan awak. Saya tak suka okey. Saya tak nak cakap untuk kali kedua.”

“Tapi kenapa?” Mimik muka yang sarat dengan rasa tidak puas hati ditonjolkan.

“Saya tak ada jawapan untuk semua tu.”

“Sampai bila awak nak keraskan hati awak?”

Safa Hawani menjongketkan bahu. Rimas pula dia dengan Aiman yang seperti mendesak.

“Sampai bila Safa?”

“Aiman. Saya cakap sudah... sudahlah. Yang awak nak desak saya, kenapa? Suka hati sayalah, yang keras hati tu saya...”

“Safa, saya tak bermaksud apa-apa. Saya ikhlas.”

“Ikhlas atau tak, saya tetap kata ‘tak nak’. Bukan masa untuk saya fikirkan soal cinta. Memang tak ada dalam kamus hidup saya perkataan tu. Saya tak minta apa-apa cuma nak awak faham. Tolong jangan desak saya lagi Aiman.” Tegas kedengaran kata-katanya itu.

Aiman termati kata-kata. Hatinya, sedikit patah dengan penolakan dari Safa Hawani. Bukan senang baginya, mengumpul kekuatan untuk meluahkan isi hati. Egonya sedikit tercalar dengan Safa Hawani. Apa yang kurang padanya? Kalau nak diikutkan, dia lebih kacak dari Ahmad Iqbal dan lebih ‘sejati’. Mengapa Mat Patah juga yang menjadi pilihan Safa Hawani? Mengapa pemuda patah itu saja yang boleh mendampingi Safa Hawani? Aiman akui, sering perasaan cemburu timbul apabila melihat Ahmad Iqbal dan gadis pujaannya berdampingan. Mahu saja diajak pemuda patah itu untuk membuat perhitungan. Tapi untuk apa?

“Saya harap awak tak kecil hati Aiman,” Safa Hawani menjeling sekilas ke arah pemuda tersebut. Dia masih mampu berlagak tenang walau di dalam hati sedang bergelodak.

“Dengan penolakan ni, awak kata jangan kecil hati? Ke mana hilangnya hati dan perasaan awak Safa?”

“Awak siapa nak tanya soalan tu kat saya?”

“Ya, memang saya bukan sesiapa dengan awak tapi saya tetap nak tahu apa puncanya?”

“Tak payah nak sibuk.”

Keadaan sepi. Safa Hawani menarik nafas dalam-dalam. Perasaan marah yang semakin memenuhi segenap ruang di hati cuba dihambat sejauh mungkin. Malas mahu berterusan bertikam lidah dengan Aiman dia bingkas bangun. Langkah dihayun mendekati Ahmad Iqbal.

Last edited by wipers81 on 15-10-2014 12:32 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2014 12:57 PM | Show all posts

Bab 3... part 6



“Safa, tak baik kau buat Aiman macam tu.”

“Ada aku kisah?” Selamba saja jawapan yang keluar dari mulut Safa Hawani.

“Payah betul cakap dengan kau ni.”

“Kalau payah sangat baik kau diam aje Iqbal.”

Safa Hawani mengerling ke arah Aiman nun di sana. Dia melihat pemuda itu juga bangun dan mengatur langkah ke arah motorsikal yang diparkir tidak jauh dari situ. Dia juga nampak, merah muka Aiman yang berkulit cerah. Ya, dia tidak nafikan Aiman memang kacak. Namun semua itu tidak cukup untuk menggetarkan hatinya. Ahmad Iqbal pernah berkata, ‘satu hari nanti kalau kau berjumpa dengan lelaki idaman, jantung kau akan bergetar. Percayalah cakap aku.’

Sumpah, sampai hari ini jantungnya tak bergetar langsung dengan mana-mana lelaki yang pernah dia jumpa. Adakah Ahmad Iqbal hanya main-main dengannya? Dan dia pula, mengapalah terlalu mengikut kata-kata Ahmad Iqbal yang memang tak masuk akal tu? Dia tersengih sendirian lalu memalingkan muka menghadap Ahmad Iqbal.

“Kenapa tersengih?” Ahmad Iqbal mengerutkan kening.

“Tak ada apa.”

Safa Hawani bertindak mengutip batu-batu kecil di sisinya. Dilontar batu itu ke dalam sungai. Sang ikan yang sedang berenang dengan tenang, pantas mengelak. Semakin galak dia membaling batu-batu kecil itu.

“Sayang pula Safa. Kenapalah kita tak bawa batang kail kita? Banyaklah pula ikan hari ni.”

Hmm... memanglah banyak. Kau ingat ikan-ikan tu tak cerdik? Nampak bayang kita dengan batang kail, terus bertempiaran lari. Macam tak biasa pula kau ni.”

Ahmad Iqbal sudah ketawa besar. Ketawa yang selama ini puas ‘dikepit’ habis semuanya. Hingga berair kedua matanya. Safa Hawani punya lawak hari ini memang betul-betul membuatkan hatinya digeletek dengan kuat sekali.

“Kau dah kena sampuk ke? Mengilai, teruk dari aku,” terbeliak sedikit mata Safa Hawani dengan tingkah yang belum pernah ditonjolkan oleh Ahmad Iqbal.

“Lawaklah kau ni Safa,”

“Selalu aku buat lawak, tak pernah kau gelak sampai macam ni. Eh, kau mimpi dapat hidayah ke semalam?”

“Hidayah?” Ahmad Iqbal berhenti gelak. Dia menoleh ke arah Safa Hawani.

“Yalah, hidayah nak jadi lelaki sejati?”

Hahaha... aduh senak perut aku ni,” sambil mengesat tubir mata Ahmad Iqbal menyambung gelaknya lagi.

Safa Hawani mencebik mulut. ‘Buang tabiat ke kawan aku ni?’ Dia bersungut sendirian.

“Kau nak gelak sampai malam ke? Dah nak Maghrib ni, tak nak balik ke?”

Safa Hawani sudah berdiri, menepuk-nepuk seluarnya yang melekat dengan rumput kering. Matanya masih melihat Ahmad Iqbal yang masih bergelak namun sudah sedikit kendur gelaknya itu. Entah apa kena dengan Ahmad Iqbal hari ini? Dia pula, bukan tidak mahu gelak. Mood gembiranya terbantut dengan kehadiran Aiman tadi. Jika tidak, sudah pasti dia tumpang sekaki, bergelak tawa dengan Mat Patah tu.  

“Dahlah Iqbal. Simpan sikit gelak kau tu untuk esok. Lekaslah,” gesanya. Geram pula melihat Ahmad Iqbal buat tak endah akan kata-katanya.

“Yalah, yalah. Jom.”




Last edited by wipers81 on 15-10-2014 01:01 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.917265 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list